30 December 2012

Dukun -part4-


 
"Ya Allah zaki! anak mak!kenapa ni nak?!!"jerit rahimah
"ketepi kak,biar saya angkat dia"kata razak lalu menyelimutkan badan zaki dengan tuala lalu di angkatnya keluar dari bilik air.
"angkat dia razak,bawak dia ke ruang tamu.cepat.!"arah khadijah
"ketepi!"arah razak kepada rahimah dan watie
razak mengangkat badan zaki ke ruang tamu.rahimah menangis melihat anaknya kaku tidak bergerak.keadaan anaknya begitu menakutkan mereka yang ada disitu.
"zaki!kenapa ni nak?kenapa dengan kamu ni zaki?!"rahimah menjerit lalu memeluk anaknya setelah dibaringkan razak di atas lantai ruang tamu
"razak,aku rasa baik kau pergi panggil pak wardi sekarang!"arah khadijah
"baik"jawab razak lalu meluru ke pintu rumah.tiba-tiba angin hangat menderu kuat masuk ke dalam rumah apabila pintu rumah dibuka razak.razak terkaku sebentar.watie dan khadijah masing-masing mula ketakutan.
"kau kenapa ni razak?!"sergah hashim yang tiba-tiba muncul di muka pintu
"za..zak..zaki bang!"kata razak tergagap-gagap sambil menunding ke arah zaki
"razak,kau pergi panggil pak imam segera!"arah hashim

"Jangan!!!!"teriak zaki tiba-tiba
zaki melompat dan mencangkung memandang razak,aksinya serupa seekor harimau bersedia menerkam mangsanya.muka zaki berubah kehitaman,anak matanya tidak kelihatan lagi,hanya putih susu dan bercahaya di matanya.rahimah segera memeluk khadijah.watie juga begitu.
"arggghh!!"zaki menjerit kuat.serentak dengan jeritan itu,semua yang berada di ruang tamu itu terkaku tidak mampu bergerak.hashim cuba bergerak untuk mendapatkan anaknya.razak pula mengigil ketakutan dan tidak mampu untuk beranjak walau sedikit pun,begitu juga dengan watie,rahimah dan khadijah.mereka terus kaku berpelukan.

'ALLAHU AKHBAR ALLAHU AKHBAR...'Azan Maghrib mula berkumandang.zaki berdiri kaku.kepalanya tertunduk ke lantai.semuanya kini kaku tidak bergerak.

Azan Maghrib berkumandang kuat.hampir 10 minit azan berkumandang,akhirnya suasana menjadi sunyi.hanya bunyi curahan air dari pili bilik air yang tidak dipulas tutup.kemudiaan,semerbak bauan asap kemenyan hinggap di hidung mereka.zaki mula mengatur langkah untuk keluar dari rumah.hashim pula yang tadinya kaku kini mampu bergerak menangkap zaki yang mula meloncat keluar dari rumah.

"lepaskan aku!!"arah zaki bersuara garau kepada hashim yang memeluk zaki sekuat-kuatnya.zaki terlepas dari pelukan lalu mencangkung dihadapan hashim
"kau keluar dari badan anak aku ni setan!!"arah hashim
"razak,tolong hashim tu cepat!"khadijah bersuara
"jangan!!"pekik zaki kepada razak,badan razak yang kurus keding itu melayang ke belakang seolah-olah ditolak sesuatu yang amat kuat
"aahh!!"watie menjerit ketakutan
"kau degil!dia aku punya!jangan kau gangu aku lagi!"suara garau zaki yang dirasuk syaitan menakutkan rahimah
"jangan gangu waris ku!"kata hashim
"dia milik aku!!"jeritan zaki bergempita mengegarkan rumah hashim.
zaki menerkam hashim.hashim jatuh terlentang ke beranda rumah.zaki kemudiannya melompat ke tangga rumah lalu terbang melayang dari kawasan rumah
"zaki!!!"jerit hashim yang kesakitan dihempap zaki tadi.zaki kini sudah ghaib ditelan kegelapan malam.hanya bunyi hilai tawa yang sayup-sayup menghilang ke dalam hutan.zaki melarikan diri dari rumahnya.bukan zaki yang sebenarnya melarikan diri,namun syaitan yang merasuk tubuh zaki itu.
"abang!! anak kita bang!"jerit rahimah lalu berlari mendapatkan suaminya.

hutan kecil yang terdapat di bahu jalan mula diterangi cahaya pancaran dari lampu suluh oleh beberapa penduduk kampung yang bersama-sama membantu hashim mencari anaknya.suara teriakan orang kampung memanggil-manggil nama zaki memecahkan kesunyian hutan itu.sesekali mereka dikejutkan dengan bunyi burung gagak dan salakan anjing dari dalam hutan itu.hampir 3 jam usaha mencari dilakukan namun mereka masih gagal menemukan zaki. sementara dirumah hashim,suasana agak kecoh.ramai yang mula mengerumuni rumah hashim terutamanya kaum wanita,bimbang akan keadaan zaki yang di rasuk,dan juga suami mereka yang pergi membantu hashim mencari zaki.

