21 October 2011

Aku Kan Ada ~part 14=~Dia Kembali~



Dari jauh ku lihat muizzudin sudah berdiri di hadapan pintu pagar rumah. dengan memakai topi,berseluar pendek dan berbaju tshirt hitam muizzudin mendongak ke arah kereta yang ku pandu.aku memberhentikan kereta disebelah muizzudin. enjin kereta tidak ku matikan, aku keluar dari kereta. muka muizzudin kelihatan berbeza. tidak ceria,seperti benggang.

"kau nak pergi mana?"tanyaku
"keluar"jawab muizz sepatah
"keluar mana?"tanyaku lagi

muizzudin tidak menjawab lalu masuk ke dalam kereta. pintu kereta di tutupnya. kereta muizzudin menyusur laju ke jalan besar. aku mendail nombor ikram sambil kakiku melangkah masuk kedalam rumah.

"kenapa?ada yang tak kena?"tanya malik yang hairan apabila ikram berhenti dari menciumnya
"no my phone, its vibrating .."kata ikram lalu menyeluk poket seluarnya
"oh, how important it can be?"kata malik lalu menarik leher ikram

'ini adalah peti simpanan bagi nombor 01..' arghh masuk ini sudah 5 kali aku menelefon ikram.mengapa dia tidak menjawab panggilanku.aku melemparkan telefon bimbitku di sofa.

aku begerak dapur rumah. air tin 100+ ku ambil dari peti sejuk. aku berlalu ke bilikku.tuala mandi ku capai.tin air tersbut ku letak kan di atas meja. air pancuran membasahi badanku.dingin dan menyegarkan. aku menjeling ke arah cermin.dadaku yang bidang itu ku usap. tanda-tanda merah kelihatan pudar di sekitar dadaku. ini semua angkara ikram.aku memejamkan mata.bibirku ketap.

“tak payah nak basuhla,muka adik ni dah handsome dah”kata yusri lalu menghampiriku
“erm abang..abang lagi handsome”balasku tersekat-sekat
“sesuailah kita ni kan”kata yusri lalu memelukku dari belakang

aku membuka mata.wajahku ku tatap lama di dalam cermin.makin lama makin dalam. kenanganku di dalam tandas waktu aku bersama yusri memang indah.yusrilah orang pertama yang mengajar aku definisi cinta. definisi cinta songsang. kini segalannya hilang,yusri tiada disisiku lagi.disini.didalam bilik air ini.menemaniku mandi.perkara tersebut belum sempat lagi ku lakukan bersamanya. mandi bersama berdua di dalam bilik air.

"mana azmir?"tanya shida ketika melihat muiz berjalan menghampirinya
"dia ada hal,dia tak dapat datang"jawab muiz
"ermm tak pela,saya paham,dia sibuk."kata shida hampa
"ye dia sibuk buat assigment dengan qila"balas muiz lalu bersandar bersebelahan shida di dinding kedai KFC
"biasala"sinis shida sambil mencebik bibirnya
"kenapa?"tanya muiz
"orang handsome macam azmir tu,ramai je yang nak. qila tu kan cantik,mesti azmir pun sukakannya"kata shida lalu berjalan masuk ke dalam ke restoran makanan segera KFC

aku membawa air tin tadi ke sebelah laptopku yang berada di atas meja.skrin laptopku terpampang laman web sosial gay. setelah ku mendaftar masuk,aku biarkan beberapa minit. kotak ku ambil dan sebatang rokok ku keluarkan. ketika aku membakar hujung putung rokok,aku mengerling ke arah skrin laptopku. ada 12 pesanan peribadi.

