14 October 2012

Buai-Buai Cinta -PART 2-






Buai-Buai Cinta -PART 2-

seawal 6 pagi zikri sudah bangun dan bersiap-siap ke tempat kerja. enjin kereta dihidupkannya.zikri bersandar di tempat duduk pemandu.radio di hidupkannya, lalu berkumandanglah lagu 'Percintaan Ini' nyanyian ezad exist.
perjalanan pagi itu agak lancar,tiada kesesakan sangat berbanding ketika zaikri berada di cheras.

"baiklah zikri ini tempat awak dan ini saya kenalkan Zulaika"kata Abdul kepada zikri.
"saya Zulaika"kata zulaika lalu berdiri sambil berjabat tangan dengan zikri
"jika ada apa-apa masalah awak bolehlah berurusan dengan zulaika ya"kata abdul sambil memandang zulaika yang tersenyum manis.
"baik terima kasih encik"jawab zikri sambil tersenyum

petang itu zikri pulang kerumah dengan muka keletihan.zikri meleraikan ikatan tali lehernya setibanya di lift. malam ini tunangnya mengajaknya keluar untuk makan malam bersamanya.zikri memandang sayup ke arah langit yang semakin suram dan berawan gelap.tanda hujan bakal turun tak lama lagi.angin mula menderu kuat.rambut zikri yang agak panjang itu tersisir mengikut rentak tiupan angin.beg bimbitnya terlekat kemas ditanganya.beberapa penghuni apartment kelihatan berkumpul bersama dengan zikri menanti ketibaan lift. zikri menoleh lemah ke arah padang permainan.pelik,walaupun ramai kanak-kanak yang kelihatan riang bermain,namun tiada seorang pun kanak-kanak yang bermain di padang permainan tersebut.rata-rata diantara mereka kelihatan seronok bermain di susur masuk kawasan apartment.ada yang bermain bola,ada yang bermain lari-lari,ada juga yang bermain sorok-sorok,namun tiada seorang pun yang bermain di padang permainan tersebut.mungkin sebab keadaannya yang sedikit usang atau memang kanak-kanak tersebut dilarang bermain disitu.lama juga zikri merenung dan memikirkan sebab yang munasabah mengenai persoalan itu. akhirnya lift tiba.

"jadi engkaulah budak baru yang menyewa bilik tengah rumah ni"kata hazim yang tiba-tiba muncul di muka pintu bilik air.
"ye,aku lah budak baru tu,aku zikri"kata zikri sempat menghulurkan tangan untuk berjabat dengan hazim.
"aku hazim,kau baru balik kerja ke?"tanya hazim
"yup"jawab zikri
"oo oklah aku mandi dulu"kata hazim lalu masuk ke dalam bilik air.

hujan renyai mula membasahi bumi.hujan mula lebat bila menjelang isyak.sesudah menunaikan solat isyak sebentar tadi,zikri mula bersiap untuk keluar. minyak wangi disemburkan di bawah leher dan di lengannya sedikit.telefon bimbit zikri berdering kuat.

"hello"kata zikri sejurus menjawab panggilan tersebut
"zikri ke?maaflah kalau saya mengangu"kata seorang wanita dihujung talian
"tak de la,tapi awak siapa?"zikri ingin tahu
"saya kawan nadia,kawan wana,wana ada beritahu saya tadi yang awak dan dia ada date malam ni kan"
"ye kenapa?"
"wana terlupa nak beritahu awak yang kami berdua ada kerja kene meet deadline ni,jadi wana tak dapat jumpa awak pada malam ni"kata nadia
"what the.. wait kenapa awak yang beritahu saya pasal ni? kenapa wana tak beritahu sendiri?"zikri hairan
"awak jangan marah,wana terlupa nak beritahu awak"
"ye saya tahu,tapi kenapa awak pula yang beritahu saya kenapa dia tak beritahu sendiri?"zikri mula bengang
"wana pesan kat saya suruh call awak dan beritahu awak pasal ni,dia tak boleh beritahu sebab handphone dia habis bateri"nadia memberi alasan
"habis tu tak boleh nak guna telefon office? kalau tak boleh,kenapa dia tak guna je handphone awak dan dia sendiri yang beritahu saya,kenapa mesti awak yang cakap dengan saya?"
"wana sibuk tu pasal dia suruh saya beritahu awak"
"habis tu awak ni free? tak de kerja? kenapa wana boleh bussy dan awak pula free?"
"errmm saya free sebab tengah buat printing,err ok i have to go now..banyak kerja ni.ok so sorry bye"nadia mematikan panggilan
"hey!!"zikri menjerit

zikri melemparkan telefon bimbitnya ke atas katil dan melmabung lalu terhempas ke lantai.zikri sempat menyepak telefon itu ke bawah almari. zikri benar-benar marah. sikap tunangnya yang begitu mencurigakan ini amat menyakitkan hati zikri. zikri membuka baju dan di baling ke dinding. zikri baring ke atas katil sambil menekup mukanya.