~ ~ ~

"watie kau tolong bawakan dulang yang berisi cawan tu ke beranda rumah.razak kau pula bawa ke depan jug-jug besar yang ada air kopi tu"arah khadijah yang sibuk menguruskan makan minum orang-orang yang datang berkunjung ke rumah hashim.
"sabarlah imah,aku percaya mereka akan jumpa juga anak kamu tu"kata Suri,salah seorang jiran yang menenangkan rahimah yang sedang menangis teresak-esak.
"betul kata si suri ni imah,kan abang hashim dengan orang kampung tengah mencari anak kau,nanti jumpalah tu"kata watie kemudian bersila mengaturkan cawan yang ada di atas dulang
"aku tau,tapi aku risaukan anak aku,dia dah la belum makan,kene rasuk,dibawa lari ke hutan pula tu"kata rahimah sambil mengelap air matanya dengan selendang yang melilit lehernya
"aku rasa baik kita report polis jela,biar polis yang mencarinya"sampuk si razak pula
"eh kau ni razak,belum cukup 2 hari lagikan budak tu hilang,mana boleh buat report polis"kata khadijah yang membawa dulang berisi beberapa piring kuih bahulu
"betul juga tu"kata razak sambil mengaru dagunya
"sudahlah,jangan nak dirisaukan sangat,aku percaya hashim dengan orang kampung tu akan jumpa juga anak kau tu imah.hutan tu bukannya besar mana pun,jumpa juga la mereka tu nanti,dah ni jemput minum kopi ni dulu,bagi tenang sikit hati tu"kata watie menghulurkan secawan kopi panas kepada rahimah.
"kau tak minta tolong kat dukun pak wardi ke imah?"tanya suri
"itu lah aku dah suruh dah si imah ni pergi,tapi laki dia je yang tak nak.kan dah jadi macam ni"sampuk khadijah
"kak imah tak bawak zaki jumpa dukun pak wardi ke? aisyhh akak ni,kan dah jadi begini,kalau awal-awal dibawa jumpa budak tu,tentu dah selamat sekarang ni"sampuk Rosilawati yang tiba-tiba muncul di belakang watie
"kau ni rosie,buat terkejut aku jela,esok kau tak kerja ke?"tanya watie
"kerja la,aku kerja shift malam. ni mana dapat kuih bahulu ni?"tanya rosilawati
"razak beli kat hajar."sampuk khadijah
"aku bukan tak nak bawa zaki tu jumpa.."rahimah terhenti dari menghabiskan kata-katanya.hidungnya kembang-kempis menghidu sesuatu
"kenapa mah?"tanya watie pelik
"syhh..kamu bau tak?"rahimah bertanya
"..bau?"razak pelik
"bau kemenyan?"terpacul dari mulut suri
bauan kemenyan semerbak menusuk hidung mereka yang berada di rumah hashim.ramai diantara mereka mula seram.masing-masing tidak bersuara.
"imah!"jerit seseorang dari luar pagar rumah hashim
semua mata tertuju ke arah hashim yang berjalan sambil merangkul zaki yang pengsan.orang-orang kampung mengikuti belakang hashim
"Ya Allah zaki! anak aku"jerit rahimah lalu berdiri menangis melihat keadaan zaki yang terkulai pengsan dalam dakapan hashim.
"sudah,ketepi,"arah hashim sambil membaringkan anaknya di lantai beranda rumah.
zaki terbaring kaku,lenganya calar balar.mukanya pucat,darah mengalir dari hidung zaki.peluh membasahi muka dan baju yang dipakai zaki.
pak imam duduk disebelah zaki.tanganya menekup muka zaki sambil tangan kirinya memicit ibu jari kaki kanan zaki.mulutnya terkumat-kamit.orang ramai mengerumuni melihat pak imam.badan zaki mula mengeletar seperti ikan di atas tanah berpasir yang panas.

'Argghhhh'

suara jeritan garau dan nyaring tiba-tiba bergema di luar rumah hashim dan sayup-sayup hilang.badan zaki kembali kaku.darah di hidung zaki berhenti mengalir.tiba-tiba zaki terbatuk-batuk,segumpal darah hitam tersembur keluar dari mulut zaki.orang ramai terperanjat.

"sekali lagi syaitan itu dapat lepaskan diri.aku tidak sempat untuk mengunci dan menangkapnya." kata pak imam lalu berdiri
"imah,ambilkan kain,kesat darah di mulut zaki"arah hashim.imah menganguk faham lalu berlari ke dalam rumah
"memang liat betul syaitan ini,susah untuk ditangkap dan dihapuskan."kata pak imam
"habis tu bagaimana ni?teruk dah saya tengok keadaan anak saya ni"kata hashim resah

~bersambung~

26 December 2012

Dukun -part 3-





Rahimah menuangkan air panas ke dalam teko,setelah 4 sudu gula di masukkan ke dalam teko itu,rahimah mengacau air teh O panas itu hingga larut gula pasir yang dimasukkannya tadi.rahimah menguap buat kali ke-5.rahimah sebenarnya tidak cukup rehat dan tidur kerana menjaga anak bongsunya,zaki yang dirasuk buat kali kedua pada maghrib semalam.nasi goreng diceduknya ke dalam sebuah mangkuk besar.hashim menuruni anak tangga ke dapur.rahimah hanya memandang hashim dengan pandangan kosong.

