30 August 2012

Indah Kuntum dari Mekarnya -preview-




Segala persiapan sudah siap. Rafiqi melihat jam di dinding biliknya.sudah hampir menunjukkan angka pukul 12 tengah hari. rafiqi mengambil Blackberrynya yang tertimpa di bawah sampin yang masih terlipat kemas diatas katilnya. sampin yang sepatutnya lama dipakainya. riak mukanya sedikit gelisah.dahinya mula dibasahi peluh dingin walaupun kipas syiling ligat berputar di atas kepalanya. bibir mulusnya diketap.bimbang mula dirasakannya. sambil tangan kirinya digengam, tangan kananya pula memegang blackberry kepipi kanannya.sekali lagi rafiqi menjeling ke arah jam dindingnya sambil menanti panggilannya dijawab.

"hello,kau kat mana?kitaorang nak gerak dah ni"rafiqi terus bersuara lantang sejurus panggilannya dijawab
"ye aku tau, aku dah nak sampai lah ni,aku on the way la ni"jawab seseorang yang berada dihujung talian
"lambat lagi ke wei?dah pukul berapa dah ni,kau ni buat aku risau jela"luah rafiqi
"sabar k,tak kan lari lah pengantin perempuan tu,aku dah nak sampai dah ni k.bye"talian terputus

rafiqi melangkah lambat ke katilnya.punggungnya dilabuhkan ke atas tilam empuk.rafiqi megusap lembut sampin yang berwarna merah ke-emasan itu. rafiqi mula mengenang kembali saat dia dan kawan karibnya Naim membeli segala persiapan untuk perkahwinannya. rafiqi begitu beruntung mempunyai sahabat karib seperti naim yang sudi membantunya menyempurnakan segala persiapan perkahwinannya.

"maaflah naim,aku banyak menyusahkan kau,aku tak tahu sangat nak buat macam mana untuk sempurnakan segala persiapan perkahwinan ini,sebab itu aku mintak pertolongan daripada engkau"kata rafiqi ketika membelek-belek gambar baju pengantin
"watie tak tolong kau ke?dia kan pengantin perempuan,patutnya pengantin perempuanlah yang paling sibuk sekali dengan urusan perkahwinan ini"kata naim
"er.. watie sibuk,dia ade meeting dengan client hari ni"jawab rafiqi perlahan

naim memandang wajah kawan karibnya.mata rafiqi ditenungnya tajam.naim perasan mata rafiqi sedikit berair. belakang badan rafiqi di usap-usap naim perlahan.rafiqi tersenyum melihat sahabatnya.

naim mengerti pergolakan perasaan yang berlaku dalam diri rafiqi. naim kenal benar sifat dan sikap rafiqi. sudah hampir 6 tahun persahabatan yang terjalin antara mereka. pertalian persahabatan yang begitu ukuh. tiada langsung pergolakan kerana masing-masing faham benar sifat dan sikap masing-masing. naim juga tahu rafiqi benar-benar tergila-gilakan watie gadis cantik yang berjaya menambat hati rafiqi. watie adalah gadis kota yang begitu cantik dan pandai bergaya dan sepadan juga dengan kerjayanya sebagai Senior Marketing Manager disalah sebuah syarikat yang terkemuka di Malaysia ini. walaupun rafiqi juga seorang yang berkejaya namun jawatan yang disandang rafiqi kini tidak boleh menandingi watie. rafiqi hanya menyandang jawatan sebagai Sales Eksekutif sahaja.

naim juga pelik,mengapa watie boleh tertarik kepada rakannya itu, memang tidak dinafikan rafiqi memiliki raut wajah yang agak tampan walaupun berkulit sawo matang berbading dengan watiie yang anggun berkulit cerah, rafiqi juga memiliki susuk tubuh yang agak menawan kerana dia merupakan bekas atlit olaraga waktu sekolah dahulu,cuma taraf hidup mereka agak berbeza. watie datangnya dari keluarga yang berada,syarikat di mana watie bekerja kini adalah syarikat kepunyaan ayahnya yang bergelar Dato dan merupakan salah seorang dari 20 individu yang terkaya di Malaysia.