'BUZZ'

aku tersentak apabila terdengar bunyi itu dari YM.

soulmate86: hi wak,wat pe tu?
salvageder0908(aku/azmir): hi,duk umah je.xde wat ape pun
soulmate69: umah kat ne?
salvageder0908(aku/azmir): awk sape?
soulmate86: sy dpt id awk kat ------ -----
salvager0908(aku/azmir): ok.umur?stdy ke dh keje?
soulmate86: 25.keje dah.awk?
soulmate86: kat ne?
soulamte86: jom jmpa nak?
salvager0908(aku/azmir): stdy.mlm ni x free la

hampir 15 minit azmir berbual dengan lelaki yang baru dikenalinya di Yahoo Massenger. azmir leka,azmir tidak sedar akan masa yang berlalu. azmir seharusnya menyiapkan tugasan yang harus dilakukannya. nur syaqila telah membantunya. namun azmir begitu leka.

"muizz tak ambil black paper ke?"tanya shida ketika melihat muizz meletakkan prinir plastik kecil berisi sos cili ke atas meja
"nak ke?jap saya g ambil"kata muizz lalu berlalu pergi

shidah memerhatikan muizz.shidah ingat lagi,sejak minggu lepas azmir sudah berjanji untuk keluar bersama dengannya.

"muizz tu kawan baik saya,dia selalu temankan saya. jadi tak salah kalau dia ikut sekali kan"kataku
"tapi saya lagi selesa kalau kita keluar berdua sahaja"cakap shidah sambil menyisir rambutnya
"nanti kalau budak-budak lain nampak nanti,dorang kata apa pula"kataku sambil dahiku berkerut risau
"biarlah dorang nak kata apa.kalau dorang kata kita kapel pun,tak de masalah kan"kata shidah tersenyum nakal
"hehe awak ni ke situ pula"aku ketawa kecil
"mungkin awak dah ada kapel lain kot,sebab itu tak nak keluar berdua dengan saya"
"eh awak ni ke situ pula"

"ini dia,,cukup?"pertanyaan muizz mematikan lamunan shidah.
shidah tersenyum sambil mengangukan kepalanya tanda cukup kepada muizz bagi menjawab pertanyaan muizz tadi.

bunyi melodi seakan siren berkumandang dari pembesar suara laptopku. aku menutup laman YM dan klik pada laman sosial gay. terdapat satu pesanan di dalam peti simpananku di laman tersebut.

'hi..makin comel la' isi kandungan pesanan tersebut
'thanx,awak sape?'balasku seminit kemudian
'tak kenal dh ke?'pesanan tersebut masuk 2 minit kemudian
'tak'balasku
'azmeer x igt kat abg lagi ke?'aku pelik membaca pesanan tersebut
'awak sebenarnye sape?mcm ne tau nama sy?dan sy bukan adik awk la'
'meer ni abg la, i miss u so much baby.'
'seyes awk sape?kalo awak x gtau sape awk,sy akn block awk'
'sampai ati nak block abg,mir tau x abg lame dh rindukn mir sejak azmeer keluar dr sek. asrama lg'
'asrama?hmm xknla ni abg yusri'
'yup. ini abg yusri la. bgusla kalau mir igt kt abg lg'

aku tersandar di sofa. mata aku masih meneliti ayat di dalam pesanan tersebut. sukar untuk ku percayai. namun segalanya kini benar. dia kembali ke dalam hidupku. Yusri.kau kembali dalam hidupku ini.

~bersambung~

06 October 2011

Aku Kan Ada ~part 13=~Setia Hanya Pada Nama~


Aku Kan Ada ~Setia Hanya Pada Nama

Pelayan cafe tersebut berlalu pergi setelah pesanan diambil dari meja yang menjadi tempat duduk ikram dan kenalan barunya Malik. Ikram mengenali Malik melalui laman sosial Facebook. setelah hampir seminggu mereka berbalas mesej di facebook,hari ini mereka bersua muka akhirnya.