"saya rasa,biarlah zaki rehat sahaja di rumah pada hari ni bang.tak usahlah dia ke sekolah"kata rahimah sambil membetulkan sanggul rambutnya
"hurmm abang fikir pun begitu juga.biar dia duduk di rumah sahaja"kata hashim
"baguslah kalau abang setuju.nah,ada nasi goreng yang saya buat tadi.makanlah,nanti cakap kat hajar,saya tak buat kuih pada hari ni,esok lusa pun takde kot.sebab saya nak jaga zaki tu"kata rahimah sambil menuangkan air teh o panas ke dalam cawan
"baik,nanti saya cakap pada dia"kata hashim

~ ~ ~

Petang itu zaki tidak kemana-mana,ayah dan ibunya melarang zaki keluar bermain bola kerana takut diserang rasukan syaitan lagi.zaki hanya duduk ditangga rumah melihat ibunya,rahimah menyiram pokok-pokok bunga kertas,seri pagi dan kemboja.senyuman zaki mula terukir bila melihat rakannya yunus yang sedang mengayuh basikal masuk ke dalam halaman rumahnya.

"Assalamualaikum"jerit yunus
"Waalaikumsalam"jawab rahimah dengan zaki
"mak cik buat apa tu?"tanya yunus yang sememangnya mudah ramah
"siram pokok bunga,mak kau dah balik kerja ke?"tanya rahimah
"belum lagi makcik,ayah saya baru je pergi mengambil mak kat kilang"jawab yunus lalu menongkat basikalnya
"kau tak main bola ke yus?"tanya zaki
"tak,malas lah aku nak main,lagipon padang tu penuh dengan tahi lembu.aku rasa lembu Pak cik Dol berkhemah kat padang tu malam tadi,tu yang banyak tahi lembu tu hehe"yunus ketawa
"hehehe"zaki turut tertawa
"kau kenapa tak pergi sekolah pagi tadi?"tanya yunus lalu duduk disebelah zaki
"aku tak sihatla"jawab zaki
"dengar cerita kau kene rasuk lagi,betul ke?"tanya yunus
"yela,aku kene rasuk.tu yang aku tak pergi sekolah tu"cakap zaki
"kau dah berubat dengan pak wardi"tanya yunus
"belum"cakap zaki
"baik kau pergi,dulu fitri budak 6 Cempaka pun kene rasuk juga,lepas dia pergi berubat dengan pak wardi,dah baik dah kan"kata yunus
"sape yang pergi berubat dengan pak wardi, yunus?"tanya rahimah
"fitri mak cik"kata yunus
"fitri?fitri mana?"tanya rahimah lagi sambil berjalan merapati zaki dan yunus yang duduk di tangga rumah.
"fitri budak kelas 6 cempaka,anak mak cik latifah"sampuk zaki
"oo anak si tipah,baik ke anak dia bila berubat dengan pak wardi"tanya rahimah
"baik mak cik,lebih kurang 5 ke 6 kali dia pergi berubat lepas tu terus baik"kata yunus
"mesti mahal kan"cakap rahimah
"sape tu mak?"zaki menyampuk
"sape?mana?"tanya rahimah kepada anaknya
"tu yang kat pokok belimbing tu"tunjuk zaki ke arah lembaga hitam yang bersembunyi di balik pokok belimbing.
"mana?aisyhh kamu ni,tak de sapela kat situ"kata rahimah yang mula kelihatan pucat
"tapi.."
"tak de sapela kat situ zaki,ni yunus tolong mak cik,kamu pergi ke pekan,panggil pak cik hashim,suruh dia balik sekarang"pinta rahimah
"ba..baik mak cik"yunus tergagap-gagap takut.tiada siapa di pokok belimbing itu.bagaimana pula zaki boleh mengatakan ada orang di situ.
yunus segera mengayuh basikalnya menuju ke pekan.

Rahimah mengarahkan zaki masuk ke dalam rumah.senja bakal melabuhkan tirai.jam di dinding tepat menunjukkan waktu 6.30 petang.rahimah menelefon khadijah,watie dan razak untuk datang kerumahnya.azan maghrib bakal berkumandang,namun bayang hashim masih tidak kelihatan.rahimah mengarahkan zaki supaya mandi.pintu rumah rahimah di ketuk-ketuk.

"imah,kau ok ke?mana zaki?"tanya khadijah di depan muka pintu
"masuklah kak,watie,razak jemput masuk dulu.zaki ada kat dalam bilik air tu,tengah mandi"kata rahimah
"apa sebenarnya dah jadi ni kak?"tanya razak
"petang tadi,zaki cakap dia ada nampak orang ke kelibat ke kat pokok belimbing tu.seram akak ni"kata rahimah
"habis tu kau nampak ke?"tanya watie
"tak"jawab rahimah
"mana laki kau?"tanya khadijah
"dalam perjalanan balik kot,sebab saya telefon handphone dia tapi tak di angkatnya,mesti tengah bawak kereta balik,lagipon saya dah suruh yunus,kawan si zaki ni panggil abang hashim balik rumah"kata rahimah
"kejap lagi dah nak azan ni,kau dah panggil pak wardi?"tanya watie
"belum,lagipon abang hashim kan melarang aku panggil pak wardi tu"kata rahimah
"kau ni imah,ini untuk kebaikan anak kau juga,tak kan kau nak biarkan anak kau di rasuk lagi"khadijah tegas
"ni si zaki tu mana?lama benar dia mandi"sampuk razak
"zaki!! zaki!! dah sudah mandi ke belum?"jerit rahimah dari ruang tamu rumah
senyap.
"zaki!! oo zaki,dah habis mandi ke belum nak?"jerit rahimah lagi
"aku rasa,baik kita pergi tengok zaki tu"kata khadijah

