28 April 2013

Tentang Rasa -part 15 : Coklat, Lilin dan Surat -



Tentang Rasa : part 15 : Coklat, Lilin dan Surat


Tengahari itu hanya Sufian duduk berseorangan menikmati hidangan tengahari. Kelas Zharif belum tamat lagi. Kelas Zharif bakal tamat pada pukul 5 petang. Dalam minggu ini Zharif betul-betul sibuk dengan kelas. Sufian dan Zharif hanya dapat meluangkan masa bersama pada sebelah malamnya. Sms dari Fakhri di padamnya. Sufian masih belum memberitahu Zharif mengenai Fakhri yang sebenarnya dalam diam memendam rasa terhadapnya.

Seorang lelaki yang tidak dikenali berjalan rapat ke arah Sufian. Lelaki itu tersenyum manis lalu berhenti di sisi meja makan Sufian.

“Assalamuallaikum”tegur lelaki itu.
“Waalaikumsalam”jawab Sufian
“saya mengangu ke?”tanya lelaki itu dengan sopan
“tidak”jawab Sufian
“boleh saya duduk?”
“silakan”
“baik, saya dari falkulti Engineering, kami nak jalankan kajian kepada pelajar di Universiti ini, harap abang ada masa lah untuk berikan kerjasama”nyata lelaki itu
“ini adalah borang kaji selidik, kalau boleh abang isikan,kalau ada sebarang pertanyaan saya akan bantu”kata lelaki itu.

Faizul melihat Sufian dari jauh duduk di meja di kafetaria ditemani oleh seorang budak lelaki. Faizul menghampiri Sufian.

“ok bahagian itu abang tak perlu isi tapi hanya tandakan pangkah di kotak kecil tu”arah lelaki tadi.
“macam ni?”
“ye macam tu. Ok semuanya selesai. Terima kasih bang. Ini ada Coki-coki untuk abang.terima kasih”kata lelaki itu lalu menghulurkan sebatang coklat kapada Sufian yang terpinga-pinga
 'Coki-coki? Melawak ke apa budak ni'tawa hati kecil Sufian

“Assalamuallaikum bro, seorang je ke?”tegur Faizul
“Waallaikumsalam. Kenapa? Nak suruh isi form survey lagi ke?”tanya Sufian
“hahahaha bukanlah aku tak ada pun coklat coki coki nak bagi. Saja tegur bro, sukalah tengok rambut bro tu. Stylo habis”puji Faizul lalu duduk dihadapan Sufian.
“terima kasih. Biasa-biasa je, ini pun warna perang ni dah nak luntur dah”kata Sufian ketika menarik ke bawah jambulnya
“tapi mmg cun la”Faizul terus memuji.
“aku Ijoi, budak Business
“Paan. Budak Multimedia”Sufian berjabat tangan dengan Faizul
“kau stay hostel ke sewa rumah?”tanya Faizul
“hostel”
“samalah, aku pun stay hostel juga”Faizul tersenyum.

Petang itu hujan turun dengan lebat. Pancaran kilat sabung-menyabung. Zharif menyalakan api lilin yang ke-4. Sufian hanya melihat kekasihnya begitu khusyuk melihat api lilin tersebut. Muka Zharif kelihatan begitu tenang setenang nyalaan api lilin dihadapannya. Sufian hanya mendiamkan diri. Mata Zharif seperti cermin memantulkan cahaya lilin. Hujan masih lagi lebat di luar bilik asrama mereka. Hampir sejam bekalan elektrik di asrama tersebut terputus, mungkin berlaku ganguan akibat cuaca buruk ini.
“lihat api lilin ini. Begitu tenang sekali. Sesekali dia meliuk-liukkan badannya namun masih teguh berdiri dan menyala membakar dirinya. Apinya tenang, sesiapa yang melihatnya pasti tenang. Tapi tiada siapa yang tahu betapa seksanya dia membakar dirinya untuk menenangkan orang yang melihatnya”Zharif berkata-kata.
“dia sangup berkorban demi ketenangan orang lain. Walaupun dia tahu tiada siapa yang pernah ambil peduli tentang kesengsaraannya. Tentang penderitaannya.”sampuk Sufian.
“dan dia juga tidak pernah merunggut bila dia hanya diperlukan pada waktu-waktu terdesak sahaja. dia tidak pernah mencemburui mentol yang lebih kerap digunakan berbanding dia” Zharif tidak jemu melihat api lilin itu.
Sufian berfikir sejenak. Mengapa lain dirasakannya terhadap kekasihnya pada malam ini. Sikap kekasihnya begitu aneh. Tidak pernah Sufian melihat dan mendengar Zharif bermadah begini.
“Zhaf.. are you okay?”
“yeah”pertanyaan Sufian masih tidak berjaya membuatkan Zharif berpaling dari menatap lilin tersebut.
“tidak kekal dan tidak lama dia bernyawa. Akan tiba juga penamatnya. Dan bila tiba waktu itu, tentu dia akan merasa kecewa kerana tidak lagi mampu untuk berkhidmat”Zharif hanyut melayan perasaannya.
“bukan. Tapi sebaliknya dia akan merasa bangga kerana dapat berkhidmat. Dia merasa bahagia dapat menenangkan kekasih Paan. Dia bertambah bahagia kerana dapat membahagiakan pasangan kekasih yang setia berada disisinya hingga kehujung nyawanya.”Sufian tersenyum, akhirnya kata-katanya itu berjaya membuatkan Zharif menoleh menatap wajahnya dalam kesamaran cahaya lilin itu.
“kadang kala, kehadiran seseorang sebenarnya membantu membahagiakan hubungan cinta pasangan kekasih. Lilin ini menjadi contoh”
“namun bukan semuanya begitu. Selalunya kehadiran seseorang mampu mengugat kebahagian pasangan kekasih.”Sufian tidak bersetuju.
“masing-masing ada pandangan tersendiri”
“Zhaf..”
Zharif menghadiahkan senyuman kepada kekasihnya yang memandangnya serius.
“jika cinta kita umpama lilin ini..”
“Zhaf!”
“sesungguhnya tiada apa yang akan kekal didunia ini..”
“Zhaf apa ni?”
“sedangkan satu hari nanti nyawa akan terpisah dari jasadnya dan seperti lilin ini juga.. api akan terpisah dari sumbunya..”
“jauh sangat Zhaf berbicara!”
“cuma yang untungnya, kita dapat menjangka bila tiba saat api lilin ini akan berpisah dari sumbunya. Tapi untuk nyawa, tiada siapa yang dapat menjangkakannya..”
you better stop it now!”
“cinta mungkin begitu, kadang kala kita dapat menjangkakannya pergi namun kadang kala ia pergi dengan sendirinya...”
hey! What's wrong with you?!”Sufian tiba-tiba menarik muka Zharif dari menatap api lilin yang makin mengecil. Mata Sufian mula berair. Sufian merenung tajam anak mata Zharif.
Api lilin pun terpadam. Masih tinggal tiga lilin yang bernyala.
“tiada apa yang mampu merubah cinta kita. Jangan samakan cinta kita dengan lilin bodoh ini!!”tegas Sufian. Air jernih mengalir perlahan dari mata kiri Sufian. Zharif hanya tersenyum melihat kekasihnya.
“tapi hakikatnya..”
“hakikatnya kita tetap bersama walau apa pun terjadi.”Sufian menguncup dahi Zharif.
Zharif menarik satu lagi cawan lut sinar yang berisi lilin kehadapannya.
“mengapa nak nafikan sesuatu yang sudah tertulis..”Zharif menongkat dagunya dengan tangan kanan. Bauan lavender dari lilin itu dihidunya perlahan-lahan.
“bukan nak nafikan, tapi nak perjuangkan apa yang sudah tertulis”Sufian kelihatan bengang
“Pann bercakap seolah-olah sudah mengetahui segala yang ditulisNya”
“begitu juga dengan Zhaf kan..”
“bila andaian menyelubungi pemikiran, segala yang nampak akan dikatakan benar”
“walaupun kita tahu, bahawa ia bukannya benar”
Zharif mengeluh panjang. Sufian menantikan kata-kata yang bakal bebas dari tautan antara bibir Zharif itu.
“susah nak menyemai sesuatu benih bila tanah itu sudah sedia tercemar..”
“bagaimana nak menyemai jika benih yang nak disemai pun sudah tercemar”
Zharif memandang Sufian tajam.
“Paan memang seorang yang keras kepala! Keras seperti batu!”
“akhirnya!! kemenangan berpihak kepada Nik Sufian!! yeaahh!!”Sufian bersorak bangga.

'aku tahu Paan, jauh disudut hatimu,kau masih tidak mampu untuk menerima hakikat sebenar tentang percintaan kita ini. Aku harap aku tidak terlambat untuk membuatkan kau sedar akan hakikat tersebut'

*                    *                     *

Zharif menghidupkan enjin keretanya. Sebatang rokok yang sedang berasap terkepit kemas di bibirnya. Zharif masih menantikan kekasihnya turun dari bangunan asrama. Enjin kereta sesekali mengaum kuat bila Zharif menekan-nekan pedal minyak. Sufian akhirnya turun ke kawasan parkir kereta.

“jom gerak”cakap Sufian

kereta Satria Neo itu mula bergerak ke kampus induk.
“lunch nanti sama-sama nak?”cadang Sufian
“ok. Tunggu I kat cafeteria nanti pukul 12pm”kata Zharif.

Fakhri mencapai tuala lalu melilitkan tuala itu dipinggangnya. Fakhri berjalan ke arh tingkat bawah untuk ke dapur. Langkah Fakhri terhenti. Fakhri menolak daun pintu bilik yang menjadi tumpangan sementara Sufian dan Zharif dahulu. Fakhri melangkah masuk ke dalam rumah tersebut. Segenap ruang bilik ditatap perlahan-lahan. Rindu benar Fakhri terhadap Sufian. Langsir di tingkap bilik itu diselaknya. Cahaya mentari menyelinap masuk ke dalam bilik itu.

'bahagia hingga kau terlupa yang aku sudah berpunya'

'aku dan Zhaf dah lama bercinta bro. Aku sayangkan dia. Aku cintakan dia. Aku rasa kau boleh nampak itu semua. Kenapa kau rasa kau boleh dapatkan aku disaat aku mencintai orang lain? Tidakkah kau tahu bahawa aku sebenarnya hanya setia pada Zharif?'