"arghhh babi!!" zikri menumbuk tilamnya.

angin malam menderu kuat menerpa masuk ke jendela bilik zikri yang terbuka itu.langsir melambai-lambai seakan menari ditiup deruan angin tersebut. zikri membuka matanya. badannya mengeletar kesejukan. jam di dindingnya tepat menunjukan pukul 1pagi. zikri terlelap rupanya tadi.zikri berjalan ke arah jendelanya. sebelum cermin nako itu ditutup zikri,zikri sempat melihat ke luar koridor rumahnya.lenggang.sepi. telinga zikri tertangkap dengan suara mulus mendayu seorang perempuan sedang bernyanyi.sayu-sayu kendengaran,makin lama makin jelas.meremang bulu tengkuk zikri mendengar nyanyian tersebut.

'uuuoo malam,dengarkanlah..rintihanku..
oh dingin malam sayu kedengaran sayu..
aku..mendendangkan lagu..untukmu..
oh senandung malam..hari aku terfikirkan lagi..kamu..
senandung malam aku..terkenangkan kamu..
oh angin malam..bawakan pulang..
khabar berita yang tenang..
rinduku padamu sayang..
orang yang jauh ku kenang..
oh angin malam..'

suara yang begitu mendayu-dayu sekali, sifat ingin tahu zikri mebuak-buak,zikri ingin tahu gadis mana yang mengalunkan lagu tersebut.suara yang begitu halus sekali. zikri mencapai singlet yang tergantung di pintunya. zikri menuju ke pintu rumah. keadaan agak gelap kerana lampu ruang tamu rumahnya terpadam. setelah mengunci pintu grill rumah. zikri terus tercari-cari arah datangnya suara tersebut. zikri berjalan menuju ke lift. zikri sempat menoleh ke arah padang permainan yang terletak di bawah apartmentnya. suasana malap. zikri mengukirkan senyuman apabila dia berjaya mencari dari manakah datangnya suara perempuan tersebut.

'dibelai bayang wajah yang disayang
bulan terang sampaikan salam sayang
rindu aku yang di kasih yang disayang selalu
ku lagukan rindu biar semua tahu..
oh angin malam..'

"ye saya dah tahu dah tak perlu nak beritahu semua orang" teguran zikri dari belakang membuatkan alia berhenti menyanyi dan berbuai.
"awak ni kan..buat saya terkejut je la"kata alia
"awak tu,lagilah..buat saya terjaga je dari tidur tau"kata zikri lalu duduk di buaian bersebelahan dengan alia
"yela tu,orang lain elok je tidur,takde pun bising-bising bila saya menyanyi"kata alia
"merdu suara awak..mendayu-dayu je..tenang saya dengar"puji zikri
alia tersenyum lalu berbuai.
"awak baru balik kerja ke?"tanya zikri lalu berbuai bersama dengan alia
"ye,awak pula?"
"baru bangun tidur"zikri tersenyum
"oh yeke,saya ingatkan awak baru pulang dari temujanji dengan teman wanita awak"alia mengerling ke arah zikri
"ermm tak eh mana awak tahu saya sudah ada teman wanita?seingat saya, saya tak pernah pun beritahu awak"zikri hairan
"tak perlu nak beritahu lah,orang kacak macam awak pasti sudah berteman bukan"
"kacak? saya? haha awak ni ada-ada sahaja lah, saya tak de la handsome mane pun"
alia hanya tersenyum lalu terus bermian buaian
"awak pula, awek cun macam awak pasti sudah ada boyfriend"
"boyfriend?"
"yela awak pasti sudah ada teman lelaki kan"
"tak"
"tak mungkinlah perempuan cantik seperti awak ni pasti ramai yang nak"
"jika saya sudah berpunya, masakan saya ada masa lapang untuk bermain buaian ini,pasti saya sudah keluar dengan teman lelaki saya kan"
"maknanya awak masih single? tak de teman lelaki"
alia hanya mengelengkan kepala
"mungkin awak terlalu memilih kot"
"untuk mendapatkan kesempurnana dalam perhubungan sudah tentu kita perlu memilih pasangan kita bukan"
"kadang-kadang terlalu memilih pun tidak elok juga..awak kene ingat,tiada satu pun manusia dalam dunia ni yang sempurna"
"memang benar, tapi tak kanlah langsung tiada yang sempurna di mata saya"
"ciri-ciri lelaki yang macam mana awak cari?"
"cukup untuk buatkan saya tersenyum setiap hari sudah memadai bagi saya"
"ermm saya selalu buat awak tersenyum"
"hehehe"alia tertawa kecil
"awak memang sempurna bagi saya,malangnya saya tidak mampu untuk miliki awak"
"kenapa awak cakap begitu?"
alia tidak menjawab.hanya terus bermain buaian
"sebab saya sudah ada teman wanita?"
"bukan itu sahaja"
"jadi,sebab apa lagi?"
"lambat-laun awak akan ketahuinya lagi"