pintu bilik air yang di perbuat dari zink rumah itu diketuk-ketuk razak sambil memangil zaki.namun senyap.tiada jawapan dari zaki.hanya bunyi air yang mencurah keluar dari pili memenuhi kolah mandi.matahari mulai terbenam,bunyi burung gagak dibelakang rumah mengejutkan mereka.rahimah mula risau

"zaki,kamu buat apa tu nak?jawab zaki,mak panggil ni"rahimah pula mengetuk pintu bilik air itu.
"saya tak sedap hati ni kak,apa kata kita buka je pintu ni"kata razak
"baiklah,tapi pintunya berkunci,macam mana nak dibuka?"tanya rahimah.kelihatan jelas dimukanya sedikit pucat dan takut
"akak ada dawai ke?tak pun sudu besi,bagi kat saya biar saya umpil selak pintu ni"kata razak
"baiklah,akak pergi ambilkan sudu"kata rahimah lalu bergegas ke para dan mengambil sudu
"kau nak buat macam mana tu razak?"tanya watie
"aku tau la"kata razak
"ini dia"rahimah menghulurkan sudu kepada razak

razak membengkokkan sudu itu seperti angka '7' atau huruf 'L' lalu razak mengumpil selak pintu dari celahan dinding bilik mandi.hampir seminit kemudian pintu itu berjaya dibuka razak.alangkah terkejutnya mereka melihat zaki terbaring terlentang dalam keadaan bogel di lantai bilik mandi.muka zaki pucat.matanya terbeliak tidak berkelip,bibirnya biru terketar-ketar seolah-olah kesejukan dan ketakutan.


~bersambung~

22 December 2012

Dukun -part 2-




pintu dapur terbuka.kelihatan zaki berjalan lemah ke meja makan.

"zaki dah makan?mak ada masak lauk kegemaran zaki ni,siput sedut masak lemak keladi."kata rahimah
"kejap lagi la mak.zaki penat ni"kata zaki lalu mendaki tangga rumah ke ruang tamu
"zaki,pergi salin baju.nanti kamu datang sini,makan dengan ayah.paham"tegas hashim
"ye yah"kata zaki lemah
"penat sangat dia tu"kata rahimah melihat zaki berjalan
"jangan nak dimanjakan budak tu.awak tengok,sebab awak manjakan dialah dia jadi begitu.kene rasuk dek syaitan"kata hashim
"eh abang ni sampai ke situ lak,saya manjakan dia sebab saya sayangkan dia,dah dia je yang kita ada sekarang ni,sofiah pula sibuk belajar yang si zali tu tak payah nak cakaplah,sejak kahwin,nak menjenguk kita pun tidak"kata rahimah
"itulah awak,dulu awak manjakan juga si zali tu,sebab itulah dia jadi macam tu"kata hashim

awan mendung berarak perlahan,suasana suram mula menjelma.cahaya mentari pula kian larut.burung-burng bangau berterbangan pulang ke sarang.lampu jalan mula terpasang sendiri.sebentar lagi azan maghrib akan berkumandang.rahimah segera ke ampaian mengambil jemuran.lewat pula rahimah mengangkat jemuran pada hari ini.lampu di beranda rumah di pasang hashim.setelah itu hashim duduk di tangga hadapan rumah menantikan anak bongsunya pulang dari bermain bola.rokok yang di isapnya hanya tinggal puntung,lalu puntung tersebut dicampaknya ke bawah tangga rumah.

"cepat naik,mandi.kejap lagi dah nak masuk waktu maghrib ni"jerit hashim bila melihat kelibat zaki berjalan masuk ke halaman rumah
"baik yah"jawab zaki lalu berlari ke belakang rumah

kain tuala yang tersidai di belakang pintu di capai zaki.setelah menanggalkan pakaiannya,zaki membalut tubuhnya dengan tuala.zaki meluru ke dapur.

"baju-baju yang kotor tu masuk kat dalam baldi"kata rahimah bila melihat zaki menutup pintu bilik air.
"ye mak"jawab zaki

setelah selesai solat berjemaah,hashim selaku ketua keluarga dan imam membacakan doa.zaki dan rahimah hanya tunduk sambil 'mengaminkan' bacaan doa dari hashim.suasana begitu sunyi dan tenang.hanya suara hashim sahaja yang kedengaran di rumah itu.setelah selesai membacakan doa,tiba-tiba hidung hashim tertangkap bauan yang aneh.bauan yang begitu menusuk hidungnya.