melalui pengamatan naim, rafiqi dan watie berkenalan ketika rafiqi menghadiri seminar yang dianjurkan oleh syarikat tempat watie bekerja dan rafiqi pula merupakan wakil yang dihantar oleh syarikatnya. seminar yang berlangsung selama seminggu itu meruapakan tempat bagi pertemuan dan bibit-bibit cinta rafiqi kepada watie. dan lebih mengejutkan naim,tidak sampai dua bulan seminar itu berakhir rafiqi nekad melamar watie sebagI isterinya dan watie pula bersetuju. mungkin cinta itu buta. mungkin cinta tidak mengira pangkat darjat. rafiqi merupakan seorang yang beruntung. dapat memilki gadis cantik yang berkejaya dan anak kepada jutawan.

"aku rasa aku nak pakai baju ini.warnanya cantik kan"kata rafiqi mematikan lamunan naim
"ye,lawa juga warnanya. sesuai dengan kau dan watie"kata naim sambil tersenyum
"pasti watie pun suka."kata naim ketika membelek-belek baju salinan yang akan dipakainya

"Rafi, naim dah sampai dah ni!"jerit ibu naim di luar bilik rafiqi sekaligus melenyapkan lamunan rafiqi
"baik,rafi keluar sekarang ibu"kata rafiqi

kereta mazda rx8 yang berhias reben comel berwarna putih merah menyusur perlahan di jalan raya sambil diikuti beberapa buah kereta lain dibelakagnya. air muka rafiqi begitu berseri-seri. kereta tersebut kemudianya berhenti di perkarangan masuk sebuah hotel 5 bintang. kelihatan menawan pengantin perempuan dengan pengapitnya diruang lobi hotel. naim menunggu rafiqi di dalam kereta. manakala rafiqi yang segak memakai baju melayu itu pergi mendapatkan pengantin perempuan.

"sayang nampak berseri lah hari ini"puji rafiqi kepada watie
"terima kasih"jawab watie sambil tersenyum matanya kemudian melirik ke tempat duduk hadapan kereta
"mestilah cantik,berjam tau nak solek watie ni bagi cantik"kata Ika pengapit watie
"nanti sampai sana mesti ramai yang puji isteri saya ni"kata rafiqi sambil mencubit manja pipi watie

bunyi paluan kompang menyambut kedatangan kereta mazda rx8 yang dipandu naim.kereta tersebut berhanti di pintu masuk utama Hilton hotel. rafiqi berjalan berpimpin tangan bersama watie. majlis perkahwinan yang berlangsung di hotel mewah itu dihadiri puluhan orang-orang kenamaan.Naim selaku pengapit lelaki melihat rafiqi kelihatan ceria disamping isterinya. tepat jam 4 petang semua hadirin beransur pulang. naim bergerak ke tangga kecemasan dalam bangunan hotel. kotak rokok Kent di keluarkannya.sambil melabuhkan punggungnya,asap rokok berkepul-kepul keluar dari mulutnya. akhirnya selesai juga majlis ini dengan lancar detus hati kecil naim. naim gembira rakanya kini begelar suami. naim berharap agar rafiqi tidak menerima nasib yang sama seperti naim kelak.

"rafi,malam ni i kene ke rumah parent i"kata watie sambil menangalkan satu persatu aksesori di tangannya
"tapi u,ni kan malam pertama kita"kata rafiqi yang terduduk di bucu katil sambil menangalkan tanjaknya
"i know, but my dad mintak tolong i sedikit"kata watie lalu berjalan menghampiri rafiqi
"tak boleh tangguhkan ke atau cari orang lain bagi mengantikan tempat u?"tanya rafiqi
"this is personal matter la sayang,ala u ni,lagipun esok lusa kan ada,i dah gelar isteri u,kalau tidak dapat pada malam ini,tidak bermakna malam-malam mendatang u tidak dapat juga kan"kata wati lalu mencubit pipi rafiqi
"u tak kesian ke kat i?i berseorangan je pada malam ni"kata rafiqi
"malam ini sahaja,bukan untuk malam-malam yang lain k"kata watie
"but sayang.."
"syhh dah,tolong faham keadaan i ok,this is urgent,my dad tak kan BBM i kalau perkara ini tak penting k,kalau u bosan sangat pada malam ni,u mintalah sesape datang temankan u,pengapit u ke?sape nama dia.."watie cuba mengigati namanya pengapit rafiqi
"Naim"jawab rafiqi
"yes naim,u mintak jela dia datang temankan u"cadang watie

