29 March 2013

Sesuatu yang....



Malam itu agak dingin bagi dirinya. Hujan lebat pada sebelah petang tadi telah lama berhenti. Namun hujan itu meninggalkan hawa dingin yang mencengkam tubuh hingga ke tulang. Baju tebal dipakainya untuk membangkitkan rasa hangat dalam tubuhnya. Walaupun usianya sudah mencecah 30 tahun, namun tubuh badannya masih lagi nampak tegap. Kesibukan menguruskan pernigaan persendirian yang diwarisinya oleh generasi keluarganya yang terdahulu tidak menghalangnya untuk ke gimnasium menjaga bentuk tubuh badannya.



Rumah agam yang tersergam megah di pinggir bukit itu bukti kekayaan yang diwarisinya. Kebijaksanaannya meneruskan legasi perniagaan keluarganya membuatkan dia bangga bergelar anak watan yang tersenarai sebagai individu penting dalam dunia perniagaan. Dentuman guruh dilangit mengejutkannya. Dia berjalan berseorangan ke tingkat tiga sambil membawa bersama secawan air coklat panas. Langkahnya semakin pantas menuju ke bilik pejabatnya yang terletak disatu sudut di rumah agam itu.

Suasana bilik itu sedikit suram. Cahaya malap dari lampu dinding rumah menimbulkan mood tenang dan sedikit seram. Bilik pejabat lelaki itu kelihatan amat kemas dan teratur. Bilik pejabat yang dihiasi dengan permaidani berkualiti tinggi yang di import terus dari Istanbul itu sudah hampir 4 tahun menjadi alas lantai di dalam bilik itu. dikiri dan kanan dinding terlekat mewah almari antik buatan dari Itali yang berisi beratus buah buku dan fail-fail persendirian yang tersusun rapi.

Cawan tadi di letakkan di sebuah meja yang terdapat disitu. Pancaran kilat sambung-menyambung kelihatan jelas apabila cahayanya menembusi kain lembut berwarna putih yang dijadikan langsir di dalam bilik itu. Lelaki itu duduk selesa di atas kerusi empuk itu. Komputer di meja dihidupkan. Sementara menunggu komputernya siap sedia untuk digunakan, lelaki itu menatap satu persatu gambar-gambar di atas meja itu. Gambar seorang wanita dalam lingkungan umurnya dan gambar budak lelaki dan perempuan dalam usia 10 dan 6 tahun disitu. Setelah puas menatap gambar itu, lelaki tadi menoleh ke arah skrin komputernya yang sedia untuk digunakan.

Hampir 2 jam lelaki itu didalam bilik tersebut. Hujan mula turun dengan lebatnya semula. Akhirnya segala kerjanya selesai. Tiba-tiba terdetik perasaannya untuk melihat laman sosial di komputernya. Setelah mendaftarkan diri di laman sosial tersebut, lelaki itu tekun menatap satu-persatu gambar pemilik-pemilik profil disitu. Ketika asyik menekan butang pemutar pada tetikusnya, tiba-tiba tangannya berhenti. Butiran yang tercatat pada profil individu tersebut dibacanya. Lelaki itu kemudiannya bersandar pada kerusi empuknya. Wajah individu itu ditatapnya puas-puas.

“menepati citarasaku”sebut hati lelaki itu sambil tersenyum berseorangan.



- Ini merupakan sedutan pendek dari cerita baru yang sedang giat aku tulis. Cerita terbaru ini akan menemui pembaca-pembaca blog aku pada tarikh yang akan aku umumkan nanti. Namun cerita ini TIDAK DISIARKAN diblog ini. Hehehehehe nak tahu kat mana cerita ini akan disiarkan??



disini



Facebook Page Setitik Dakwat Pena






Cover Bagi Karya Terbaru aku : Budak Duitan (cun tak cover ni??huhuhu)



cerita ini akan disiarkan di Facebook Page Setitik Dakwat Pena. Tujuan utama aku buat begini adalah tidak ingin mengangu cerita Tentang Rasa yang sedang tersiar di blog aku ini.. aku tak nak nanti korang jadi kompius pula bila dah banyak sangat cerita nanti aku siarkan di blog ini.. jadi aku ambil inisiatif lain untuk menyiarkan kat Facebook Page ini. Jadi korang boleh baca tentang sinopsis cite ini dan huraian watak di facebook page.. so korang klik je kat:



p/s : gambar lelaki yang berbadan sasa yang menjadi cover karya terbaru aku ni adalah bukan kepunyaan aku dan bukan dari koleksi bahan lancap peribadi aku.. lelaki sasa ini merupakan lelaki asia, tidak pasti dari Malaysia atau Indonesia atau Singapura dan Brunei sebab nama dia adalah NICK HUSIN seorang beach boy .. dgr cite dulu badan dia slim kerempeng je tapi lepas g gym ke apekejadah dia buat ntah.. badan dia berubah menjadi sasa, tegap,pejal,dan mantap ..perghhh merembes sial tgk mamat ni..

5 comments:

  1. 'Budak Duitan'... "Money Boy" ke? Hehe.. Mcm best je. Tapi jika khuzai letak di FB, nmpk gayanya kena buka la kedua-dua blog ini & FB utk baca kedua-dua cerita 'Tentang Rasa' & 'Budak Duitan'. Bg sy mgkin tiada mslh rasanya. Apa2 pun sy menantikan sambungan cerita Tentang Rasa ini. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih.. ye cite ni berkisah tentang dunia seorang lelaki yang bergelar money boy huhuhu nnt kan sinopsisnya yang akan saya siarkan serentak di facebook dan blog ini

      Delete
  2. khuzai ...khuzai...
    ko memang...
    janganlah buat kat Fb...
    buat jer kat blog ni..hehehhe
    takda yang komfius nyer...
    tol x M.Faiz? betol kan hehehhe

    cerita ni mesti ada unsur seram..
    mesti money boy ni mati kena cekik ...
    mesti aku x miss baca heheheh
    tq khuzai...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha
      ala abgjangut..
      aku cuma nak aktifkan facebook page tu je..skrg kan dh ramai org guna fb..so ape salahnya aku siarkan karya aku disana..

      kenapalah abgjangut fikir mcm tu.. cite ni penuh dgn adegan ganas diranjang je xdela nak seram mana pon hahahaha adehh kene blok gak fb aku nnt hehee

      Delete
    2. aku bukak fb ko kena sign up..lecehlah khuzai.aku xda fb..tarok sini jer ler ...hehehe..bolehkan kan kan...bila nak sambung citer ni..?

      Delete