"ayah,bau apa ni?"zaki bersuara
"syhh diam jangan tegur!"bisik hashim
rahimah mula ketakutan.
'asap kemenyan'detus hati hashim bila bauan tersebut diamatinya

tiba-tiba zaki berdiri terpacak.berdiri kaku sambil kepalanya tertunduk ke lantai.
"abang!"jerit rahimah
"awak diam,pergi ke dapur ambilkan saya segayung air!"arah hashim
"zaki bang,anak kita kene rasuk lagi bang!"kata rahimah
"saya cakap tu buatlah,pergi cepat!"kata hashim

rahimah berlari ke dapur sambil menanggalkan telekungnya.segayung air dari kolah diambilnya.

zaki mula bertindak ganas dan liar.zaki terlompat-lompat seperti monyet membuatkan rumah papan milik hashim itu bergegar.zaki kemudianya menatap wajah hashim.mata zaki kemerah-merahan,air liurnya meleleh keluar dari mulut.zaki menerkam ayahnya lalu menumbuk-numbuk muka ayahnya

"dia milik aku!!arghhh arghh"pekik zaki sambil menumbuk muka dan badan hashim
"keluar kau syaitan!"hashim menepis-nepis tangan zaki.zaki melompat ke arah dinding rumah

Pak imam segera ke rumah hashim setelah razak memberitahu pak imam bahawa anak hashim,zaki telah dirasuk.setelah turun dari motor razak,pak imam meluru masuk ke dalam rumah hashim.

"Astaghfirullah al-azim"pak imam beristigfar melihat zaki melekat ke dinding rumah papan itu seperti sedang bersedia untuk menerkam hashim yang terlentang di lantai rumah

pak imam membacakan beberapa ayat suci untuk menghalau syaitan yang merasuk zaki.zaki memandang pak imam.darah mula keluar dari hidung zaki.

"warghhh diam!!"jerit zaki lalu meloncat ke arah pak imam
"Allahu Akhbar"jerit pak imam lalu menolak badan zaki
badan zaki melayang ke udara.lalu terbaring kaku dilantai rumah.
"zaki!!"jerit rahimah melihat anaknya kini terbaring kaku
"bawa air tu!"arah pak imam.
air dalam gayung itu di bacakan pak imam dengan surah-surah tertentu.air tersebut kemudiannya di lumurkan ke muka zaki.darah yang mengalir keluar dari hidung zaki mula berhenti.

"kau dah pagarkan kawasan rumah kau ni?"tanya pak imam kepada hashim ketika menuruni anak tangga.
"sudah pak imam"kata hashim
"habis tu,bagaimana syaitan ini boleh menembusinya,kau ikut segala pesan aku?"tanya pak imam
"ye pak imam,saya ikut tertibnya"kata hashim
"memang kuat syaitan ini,patutlah susah untuk menangkapnya."kata pak imam
"habis tu apa yang perlu di buat lagi ni pak imam?"tanya hashim
mulut pak imam mula berkumat-kamit membacakan sesuatu.
"bawakan aku garam.cepat"arah pak imam.seketika kemudiaan hashim tiba dengan membawa sepiring garam
"dia masih ada di sekitar kawasan rumah ini"kata pak imam
"ye ke?"tanya hashim kelihatan sedikit takut.
pak imam tiba-tiba menoleh ke arah pokok belimbing di bucu kiri hadapan rumah hashim.
"pergi!!"jerit pak imam lalu melemparkan segengam garam ke arah pokok belimbing itu setelah garam itu dibacakan dengan ayat-ayat tertentu.

'WAAARRGGGGHHHHHH!!!!!'

suara jeritan aneh bergema di pokok belimbing itu,pokok berlimbing itu tiba-tiba bergoyang umpama di tiup angin taufan.
pak imam memejamkan matanya sambil mulutnya terkumat-kamit membacakan ayat suci.selepas itu pak imam mula mengelilingi kawasan rumah hashim sambil menaburkan garam tersebut
"rumah ini aku sudah buatkan pendinding.kamu banyak-banyak kan berdoa,baca yasin agar rumah ini tidak lagi di serang syaitan itu.jaga zaki itu baik-baik"pesan pak imam
"baik,terima kasih pak imam"kata hashim lalu berjabat tangan dengan pak imam
"eh,apa ni?tak usahlah hashim"kata pak imam lalu memulangkan kembali wang kertas berjumlah rm50 ke tangan hashim
"tak pe pak imam,pak imam ambil lah,ikhlas dari saya,pak imam sudi membantu saya"kata hashim
"tak payah,aku buat sebab aku ikhlas,biar Dia yang balas.razak tolong hantar aku pulang"kata pak imam kepada razak yang dari tadi senyap kerana takut
"baik pak imam"kata razak
"terima kasih pak imam"kata hashim
"sama-sama,ingat pesan aku ya,jangan lupa buat"pesan pak imam lalu membonceng motor razak

malam kian larut.suasana begitu sunyi,hanya kedengaran bunyian cengkerik sahut-sahutan.sesekali bunyi burung pungguk kedengaran,sedikit sebanyak menimbulkan rasa seram kepada rahimah yang duduk bersila disebelah anaknya yang sedang tidur.rahimah mengusap rambut anaknya.hashim pula sedang menuam mukanya yang bengkak akibat dipukul zaki yang dirasuk tadi.