naim memandang skrin angka pada lift sambil fikirannya memikirkan pelbagai perkara yang mungkin dan terjadi kepada temannya yang mendesak dia untuk datang ke hotel pada malam ini. pelik,bukankah malam pertama malam yang paling memerlukan privasi bagi setiap pengantin. sesekali naim mengigit bibirnya yang mekar kemerah-merahan itu. memang sudah menjadi tabiat naim untuk berbuat demikian jika dia sedang memikirkan seusatu atau risau mengenai sesuatu.tanganya menepuk-nepuk pehanya tanda tidak sabar untuk sampai ke tingkat 11.

"naim,masuklah"jemput rafiqi ketika membuka hotel.
naim masuk tanpa sebarang kata-kata terpacul dari mulutnya. naim mengekori rafiqi yang hanya berseluar slack hitam tidak berbaju.
"duduklah"jemput rafiqi yang kemudiannya duduk dibucu katil bertentangan dengan pengapitnya
"mana watie?"tanya naim
"dia balik rumah parents dia. ada hal sikit katanya.ayah dia nak jumpa"kata rafiqi sambil menongkat dagu
"hal?hal apa yang sampai malam pertama pun kene ditangguhkan ni?"soal naim
rafiqi hanya mampu mengangkat bahunya sambil tangannya menekup muka.
"kau gaduh dengan watie ke?"naim membuat andaian
"eh, mana ada!"nafi fariqi
"habis tu?"naim masih bertanya
"ayah dia nak jumpa.itu sahaja"fariqi menjawab

suasana bilik bertukar sepi.deruan penghawa dingin menjadi bunyi latar.naim terdiam.matanya meliar melihat segenap isi bilik hotel tersebut. amat mewah.baju pengantin milik rafiqi tergantung kemas di dalam almari kayu jati berwarna coklat perang. manakala baju pengantin perempuan tersidai di atas sofa bersebelahan televisyen. naim menatap muka hampa sahabatnya. naim simpati melihat sahabatnya yang sedang kecewa akibat tindakan isterinya yang meninggalkannya sendirian di saat malam pertama mereka.

"jom keluar lepak mamak,kita minum-minum dulu."ajak naim
rafiqi mengelengkan kepala
"jomlah"naim bingkas beralih ke sebelah rafiqi.bahu rafiqi dipeluknya erat.
"aku malas nak keluar."kata rafiqi tertunduk
"habis tu,tak kan kau nak duduk dalam bilik ni?kau tak bosan ke?"
"kau kan ada"kata rafiqi
"yelah,sudahlah tu rafi,lekas bersiap aku tunggu kau kat lobi"kata naim lalu bangkit
"maaf"tangan naim dipegang rafiqi
".... dah jom"naim menarik tangan rafiqi untuk membantunya berdiri

suasana bertambah rancak.orang ramai mula menjadi semakin liar.muzik bersilih ganti dengan nada yang begitu rancak dan kuat. para pengunjung mula bertindak liar.ada yang menanggalkan baju dan menari terhuyung-hayang sambil berpelukan.ada juga yang berkuncupan tanpa segan silu dan ada juga yang bertindak lebih dari itu. masing-masing kelihatan gembira meneguk minuman keras. gelas yang kosong segera dipenuhi dengan air-air yang memabukkan.kelihatan di satu sudut,sepasang kekasih sedang asyik berciuman tanpa menghiraukan suasana hiruk-pikuk pengunjung kelab malam yang lain.