farid menekan butang anak panah ke atas. matanya yang kuyu itu digosok-gosoknya dengan jari.sesekali farid menguap.lambat benar dirasakannya untuk menanti lift tiba di tingkatnya

"awak adalah seorang gadis yang penuh dengan misteri"kata zikri
"bukanlah,cuma awak sahaja yang belum benar-benar mengenali saya lagi"kata alia lalu berhenti berbuai
deruan angin kemudiannya bertiup agak kuat. beterbangan melayan ke udara dedaunan kering dari pokok buah rambutan yang terdapat di taman permainan itu.
hampir setengah minit zikri dan alia sambil bertatapan wajah masing-masing.
"mengapa saya rasa begitu jauh dari awak"zikri memecah kesunyian
"saya ada sahaja di sebelah awak"kata alia
"hati dan jiwa awak saya tak dapat nak dalaminya,terasa begitu jauh sekali"kata zikri
"untuk apa?"alia membetulkan seledangnya
"untuk saya fahami awak"
"tak mudah bagi orang untuk fahami saya."
"sebab awak tak pernah beri ruang untuk orang fahami awak"
"bukan begitu,cuma tiada siapa yang ingin fahami benar-benar siapa saya"
"ada cuma awak sahaja yang tak perasan atau mungkin awak tak pernah ambil kisah"
"hehehe"alia tertawa kecil
"awak belum kenal siapa saya lagi,jadi janganlah awak buat andaian"kata alia lalu bermain buaian

pintu lift terbuka di tingkat 8. farid berjalan longlai ke arah rumahnya yang terletak dihujung koridor. ketika dia berjalan di koridor,dia sempat memandang ke bawah rumah. farid terkejut melihat zikri berseorangan bermain duduk di padana permainan. dadanya berombak laju. matanya terbeliak bulat. farid memandang ke arah zikri. ye memang benar zikri berseorangan di situ.di padang permainan itu. farid segera melangkah ke arah rumahnya.

awam berarak perlahan,cahaya rembulan yang terang sesekali hilang di tutup awan gelap yang berarak itu. bintang langsung tidak kelihatan. angin malam bertiup perlahan. bulu roma zikri mula meremang. dingin angin malam benar-benar tertusuk ke sum-sum tulangnya.tambahan pula zikri hanya memakai singlet.

"alia,mungkin kita boleh berjumpa pada hujung minggu ni,kita boleh keluar bersama. masa itu tentu ada ruang untuk saya kenali awak"kata zikri
"saya tak janji.tapi saya akan cuba."kata alia
"seperkara lagi,awak boleh beri saya nombor telefon bimbit awak? senang untuk saya hubungi awak nanti"pinta zikri
"saya tak guna telefon bimbit."kata alia
"jangan nak tipu lah.sekarang zaman dah moden.zaman teknologi,sedangkan budak-budak sekolah pun sudah mempunyai telefon bimbit,tak kan lah awak tak de"zikri mencebik
"terpulang samada awak nak percaya atau tidak"kata alia yang terus leka bermian buaian
"awak tak sudi nak beri saya nombor telefon awak kan?"zikri membuat andaian
"macam mana saya nak beri jika saya tidak mempunyai telefon bimbit"alai memberi alasan
"hmm baiklah,kalau macam tu kata awak,saya akur.tapi macam mana saya nak berjumpa dengan awak lagi?"tanya zikri
"seperti biasa yang awak lakukan,awak boleh saya jumpa saya disini lagi nanti. di tempat yang sama dan pada masa yang sama"kata alia
"hmm ok,saya gerak dulu lah.dah lewat dah ni"kata zikri
"awak pulanglah"
"awak pula? bila awak mahu pulang?"tanya zikri lalu berdiri dari buaian
"sebentar lagi"kata alia
"hmm baiklah..selamat malam alia,saya minta diri dulu"kata zikri lalu berundur beberapa tapak ke belakang
"ye selamat malam zikri"kata alia