"mak..tolong!tolong!"zaki tiba-tiba menjerit
"zaki,zaki kenapa ni nak?kenapa ni?"rahimah mula panik
"zaki,ayah ada kat sini ni nak"hashim menerpa mendapatkan zaki
"ermm ayah,mak..zaki takut"kata zaki yang sedar dari tidur
"kamu mengigau ni,ayah dengan mak kan ada ni,sudah ye nak,tidur"kata hashim
"zaki takutlah yah."kata zaki
"jangan takut,mak ada ni.dah tidur.dah lewat dah ni"pujuk rahimah
zaki mula memejamkan matanya semula.

-bersambung-

20 December 2012

Dukun -part 1-




"arghhh arghhhh lepaskan aku arghhh arghhh"

pekikan dan raungan bergema mendadak dirumah Hashim menjelangnya maghrib.suasana tenang bertukar haru biru seketika dirumah hashim.

"kamu kenapa ni zaki?bawa mengucap nak bawa mengucap nak"hashim memeluk anak bongsunya.namun zaki berterusan meronta-ronta meraung dan berterusan meraung.
"lepaskan aku!! arghhh dia milik aku!! lepaskan!!"suara zaki berubah garau.dadanya berombak kencang.mukanya dibasahi peluh.matanya terpejam rapat.mulutnya mula berbuih-buih.darah pula mengalir keluar dari hidung zaki
"abang kenapa dengan anak kita ni bang?"rahimah,isteri hashim mula menangis ketakutan melihat perilaku ganas anaknya itu
"mengucap zaki,mengucap!"pekik hashim
"diam!!!"jerit zaki lalu matanya terbeliak memandang ayahnya
"keluar kau syaitan dari tubuh anak aku!!keluar kau!!"tengking hashim
"aku tak nak!!dia milik aku!!"jerit zaki sambil meronta-ronta
"siapa kau syaitan?siapa yang menghantar kau?siapa yang menyuruh kau merasuk anak aku? keluar kau dari tubuh anak aku!!"jerit hashim sambil memeluk erat anaknya
"kau diam!!"pekik zaki lalu menendang ayahnya.hashim tercampak ke belakang.tubuh kecil zaki tidak memungkinkan zaki untuk menedang hashim hingga terpelanting ke belakang.nyata syaitan yang merasuk zaki ini mempunyai kuasa yang luar biasa
"hahahaha dia milik aku!! hahaha"zaki ketawa sambil mengilai
"lepaskan anak aku syaitan!! Allahuakhbar!!"pekik hashim
"aarghh aaa"zaki terdiri kaku sambil kepalanya terdongak ke atas untuk seketika sebelum zaki terkulai lemah dan jatuh terbaring sambil mulutnya mengeluarkan buih.darah masih mengalir keluar dari hidung zaki
"zaki..zaki.."rahimah menerpa ke arah zaki lalu memeluk anaknya.

zaki merupakan budak lelaki yang ke empat diserang histeria oleh rasukan makhluk ghaib yang menyerang Kampung Permai sejak akhir-akhir ini.seperti budak-budak lelaki lain yang berumur dalam lingkungan 12 dan 13 tahun,menjelang manghrib mereka akan dirasuk oleh makhluk ghaib.dari mana datangnya makhluk tersebut tidak diketahui oleh penduduk kampung. pelik, hanya remaja lelaki sahaja yang menjadi sasaran makhluk tersebut.bukan wanita dewasa,bukan wanita tua,bukan lelaki dewasa,bukan lelaki tua,bukan anak dara tapi anak teruna.
namun semua budak lelaki tersebut pulih setelah dirawat oleh dukun terkenal di kampung tersebut. hanya dukun tersebut mampu membantu menghalau makhluk tersebut dari berterusan mengangu remaja-remaja lelaki di kampung tersebut.namun setelah itu serangan tersebut akan berlaku kepada remaja lelaki yang lain pula.berterusan begitu.tiada penghujungnya.

"kalau masuk anak si hashim tu,dah empat orang budak laki yang dirasuk makhluk itu"kata razak yang merupakan pelangan setia di warung kopi pak seman
"anak si hashim pun kene?bila?"tanya khalid sambil mencapai nasi lemak di atas meja
"yela,malam tadi aku dengar,anak dia meraung-raung macam orang kene histeria. tu pasti keje setan tu la"kata razak lalu mengeluarkan rokok kreteknya
"isyhh tak boleh jadi ni,dah banyak dah perkara ni berlaku,ape si hashim tu tak bawak anak dia pergi berjumpa dengan dukun wardi?"tanya khalid
"entahlah,aku dah cakap dah kat si hashim tu,suruh bawa anak dia pergi berubat dengan dukun wardi.tapi tak tau le kalau dia pergi ke tidak"kata razak lalu membakar hujung rokok kreteknya

kelibat seorang lelaki berjalan masuk perlahan-lahan ke warung pak seman.baju yang dipakai lelaki itu ditanggalnya lalu dikibas-kibaskan badannya.