"i love u baby"kata jejaka itu kepada kekasihnya
"i love u too"kata pasanganya
"heyy come on guys,lets dance!!"ajak seorang perempuan yang tiba-tiba datang ke tempat mereka
"no,i dont want"kata gadis itu
"come on.its your weeding today,lets party!!"jerit perempuan itu
"yeahh come baby,dance with me"ajak kekasihnya
"but i to tired"kata watie
"please, u love me dont you?so come on.."rayu kekasihnya
"ok ok"kata watie lalu berdiri dan berpimpingan tangan dengan kekasihnya ke lantai tarian.mereka menari penuh ghairah dan berahi. wati yang kelihatan mabuk itu rela tubuhnya dipeluk dan dijilat penuh berahi kekasihnya. suasana makin rancak.

rafiqi membuka matanya perlahan-lahan.cahaya mentari yang mengeah masuk melalui celah-celah langsir mengejutkannya dari tidur.tanganya meraba ke sisi katil.kosong.rafiqi bangkit lalu mengosok-gosok mukanya.rafiqi bangkit dari kamar tidur menuju ke bilik air. mukanya menjadi segar apabila dicuci dengan air dari sinki.rafiqi berjalan kembali ke kamar tidur sambil mengelap mukanya dengan tuala.rafiqi duduk di kamar tidur. Blackberrynya diambil,nombor isterinya dihubungi.rafiqi akhirnya melemparkan blackberrynya ke katilnya setelah berkali-kali gagal menghubungi isterinya.

"mungkin dia sibuk sangat tu"kata naim
"tak kanlah sibuk sampai tak balik malam tadi"kata rafiqi lalu memandang keluar jendela tingkap coffehouse.
dua keping pengkek,omelete,dan segelas jus oren yang menjadi hidangan sarapan paginya tidak langsung dijamahnya
"dah la tu,kejap lagi dia baliklah tu.kau makanlah dulu,maybe dia breakfast dengan family dia,sebab dia overnite kat rumah dia kan"kata naim
fariqi tidak mengendahkan naim.dia berterusan memandang permandangan diluar jendela.
"malam tadi kau ajak aku temankan kau,aku datang temankan kau,tapi kau monyok gak muka.sekarang kau ajak aku datang temankan kau untuk breakfast aku sanggup bangun awal datang sini,tapi muka kau masih lagi monyok.kalau aku tahu begini yang jadi memang aku tak datanglah tadi!"runggut naim
"janganlah,..maafkan aku."rafiqi berkata
"sudahlah tu,yang penting sekarang kau kene happy,kau ni pengantin baru tau..muka kau kenelah ceria"naim memberi semangat
rafiqi cuba untuk senyum.

kereta naim diberhentikan dibawah sebatang pokok rambutan.naim keluar dari kereta.setelah selesai bermesyuarat tadi,naim bergegas ke sekolah rendah untuk mengambil putera hatinya,ahmad firdaus yang bersekolah di darjah 5. naim keluar dari kereta dan bersandar di bonet keretanya. kotak rokok jenama Dunhill dikeluarkannya dari poket seluar. berkepul-kepul asap keluar dari mulutnya. bila-bila masa sahaja lagi loceng sekolah akan berbunyi.
naim seorang ayah yang baik.kebajikan anaknya memang diutamakannya.sejak bergelar duda,hidup naim hanya sibuk bekerja dan menjaga kepentingan hidup anaknya. sudah hampir 8 tahun naim bergelar duda. naim mempunyai masalah dengan bekas isterinya ketika terjatuhnya talak tiga.talak yang berat. naim nekad menceraikan isterinya setelah mengetahui isterinya dulu menjadi hubungan sulit bersama dengan bekas kekasihnya. naim sebenarnya dapat menghidu kecurangan isterinya sudah lama lagi. perkahwinan mereka adalah dasar jodoh dan pilihan keluarga. naim yang ketika itu hanya menuruti permintaan arwah ayahnya yang ingin melihat naim berkahwin dengan pilihan arwah ayahnya sebelum arwah ayahnya menghembuskan nafas terakhir. atas dasar bagi memenuhi permintaan arwah ayahnya,naim bersetuju untuk dijodohkan bersama syarifah,bekas isterinya yang dalam diam mempunyai kekasih lain. syarifah yang terpaksa menerima jodoh keluarganya yang merupakan kawan baik kepada arwah ayah naim,berkahwin tanpa kerelaan hati.. sebulan selepas perkahwinan tersebut arwah ayah naim meinggal dunia dan perkahwinan naim dan syarifah hanya bertahan untuk tempoh 3 tahun.waktu itu firdaus baru memasuki umur 2 tahun.
syarifah di tangkap khalwat bersama dengan kekasihnya. naim segera menjatuhkan talak tiga.naim nekad untuk bercerai.naim juga mendesak dia mendapat hak penjagaan ke atas firdaus. syarifah dengan rela hati memberikan naim hak penjagaan tersebut.

