25 January 2013

Karya Pilihan 2012







Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..perghh dah mcm pembaca berita lak ye hehe ok ar..sementara korang semua menunggu part baru bagi cerita dukun yang akan disiarkan tak lama je lagi..apa kata kita tengok dulu undian yang telah aku buat dulu khas pada pembaca dan pengikut blog aku ni..ribuan terima kasih ye sebab sudi meluangkan masa mengundi..

sepertimana yang korang tengok kat atas ni, sebanyak 66% undian memilih karya bersiri "AKU KAN ADA" .. cerita bersiri ini mengisahkan hubungan persahabatan yang akrab yang berkekalan hingga ke mati dimana pengorbanan seorang kawan terhadap kawannya yang inginkan kawannya menjadi terbaik di dunia dan akhirat..cerita berunsur tauladan ini telah diangkat sebagai karya terbaik bagi sepanjang tahun 2012

Karya Terbaik Pilihan anda bagi tahun 2012:-





tempat kedua bagi karya bersiri pilihan anda adalah "CASHIER" atau dalam bahasa melayunya "JURUWANG" .. cerita yang mengisahkan konflik pekerja terhadap orang atasan yang suka mengambil kesempatan dan mempergunakan orang bawahanya untuk kepuasan dirinya..selain itu unsur pecintaan songsang turut terselit dalam karya ini dimana seseorang yang tidak berani mengluahkan perasaannya dan memendam perasaan tersebut khuatir kehilangan orang yang diminatinya.. karya ini merupakan pilihan kedua para pembaca blog aku yang mengundinya sebanyak 54%..





dan yang terakhir adalah karya sulung aku dalam penulisan .. cerita "Buai-Buai Cinta" ini merupakan karya sulung aku mengenai cinta normal lelaki terhadap seorang awek yang penuh misteri..karya ini menceritakan percintaan mistik diantara seorang jejaka kepada seorang gadis misteri yang dikenalinya di sebuah taman permainan yang merupakan tempat puaka bagi penghuni sekitarnya.. hanya 16% sahaja yang berminat mengenai karya cinta normal aku ni...perghh memang sah ar semua pengunjung blog aku ni budak-budak PLU tegar hahahaha..




pape pun aku ucapkan ribuan terima kasih kepada korang semua yang sudi membaca dan mengundi karya-karya aku ni..

jangan lupa selepas tamatnya cerita dukun ini nanti,akan ada pula sebuah novel dan beberapa cerpen menanti anda..so selalu2 la menjenguk blog aku ni dan TOLONG lah klik kat IKLAN2 yang ada..bantulah aku ye..barulah bersemangat sikit aku nak menulis untuk korang nanti..

take care..
wassalam

2 comments:

  1. Cite you yg terbaek la..suke sesgt..teruskan...dwen

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih..sebab sudi baca karya saya..

      Delete