'woo bro.cukuplah bro. Kau dah tahukan jawapan aku apa. Ia tetap sama. Sama seperti sebelum ini. Kalau kau betul sayangkan aku, tolong hormat keputusan aku.'

antara kata-kata penegasan Sufian yang masih segar dalam ingatan Fakhri. Bukan mudah untuk Fakhri telan kata-kata itu. Bukan mudah baginya untuk berhenti dari mencintai Sufian. Ketika benih cinta sudah tersemai, ia begitu pantas bercambah dan mula berputiknya bunga cinta. Fakhri tidak mampu mengawalnya. Fakhri telah cuba mencantas bunga cinta itu,tapi ia adalah usaha yang gagal.

'Pahitnya rasa ketika madu cinta yang diharap dibalas dengan racun penafian.'

Fakhri melihat isi bilik buat kali terakhir sebelum melangkah keluar dari bilik. Pandangan Fakhri tertangkap kepada sekeping kertas yang terlipat kemas di meja solek. Fakhri berjalan mendapatkan kertas tersebut. Lipatan kertas itu dibukanya.

Sufian bergerak ke cafeteria. Putung rokok yang melekat dibibir dibuangnya. Setelah membuat pesanan minuman di kaunter, Sufian beredar ke sebuah meja yang terletak dihujung bucu banggunan cafeteria. Kelas pada pagi itu berakhir sejam awal dari jadual. Telefon bimbit Sufian bergetar. Panggilan dari Fakhri tertera di skrin telefon bimbitnya.

“Assalammuallaikum bro, ape cer?”sapa Sufian sejurus menjawab panggilan tersebut.
dear bro Fakhri, terima kasihku ucapkan kepadamu yang sudi membenarkan kami tinggal dirumah bro. Terima kasih juga kerana menerima kami bekerja dengan bro. Bro dah banyak membantu kami. Aku tak tahu bagaimana nak membalas budi bro. Bro, walau apa pun yang terjadi di antara kita aku harap kau janganlah ambil hati. Maafkan aku jika aku berkasar bahasa kepada kau sebelum ini..
Sufian hanya tergamam mendengar kata-kata Fakhri dihujung talian.
.. aku sedar dan aku nampak segala keihklasan kau dalam menyampaikan dan meluahkan perasaan kau kepadaku. Aku sedar yang kau betul-betul inginkan diriku menjadi sebahagian dalam hidup kau. Namuan kau harus faham, yang cinta yang kau bina ini tidak bermakna jika aku tidak membalasnya. Kau juga harus sedar bro. Aku sememangnya mencintai Zharif seorang sahaja...
bro..”sampuk Sufian
Zharif yang sudah lama mendiami hati aku ini. Sebenarnya aku betul-betul berasa bersalah kerana aku sudah menguris perasaanku. Tapi aku terpaksa. Aku terpaksa menolak cinta kau untuk pertahankan cinta aku. Cinta aku hanya buat Zharif. Aku mohon berjuta kemaafan jika warkah ini tidak menyenangkan kau. Tapi cubalah kau faham dan berhentilah berharap kepada cintaku lagi..
“sudahlah tu bro..”Sufian mencelah
aku harap kita kembali seperti dulu. Seperti sebelum ini. Bila segalannya nampak begitu sempurna. Sesungguhnya persahabatan kita lebih bernilai dari perhubungan cinta..
“kau dah baca surat aku?”tanya Sufian
aku bacakan semula apa yang kau tulis kepadaku. Terima kasih Paan. Kau banyak menyokong aku. Dan aku akan lupa dan buangkan jauh-jauh perasaan aku ini.”kata Fakhri
“betul ke ni?”Sufian ragu-ragu
yela. Nak buat macam mana. Tapi aku dah ok dah sekarang. Jangan risaulah. study kau macam mana?”tanya Fakhri
“hmm.. ok je. Aku baru habis kelas ni. Ni lepak kat cafe. minum”kata Sufian
seorang je ke?”tanya Fakhri
“Zhaf ada kelas. Pukul 12.30 nanti baru habis”cakap Sufian
ok nanti kau sampaikan salam aku pada dia”pesan Fakhri
“ok tak de hal. Nanti aku sampaikan”kata Sufian sambil melihat Faizul dari jauh melambai-lambaikan tangan kepadanya.
ok lah tu. Aku nak mandi dulu. Assalammuallaikum
“Waalaikumsalam”

Fakhri mengesat air matanya. Hancur luluh hatinya lagi. Tapi Fakhri akhirnya nekad untuk menguburkan rasa cintanya kepada Sufian. Fakhri melemparkan surat tersebut ke atas meja. Fakhri berjalan menuju ke bilik air.

Faizul berjalan ke arah Sufian sambil tersenyum. Sufian menyimpan telefon bimbitnya ke dalam seluar. Tangan Faizul disambutnya. Selepas berjabat tangan, Faizul duduk dihadapan Sufian. Seorang pelayan datang membawa segelas air horlick ais dan dihidangkan kepada Sufian.

“kau nak minum apa? Order jelah”suruh Sufian
“bang bagi air kopi O ais satu”pesan Faizul
“makan?”
“kejap lagi order makan.”jawab Faizul.
“kau tak de kelas ke?”tanya Sufian sejurus pelayan lelaki itu meninggalkan meja mereka.
cancel. Aku free sampai pukul 2 petang. Lepas tu aku ada kelas sampai pukul 6 petang. Kau?”kata Faizul
“kelas aku habis awal tadi. Ni aku free sampai pukul 2 petang juga, lepas tu aku ada kelas sampai pukul 5”beritahu Sufian.
Faizul mengeluarkan sesuatu dari beg sandangnya.
“ini untuk kau”kata Faizul lalu menghulurkan beberapa batang coklat Coki Coki kepada Sufian.
“aku dah agak dah, mana form survey?”tanya Sufian
“hahaha tak perlu isi sebarang form. Ini aku bagi free je”senyum Faizul sambil memperlihatkan lesung pipitnya.
“hahaha kau ni buat lawak lah bro haha”Sufian tertawa.
Airmuka Faizul tiba-tiba berubah.
“aduhh lupa pula, bro aku ada hal dengan kawan aku ni. Aku kena gerak dulu lah”Faizul terus bangkit
“wei, lepak lah dulu. Air kau pun belum sampai lagi la”kata Sufian
“tak boleh bro, aku kena pergi sekarang ni. Sorry banyak. Nah ini kau bayarkan nanti. Aku blah dulu. Adios Amigo”kata Faizul lalu berjabat tangan dengan Sufian. wang kertas RM5 diletakkan di atas meja lalu Faizul tergesa-gesa meninggalkan Sufian yang terpinga-pinga.

Mujur bagi Faizul bila Zharif tidak menyedarinya. Faizul segera berlalu meninggalkan cafeteria. Setelah selesai berbual dengan rakan-rakan kelasnya, Zharif berjalan masuk ke cafeteria dan menuju ke meja Sufian. Sempat juga Faizul menoleh kebelakang melihat Zharif dan Sufian yang duduk semeja di cafeteria itu. Faizul terus berjalan keluar.


-bersambung*-


*mungkin

22 April 2013

Berhenti??



Berhenti berharap? berhenti menulis? berhenti berkarya? berhenti buat selamanya??

hmmm persoalan yang sentiasa bermain difikiran aku ketika melihat blog aku ini..patut kah aku berhenti dan mengecewakan pembaca blog aku ni?? hmm aku sebenarnya betul-betul patah semangat untuk menulis bila semua karya aku ghaib sama sekali apabila laptop kesayanganku diserang virus..aku x sempat nak buat backup.aku hanya mampu format segalanya..namun kondisi laptop aku yang sedang nazak ini benar-benar menyedarkan aku tentang sesuatu

lebih 5 tahun laptopku ini berjasa kepadaku.. dan lbih 4 kali juga laptop aku terjatuh ke lantai akibat kelalaian aku..dan hampir berpuluh kali juga laptop ini diserang virus.. tapi bila aku tatap papan kekunci laptop aku ini..aku tersenyum bersendirian..dgn laptop ini juga aku dpt mengenal erti sebenar dunia songsang ini yg penuh larangan.. dan lptop ini juga yang menjadi tempat aku mencetuskan idea untuk berkarya..

mengimbau saat aku di alam persekolahan. aku bukanlah seorang pelajar yang dilabelkan pelajar cemerlang..malah aku selalu menduduki tempat yang tercorot didalam kelas..pernah juga seorang guruku memandang hina kepadaku..bayangkanlah seorang guru yg seharusnya membimbing tapi menjatuhkan semangat aku utk belajar. memang aku merupakan murid yang pemalas. sentiasa tidak menyiapkan kerja rumah. malah malas juga untuk belajar. "awak tak akan kemana. saya berani jamin yg awk hanya mampu berada di tahap spm dan bakal bekerja kilang. atau mungkin mengangur" kata-kata cikgu ku ketika merotan punggungku dulu.. waktu itu aku darjah 6.. keputusan upsr aku mmg buruk.. walaupun tidak gagal tapi masih buruk..

namun satu peristiwa berjaya mengubah hidupku. peristiwa dimana berlakunya krisis dalam keluargaku yang membuka mataku yg memberi aku kesedaran. form2 aku berpindah ke sekolah baru. disitu aku mula timbul minat aku utk belajar bila semua guru2 yg mengajar aku sentiasa memberikan aku semangat utk aku rajin belajar. malah subjek yg dahulunya menjadi kebencianku berubah menjadi subjek kegemaran aku..iaitu penulisan.. guru yg mengajar subjek itu sentiasa memandang seius pada hasil penulisanku.. "seronok saya baca karangan yg awak buat. karangan awak sentiasa yg pertama yg saya baca dari murid2 lain"
pelik ar cikgu tu..tapi kata2 dia berjaya merubah aku..dari kelas terorot aku dipindahkan ke kelas teratas..dan disitu mmg ku akui semua murid handal2..tp utk aku berjaya berada didalam kelas itu sudah cukup bermakna bagi aku.