"awak baru habis kerja ke?"tanya malik memulakan bicara
"ye,awak pun sama juga?"pertanyaan yang dilontar ikram disusuli senyuman manis
"yup,so this is our first date la ni"balas malik yang turut tersenyum riang.
"ye dan saya harap ini bukan yang terakhir"tutur ikram
"susah nak percaya yang awak ni masih single"
"dan susah juga saya nak percaya yang awak ini Plu"
"maksud awak?"dahi malik berkerut
"awak kelihatan begitu macho dan manly"
"haha"malik ketawa sambil mengusap dahinya

muiz berjalan keluar dari rumah dan menuju ke pili air di bucu rumah. pili air di pulas muiz,air yang mencurah keluar disambut dengan kedua-dua telapak tangan muiz.air jernih yang dingin itu disapukan kemukanya berkali-kali. getah paip berwarna jingga dicucuknya di pili air tersebut. kemudian muiz menyiram pokok-pokok bunga di hadapan rumah dengan pancuran air tersebut.

"siram pokok ke bang"tegur hamzah dari tingkap biliknya
"ye"jawab muiz sambil tersenyum
"abang azmir mana?"tanya hamzah
"keluar tadi,pergi rumah kawannya"jawab muiz
"abang tak pergi main bola ke hari ni?"hamzah ingin tahu
"tak,penatlah,ni pun baru bangun tidur ni"jawab muiz lalu memulas pili air
"kelas sampai petang?"
"ye,dari pagi sampai petang tadi"
"oo"
"kau lak, tak pergi main bola ke?"
"tak pergi pun,dah nak maghrib ni kan,lagipon saya pun macam abang juga,baru bangun tidur ni hehe"tawa hamzah

nur syaqila menatang dulang berisi seteko air teh panas dan goreng pisang.dulang tersebut di letakkan bersebelahan dengan laptop miliknya. nur syaqila tersenyum sambil menuang air teh tersebut ke dalam cawan

"jemput minum"perlawa nur syaqila
"azmir,awak ok ke?"tanya nur syaqila yang hairan melihat azmir yang kaku tidak mengendahkan langsung perlawaan dia.
"ye terima kasih"jawabku.
perlawaan nur syaqilah berjaya menyedarkan aku dari lamunan.
"azmir awak ok ke?macam tak sihat je?kepala awak masih sakit lagi ke?"
"tak,saya ok"aku cuba melupakan perkara yang berlaku sebentar tadi di stesen minyak. lelaki yang ku lihat seiras yusri tadi.
"kalau ok,jemputlah makan,qila ada buat pisang goreng ni"
"terima kasih,buat susah jela qila ni."
"tak susah pun,ermm azmir dah siap ke bahagian azmir?"

ikram membuka pintu kereta dan menghidupkan enjin kereta.malik berdiri disisi kereta memerhatikan ikram.

"awak hati-hati masa memandu nanti"pesan malik
"hmm ok thanx.err rasanya masih awal lagi ni bagi saya untuk pulang,tak puas rasanya berborak dengan awak tadi"
"hehe,tak pe lain kali kita boleh jumpa lagi kan"
"apa kata awak masuk dalam kereta saya"
"untuk apa?"
"masuk jela,lebih selesakan dari berdiri je"

malik tersenyum lalu berjalan ke arah pintu kereta sebelah pemandu.

"baru pukul 7.45malam"kata ikram
"kenapa?"
"masih awal lagi."
"nak buat apa je lagi?"tanya malik memandang tepat ke mata ikram

ikram merapatkan mukanya ke muka malik.

aku berhentikan kereta disebelah bangunan yang terdapat mesin ATM. Azan Maghrib berkumandang. aku berjalan masuk ke dalam bangunan tersebut.tiada orang di situ.telefon ku berbunyi.SMS masuk

'mir,ko kt ne?ley blek cpt skit x?aku nak guna kete ni'

pesanan ringkas dari muizzudin. aku membalasnya dengan menyatakan aku dalam perjalanan pulang. duit berjumlah rm450 yang ku keluarkan dari mesin ATM ku simpan di dalam dompet.

"janganlah,orang nampak nanti"malik memalingkan mukanya
"orang tak nampakla,dah malam ni kan,lagipun tak kanlah nak ucap selamat tinggal macam tu je"kata ikram sambil mengusap pipi malik.
"habis tu?nak ucap macam mana?"tanya malik yang pura-pura tidak tahu
"macam ni"kata ikram lalu menguncup bibir malik. malik membalas ciuman ikram dan bibir mereka bertaut serta bergilir-gilir mengisap lidah.

alangkah seronoknya hati ikram dapat mencium lelaki yang menjadi idaman kawan-kawannya di facbook. jika mereka dapat tahu mengenai hal ini,pasti semua akan cemburu kepada ikram. ikram semakin ghairah menjilat bibir malik hingga malik mendengus keenakan.