"man,bagi kopi kurang manis satu,bagi yang panas-panas"jerit lelaki itu
"siap!"balas pak seman dari dalam dapur
"wuiihh kau tengok badan pak wardi ni,bukan main tegap lagilah,walaupun dah 40an,tapi masih sasa lagi la"puji khalid sambil memandang otot-otot yang tersusun mekar di badan dukun wardi
"mestilah,pak wardi kan dukun handalan,segala syaitan dia boleh lawan sudah tentulah badan dia sasa,bukan macam kau,dah masuk dua bungkus nasi lemak dah kau bedal,perut kau tu aku tengok dah macam spare tyre dah hahaha"razak ketawa
"kamu ni,biasa aja badan ku ini,aku ni kerjanya di kebun,sudah pasti kerjanya berat,sudah tentu badan aku jadi begini"kata dukun wardi dalam dialek indonesia.dukun wardi sudah lama tinggal di malaysia.hampir 10 tahun. sejak kematian isterinya yang merupakan anak kelahiran kampung ini pada awal tahun,selalu dukun wardi datang berkunjung ke warung pak seman untuk minum-minum dan rehat setelah penat bekerja di kebun milik arwah isterinya yang terletak tidak jauh dari warung pak seman.jika arwah isterinya masih hidup,arwah isterinya yang selalu menemaninya di kebun.namun sayang,perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
"ini kopinya"hulur pak seman secawan kopi kepada dukun wardi
"terima kasih"balas dukun wardi
"pak wardi tahu tak, malam semalam zaki,anak si hashim dirasuk syaitan"kata razak
"anaknya si hashim? hashim yang mana?"tanya dukun wardi
"ala si hashim yang kerja menjual barangan runcit di pekan,yang bawa kereta proton gen 2 warna oren"terang khalid
"ooya si hashim yang mobilnya warna jingga itu.ya kenapa? apa anak dia pula dirasuk?"tanya dukun wardi
"ye anak dia kene rasuk"sampuk pak seman
"brengset ini setan,sudah ku pesan jangan di gangunya lagi pria-pria di kampung ini"dukun wardi bengis
"dulu kenapa pak wardi tak hapuskan je syaitan tu?"tanya razak
"sudah ku bilang,ini setan tidak boleh dihapuskan,jika ku hapuskan,sudah pasti budak yang dirasuknya itu mati!"jelas dukun wardi
"ye tak ye juga ye.dari mana syaitan ni datang?siapa yang membelanya?."tanya pak seman
"setan ini tidak mahu bekerjasama,setan ini tetap merahsiakan dari mana asalnya.bila ku tanya dia langsung keluar dari badan budak yang dirasuknya"kata dukun wardi
"habis tu anak hashim ni sudah pak wardi rawat?"tanya khalid
"belum,sebab bapaknya tidak ketemu aku lagi"kata dukun wardi

rahimah berjalan ke arah van milik atan yang membawa muatan barangan basah dan dapur. rahimah ingat memasak sup ayam untuk makan tengahari nanti. anak sulungnya sudah berkahwin dan kini menetap di Kuala Lumpur bersama isterinya,hanya musim perayaan sahaja baru anak sulungnya,Zali pulang ke kampung. anak daranya pula sibuk belajar di menara gading.Sofiah kini pelajar semester ke-3 dalam bidang jurusan Pemasaran di UiTM Shah Alam.hanya cuti semester sahaja baru pulang ke kampung. hanya anak bongsunya yang kini belajar di tahun 6 tinggal bersama rahimah dan suaminya di kampung ini. kejadian pada malam semalam benar-benar merungsingkan rahimah.

"kak mah menungkan apa tu?nak beli ke tidak?"tanya atan sambil menghulurkan beg palstik kepada rahimah
"ye ye akak nak beli lah ni"kata rahimah sambil mematikan lamunannya
"kau fikirkan apa tu imah,pasal anak kau ke?"tanya khadijah
"yela kak tijah,risau lak saya,anak saya pula yang kene kacau"kata rahimah
"kenapa ni kak mah?anak kak mah kene apa?"atan menyampuk
"ni anak si imah ni,kene rasuk dengan hantu yang selalu merasuk budak-budak lelaki kat kampung kita ni."kata khadijah
"anak akak pun kena?dah berubat ke belum?"tanya atan
"belum lagi,tapi akak rasa si zaki tu dah elok dah,elok je ke sekolah hari ni"kata rahimah nak menyenangkan hatinya
"yeke?kau kene ingat imah,anak si latifah pun macam tu juga dulu. Mula-mula dirasuk kemudian baik.lepas tu dirasuknya lagi,lepas tu baik.sampaikan kurus budak tu jadinya,lepas je berubat dengan dukun.barulah baik budak tu"kata khadijah sambil membelek-belek daun sawi
"yela kak,betul tu,baik akak pergi berubat dengan dukun..dukun apa ye namanya?"atan cuba mengingat
"dukun pak wardi"sampuk watie yang tiba-tiba muncul
"haiii watie, baru sekarang nampak kau keluar,pagi tadi masa aku beri ayam aku makan tak nampak pun kelibat kau menyiram pokok kacang panjang kau tu"kata khadijah
"nak siram ape lagi kak,bukan ke awal subuh tadi dah hujan,tak payah le saya nak menyiramnya lagi"kata watie lalu mengambil beg plastik dari tangan atan
"ye tak ye juga ye"kata khadijah
"beginilah kak imah,lebih baik kak imah rujuk pada dukun pak wardi tu.biar dia membantu menghalau hantu tu.biar dia buat pendinding kat rumah akak ni"kata atan
"betul tu imah,nasib baik aku hanya ada anak perempuan je.itu pun aku risau juga.aku nak minta dukun pak wardi tu buat pendinding kat rumah aku tu."kata watie bersunguh-sunguh
"ni sekilo ikan kembung ni berapa?aku nak masak asam pedas ni,abang leman kau tu suruh aku masak asam pedas tengahari ni"kata khadijah
"sekilo rm6 je"jawab atan
"hurmm aku fikir macam tu juga,tapi bang hashim tu,aku kene tanya dia dulu."kata rahimah