kini umur aku sudah melebihi 20 tahun.. aku bukan lagi bersekolah. tapi aku suka untuk menulis.. bila aku menulis, aku dpt komen yg positif dari pembaca.. maka aku buat blog utk mengisi masa lapang aku dgn menulis.. walaupun aku tau yg taraf penulisan aku ni lebih rendah dari penulis-penulis blog yg lain, tapi aku yg tak tahu malu ni tetap berdegil utk menulis karya2 aku di blog ini..hinggakan laptop aku berkali-kali rosak akibat kedegilan ku ini hahahaha..

dan kini aku sedar. laptop aku ni dah benar2 tua.. dah tak larat utk menerima tekanan jari jemariku yang menaip di keyboardnya.. selepas aku format laptop aku, aku biarkan tertutup.. aku tidak hidupkan laptop aku.. dan entry kali ini aku taip di komputer di cyber cafe..  kesian laptop aku..bukan setakat digunakan utk menaip, kerja2 editing video dan picture serta melayan porno video2 dari youtube dan mendegar lagu. byk btul perkara yg aku buat dgn laptop ini.. kesian dia.. mungkin sbb dia rosak tu dia memaksa aku dari berhenti menulis.. ye buatkan aku sedar akan hal itu..

mungkin aku patut berhenti menulis.. mungkin aku patut kuburkan tabiat menulis ini juga.. lepas pru nnt kehidupan aku makin bertambah sibuk..ada khabar angin mengatakan mungkin aku akan ditranfer dan mungkin akan diberhenikan kerja..arghh bertambah lagi tension aku.. disebabkan tension hmpir seminggu lebih aku tidak menjenguk blog ku ini.. tapi hati aku tersentuh sey bila membaca komen2 dari pembaca blog aku.. aku tak berani nak kecewakan mereka.. dan aku bertambah tension lagi bila memikirkan tentang masalah hidup aku..tension itu berjaya membunuh mood aku utk menulis.. mungkin utk masa terdekat ini aku betul2 kene mencari ketenangan diri.. mungkin dalam masa terdekat nnt aku akan update blog aku lagi.. dan jika tak update tu..maknanya aku tewas utk bertahan!!

aku harap aku masih mampu utk menulis lagi.. ketenangan dalam berkarya dalah amat penting bagi aku...susah wei nak dpt mood menulis ni wei..

16 April 2013

Mungkin Buat Masa Ini




Assalammuallaikum wbt .. dan salam sejahtera.. buat masa sekarang ni aku mempunyai masalah peribadai yang susah aku nak kawal dan sukar aku nak tangani.. laptop aku jahanam sekali lagi dan segala bentuk karya aku ghaib begitu sahaja.. dan aku skrg ni berada dalam keadaan kemurungan sedikit dan aku hilang mood untuk menulis.. aku minta maaf pada semua pembaca di dalam blog aku ni..aku minta maaf... aku cuma perlukan masa untuk aku tenang dan uruskan diri aku..disaat aku kecewa dan tak mampu untuk aku bendung rasa ini.. aku perlukan masa untuk menenangkan diri dan dahulukan apa yang patut.. aku minta maaf dan doakan aku agar aku cepat pulih semangat untuk aku kembali seperti dahulu.terima kasih... maafkan aku..

WASSALAM

09 April 2013

Tentang Rasa -part 14 : Milik Aku -



 Tentang Rasa -part 14 : Milik Aku -

Malam itu merupakan malam terakhir bagi Zharif dan Sufian bekerja di gerai burger Fakhri. Minggu depan semester baru bakal bermula. Mereka harus pulang ke Universiti untuk mendaftarkan diri. Sepanjang bekerja disitu pelbagai perkara telah terjadi kepada mereka. Semuanya mereka harungi bersama.

“jadi malam ni kira last day kau orang kerja kat sini lah?”Tanya amirah sambil membuka penutup botol minuman.
“ye.”kata Zharif lalu menghembuskan asap rokok.
“kesian brother tu. Lepas ni buat kerja berseorangan je”kata Amirah.
“apa kata kau tolong dia. Kau buat part time kerja dengan dia”cadang Sufian
“betul kata Paan. Kau kerja je dengan dia. Lepas tu kau try ayat dia. Mana tau dia buat kau jadi couple dia ke? hahaha”gelak Zharif. Sufian juga turut tergelak.
“ewah-ewah, bukan main lagi bahan aku ye. Brother tu pasti dah ada aweklah”kata Amirah
“eh tak de lah. Dia single lagi la”kata Sufian
“kalau single pun mesti dia ada minat kat sesiapa kan”kata-kata amirah bagaikan merentap jantung Sufian. 'ye benar amy, dia minat pada orang lain. Dia minat pada aku' kata hati Sufian lalu menoleh ke arah Fakhri yang sedang tekun memasak burger.
“kau ni kan. Belum tanya belum tau.”kata Zharif.
“kau ni apelah. Dah tentulah dia tau aku macam mana, kan tempoh hari dia ada kat pantai.”kata Amirah
“sebab itu rambut kau makin pendek?”Amirah tergamam sebentar mendengar pertanyaan dari Zharif. Sufian memandang wajah Zharif. Lalu menoleh ke arah Amirah.
“aku rimas. Rambut aku dah panjang. Aku potonglah. Lagipun aku potong pendek ni bukan apa, nak jimat duit. Kau ingat gunting kat salun tu murah ke?”ngomel Amirah.
Sufian hanya melihat rupa Amirah. Rambut amirah benar-benar semakin pendek. Adakah Amirah turut berubah seperti Adriana. Tapi mengapa perubahan Amirah jauh berbeza dari perubahan Adriana.

Akhrinya setelah selesai menjual burger yang terakhir pada pukul 1.45 pagi, gerai burger Fakhri mula tutup. Hari ini kehadiran pelangan tidak begitu ramai. Walaupun semua daging burger habis dijual, Fakhri tidak merasakan malam ini benar-benar sibuk baginya. Selain burger, satay juga habis dijual. Mungkin kerana Sufian dan Zharif membantunya, makan dirasakan malam ini tidak begitu sibuk.

Air mineral di minum Zharif setelah menelan dua biji pil yang berwarna hijau dan hitam itu. Zharif membantu Sufian mengemas barangan niaga.

“kau makan apa tadi?”tanya Sufian
“ubat”jawab Zharif
“ubat? Kau sakit ke? Sakit apa?”Sufian risau
“bukanlah. Ni ubat vitamin. Untuk menjaga kulit supaya lebih tegang dan anjal serta gebu disamping cerah”jawab Zharif saling tak tumpah seperti juru jual di televisyen.
“oooo”Sufian melopong
“dah cepat. Aku penat ni”kata Zharif.

Zharif membaringkan dirinya di tilam empuk yang menjadi alas tidurnya selama hampir 2 minggu lebih tinggal disini. Sufian menanggalkan baju dan seluar jeans yang dipakainya. Sufian memandang dua beg pakaian yang terletak di bucu kiri almari. Sufian bergerak ke dapur.

Sufian melihat kelibat Fakhri yang sedang termenung di kolam ikan diluar rumah. Sufian berasa simpati kepada Fakhri. Fakhri akhirnya menyuarakan hasrat hatinya kepada Sufian. Walaupun Fakhri sedar bahawa sufian tidak akan menjadi miliknya. Sufian menegaskan bahawa hatinya kini sudah miliki Zharif. Sudah bertahun Zharif mendiami hati Sufian. Tidak mungkin Sufian dengan mudah menghalau Zharif keluar darinya dan menjemput Fakhri untuk mengantikan tempat Zharif.

Sufian terus melangkah ke dapur. Air mineral di minumnya puas. Setelah itu Sufian berlalu semula ke biliknya. Sempat juga Sufian menoleh ke arah Fakhri ketika mendaki tangga. Setibanya di bilik, sufian disambut dengan dengkuran Zharif. Zharif memang mudah terlena. Telefon bimbit Sufian bergetar.

“kau nak apa lagi? Kau nak halau aku keluar dari negeri ni pula atau dari Malaysia ke?”Sufian memerli Sofi dihujung talian.
“aku nak jumpa kau. Kau kat mana?”

Sufian menguncup dahi Zharif sebelum mencapai T-shirt dan berjalan ke luar rumah. Fakhri terkejut melihat Sufian memakai selipar.

“kau nak pergi mana?”tanya Fakhri
“keluar kejap”jawab Sufian
“dengan macam ni?”tanya Fakhri sambil melihat Sufian yang hanya memakai t-shirt dan boxer sahaja.
“yelah. Ala bukan jumpa sesiapa pun. Jumpa abang aku je”kata Sufian sambil berlalu meninggalkan rumah Fakhri.

'abang? Eh budak ni. Tak takut ke kalau abang kau belasah kau lagi?!'Fakhri benar-benar risau.

Sufian melihat seorang lelaki sedang berdiri di sisi kereta proton Inspira dihujung blok rumah kedai tinggal itu. Keadaan jalan sedikit gelap. Sufian mengunakan cahaya telefon bimbit untuk membantunya mencari jalan yang selamat.

“kau nak apa?”tanya Sufian ketika melihat wajah Sofi masam mencuka.
“ini. Ambil ni”Sofi menghulurkan sampul surat.
“apa tu?”tanya Sufian yang masih memeluk tubuhnya.
“ambil jelah!”arah Sofi.
Sufian mengambil sampul surat itu lalu membukanya.
“dalam sampul tu ada RM2000. Duit dari mama dan papa. Mama dan ayah tak nak kau jejakkan kaki kau lagi ke rumah kami lagi. Kami benci ada keterunan macam kau. Kau gunalah duit tu untuk cari rumah baru dan habiskan study kau. Bila dah habis study, Pepandailah kau hidup. Ingat pesan aku, aku tak nak tengok batang hidung kau lagi! Kalau kau balik juga ke rumah, aku akan hantar kau terus ke rumah terakhir kau iaitu kubur!”ugut Sofi.
“hahaha nah ambil balik duit ni!”Sufian melemparkan sampul itu kepada Sofi.
“kau jangan risau, aku memang tak akan kembali lagi ke situ. Biarlah kau sahaja yang tanggung dosa yang kau buat kepada aku! Biarkan kau berterusan menipu mama dan ayah tentang perkara yang sebenarnya!”kata Sufian.
“pukimak!! kau memang nak mati!”kata Sofi lalu menolak badan Sufian. Sofi menumbuk muka Sufian. Sufian menolak dan menumbuk perut abang kandungnya.
“matilah kau sial!!”jerit Sofi lalu menendang perut Sufian. Sufian terjelopok ke belakang.