~bersambung~

04 October 2011

Aku Kan Ada ~part 12=~Kembali~



Aku Kan Ada: ~Kembali~
"Assalamualaikum" suara orang memberi salam semakin kuat di luar rumah. masuk ini sudah 4 kali salam diberi dan kali ini berjaya membuatkan azmir terjaga dari tidur
"Waailaikumsalam" jawab azmir sambil membuka pintu.
"abang tidur ke?dah petang ni bang,tak elok tidur waktu petang"kata hamzah yang berdiri di muka pintu
"aku tak cukup tidurlah"jawab azmir sambil menyisirkan rambutnya
"patutlah tak cukup,banyak nyamuk malam tadi kan"
"huh?"azmir pelik
"tu"muncung bibir hamzah ke arah leher azmir yang berbekas merah di beberapa tempat di leher azmir
"oo hehe,kau budak-budak apa yang kau tahu"kata azmir yang mengaru-garu badannya yang tidak berbaju itu
"ini mak ada bagi lauk ni. ketam masak lemak cili api, pedas sikit tau hehe"hulur hamzah bekas tuperwear ke arah azmir
"laa susah-susah je"azmir menerima bekas tersebut
"tak dela, minggu lepaskan abang ada bagi sekotak pizza hut kat rumah saya,jadi mak balasla dengan lauk ni lak"kata hamzah
"yeke,hmm terima kasihla"kataku sambil tersenyum seraya

selesai makan,lauk yang diberi hamzah tadi ku simpan di bawah tudung saji.aku menghidupkan laptopku. setelahku update facebook ku, aku kemudiannya melihat profileku di laman-laman sosial khas untuk golongan gay. tiada apa yang menarik, ramai yang menghantar pesanan peribadi kepadaku, yang mana aku berkenan akan ku balas, yang tidak aku abaikan sahaja.

pintu rumah di buka.muiz masuk lalu melemparkan beg ke sofa. aku hanya memandangnya sekejap lalu menatap kembali skrin laptopku

"dah hilang dah sakit kepala kau?"tanya muiz
"dah"jawabku tanpa memandang muiz
"kau masak ke?"tanya muiz ketika mengangkat tudung saji
"tak lah,jiran sebelah bagi lauk tu,aku dah makan kau nak, makanlah"kataku
"kau dah siap ke assigment kau?"tanya muiz sambil berjalan ke peti sejuk
"assignment apa?"tanyaku pelik.seingat aku,aku tidak mempunyai assigment
"aku tak tahu,kau tanya qila sendiri. dia kata kau ni sekumpulan dengannya"kata muiz
"qila??!! alamak!!"aku tersentap mendengar nama qila. baru aku ingat aku sememangnya mempunyai tugasan.tugasan berkumpulan.
"dah agak dah,mesti kau tak buat punya"sinis muiz lagi
"aku nak keluar jap. pinjam kereta kau"kataku lalu bingkas bangun dan menutup laptop
"kau nak pergi mana?"tanya muiz
"nak jumpa qila la"kataku

rumah nur syaqila sebenarnya tidak jauh dari rumah aku. aku meminjam kereta muiz untuk keluar jauh sedikit. keluar ke kawasan bandar selepas aku selesai berjumpa dengan nur syaqila nanti. aku mengeluh bila melihat di dashbord kereta. minyak kereta kurang. aku terpaksa mengisi minyak kereta sebelum pergi ke rumah nur syaqilah. aku berhenti disebuah mesin pam minyak yang kosong. dengan berseluar pendek dan berbaju kemeja kotak merah putih, aku berjalan perlahan ke kaunter pembayaran untuk membayar jumlah minyak yang akan di isi.