'bila malam ku mencari wajahmu kekasih
ooooo
terbayang sayu..wajahmu oh kekasih
yang jauh dariku..yang ku tunggu-tunggu
kamuuu..uuuu
orang jauh ku kenang..
oh angin malam..'

zikri mengukirkan senyuman ketika menekan butang di lift apabila suara merdu sayu-sayu alia singgah ke telinganya.zikri sempat menoleh ke arah alia yang sedang khusyuk menyanyi sambil bermain buaian. zikri melangkah ke dalam lift apabila pintunya terbuka. setibanya di tingkat 8.suara alia hilang. zikri sempat menjengah ke bawah apartment apabila melaui koridor rumahnya. alia tiada.hanya buaian yang masih berbuai perlahan.

suasana di restoran makanan segera nyata agak sesak bila tibanya waktu makan tengahari. ditambahkan lagi keadaan restoran itu yang terletak di tempat strategik di tengah kawasan bandar yang menjadi tumpuan orang ramai terutamanya pekerja-pekerja yang bekerja di bangunan-bangunan pejabat yang terletak amat dekat dengan restoran itu. zikri juga turut tergolong dalam golongan mereka yang memilih untuk makan disitu.

"u kena faham,i amat sibuk dengan kerja yang kene meet deadline.nasib baik myteammate tak banyak kerenah.turut sama bekerja,kalau tak pasti tak siap-siap juga kerja tu"bebel wana,tunang zikri yang menemani zikri makan.
zikri hanya mendiamkan diri.ayam goreng yang terhidang di siat-siat dagingnya lalu dituangkan sos cili ke atasnya.
"u. janganlah mendiamkan diri je"kata wana
"well yeah u bussy.so do i,but i boleh je bagi masa untuk u"kata zikri lalu mengunyah isi ayam tersebut
"bukannya i tak pernah bagi masa untuk u"balas wana
"whatever"kata zikri
"hurmm sorry ok,hmm one more thing,about our weading,have u talk with your parent about it?"tanya wana
"talk about what?"tanya zikri
"kita hanya ada masa tiga bulan je lagi untuk khawin nanti,u tak plan pape ke?"tanya wana
"oh..hmm sorry to tell u,but i think kita tangguhkan dulu boleh tak?"kata zikri
"what!"wana terkejut
"look, i baru je dapat kerja baru.."
"u transfer ok bukan dapat kerja baru"
"still i have to take time untuk betul-betul mix dengan tempat kerja baru i tu,lagipun i punya saving belum cukup sangat ."kata zikri
"tolonglah encik zikri,benda ini sepatutnya u handle dengan baik,kenapa last-last minute boleh jadi benda ni??"tanya wana dengan nada agak lantang
"syhh i just tangguhkan je bukannya batalkan..so please la paham ok"kata zikri
wana mula rasa tidak puas hati. wana mula menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadapa keputusan zikri yang menanguhkan perkahwinan mereka. zikri hanya membatu.mendengar tanpa bersuara

'dibelai bayang wajah yang disayang
bulan terang sampaikan salam sayang
rindu aku yang di kasih yang disayang selalu
ku lagukan rindu biar semua tahu..
oh angin malam..'

mata zikri terbeliak,keningnya sedikit terangkat,kepalanya mula ditinginkan apabila telinganya menangkap baris rangkap lagu tersebut.lagu yang dinyanyikan oleh seorang wanita yang sedang duduk berseorangan di meja makan selang dua bari di hadapannya. zikri berdiri