“WOOIII!!” suara orang menjerit memeranjatkan Sofi. Sofi kelam kabut masuk ke dalam kereta bila melihat orang yang menjerit tadi berlari ke arahnya. Kereta dipandu Sofi memecut laju meninggalkan Sufian. Sufian mengusap perutnya. Senak dan sakit dirasakan bila terkena tendangan padu dari abangnya.

“Paan! Kau tak apa-apa ke?”Fakhri datang menerpa membantu Sufian
“arghh sakit”Sufian mengerang
“kau sakit sangat ke? Aku bawa kau pergi hospital.”kata Fakhri sambil memangku kepala Sufian.
“tak.tak payah. Aku ..aku ok”kata Sufian yang masih menahan rasa sakit.
“babi punya abang, sangup buat adik sendiri macam ni! Macam perangai anjing!”marah Fakhri.

Fakhri memberikan Sufian sampul surat tersebut. Fakhri duduk disebelah Sufian yang masih meraba-raba pipinya.

“kau ok tak ni?”tanya Fakhri
“aku ok je”.kata Sufian
“tak sangka abang kau macam tu”kata Fakhri

Suasana di tempat itu sungguh sunyi. Hanya lampu jalan yang berwarna jingga menerangi kawasan rumah kedai tinggal itu. Bunyi cengkerik memecah ksunyian malam. Fakhri melihat orang kesayangannya dibelasah oleh abangnya.

“kenapa dia buat begitu lagi pada kau? Apa yang dia beri tu?”tanya Fakhri
“ini. Kau tengoklah sendiri”Sufian menghulurkan sampul itu.
“banyak duit ni, tapi untuk apa?”tanya Fakhri.
“supaya aku tak akan kembali lagi ke rumah itu. Mama dan ayah aku dah buang aku. Seluruh Keluarga aku dah buang aku.”Sufian mula sebak.
“hey, sudahlah. Sabar k. aku ada. Kau jangan bimbang. Kau boleh mulakan hidup baru”pujuk Fakhri
Sufian menekup mukanya.
“lambat laun sejuk juga hati keluarga kau tu nanti. Kau sabarlah. Kau kene faham. Tak de ibu bapa yang nak anak mereka jadi begini. Susah mereka nak menerimanya, tapi tak bermakna mereka akan terus membenci kau. Bila tiba harinya nanti, segalanya akan pulih. Aku percaya, yang ibu dan ayah kau akan mengampuni kau”kata Fakhri cuba menenangkan jiwa Sufian.
“sekarang aku betul-betul dah tak de tempat nak mengadu lagi”kata Sufian
“aku kan ada..”kata Fakhri lalu memeluk bahu sufian.
“terima kasih bro. Aku banyak susahkan kau”kata Sufian
“jangan cakap macam tu. Aku tak suka.”kata Fakhri lalu mencium dahi Sufian dan memeluk Sufian erat. Sufian hanya mendiamkan diri.

Pintu rumah terkuak, Sufian dan Fakhri masuk ke dalam rumah. Fakhri mengunci pintu rumah.

“aku masuk tidur dulu bro”kata Sufian
“ok.”jawab Fakhri.
“oh ye, kalau Zharif tanya kenapa badan dan muka aku ni lebam, kau cakap aku jatuh masa aku tolong kau kemas barang”pinta Sufian
“ok, kau jangan risaulah.”kata Fakhri

Pintu rumah dikunci Sofi. Sofi bergerak naik ke tingkat atas. Sofi terkejut memandang seorang perempuan sedang duduk di sofa diruang tamu sambil memandang ke arahnya.

“Along dah buat apa yang mama pesan?”tanya ibu Sofi
“dah tadi”jawab Sofi
“Paan terima? Paan ok ke? Dia macam mana?” Ibu sofi ingin tahu
“dia ambil je. Lepas tu terus pergi. Dia tak ucap terima kasih pun kat mama bila dapat duit itu dan tak sampaikan salam pun. Mama, lepas ni mama janganlah ambil berat pasal budak tu lagi. Dia tak reti bersyukur! Orang macam itu pun mama nak bantu lagi?!”tegas Sofi yang begitu membenci adiknya.
“dia anak mama. Mama sayang dia. Walau apa pun dia sekarang, mama tetap sayang dia. Along jangan pernah nak beritahu ayah fasal ini! Kalau kamu tak sudi nak bantu mama, biar mama sahaja yang bagi dia terus duit belanja nanti! Tapi jangan sesekali kamu beritahu ayah fasal ini!”tegas ibu Sofi
“baiklah mama. Maafkan Along. Along cuma..”
“tak pe. Tapi ingat hal ini antara kita je. Jangan sampai ayah kamu dapat tahu yang mama beri Paan duit belanja.”
Sofi mengangguk faham sambil tersenyum sinis.


*                        *                         *


Seawal pukul 11 pagi lagi Fakhri sudah sibuk di dapur. Fakhri sibuk memasak makanan tengahari. Banyak lauk yang disediakannya pada tengahari itu.

“nak buat kenduri ke bro?”
'Puukk' tangan Sufian menangkap siku Fakhri.
“hahaha kali ni aku berjaya tahan siku kau. Asyik nak menaji je kerjanya”Sufian tertawa
“kau ni kan. Selalu buat aku terkejutlah. Nasib baik sempat tahan, kalau tak dah berlekuk dahi kau tu”kata Fakhri.
“banyak masak bro, nak buat kenduri ke?”tanya Sufian
“kau kan dah nak balik U kejap lagi. So aku masaklah sedap-sedap untuk kau.”kata Fakhri.
“perghh bestnya. Beruntung siapa dapat bro ni kan”Sufian menghidu bau kari ayam masakan Fakhri.
“malangnya orang tersebut yang menolak untung”perli Fakhri
Sufian tersentak.
“yang sayur ni pula,bro nak masak apa?”tanya Sufian mengubah topik
“goreng jelah. Lepas mendidih je kari tu, aku nak buat telur dadar dan lepas tu siaplah.”kata Fakhri
“ok la tu. Tak sabar nak makan ni”kata Sufian
“cuba kau rasa kari tu, ok ke tak?”
Sufian menceduk kari ayam tersebut
“mmm lazat cukup rasanya”puji Sufian
“Zharif dah bangun?”tanya Fakhri
“belum lagi”jawab Sufian.
“hurmm lepas ni sunyilah aku. Kau dah takde lagi kat rumah ni”kata Fakhri.
Sufian terdiam. Memandang Fakhri dengan rasa bersalah.
“dah la tu bro. Janganlah macam ni dengan aku”kata Sufian
“aku dah cuba, tapi boleh Paan. Bila kau ada depan mata aku ni, aku betul-betul mengharapkan yang kau akan cakap 'aku juga mencintaimu' kat aku. Susah aku nak terima hakikat yang kau menolak cinta aku. Aku tak tahula Paan. Aku tak tahu kenapa dengan aku ni. Tapi yang aku tahu, hati aku sekarang betul-betul cinta pada kau”
“woo bro.cukuplah bro. Kau dah tahukan jawapan aku apa. Ia tetap sama. Sama seperti sebelum ini. Kalau kau betul sayangkan aku, tolong hormat keputusan aku. Tolong jadi Fakhri yang aku kenal sebelum ini,yang tidak pernah bercakap soal cinta, yang selalu sibuk memikirkan gerai burgernya. bukan Fakhri yang sedang berdiri di depan aku ni”
“aku berubah banyak sangat ke?”
“entahlah. Tapi itu yang aku nampak.”kata Sufian yang kemudiannya berjalan meninggalkan dapur dan Fakhri.

Setelah bersiap, Zharif dan Sufian berjalan ke dapur. Fakhri pula sedang membancuh air. Sufian dan zharif duduk di meja makan. Nasi di ceduk Sufian dan di isi ke pingan Zharif dan Fakhri. Tengahari itu tiga lelaki itu menjamu selera dengan mesra sekali.

“jadi lepas ni, siapa yang akan bantu bro?”tanya Zharif.
“aku belum fikir soal tu lagi”kata Fakhri.
“maaflah, kami kena pulang. Lusa dah kene daftar”kata Sufian
“tak pe aku faham. Nanti pandai-pandai lah aku cari pekerja. Kau orang pun dah banyak bantu aku”kata Fakhri tersenyum.

Setelah selesai menikmati hidangan tengahari. Zharif dan Sufian mengangkat beg pakaian dan memasukkannya ke dalam kereta. Zharif menghidupkan enjin kereta. Fakhri berjalan ke arah mereka yang berada di pintu rumah sambil membawa beberapa bekas plastik berisi makanan.

“ini aku ada bekalkan lauk ni, nanti sampai sana kau boleh makan.”kata Fakhri.
“terima kasih. Banyak ni”Sufian mengambil bekas makanan tersebut.
“ambillah.lagipun aku seorang je makan memang membazirlah nanti. Jadi aku bagi lah kat kau.”kata Fakhri. Zharif berjalan ke arah mereka.
bro, kami balik dulu ye, apa-apa salah silap yang kami buat,kami minta maaf. Halalkan makan minum kami ye”kata Zharif lalu bersalaman dengan Fakhri.
“tak de hal la.”kata Fakhri
“ini you bawa ni masuk dalam kereta”arah Sufian. Zharif mengambil makanan tersebut lalu berjalan ke arah kereta Satria Neo itu.
“aku balik dulu bro.”kata Sufian lalu bersalaman dengan Fakhri. Tangan Fakhri diciumnya.
“aku sayang kau juga bro. Tapi tak sama macam aku sayang Zharif. Assalammuallaikum”
“Waalaikumsalam”jawab Fakhri sayu melihat Sufian meninggalkannya.

'Tin Tin!!'Zharif sempat hon pada Fakhri ketika keretanya mula bergerak meninggalkan rumah Fakhri. Fakhri melambai kepada mereka. Akhirnya Sufian meninggalkannya. Fakhri murung.

Perjalanan pulang itu hanya mengambil masa lebih kurang 2 jam sahaja. Sampai di Universiti, Zharif memarkir keretanya tidak jauh dari kawasan asramanya. Zharif dan sufian mengangkat beg masing-masing. Terdapat juga beberapa orang penuntut disitu yang turut sama pulang masuk ke asrama.