"tak payah,syirik awak tau tak.kita minta je pak iman yang bantu halaukan syaitan tu.biar pak iman hapuskan sekali syaitan tu nanti"hashim membantah
"bukan apa bang,dulu ada juga orang yang minta pak imam bantu mereka waktu anak mereka dirasuk,tapi tak berjaya kan. sampai rujuk pada dukun wardi tu,baru berhasil"kata rahimah sambil menuangkan air ke gelas suaminya
"saya percaya kali ni pasti pak imam tu berjaya menangkap syaitan ni"kata hashim lalu menceduk siput sedut masak lemak ke dalam pingannya
"ikut abangla,saya cuma harap zaki tak apa-apa je"kata rahimah

pintu dapur terbuka.kelihatan zaki berjalan lemah ke meja makan.

-bersambung-


p/s: tolong komen kalo korang rasa cerita cam.....hurmm.. korang komen jela..

14 December 2012







Assalamualaikum w.b.t seperti mana korang dapat tgk kat atas ni,ini adalah hasil poll atau undian yang telah berzaman aku lakukan kepada pembaca2 blog aku ni..memang tidak dinafikan ramai diantara mereka berminat dan bersetuju untuk meletakkan novel Sisi gelapku 1 dan 2 sebagai novel pilihan mereka.sebanyak 76% dari pembaca telah mengundi novel ini dan novel Urutan Cinta pula menduduki tangga kedua dengan mencatat sebanyak 18% undian dari pemabca yang membaca novel ini..manakal cerpen Janjiku Untukmu mendapat undian sebanyak 4% dari keseluruhan..

aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada korang semua yang menyukai hasil karya aku dan terlibat dalam undian ini.. undian untuk karya kesukaan koranag yang lain akan aku buat bagi menobatkan karya mana pula yang menjadi pilihan korang bagi tahun 2012 ini..terima kasih banyak-banyak dan jangan lupa untuk mengundi ok

08 December 2012

Sinopsis : Dukun


Mengisahkan serangan makhluk misteri ke atas kanak-kanak lelaki di sebuah kampung yang diberi nama kampung Permai. apabila menjelangnya Maghrib, kanak-kanak lelaki tertentu akan diserang dan dirasuk oleh makhluk misteri ini. pelbagai cara dan alternatif telah digunakan untuk menangkap makhluk misteri ini,namun tidak berjaya. menurut seorang dukun/tok bomoh yang bernama Pak Wardi,makhluk ini tidak boleh ditangkap atau dimusnahkan,dukun tersebut hanya boleh membantu merawat dan mengelakkan dari kanak-kanak lelaki yang dirasuk makhluk itu dirasuk kembali.adakah dukun Pak Wardi akan berjaya untuk menangkap dan menghapuskan makhluk misteri ini nanti.segala jawapannya ada di dalam cerpen bersiri ini..


BAKAL DISIARKAN PADA 20/12/2012

07 December 2012

PENGUMUMAN


arghhh maaf!! aku mintak maaf banyak-banyak!!

cerita :

INDAH KUNTUM DARI MEKARNYA

ada masalah, cerita itu tak dapat disiarkan pada bulan ini,sebab fail cerita tu dah corrupted ar..ni sume sebab virus tak guna..

jadi cerita tersebut akan ku gantikan dengan cerita :

DUKUN

yang bakal di siarkan part demi part bermula pada 20/12/12 .. manakala untuk sinopsisnya nanti akan disiarkan pada minggu depan

aku mintak maaf sebab perkara ni terjadi dan tak dapat di elakkan..maaf sangat-sangat ye..

02 December 2012

Nantikan Kemunculannya


Assalamualaikum..dan salam sejahtera..hurmm ade tak lagi yang sudi menjenguk blog buruk aku ni??hurmm kepada yang setia tu..korang terbest la..well kalo korang leh tgk kat ruangan sebelah KIRI blog ni ade 2 gambar cover bagi cerita yang bakal disiarkan tak lama lagi.. iaitu cerita
cerita kat atas ni bakal di siarkan pada pertengahan bulan ini,cerita ni 96%siap.. manakala cerita 

ini merupakan karya kedua aku dalam bentuk seram mistik selepas cerita

Buai-Buai Cinta

cerita ini bertajuk "DUKUN" bakal disiarkan pada bulan januari tahun 2013..cerita ini hampir 68%siap..tengah gigih menulis la ni..perghh penat..

kalo korang nak tau sinopsis cerita "DUKUN" ni..nantikan,dalam bulan ni aku akan post sinopsis cerita ni..kalo korang baik hati,rerajin la klik kat iklan..penat aku menulis..x cian ke kat aku..aku mtk korg klik je kat iklan bukan ke bayar pun an..jadi bersamalah kita bekerjasama..hehehe

dah aku nk tido..penat sangat ni..so nantikan jela ye

for now..

me/khuzairi mengucapkan...

wassalam..