"ayah!!"jeritan firdaus berjaya mematikan lamunan naim
"daus anak ayah!"sambut naim dengan segera mendukung firdaus dan memeluknya lalu dahi firdaus dicium naim.
"daus dah makan?"tanya naim
"tak makan lagi ayah"jawab fidaus
"kenapa tak makan lagi ni?"tanya naim
"daus tolong kawan tadi,tolong kawan melukis"kata fidaus yang sememangnya berbakat dalam seni lukis.
"yeke?ermm rajin anak ayah ni tolong kawan ye,dah jom.ayah bawa daus makan kat rumah nenek ye,nenek ada masak ayam goreng"kata naim sambil membukakan pintu kereta untuk anaknya masuk ke dalam kereta.
"yeahh!! tak sabar nak makan.mesti nenek masak sedap-sedapkan"kata daus
"mestilah,nenek kan pandai masak.nenek masak istimewa untuk daus tau"kata naim lalu menutup pintu kereta

kereta mini cooper milik watie yang berwarna biru metalic berhenti di hadapan perkarangan pintu masuk hotel. kunci kereta watie berikan kepada staf hotel. watie yang berkaca mata berjalan pantas ke lift.semasa di dalam lift watie sempat menyemburkan minyak wangi ke arah badan dan lehernya.loceng bilik dibunyikan watie.beberapa saat kemudian rafiqi muncul bertuala sahaja di depan pintu.

"hi"tegur watie lalu masuk ke dalam bilik hotel
"i ingat u tak nak balik hotel ni lagi?"rafiqi bertanya
"u..sorrylah malam tadi i ada hal dengan papa i.i harap u boleh faham.i berurusan dengan client papa i yang datang dari jepun.so, i terpaksa pergi sendiri untuk handlekan meeting itu.sebab papa i minta tolong.itu je..i harap u faham"kata watie dalam nada agak manja sambil cermin mata hitamnya di lemparkan di atas katil
"i memanglah faham.tapi tak masuk akal lah,u baru sahaja berkahwin pada sebelah siang dan malamnya u dah terus sibuk dengan urusan bisness"runggut rafiqi
"ok-ok,lepas ni i janji i akan utamakan suami i ni je k"kata watie lalu dengan manja memeluk rafiqi
"janji?"tanya rafiqi
"ye sayang"kata watie lalu menguncup bibir suaminya
"thanx,i tau ini semua termaktub dalam per..."
"syhh sudahlah tu k, maafkan i. i harap u faham,tapi sekarang i janji lepas ni segalanya akan ok"kata watie lalu menanggalkan tuala yang melilit di pinggang suaminya dan berteleku di hadapan suaminya.
mata rafiqi terpejam rapat sambil bibirnya di ketap.

-CERITA PENUH PADA BULAN SEPTEMBER-

3 comments:

  1. Salam Khuzai... bila nak sambungkan kisah nie ea...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kisah ini akan saya sambungkan sejurusnya saya selesai menaip cerita ni..segalanya masih dalam pernulisan lagi..mungkin akan disiarkan part demi part nanti

      Delete
    2. oh kalau mcm tu kne tunggular ek... lama dah khuzai x post kisah2 baru... xsabar menunggu nie... n rasanya pembaca blog khuzai ni dah semakin bertambah... so, tahniah yer...

      Delete