01 May 2013

Dengar baru Cakap

Assalamuallaikum wbt dan salam sejahtera.. harini aku nak rileks2kan kepala aku..so aku stop jap menaip cerita Tentang Rasa dan Budak Duitan .. aku on9 facebook akaun khas tuntuk dunia terlarang ini.. byk gak notification yang ada selain request friends dari kucing,kereta,badan tanpa kepala dan tidak lupa juga doraemon..jadi makluk2 begini ku abaikan..malas aku nak terima profil dari bukan manusia dan hantu tanpa kepala itu.. aku buka peti inbox ada beberapa kenalan sembang aku disitu yang menegur aku..knp jarang on9..hehe aku jawab dgn jwpan klise..bussy kerja..


dalam byk2 msg tersebut, aku tertarik utk menjawap permasalahan seorg lelaki ini dgn pasangannya..aku kenal dia tak brp lama..jumpa pun tak pernah..sekadar sembang di facebook.. makin lama makin rapat..cuma kebelakangan ini aku tak on9.. dia ada masalah dgn kapel dia..katanya hubungan mereka kini dah macam telur dihujung tanduk dan gantung tidak bertali..hmmm aku cuba bagi nasihat dan cadangan agar dia boleh menjaga hubungan itu semula..namun selidik punya selidik, aku perasan satu je yg menjadi masalahnya disini..dia lebih bercakap dari mendengar dan dia malas untuk berfikir tentang apa yg aku cuba sampaikan..no wonderlah hubungan mereka berantakan..

aku cakap padanya..cuba ambil masa dalam kurang sejam untuk dia dan kapel dia duduk setable dan berbual mengenai hubungan mereka.. dia kata dia dah cuba, tapi tak berjaya..aku tegaskan semula..ini adalah communication skill yg harus dia fahami terlebih dahulu sebelum dia bersedia untuk berbicara dgn kapel dia..

 duduk bersama dengan dia, pandang wajah dia. dan gunakan sikap keterbukaan untuk mendengar dari membantah apa yang dia cakapakan..dengar dahulu apa yang dia luahkan, apa yang dia tak suka, apa yang kurang, apa yang tidak sempurna, apa yang tidak kena, apa yang tidak sepatutnya.. dengar.. tolong dengar..jangan sesekali menyampuk bila dia bercakap walaupun apa yang dia cakap menyakitkan hati anda atau tidak buat anda selesa dan mungkin bercanggah dari pendapat anda.. DENGAR segalanya dahulu...kebolehan anda untuk mendengar adalah penting. bila anda sudi mendengar apa yang dia katakan. dia akan bertambah selesa dengan anda dan bertambah mesra dengan anda.. dengar segala yang diluahkannya dengan tenang..beri peluang untuk dia bercakap. setelah selesai dia bercakap. ambil masa sedikit untuk anda analisiakan dgn baik.. akan ada perkara yang disampaikan kepadanya yang buatkan anda tidak suka untuk mendengar.. ok kita ambil sebagai contoh. telefon bimbit. ada pasangan yang membenarkan pasanganya memeriksa kandungan telefon bimbitnya dan mungkin sebaliknya. maka anda kene hormat dengan keputusan itu dan cuba bersikap baik dgn mencadangkan sesuatu yang menguntungkan kedua-dua belah pihak.."ok, awk tak bg sy check hp awk, so awk xley check hp sy..ok?" kalo dia ok, maknanya ok..jika dia boleh percaya pada awk,mengapa tidak awk...igt jgn bersangka buruk kpd pansangan anda..bila adanya rasa ini, maka akan punahlah hubungan cinta itu.

bercakap tentang perkara yang dia suka dan minat. anda berkapel dgn seseorg sudah pasti anda tahu apa yg dia suka dan dia tak suka..dan dia juga harus tahu apa yg anda suka dan tidak suka..kalo ada perkara yang bercangah minat itu adalah normal..tidak akan ada pasangan yang 100% mmpunyai minat yg sama..dan jika ada, tentu hubungan itu akan jadi bertambah bosan..seyes bosan beb..ko minat buat benda yang sama kapel ko buat, semuanya sama  akan sampai satu tahap rasa bosan muak itu akan timbul.. jadi jika hubungan yang berlainan minat ini akan lebih sweet sebenarnya..

dengar segala permasalahn pasangan anda..itu penting walaupun ia tidak ada kaitan dgn anda..tp asalkan anda ada disisi dia untuk mendengar luahan dia sudah cukup baginya.masalah tempat kerja..krisis kuarga..krisis dgn kwn2..apa2 jenis masalah pun yg dia ada, anda harus mendengar dia. agar dia rasa tidak terbeban dan tenang.. mungkin anda tidak boleh bantu, tapi sekadar cukup untuk anda mendengarnya. ambil masa untuk itu dan ia akan buatkan pasangan anda merasakan anda adalah teman pengadu yang terbaik kerana anda adalah hampir dgn dia..

sebenarnya dalam sesuatu perbualan fungsi mendengar adalah lebih penting. mendengar sesuatu input akan buatkan anda lebih merangsang minda anda untuk menganalisa sesuatu perkara itu dengan lebih kerap..disitu anda akan boleh mengetahui dan mecari penyelesaian untuk isu yg anda dengar.. banyak juga orang yang selalu mengadu denganku tentang ini.. pasangan mereka susah nak mendegar dan tak mahu mendengar kata2nya.. itu buatkan minat dia kepada pasangannya lupus..