Dari jauh terdapat dua bebola mata sedang melihat pasangan kekasih itu dengan penuh kebencian. Lelaki kacak itu hanya memandang tajam ke arah susuk tubuh zharif dan Sufian yang sedang membuka pintu bilik asrama berhadapan dengan blok lelaki itu.

'akhirnya kau kembali juga sayang. Kau kembali bersama dengan dia. Tapi itu tidak bermakna aku akan biarkan sahaja. Apa yang patut menjadi milik aku akan kekal menjadi milik aku'bisik hati dendam Faizul dari anjung biliknya.

-bersambung-

06 April 2013

Tentang Rasa - part 13 : Pantai jadi saksi -




 Tentang Rasa - part 13 : Pantai jadi saksi -

Adriana keluar dari kereta. Pernampilan terbaru Adriana mengejutkan Sufian dan Zharif. Adriana berjalan menghampiri Amirah. Pintu kereta Adriana terbuka. Keluar pula seorang wanita turut berpenampilan bertudung.

“Assalammuallaikum”sapa Adriana
“Waailaikumsalam”jawab Amirah dalam nada sinis.
“amy, boleh saya bercakap sebentar dengan awak?”tanya Adriana
something's change. It is because of me or you or her?”Amirah bengang
because of us.”jawab Adriana
“dah tak de istilah kita lagi dalam hubungan ini!”Amirah bengang
“maafkan saya. Awak jangan salah faham mengenai saya dan kawan saya.”Adriana menoleh ke arah Fatimah yang berdiri di sisi kereta.
“aku dah tak kisah lagi fasal kau dan sesiapa”kata Amirah
Sufian dan Zharif hanya terdiam melihat perbualan rakannya itu.
“kalau awak dah tak kisah pun, tapi jangan nak salah faham hubungan saya dan kawan saya ini. Dia merupakan seorang ustazah.”
“sebab itulah kau bertudung sekarang. Sebab kau dah bercouple dengan ustazah pula. Kau ingat aku tak tahu, dia tu perampas kau dari aku! Dia basuh kepala kau, kononnya nak bimbing kau berubah tapi sebenarnya dia ada hati pada kau. Dia nak bercouple dengan kau”tegas Amirah
“Astaghfirullah Al-Azim! Amy awak dah melampau! Awak jangan nak tuduh dia yang bukan-bukan! Dia sudah berkahwin dan bekeluarga”
“tapi tak bermakna dia tak boleh ada simpanan! Dan terang-terang sekali kau adalah perempuan simpanan dia!”

'PANNGG' tamparan kuat dari Adriana hinggap ke pipi kiri Amirah.

“cukup Amy! Cukup! Awak jangan nak hina dia! Dia bukan sesiapa bagi awak! Awak tak de hak untuk menghina orang yang banyak membantu saya untuk berubah! Dia banyak membimbing saya! Dia banyak mengajar saya erti ketenangan diri. Erti sebenar kehidupan ini!. Saya dah lihat banyak sangat perkara buruk yang terjadi di depan mata saya. Saya tak nak perkara tersebut berlaku pada saya lagi. Cubalah awak sedar Amy. Saya sebenarnya begitu mencintai awak!”
“kalau kau dah cintakan aku! Kenapa kau buat aku macam ni? Kenapa?”
“saya tak kuat. Saya tak berdaya nak melihat awak kecewa sebab saya menjadi begini. Saya tak mahu awak menderita disebabkan kehilangan saya. Sebab saya tahu awak mencintai saya. Awak tak mahu kehilangan saya. Tapi saya ingin berubah Amy. Dan perkara utama dalam perubahan ini adalah awak. Saya sedar sawak tak akan merelakan saya menjadi begini. Saya tak mahu kecewakan awak disaat awak mencintai saya. Biarlah awak membenci saya. Biarlah awak sendiri yang melupakan saya. Saya tak sanggup nak lihat awak kecewa.”
“aku tak mahu dengar ini semua! Kalau benar kau mahu berubah kenapa kau larikan diri dari aku?”
“kerana saya tak mampu dan gagal jika saya berterusan melihat awak. Seperti yang saya katakan dulu. Tiap-tiap hari saya melihat awak tiap-tiap kali itu juga cinta saya bertambah. Saya kena harungi hidup ini tanpa awak disini. Supaya saya benar-benar bersedia untuk ini”
“untuk apa?”
“untuk mengakhiri hubungan ini”
Amirah terjatuh melutut di depan Adriana. Amirah meraung sekuat hatinya. Menangis semahu-mahunya. Adriana turut melutut lalu menangis.
“maafkan saya Amy. Saya kini bukan milik awak lagi. Saya pulangkan semula hati awak. Maafkan saya jika hubungan ini tidak berkesudahan sebagaimana yang kita inginkan.”
“sampai hati you buat I macam ni Ana, apa dosa I?, apa silap I?”Amirah menekup mukanya
you tak silap Amy. Tapi segalanya ini adalah kententuan dariNya. I tenang bila Dia berikan I hidayahNya. Sesuatu yang I akan hargai sampai ke mati. Relakanlah I pergi. Relakanlah I kembali kejalanNya.”Adriana memeluk Amirah.
please jangan tinggalkan I . I belum bersedia lagi”pujuk Amirah
“maafkan I Amy. Tapi I kesuntukan masa.”
“maksud you?”
“sebenarnya Amy, I kini sah menjadi tunangan orang. I sudah bertunang selepas tamat seminar I di JB tempoh hari. I kini bukan lagi milik you. Tolong fahami keadaan I ”ujar Adriana. Amirah benar-benar terkejut. Begitu juga Sufian dan Zharif.
“tak cukup ke lagi you nk guris hati I? Lepas satu-satu perkhabaran buruk yang I terima dari you!”tengking Amirah
“Amy, tolong jangan buat I serba-salah”rayu Adriana
“bukan I nak buat, tapi you sendiri! You yang buat I begini!”tegas Amirah lalu berdiri.
“Amy, terimalah hakikat yang cinta kita tidak kemana. Cinta mainan duniawi. Tidak akan abadi di akhirat nanti”
“tapi hanya cinta you sahaja yang mampu membahagiakan I.”
“bukan cinta Amy, itu bukan cinta yang sebenar. Cinta yang diredhaiNya.”kata Adriana
“jika perpisahan yang you inginkan, maka itulah yang I beri pada you”kata Amirah.
“maafkan I.”kata Adriana. Fatimah berjalan merapati mereka.
“tolong bantu Ana. Saya harap awak benar-benar ikhlas membantu Ana. Saya harap awak juga dapat menjadi seperti Ana kelak. Insyallah”kata Fatimah.
Amirah hanya menanggukkan kepala. Air mata Amirah tetap mengalir deras membasahi pipinya.

Tiba-tiba Zharif mengengam erat tangan Sufian. Sufian terkejut. Sufian melihat ke wajah Zharif yang matanya menitiskan butiran jernih air mata. Sufian menoleh ke belakang ke arah Fakhri. Fakhri hanya berdiri kaku memandang Sufian kosong. Hati Sufian menjadi sebak. Sufian meramas kuat tangan Zharif.

Adriana mengesat air mata Amirah. Adriana cuba untuk tersenyum.
“anggap ini perpisahan yang baik. Bukan perpisahan tragis”
amirah menganngukkan kepalanya.
I doakan you supaya cekal dan teguh dalam pendirian you. Jika benar you ingin berubah ke arah kebaikan, I akan sokong you.”kata Amirah melapangkan hati Adriana.

Amirah sebak melihat kereta Adriana mula meninggalkan pantai dia dan kawan-kawannya mengadakan barbeku. Amirah mengesat air matanya. Zharif berjalan menghampiri Amirah. Makin lama kereta Adriana hilang dari pandangan mata Amirah. Cinta Adriana kepadanya juga hilang.

“sabarlah Amy.”kata Zharif.
“terima kasih sebab bantu aku”tanya Amirah
“bantu apa?”
“Ana cakap kau yang beritahu dia tentang segalanya. Ana cakap kau yang beritahu kita ada disini. Kalau bukan sebab kau, aku dah lama fikirkan negatif fasal dia”kata Amirah.
“aku cuma tolong kawan.”kata Zharif.
“terima kasih”kata Amirah lalu memeluk Zharif dalam esak tangis.
Zharif hanya membiarkan Amirah menangis di bahunya. Zharif menoleh ke arah Sufian. Sufian hanya mendiamkan diri.
Fakhri menyimpan peralatan memancing. Lalu berjalan menghampiri mereka.
“wei sudah lah tu. Jomlah makan. Aku lapar ni”kata Fakhri cuba mengubah mood masing-masing.
“jomlah makan. Aku lapar lagi ni”balas Sufian.

Akhirnya mereka duduk sebaris di depan ungun api melihat keindahan pantai. Walaupun suasana suram dan gelap, namun desiran ombak dan bayu dingin laut mendamaikan hati mereka. Amirah termenung melihat pantai.

'andai kata kita tidak bercinta lagi Ana, jangan fikir api cinta yang kau nyalakan dalam jiwa ini mampu terpadam dengan mudah. Bukan mudah untuk ku laluinya. Namun apa guna jika bercinta disaat kau sudah berpaling dari ku. Jika cinta ini kau tolak demi perubahanmu. Aku akur. Kau pulangkan hati ku dalam keadaan luka yang parah tidak seperti dahulu ketika aku memberikan hati ku dalam keadaan baik dan suci. Aku akur Ana dengan kehendakmu. Aku akur' monolog sedih Amirah.

memang benar kata Ana. Cinta ini tidak kekal buat selamanya. Cinta ini tidak bersifat hakiki. Cinta ini sebenarnya berlandaskan nafsu. Namun aku percaya cintaku kepadanya adalah cinta sejati. Bukan mudah untuk aku memelihara cinta ini disaat keadaan aku begini dan disaat sidia cuba merampas aku dari dia. Aku benar-benar takut jika aku gagal dalam mempertahankan cinta ini”Zharif menatap wajah Sufian ketika hatinya bersuara. Zharif tersenyum melihat Sufian masih lagi berada disisinya untuk saat ini.