"hello kak, kat mana?"tanya muiz selepas panggilannya dijawab kakaknya
"kakak kat bangsar ni, adik kat mana? ada apa call akak?"tanya kakaknya kembali
"kat rumahla, nak mintak duit sikit boleh?"tanya muiz
"duit?ermm nak berapa?"
"dalam rm600"
"eii banyaknya,akak mana ada duit banyak tu dik,pergi mintak kat along jela"suruh kakaknya
"dah call dah,along tak ade kat sini,dia pergi holiday dengan family dia kat Singapore"
"ermm ok la malam nanti akak bank in kan. akak nak pergi butik ni,ada banyak kerjala"
"ok.terima kasih"kata muiz lalu memutuskan panggilan

muiz kemudiannya berjalan ke dapur dan mengambil pingan untuk makan. setelah itu, muiz duduk di ruang tamu bersendirian menjamu hidangan tersebut. bukan niatnya untuk menyusahkan kakaknya dengan meminta duit sebanyak begitu pada kakaknya tadi. namun keadaan memaksanya. sudah hampir dua bulan segala perbelanjaan rumah di tanggung muiz. azmir tidak sesen pun mengeluarkan duit perbelanjaan rumah. duit sewa rumah,bil elektrik dan air, dan barangan dapur semua ditanggung muiz. muiz tidak ingin meminta duit pada azmir walaupun azmir adalah rakan serumahnya dan sepatutnya azmir juga membayar dan berkongsi dengan muiz dalam soal perbelanjaan. mengenangkan keluarganya banyak membantu muiz ketika dia kehilangan ibu-bapanya,muiz diam.

ikram memberhentikan keretanya di bahu jalan berhadapan dengan sebuah sebuah kafe. mata ikram meliar disegenap pelusuk kafe dan kawasan sekitarnya.ikram melangkah keluar dari kereta.pintu kereta ditutupnya lalu ikram bersandar dipintu keretanya sambil mengeluarkan kotak rokok. ketika ikram ingin memetik pemetik api,seorang lelaki berpakaian kemeja belang biru dan berseluar slack biru gelap menghampirinya sambil tersenyum. ikram menyimpan pemetik api di dalam poket seluarnya sambil tersenyum ikram berjabat tangan dengan lelaki itu.

"ikram?"tanya lelaki itu
"Malik?"tanya ikram juga
"ye saya,lama tunggu?"tanya malik
"tak lah baru je sampai,tak sempat pun nak isap rokok"jawab ikram sambil tersenyum manis

nur syaqila menanti kedatangan azmir.nur syaqila berdiri di beranda rumah sambil memegang erat telefon bimbitnya. angka 6.44pm muncul diskrin telefon bimbitnya. azmir lewat 44minit dari waktu yang dijanjikan.sesekali nur syaqila mengetap bibirnya yang hampir kering itu.mata nur syaqila redup memandang halaman rumahnya yang kaku berdiri beberapa pokok bunga dan pokok rambutan.

"rm20,pam nombor 6"kataku kepada wanita yang menjaga kaunter tersebut.
"kat pam yang ada kereta swift biru tu ke?"tanya wanita itu kembali
"yup"jawabku ringkas lalu mengalihkan pandanganku ke arah mesin pam tersebut.
"ini bakinya rm30.terima kasih"kata wanita itu lalu menghulurkan baki wang ke arahku

aku tersenyum lalu berpatah semula ke arah kereta muiz.telingaku tertangkap pada bunyi esakan tangis kanak-kanak yang beridir di belakang kereta Gen2 yang berwarna jingga di hujung sebelah kiri stesen minyak di mesin pam nombor 9. sambil aku berjalan aku sempat memandang ke arah kana-kana lelaki yang menangis itu. seorang lelaki keluar dari kereta itu lalu mendukung kanak-kanak tersebut.langkahku terhenti dan jantung ku berhenti berdegup untuk sesaat bila melihat lelaki tersebut.

"Yusri!!"jerit hatiku

~bersambung~