jika dahulu waktu aku menghadapi krisis dengan razif..abg angkat aku abg peez selalu menasihati aku..walaupun kata2 dia byk yg wat aku bengang dan sakit hati, tapi dia berjaya buatkan aku berfikir diluar kotak..dia merangsang aku untuk berfikir dgn lebih baik dan letakkan sesuatu perkara atau kesilapan itu berpunca dari kita.. cthnya, jika kita pandai jaga hati teman kita, kita pandai menjaga dia, kita pandai ambil perhatian dia, pasti dia tidak akan pandang lain..namun tidak semuanya akan berjaya, jika benar teman anda mencintai anda 100%..dia tak akan berpaling dari yg lain..

ini mungkin cadangan aku..bagi aku mendengar
adalah lebih baik dari bercakap jika kita bercakap mengikut emosi.. bila masing2 boleh memberi peluang kepada pasangan masing2 untuk mendengar dan berbincang segala permasalahan,maka hubungan itu akan menjadi lebih mudah dan tidak membebankan..

segalanya bergantung pada pasangan anda..bagi mereka yang belum mempunyai pasangan, jika baru untuk berpasangan cuba perhatikan tindakan pasangan anda ketika anda berbicara..adakah dia mendengar dengan betul..atau adakah dia hanya sekadar mendengar dan ambil remeh apa yang anda sampaikan..jika dia bersikap begitu, cuba beri penjelasan dan cuba untuk tarik minat dia untuk mendengar ketika anda bercakapa..kadang2 perkara yang anda cakapkan adalah perkara yang anda suka tapi bukan bagi pasangan anda.. jika ingin bercakap, pastikan anda mempunyai isi dan input yang menarik untuk didengar..cth ketika berbual, anda bercerita tentang kebaikan anda,kebolehan anda,keistimewaan anda..dan mungkin apa yang anda sampaikan itu sedikit sebanyak merendahkan pasangan anda..buatkan pasangan anda rasa jauh lebih rendah tarafnya untuk berpasangan dengan anda.. ingat, jika anda senaraikan segala kelebihan diri anda yang membanggakan diri anda dan membuatkan anda istimewa, itu akan menghilangkan mood pasangan anda..jika segalanya sudah anda ceritakan,maka tidak perlulah dia mencari sendiri segala kebaikan anda lagi..disitu akan timbul rasa kurang berminat lagi kepada anda.. bercakap biarlah dalam bahasa yang rendah diri dan biasa..disitu akan nampak istimewanya anda sebagai seorg yg bersifat rendah diri dan tidak bermegah-megah. bukan untuk pasangan sahaja..tp ini juga penting dalam persahabatan..xde kwn yg suka berkawan dgn budak yg bajek2 ni..wat org meluat je ade ar kan kan..

mendengar baru bercakap..bercakap biarlah berpada-pada jangan over2..keep it low.. dan jangan terlalu sgt hipokrit..seyes kdg2 gua pun bermuka-muka..dgn sikap ini kita akan mudah didampingi..ye, org suka bkwn dgn kita bila kita boleh blah dgn perangai dia..walaupun sebenarnya kita tak suka..bila dah rapat, slow2 kita kuarkan pendapat kita psl perangai kwn kita yang kita tak suka itu..so dia dgn perlahan-lahan akan terima dan tidak akan jejaskan tali persahabatan..hmmm cer ar try.. aku tak ramai kwn..tapi kwn yg aku ada ini sudah cukup buatkan aku bahagia..dorg selesa berkawan dgn aku dan aku selesa berkawan dgn mereka.. itu yg penting.. selesa bila bersama.. akan mudahlah utk proses komunikasi...ingat..komunikasi adalah tunjang sesuatu hubungan..baik persahabatan ataupun percintaan..

6 comments:

  1. its good to write this from you.. kadang2 sesetengah daripada kita ni cuma nk ikut perasaan dorg je.. xde nk pikir perasaan org lain..

    mcm kau kata tadi kan, xnak dengar dulu, tp trus nk bercakap segala masalah, xde masa nk fikir jalan pnyelesaian.. hanya fikirkan masalah,masalah, dan masalah.. ini lah MASALAH..

    bukan senang nk kita PLU nk ada hubungan yg lama.. kalau kita nk kekal lama, dn nk pasangan kita bahagia, we have to give and take..

    setiap benda kena ada give and take.. ini bukan tandanya mengalah, tp usaha untuk bahagia..

    *chill Khuzai.. kau sihat??

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu lagi, knpe aku xnmpak fb kau dlm friends list aku??

      Delete
    2. yup.. ramai kapel mcm tu..lbh byk bercakap dari mendengar dan berfikir tentang penyelesaian sesuatu masalah..


      fb aku dah deactive dah.. aku hanya ada facebook page je.. kalo pape hal nak contack aku leh pm trus kan facebook page je..

      aku sht..cuma byk kali pening pale je

      Delete
  2. Yezzaaaa....Kak Sri Siantan sudah bersuara hihihihi...Tak kenal Kak Sri Siantan? Kalo Otai-otai yang biasa baca luahan rasa dalam newspaper kenal la..

    ReplyDelete