'pandangan mata mu penuh dengan harapan. Harapan agar cinta kita berkekalan begini. Aku ada untuk kau dan kau ada untuk aku. Tapi entah mengapa disaat cintaku semakin utuh. Timbul pula anasir lain yang cuba mengoyahkan cinta kita. Aku cuba untuk bertahan. Aku cuba untuk melawan. Walaupun ku akui jauh dari dasar hatiku mula timbul sesuatu rasa yang amat ku takuti. Rasa yang mampu memusnahkan cinta kita.' luah hati Sufian lalu berpaling pada Fakhri. Fakhri tersenyum lalu memandang ke arah laut.

'hari ini laut ini menjadi saksi disaat kau membalas ciumanku. Kehadiranmu menenangkan jiwaku. Walaupun hati ku parah dilukainya, namun kehadiranmu seoalah penawar yang merawat luka itu. Aku tahu aku sudah jatuh cinta. Tapi aku cuba nak menafikannya. Sebab kau kini sudah bersama dengannya. Aku bukan ingin merampas kau dari dia. Tapi aku juga sebenarnya tidak sanggup melihat kau disisinya. Kerana aku benar-benar jatuh cinta pada mu' Fakhri menarik nafas panjang lalu melihat ungun api dihadapannya. Sesekali Fakhri menoleh ke arah Sufian yang sedang leka makan disuap kekasihnya. Fakhri sayu.

Waktu kini menganjak ke pukul 11 malam. Setelah siap mengemaskan barangan barbeku, mereka mula bergerak meninggalkan pantai. Pantai yang menjadi saksi buat segalanya. Pantai yang indah dan tenang tapi akhirnya meragut rasa bahagia dan memberi rasa gundah.

Setelah menghantar Amirah, kereta Fakhri bergerak ke rumah. Zharif dengan mudah terlena di dalam kereta. Sufian sedar, sejak kebelakangan ini Zharif cepat letih dan mudah terlena. Zharif banyak membantu dirinya dan juga sahabat yang lain. Sufian kagum dengan sikap Zharif.

“Zharif, kita dah sampai ni, bangun sayang”kejutkan Sufian.
“ermm ah ”Zharif membuka matanya.
you pergi masuk dalam bilik. Tidur dalam bilik.”cakap Zharif
“eh tak pe. I tolong you kemas barang”kata Zharif
“tak pe, you letih. Pergilah tidur. Kesian I tengok you”kata Sufian lalu membelai rambut Zharif.

Selepas Zharif berjalan masuk ke dalam rumah. Sufian dan Fakhri sama-sama mengemaskan peralatan barbeku tadi. Sufian tidak berbual banyak dengan Fakhri. Tiada tajuk untuk dibualkan. Begitu juga dengan Fakhri.

Fakhri menyalakan lampu kecil di kolam ikan itu. Cahayanya suram mendamaikan jiwa. Ditambahkan lagi dengan bunyi titisan air yang jatuh dan megalir di batu dan permukaan air kolam itu amat tenang. Sambil Fakhri merokok, Fakhri menaburkan beberapa butir makanan ikan. Ikan-ikan guppi berenang cantik memakan makanan itu.

“tak tidur ke bro?”tanya Sufian selepas selesai berkemas di dapur.
“kejap lagi. Kau ngantuk pergilah tidur.”kata Fakhri.
“kejap lagi lah”kata Sufian lalu mencangkung di sebelah Fakhri.

Hampir dua minit Fakhri dan Sufian tidak bersuara melihat ikan-ikan di dalam kolam itu. Sufian memandang Fakhri. Sesungguhnya Fakhri ini adalah seorang yang kacak jika dia benar-benar menjaga pernampilannya. Jika rambut Fakhri yang panjang itu dipotong pendek,janggut dan misainya dinipiskan, maka Fakhri akan menjadi seorang yang lebih kacak dan tampan.

“kau nak rokok ke?”tanya Fakhri
“boleh juga”kata Sufian.
“aku tak sangka yang awek tu rupanya lesbian”kata Fakhri menghulurkan rokok kepada Sufian.
“kenapa pula?”tanya Sufian
“yelah, aku tengok macam biasa je. Ok mungkin Amy tu nampak macam penk sikit, tapi Awek dia tu nampak macam awek normal je.. ”
“tapi rupa-rupanya abnormal kan, sama macam kita”kata Sufian
Fakhri hanya mendiamkan diri.

“kenapa bro kiss aku tadi?”Sufian bertanya
“maaf”jawab Fakhri
“aku tak marah. Aku cuma tanya je”
“aku tak tahu. Aku cuma rasa nak kiss kau sahaja.”
“kenapa ada rasa macam tu?”
“kalau kau cium seseorang disebabkan apa?”
“sayang”jawab Sufian
Fakhri hanya tersenyum.
“kau sayang kat aku?”Sufian ingin tahu
“sebab itu aku kiss kau”jawab Fakhri
“hahaha”Sufian tertawa
“kenapa?”Fakhri hairan
“kau buat lawaklah bro”kata Sufian
“perkara begini kau angap lawak. Hmm ok”jawab Fakhri
“kenapa kau buat aku macam ni bro?”tanya Sufian
“buat apa?”
“kau dah tahu kan aku dah ada pakwe.dia tengah tidur di dalam bilik tu. Kenapa kau masih nak buat aku macam tu?”Sufian serius
Fakhri tidak menjawab. Fakhri gugp bila melihat Sufian bersikap serius kepadanya.
“tak baik ambil kesempatan. Kau tahu nanti apa kan jadi juga bukan. Buruk padahnya nanti bro”sambung Sufian
“aku minta maaf. Aku silap. Terus terang aku katakan yang sejak kau membantu aku di gerai burger aku tu. Aku sudah mula menyukai kau. Setiap malam aku nantikan kehadiran kau. Kau kini tinggal serumah dengan aku. Aku betul-betul seronok dan bahagia, walaupun aku sedar kau sedang bahagia bersama dengan orang lain. Aku tahu kau sudah berpunya. Tapi perasaan ini tak boleh nak ku kawal. Tiap kali aku melihat kau tiap kali itu juga rasa suka dan sayang ini bertambah. Hati aku berbunga gembira bila melihat kau senyum kepadaku dan bila kau bercakap, alunan suara kau itu sudah cukup meruntun hati aku. Serius Paan. Aku sebenarnya suka pada kau. Dan aku bertambah bahagia, rasa orang yang paling bahagia bila orang yang aku suka membalas ciuman dari aku. Itu sudah cukup membahagiakan aku..”
“bahagia hingga kau terlupa yang aku sudah berpunya”
Fakhri tergamam sebentar mendegar kata-kata Sufian.
“ye aku lupa. Kau bukan milik aku. Dan mungkin kau tak akan pernah menjadi milik aku.”
“kenapa bro? Kenapa kau boleh ada rasa begini terhadapa aku?”
“aku tak tahu. Hidup aku selama ni sunyi tanpa kau. Kehadiran kau banyak merubah aku. Aku tidak sunyi lagi. Aku betul-betul bahagia saat kau ada dengan aku.”
“bukan aku..tapi kami”potong Sufian
“ye kau dan Zharif”
“aku dan Zhaf dah lama bercinta bro. Aku sayangkan dia. Aku cintakan dia. Aku rasa kau boleh nampak itu semua. Kenapa kau rasa kau boleh dapatkan aku disaat aku mencintai orang lain? Tidakkah kau tahu bahawa aku sebenarnya hanya setia pada Zharif?”soal Sufian
“aku tak nak rampas kau dari dia. Tapi aku hanya ingin katakan bahawa aku benar-benar sayang pada kau. Aku takut nak mengaku aku cinta pada kau sebab aku tahu cinta aku tidak berbalas. Paan, maafkan aku sebab beritahu kau semua ini. Maafkan aku sebab mencium bibir kau tadi dan malam semalam. Jangan kau benci kat aku sudahlah”kata Fakhri.
“aku maafkan kau. Tapi aku rasa elok kau lupakan perasaan kau pada aku. Sebab hati aku dah terkunci untuk Zharif sahaja. Ok la bro, aku masuk tidur dulu”kata sufian lalu berdiri dan berjalan masuk ke dalam rumah. Fakhri hanya diam. Cuba memujuk matanya supaya jangan berair.

Pintu bilik dikunci. Sufian memandang ke arah Zharif yang sedang lena itu. Lelaki yang sedang tidur itu adalah penghuni tetap hatinya. Hanya Zharif sahaja yang benar-benar layak berada di hatinya. Walaupun di luar pintu hatinya ada seorang lagi lelaki yang sedang berusaha masuk ke dalam pintu hatinya yang sudah tertutup itu. Sufian baring disebelah Zharif. Dahi Zharif dikuncupnya.

'kau terlalu indah untuk aku. Aku benar-benar mencintai kau. Hanya kau seorang sahaja di hati ini. Aku benar-benar mencintai kau Zharif. Tiada yang lain selain hanya kau seorang' bisik Sufian lalu memejamkan matanya.


-Bersambung-

05 April 2013

Tentang Rasa - part 12 : Barbeku -



Tentang Rasa - part 12 : Barbeku


Hampir seminggu berlalu. Fakhri meneruskan kehidupannya tanpa Firdaus disisi dan dihatinya. Luka lamanya itu masih berdarah. Luka kegagalan sebuah percintaan. Walaupun Firdaus ada menghubunginya namun Fakhri tidak langsung menjawab atau membalas sms dari Firdaus. Kehadiran pasangan kekasih yang juga pekerjanya sedikit sebanyak membantu melupakan Firdaus.

Fakhri sudah mengangap pekerjanya itu sebahagian dari keluarganya. Kemesraan antara Fakhri dan mereka membuatkan Fakhri tidak kesunyian seperti sebelum ini. Pukul 2.40 pagi. Gerai burger milik Fakhri akhirnya tutup. Fakhri memandu keretanya. Deruan angin dari penghawa dingin benar-benar melayukan mata. Fakhri membetulkan cermin padang belakang keretanya. Sufian dan Zharif sedang lena berpelukan.

“Bangun adik-adik ku sayang. Kita dah sampai rumah”kejut Fakhri
Sufian dan Zharif terjaga dari tidur. Selepas itu membantu Fakhri menyimpan barangan berniaga ke dalam rumah.