"zikri! u nak pergi mana?i'm not done with u yet"tanya wana
"syhhh"bunyi pendek yang keluar dari mulut zikri
zikri mula melangkah ke arah perempuan itu. langkahnya perlahan.perempuan itu bangkit dari kerusi dan mengalas begnya lalu keluar dari restoran itu tanpa sempat di tahan zikri
"alia"terpacul ringkas nama gadis misteri yang dikenalinya.
"zikri.! u kenapa ni?"tanya wana
"huh?oh tak de apa,i cuma sakit kepala"kata zikri sambil memicit dahinya
"yeke?hurmm u ok tak ni sayang?"tanya wana
"i ok,i ok jangan risau cuma sakit kepala sikit.sorry wana i rasa i kene pergi sekarang.i nak sambung kerja"kata zikri berjalan lambat meninggalkan wana yang masih terpinga-pinga

bunyi deringan telefon silih berganti dengan bunyi dari mesin pencetak serta bunyi yang terhasil dari jari-jemari yang menekan papan kekunci komputer adalah gabungan bunyi rutin yang menghiasi suasana tempat kerja zikri.
setelah beberapa helai dokumen penting disiapkannya,kini zikri duduk tersandar di kerusinya menanti dokumen-dokumen tersebut di cetak. zikri tersentak,zikri teringat sesuatu yang bermain di fikirannya. zikri membuka laman sesawang carian di internet. GOOGLE.

'hmm lagu apa ye,aduh aku tak tahu lak lagu tu'zikri bermonolog sendirian sambil dagunya di tongkat dengan jari ibunya.matanya di pejamkan

'sayu sayu kedengaran..oh angin malam..' zikri cuba mengigati rangkap baris lirik lagu yang dinyanyikan oleh alia.

'perghh banyaknya yang keluar' detus hati zikri. zikri memainkan beberapa lagu yang ditemuinya di laman carian tersebut.malangnya tidak sama dengan apa yang dinyanyikan alia.

"zikri,yang dokumen untuk meeting esok awak dah siapkan ke?"tanya zulaika
"eh awak ni zulaika,buat saya terkejut jela,hehe dokumen tu dah siap dah tengah print"kata zikri sambil menjuirkan bibirnya ke arah mesin pencetak
"oh baguslah,kalau dah siap nanti boleh saya lampirkan dengan lampiran model-model yang bos nak tengok waktu meeting nanti"kata zulaika
"oh ok nanti dah siap saya hantarkan ke tempat awak ye"kata zikri
"awak layan lagu keroncong ke?"tanya zulaika sambil mengenyitkan matanya apabila memandang skrin komputer milik zikri
"keroncong?"zikri pelik
"tu,lagu yang awak tengah dengar kat youtube tu"kata zulaika
"eh takdelah saya cari lagu yang bersesuaian untuk projek akan datang nanti"zikri memberi alasan
"yela tu"kata zulaika
"yela,tapi saya tak jumpa yang bersesuaian lagi,tu yang saya sedang cari ni"kata zikri
"lagu macam mana yang awak nak?"tanya zulaika
"saya tak tahu tajuk lagu dengan penyanyinya"jawab zikri
"habis tu?"
"saya cuma ingat sikit-sikit je lirik lagu tu"kata zikri
"cuba awak nyanyi, mana tahu saya tahu ke lagu itu"kata zulaika
"eh malu lah"
"apa nak dimalukan,awak ni pun"zulaika tersenyum
"awak jangan ketawa k,suara saya tak sedap"pinta zikri
"yela,cepatlah nyanyi"
'uuu hmmm hhmmm malam.. sayu-sayu kedengaran..sayu..oh angin malam'
"lebih kurang macam tu la"kata zikri sambil tersenyum
"hehehe"zulaika tertawa kecil
"awak ni,hmm tak pela lupakan jela"zikri merajuk
"ok-ok hmm tak pernah saya dengar lagu tu..hurmm cuba awak cari kat Youtube"
"tengah carilah ni,tapi tak jumpa pun"runggut zikri
"meh sini saya cuba"zulaika mencelah disebelah zikri.zikri berundur ke belakang
"taip keroncong,dengan apa tadi..angin malam ek?"
"ye"
"yang ini kot,Haziq-Senandung malam"
"mungkinlah,sebab lirik tu pun ada sebut ayat senandung malam gak"
"bukanlah.bukan yang ini"kata zikri selepas hampir dua minit mendengar lagu tersebut
"habis tu..hurmm cuba yang ini"kata zulaika

'uuuoo malam,dengarkanlah..rintihanku..
oh dingin malam sayu kedengaran sayu..
aku..mendendangkan lagu..untukmu..
oh senandung malam..hari aku terfikirkan lagi..kamu..
senandung malam aku..terkenangkan kamu..
oh angin malam..bawakan pulang..
khabar berita yang tenang..
rinduku padamu sayang..
orang yang jauh ku kenang..
oh angin malam..'

"yes!!! yang ini..jumpa akhirnya,saya pasti yang inilah lagunya!!"jerit zikri kegembiraan

-BERSAMBUNG-