10 March 2013

Terharu dalam Keletihan

hurmm sedih tol hari ni.. ada job kat luar tadi..ari ahad dpt job..hmm memandangkn wallet hnya tinggal duit biru 8 helai je..so aku acepptla job tu..

pukul 3 ptg aku siap2 dan segera bertolak ke wangsa maju.. mcm biasa aku duk kl ni bergantung pada pengakutan awam sahaja kan..naik ktm dan lrt ke wangsa maju.. yang aku paling tak suka sekali adalah naik ktm..ye memang bengang naik ktm ni..nak2 waktu 'emergency' mcm ni..kalo aku x sampai dlm kul 6,kwn aku akan past job tu kepada orang lain..arghh aku lak ngah terdesak ni..memang butuh wang..

"PERHATIAN KEPADA SEMUA PENUMPANG KTM BAGI LALUAN RAWANG KE SG. GADUT, DISEBABKAN MASALAH DAN KERJA-KERJA NAIK TARAF LANDASAN, TRAIN KE LALUAN TERSEBUT HANYA BEROPERASI DALAM KEKERAPAN 30MINIT SAHAJA. KAMI MEMINTA MAAF ATAS KESULITAN YANG BERLAKU"

AARgghhhhHHH what the fish!!! sejak bermulanya ktm ni sampai skrg ada je pelbagai masalah yang berlaku lah.. dahla hari ahad..waktu ramai orang lak tu..gerenti sesak la jap lagi dalam train ni..tengok je kat platform dah ramai orang..confirm sesak..



jari jauh sayup-sayup aku terlihat akan kedatangan 6 koc train yang baru tu..putung rokok ku campak kan..sebelum melangkah masuk ke dalam train..aku sempat menghembuskan asap rokok..ye seperti yang dijangkakan..aku mmg kene berdiri hingga ke KL Sentral.. dan dari Kl sentral aku terus naik Lrt ke wangsa maju..fuhh sempat gak cuci mata tadi kat kl sentral bila nampak brade2 askar yang smart2 tu melepak di situ.. rasanya dorang ni tentera udara la kot..sebab pakai uniform putih je..

sedikit pelik gak ler,bila tgk muka dorg tu semua ..biasa2 je..cuma ada 3 ke 4 orang je yg nampak macho dan jambu..yang lain tu..........(isikan dengan ayat sendiri)  tapi bila dorang pakai uniform dorang nampak smart giler ar..nampak macho je hehehe..

Setelah memakai earphone,aku layan lagu2 mp3 yg ada dlm hp murah aku ni..sempat gak terpadang waktu dah pukul 10.00 malam..penat gak editing tadi..lebih 270 keping gambar aku edit tadi..kawan aku puas hati dan beri aku 4 keping duit berwarna hijau..fuhhh masyukk..

akhirnya terdengar lagi pegumuman psl train 30 minit gerak tu.. perghh hilang mood nak bersyukur dengan hasil kerjaku tadi..aku tol2 bengang la..dah lah penat yang teramat sangat tadi..arghhh..akhirnya setelah jenuh menanti,tren tiba 20 minit kemudian..aku bergegas masuk ke dalam train dan duduk di sebelah mamat yang begitu sibuk menekan-nekan skrin telefon bimbitnya..yelah, hp mahalkan..kita ni hp cikai je..



tiba-tiba aku tersentak gembira..jantung aku berdegup kencang bebenor..pandangan aku terpaku pada skrin Samsung Note lelaki itu.. terpampang sesuatu yang amat ku kenali sekali..gambar ini






hehehe dia baca blog aku ke..hehehe terharu lak bila jumpa depan mata sendiri bila ada orang baca blog aku..hahaha terharu sey..ni wat aku bersemangat lagi nak post2 kat blog aku ni huhu..aku nak saje ucapkan terima kasih kepadanya yang sudi membaca blog aku..tp aku tak nak..sbb aku takut..haha aku takut sey..takut nk ckp kat dia "saudara pun baca blog saya ke?" mest dia terkejut beruk nanti hahaha..so aku just diam dan cool je secool air cond dlm tren ni..hehehe tp sempat gak menjeling2 apa yang dia baca..

ye aku memang terharu sangat la walaupun dalam keletihan..


7 comments:

  1. aku lah tu baca blog ko..hahhahaha
    awal nyer poket ko kemarau?...
    mesti boros :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha yela tu..ko duk kl ke abgjangut???
      sebenarnye duit aku ada kt dlm atm(utk hal emergency shj)..tu pun cukup2 mkn je..lps je byr segala bil.. tu yg kering je ni..larik skit bajet sbb bg parents duit belanja lebih hari tu

      Delete
    2. tadak.. aku dok kat seberang laut sinun..lom kesampaian nak dok KL..
      rezeki bagi orang tua ..insyallah diberkati...

      Delete
    3. hehe tula selama lebih 20 tahun ibubapa dok invest kat kita..so turn kita lak bg ibubapa kita duit..aku hrp ko baik2 saja dok situ..moga keadaan selama selamat dan kembali tenteram

      Delete
    4. tq..aku kat sini ok jer..alhamdulillah...yang aku risau rakyat kat sabah nun..harap krisis LD akan berakhir dengan aman tanpa pertumpahan darah yang memanjang...
      kesian kat orang yang x berdosa menjadi mangsa keadaan...
      Moga Malaysia aman selamanya...

      Delete
    5. itulah..aku hrp segalanya akan ok..hari2 tgk dlm surat khabar mcm2 berlaku kat sana..

      Delete
  2. mesti bangga kan..... tgk hasil kerja @ karya kita jadi perhatian org lain....

    ReplyDelete