Sufian membuka bajunya lalu berbaring disebelah Zharif. Badan Zharif dipeluk erat oleh Sufian. Suasana didalam sedikit hangat berbanding ketika mereka berada di dalam kereta Fakhri. Namun semua itu tidak menghalang mereka memejamkan mata. Kepenatan bekerja tadi benar-benar terasa kini.

Setelah selesai mengisap rokok, Fakhri berlalu ke dapur. Fakhri membuka kabinet dapur lalu mengeluarkan sebungkus mee segera. Sementara menunggu air di dalam periuk mendidih, Fakhri berdiri di sinki dapur sambil termenung. Fakhri benar-benar hanyut dalam angannya. Fakhri tidak menyedari air didalam periuk sudah mula mendidih. Sufian berjalan ke arah dapur. Pelik Sufian melihat dapur rumah masih terang.

'apa yang dia buat kat dapur ni?' Sufian pelik lalu perlahan-lahan menghampiri Fakhri.

“Tak tidur lagi ke bro?”tegur Sufian sambil menepuk bahu Fakhri.
“hah?”Fakhri terkejut dan tidak semena-mena menyiku muka Sufian.
“Aduh!”jerit Sufian menahan sakit akibat disiku Fakhri.
Sorry sorry sorry aku tak sengaja.”kata Fakhri
“berlubang pipi aku ni. Bukan main tajam lagi kau taji aku, bro”Sufian menekup pipinya.
“kau buat aku terkejutlah. Sorry aku tak sengaja”kata Fakhri lalu mengusap-usap pipi kanan Sufian.
Sufian hanya membiarkan Fakhri mengusap lembut pipinya. Fakhri menatap mata Sufian. Mukanya mula di dekatkan ke muka Sufian sambil tangan kanan Fakhri menarik lembut rahang Sufian ke bibirnya. Bibir Fakhri mula menerkam lembut dan hangat ke bibir Sufian buat seketika.
Sufian memalingkan mukanya bila Sufian sedar perbuatan ini sudah melebihi batas.
“aku dahaga nak minum air”kata Sufian lalu membuka pintu peti sejuk.
“aku ada masak maggie ni, kau nak ke?”tanya Fakhri dalam nada serba-salah.
Sufian mengelengkan kepala. Setelah selesai minum Sufian terus berlalu masuk ke dalam biliknya meninggalkan Fakhri yang dalam keadaan serba salah.
'arghhh bodohnya aku!! kenapa aku buat perkara bodoh kat budak tu!' Fakhri menyalahkan dirinya atas perbuatannya tadi.

Tengahari itu Adriana menghabiskan masa bersama Fatimah,pensyarah di UM. Adriana kerap berjumpa dengan Fatimah bagi mendalami ilmu agama Islam dan untuk berubah ke arah kebaikan. Adriana tidak mahu kembali ke dunia sebelum ini lagi. Adriana betul-betul ingin berubah.

“jadi, apa yang awak rasa sekarang?”tanya Fatimah
“saya rasa lebih selesa dan tenang”kata Adriana sambil mengusap lembut tudung litup berwarna jingga yang kini menutupi seluruh bahagian rambutnya.
Suasana di Coffee beans itu tidaklah begitu sibuk. Suasana agak lengang walaupun sudah waktu makan tengahari.
“baguslah. Saya rasa bersyukur sangat-sangat sebab awak dah dapat hidayahNya untuk kembali.”kata Fatimah sambil mengengam tangan Adriana.
“itulah, saya betul-betul bersyukur. Saya tak dapat lakukan ini tanpa bantuan dari Ustazah juga”kata Adriana.
“sebelum ini awak ada cakap mengenai seorang perempuan bernama Amy, bagaimana dengan dia sekarang?”tanya Fatimah
Adriana menundukkan wajahnya.
“saya masih belum beritahu mengenai ini, mengenai Hijrah diri yang saya lakukan”
“jadi awak biarkan dia begitu sahaja. Gantung tidak bertali?”
“bukan begitu. Saya cuma tidak berupaya untuk melihat matanya ketika saya memberitahu dia mengenai ini”
“awak harus beritahu dia perkara ini. Biar dia meredhai perkara yang awak lakukan ini”
“saya akan cuba”kata Adriana lalu menghirup white coffee yang terhidang di hadapannya.

Zharif masih lagi lena. Sufian mengosok-gosok matanya sambil mengeliat. Sufian membasuh mukanya lalu berjalan ke tingkat bawah. Sufian sedikit terkejut melihat Fakhri sedang melakukan aktiviti senaman tekan tubi. Sufian meneruskan langkahnya.

“baru bangun tidur ke?”tanya Fakhri lalu berhenti bersenam
“ha'ah”jawab Sufian ringkas.
“hari ni tak buka kedai burger, nak keluar tak?”tanya Fakhri
“tak tahula bro, nak keluar kemana je?”tanya Sufian
“kau tanya lah pakwe kau, mungkin dia ada plan ke”kata Fakhri lalu berjalan ke dapur.
“nanti aku try tanya”kata Sufian
“Zharif tidur lagi? Aku ada masak kueh teow goreng ni, boleh breakfast sama-sama”kata Fakhri
“dia tidur. Malas nak kejut. Penat sangat kot”kata Sufian lalu duduk dimeja makan.
“kalau macam tu, jomlah kita makan sama.”ajak Fakhri

Fakhri berasa lapang melihat Sufian berselera menikmati hidangan ringkas yang disediakan. Buat sejenak fikiran Fakhri teringat pada bekas kekasihnya, Firdaus yang ketika dulu juga suka menikmati masakan yang disediakannya. Fakhri menuangkan air kopi di cawan Sufian.

bro patut buka restoranlah bro. Serius sedap ni”kata Sufian
“kalau aku buka restoran nanti kau nak ke bekerja dengan aku?”tanya Fakhri
“nak la. Tapi pastikan aku jadi manager
“haha kau jadi supervisor jelah”
supervisor tu bagi kat Zhaf je hahaha”

Zharif, Sufian benar-benar ingin bersama dengan Zharif. Sebab itu nama Zharif tidak pernah lekang dari bibirnya.

“patutlah body bro sekarang ni makin tegap. Rupanya selalu bersenam ye”
“badan aku ni biasa-biasa jelah. Aku bersenam pun sebab jaga kesihatan”kata Fakhri
“ke nak buat awek tergoda?hehe”
“aku nak buat semua orang tergoda. Kau tak tergoda ke?”pertanyaan Fakhri merentap jantung Sufian. Sufian terdiam buat sementara.
“aku minta maaf”kata Fakhri
“sebab apa?”
“sebab malam tadi”
“oh”
“aku minta maaf. Aku tak de niat pun. Aku cuma ..”
“cuma apa?”Sufian merenung ke mata Fakhri
“wei..kau orang makan apa tu?”tiba-tiba Zharif masuk ke dapur lalu mencuci muka disinki.
“kueh teow goreng sayang. Sedap. Cubalah rasa”kata Sufian. Fakhri hanya terdiam membisu.

Amirah masih menanti Azirah selesai membeli baju di sebuah kedai butik di hadapannya. Keadaan sekeliling kompleks membeli-belah tidak begitu sesak dengan kehadiran orang ramai. Terdapat juga beberapa pelajar sekolah yang berpakaian seragam sekolah yang ponteng dari sekolah berpeleseran disitu.

Amirah melihat jam tanganya. Hampir ke waktu 2 petang. Amirah benar-benar bosan melihat kakaknya masih memilih-milih busana yang ada di butik tersebut. Amirah memandang lagi ke adaan sekeliling. Mata amirah mula tertangkap imej dua wanita yang sedang berjalan keluar dari kompleks membeli-belah itu. Amirah kenal salah seorang darinya. Amirah menatap tajam seorang perempuan yang bertudung jingga itu. 'Adriana??'

Zharif menghubungi Adriana. Zharif keluar dari kereta dan berjalan ke sebuah perhentian bas lalu duduk disitu. Adriana masih belum menjawab panggilan Zharif. Panggilan Zharif gagal. Zharif mendail kembali nombor Adriana.

hello Ana”ucap Zharif apabila panggilannya dijawab
“Zharif, kenapa you call I?”
“tak boleh ke I nak call kawan I?”tanya Zharif
“boleh jela”
“Ana, I dah lama tak jumpa you, sejak you pergi ke seminar di JB. You ok ke?”tanya Zharif
“i ok, sorry I cuma busy je sekarang.”
busy ke menjauhkan diri dari kita orang?”
“eh tak la Zhaf. I busy dengan kerja. Mana ada I jauhkan diri dari you guys”
Amy told me that, lately you never contact her. Ada benda yang tak kene ke antara you dan dia?”
“hurmm”
“Ana, kalau ada apa-apa yang tidak kene, just tell us ok. Jangan diamkan diri. You buat semua orang risau”
“ok”
“malam ni kami plan nak buat barbeque kat pantai. I hope you can join us”kata Zharif

Sementara itu di rumah Fakhri kelihatan Amirah dan Sufian sibuk membantu Fakhri menyediakan bahan-bahan makanan untuk barbeku. Fakhri pula sibuk menyediakan sos manakala Sufian dan Amirah menyediakan kepak dan peha ayam untuk diperam.

“Zharif pergi beli arang dan kelengkapan lain”kata Sufian
“kita nak pergi barbeque kat mana ni?”tanya Amirah
“kat pantai lah”jawab Sufian
“pantai mana?”
“tempat yang kita lepak dulu. Tempat yang Ana bawa kita dulu”kata Sufian
“oh”Amirah mula terbayang kembali saat-saat romantis ketika dia bersama dengan Adriana.

Petang itu setelah segalanya sempurna,mereka mula bergerak ke destinasi dengan menaiki kereta Fakhri. Sepanjang perjalanan Zhafri,Amirah dan Sufian serta Fakhri sebagai pemandu kereta kelihatan gembira.

Setelah berjaya membuat ungun api, Sufian membantu Fakhri menyediakan tempat pemanggang. Aktiviti berbeku itu bermula pada lewat senja. Fakhri membiarkan tiga sahabat itu memangang hidangan sementara Fakhri pula sibuk memancing.

Segalanya berjalan dengan baik sekali. Masing-masing kelihatan begitu gembira. Suasana bertambah meriah bila Fakhri berjaya menaikkan sesekor ikan. Fakhri duduk berseorangan memancing ikan di tepi pantai. Sufian meletakkan beberapa batang kayu untuk membuat api bertambah marak. Suasana disekeliling ungun api begitu hangat.

“kau orang nak tau, tengahari tadi aku pergi shopping dengan kakak aku. Aku nampak Ana”Amirah memulakan perbualan.
“nampak dia kat mana?”tanya Sufian sambil menjilat jarinya yang dibasahi kuah sos yang dibuat Fakhri
“kat mall , tapi dia jalan dengan seorang awek. Dan Ana nampak sangat lain sekarang”kata Amirah
“nampak lain?”tanya Zharif
“dia dah pakai tudung”kata Amirah
“apa? Tudung? Biar betul?”Sufian tidak percaya
“yelah, dia pakai tudung. Dia jalan dengan perempuan lain. Aku dah agak dah. Dia mesti curang dengan aku.”kata Amirah
“eh kau ni. Aku tak rasa Ana macam tu lah. Mungkin yang itu kawan dia.”kata Zharif
“lagipun kau cakap dia dah bertudung, aku rasa dia dah berubahlah: ujar Sufian
“kawan mende, aku tengok bukan main mesra lagi. Tak semestinya dia dah bertudung tu dia dah berubah. Aku pasti perempuan yang bertudung tu awek baru dia. Mesti awek tu nak Ana pun jadi macam dia, bertudung.”kata Amirah
“entahlah Amy. Aku rasa Ana tak mungkin macam tu. Kalau dia dah berubah atau dia dah ada penganti lain pasti dia akan cakap pada kau”kata Zharif
“kalau benar dia nak tinggalkan aku. Aku ok je. Aku tak kisahlah. Aku boleh cari penganti yang lain. Penganti yang lagi muda dan cantik dari dia”kata Amirah
Sufian dan Zharif hanya saling berpandangan.
“aku nak ambil air, kau orang nak air ke?”tanya Amirah
“aku nak”jawab Zharif
Amirah berjalan kembali ke tempat pemangang tidak jauh dari tempat ungun api itu.

i tak rasa Amy akan ok fasal ini. I percaya Amy betul-betul mencintai Ana. Cuma dia tak nak tunjuk je”kata Sufian.
“sebenarnya petang tadi I ada call Ana. I ajak Ana datang join barbeque kita ni”kata Zharif
so? Mana dia?”tanya Sufian
Zharif mengangkat kedua belah bahunya. Tanda tidak tahu.
“mungkin benar kata Amy. Ana sudah ada penganti. Ana sudah tinggalkan Amy”tambah Sufian.
“kalau benar pun, pasti ana ada sebab bagi semua ini”kata Zharif

“wei kau orang! Ais dah habislah!”jerit Amirah
“tak akan semua dah habis?!”tanya Zharif
“dah habis lah. Aku rasa baik kita pergi beli lagi. Lagipun masih awal ni. Kalau tak de ais nanti minuman tak sejuk. Tak best nanti”kata Amirah ketika berjalan menghampiri pasangan kekasih itu.
“betul juga tu. Jom kita pergi beli”ajak Zharif.

bro, boleh pinjam kereta tak? Nak pergi beli ais lah. Ais dah habis”sapa Sufian
“oh yeke? Ermm nah. Ada tak duit?”Fakhri menghulurkan kunci keretanya
“ada. Jangan risau lah”kata Sufian.

“nah”hulur sufian kunci kereta itu kepada kekasihnya
you tak ikut sekali ke?”tanya Zharif
“tak. Kesian brother tu nanti. Ditinggal berseorangan”kata Sufian.

Sufian melihat kereta Fakhri yang dipandu Zharif bergerak meninggalkannya buat beberapa ketika. Sufian pergi ke tempat pemanggang dan menerbalikkan beberapa keping daging burger dan kepak ayam. Setelah pasti ianya masak, Sufian mengangkatnya dari tempat pemanggang dan meletakkannya ke atas piring kertas. Sos dicurahkannya sedikit ke atas hidangan itu.

bro jemput makan”perlawa Sufian lalu duduk disebelah Fakhri
“aku tengah mancing. Kau makanlah”kata Fakhri
bro,dari tadi aku tengok kau ni lebih mancing dari makan”kata Sufian
“habis tu”
“kau prepare hampir semua benda untuk barbeque ni tapi kau pula sibuk mancing aku tengok”
“aku dah lama tak memancing der. Ini kira lepas gian la”kata Fakhri

Suasana di dalam kereta Fakhri sedikit sunyi. Amirah tidak berbual dengan Zharif.

“betul ke kau tak kisah jika Ana dah ada awek lain?”tanya Zharif
“ye”jawab Amirah tanpa memandang Zharif. Zharif mengeluarkan telefon bimbitnya lalu mendail nombor Adriana.
“Amy, aku rasa kau kena pujuk Ana”Zharif meletakkan telefon bimbitnya dalam keadaan terbalik di atas pehanya.
“untuk apa? Kenapa pula aku nak pujuk dia? Dia yang senyap dari aku. Dia yang menjauhkan diri dia dari aku. Dia yang buang aku!”Amirah bengis
but Amy I don't think she..”
what? Please lah Zhaf! Aku dah lama sabar dengan dia. Sejak dia pergi seminar di JB dulu, dia tak pernah menghubungi aku, apatah lagi untuk berjumpa dengan aku! Kenapa tiba-tiba dia menjauhkan diri dia dari aku? Jika benar dia sudah ada penganti aku, kenapa tidak dia berjumpa dan beritahu sahaja kepada aku??!”
“mungkin dia”
“takut? Ye memang aku rasa dia takut pun untuk berhadapan dengan aku! Aku dah mati akal dah Zhaf untuk cuba pulihkan hubungan ini! Dulu aku pernah pergi ke tempat kerja dia untuk minta penjelasan dari dia. Tapi dia tak mahu berjumpa dengan aku langsung! Dan sekarang aku nampak dia bermesra dengan perempuan lain didepan mata kepala aku sendiri!”Amirah mengawal sebak
Zharif terdiam. Kereta diberhentikan Zharif dibahu jalan.
“sampai sekarang aku masih tertanya-tanya apa kurangnya aku ni sampai dia cari yang lain. Dia sendiri pernah melarang aku bercakap mengenai perpisahan tapi kini, dia yang memisahkan diri dia dari aku!”bentak Amirah.
“Amy, mungkin benar, dia sebenarnya dah berubah. Maaf aku cakap begini, mungkin dia dah berubah untuk kembali ke naluri yang sebenar. Mungkin dia mahu meninggalkan dunia songsang ini.”kata Zharif
“kalau betul pun dia nak berubah,kenapa dia tak beritahu sahaja kepada aku. Kenapa perlu rahsiakannya dari aku. Kenapa dia ..”Amirah menekup mukanya.
“sudahlah tu. Bersabarlah Amy. Aku pasti dia ada jawapannya”
“entahlah Zhaf. Dah lah jomlah kita pergi beli ais”Amirah.

Desiran ombak pantai mula menghempas kuat. Tanda air pasang. Fakhri dan Sufian masih tindak beranjak dari tempat mereka duduk menunggu umpan pancing Fakhri dimakan ikan.

“berapa lama kau dah bercouple dengan Zhaf?”tanya Fakhri
“setahun lebih juga lah”kata Sufian
“baguslah. Aku harap kau orang bahagia lah”
bro lak tak akan takde awek?”
“haha budak jual burger macam aku ni, mana lah awek nak pandang”gelak Fakhri
“yelah tu, ke brother ni pun macam kita orang gak?”
“tak faham?”Fakhri pelik
“malam semalam bro kiss aku kan. So kau pun gay juga lah?”
Fakhri menelan air liurnya.
“aik cepat dah nak habis. Sedap ke?”tanya Fakhri mengubah tajuk
“sudah tentulah. Bro je yang rugi tak rasa.”kata Sufian
“aku sibuk memancing ni. Mana ada masa nak makan.”kata Fakhri
“tinggal lah kejap joran tu.”
“mana boleh tinggal. Buat time tinggal tu ada ikan makan. Nanti melepas pula”kata Fakhri
“ni ada tinggal seketul kepak ayam ni. Nak ke?”tanya Sufian
“nak ar”
“buka mulut tu”
Sufian menyuapkan ketulan kecil daging kepak ayam itu ke mulut Fakhri.
“sedap ar”kata Fakhri
“tengoklah siapa yang masak. Tu kesat sos kat celah bibir tu. Comot dah nampak”kata Sufian.
“mana? Sini ek?”Fakhri bertanya
“bukan. Tapi disini”kata Sufian lalu mengesat lelehan sos tersebut.
Fakhri menangkap pantas tangan Sufian. Cuitan sos di jari telunjuk Sufian diamatinya. Fakhri lantas menjilat jari itu. Sufian terkesima sebentar.
“tak elok membazir”kata Fakhri lalu merapatkan bibirnya ke bibir Sufian. Bibir Fakhri bertaut dengan bibir Sufian. Kali ini Fakhri berani menguncup bibir Sufian. Sufian terkaku sebentar. Tapi seolah-olah merelakan Fakhri berbuat begitu terhadapnya. Sufian membalas ciuman dari Fakhri.

Lampu kereta Fakhri menerangi sekitar pantai. Sufian terkejut lalu berhenti dari mencium bibir Fakhri. Kereta Fakhri berhenti. Zharif dan Amirah keluar dari kereta.

“aku rasa kau dah tahu dah jawapan bagi soalan kau tadi”kata Fakhri

Sufian menatap wajah Fakhri buat seketika. Sufian berlalu pergi membantu Zharif dan Amirah memungah ais dari bonet kereta.

“banyak beli ais”tegur Sufian
“I rasa ais ni dah cukup”kata Zharif
Amirah membuka peti kekabu yang berwarna putih itu yang dijadikan tempat menyimpan ais.
“macam ni baru best.”kata Amirah
“lepas ni masukkan ais ni ke dalam bekas air tu”arah Zharif.

Lampu kereta menerangi kawasan pantai itu sekali lagi. Lampu terang dari sebuah kereta Suzuki Swift berwarna biru itu berhenti di sebelah kereta Proton Saga milik Fakhri.mereka terhenti dari melakukan kerja mereka.

“Akhirnya!”sinis Amirah


-Bersambung-