21 June 2013

Tentang Rasa -part 20:Lagu Sebuah Hakikat-



Tentang Rasa -part 20:Lagu Sebuah Hakikat-


“Hi selamat pengantin baru,

moga kekal ke anak cucu,

harapan kami semua,

moga kekal ke hujung nyawa,



direnjis-renjis alahai untuk mempelai,

berseri-seri dihari persandingan,

duduk bersanding dihiasi bunga manggar,

kasih mengharum bagaikan sibunga rampai,

semoga berkekalan ke akhir zaman”



Lagu “Selamat Pengantin Baru” nyanyian Waheeda mula berkumandang kuat. seawal pukul 10 pagi hadirin dan hadirat mula mengerumuni rumah pengantin perempuan. Susasana sedikit kecoh apabila khemah khas untuk tetamu menjamu selera tidak dapat menampung jumlah tetamu yang hadir. Ramai juga tetamu yang terpaksa menanti tempat kosong untuk duduk makan.

Zharif begitu kacak memakai baju kameja kotak berwarna biru cerah dan dikenakan seluar jeans biru pekat. Manakala Sufian pula kelihatan tampan memakai baju t-shirt Calvin Klien berwarna kelabu yang sedikit ketat hingga menampakkan otot-otot lengan dan dadanya yang sedikit pejal itu. Kaca mata hitam turut dikenakannya. Fakhri pula hanya berpakaian ringkas t-shirt hitam lengan panjang yang ketat juga. Tubuh Fakhri yang sedia ada tegap itu kelihatan jelas apabila mengenakan baju tersebut.

Zharif hanya leka mengambil gambar tetamu yang hadir. Pengantin perempuan belum lagi muncul. Lagi sibuk bersiap. Amirah pula hanya membantu pengantin perempuan untuk sesi bergambar. Wajah Amirah kelihatan lebih ceria berbanding semalam. Zharif sempat menjeling ke arah Amirah ketika mengambil gambar Adriana, Zharif sedikit lega bila melihat reaksi Amirah yang benar-benar ceria disamping bekas kekasihnya itu.

“kamu ni kawan Ana kan?”tegur ayah pengantin perempuan.
“ye pakcik”jawab Sufian
“dah makan ke belum?”
“belum, kejap lagilah kami makan”kata Sufian
“eh makanlah. Nak makan banyak kali pun tak pe. Dah jemput-jemput”kata ayah Adriana yang kelihatan teruja dengan perkahwinan anak sulungnya itu.
“kami tunggu kawan kami pakcik, jangan risau nanti kami makan”kata Sufian
“yela kalau macam tu. Tapi jangan lupa makan ye”kata ayah Adriana lalu berjalan ke arah para hadirin yang hadir.
Sufian mengeluarkan kotak rokoknya.
bro, lapar ke?”tanya Sufian
Fakhri mengeleng-gelengkan kepalanya.
“tapi aku sebenarnya lapar ni bro. hehe”kata Sufian lalu merokok.
“kalau lapar pergilah makan”kata Fakhri
“malulah bro. Ramai orang, lagipun Zhaf tak de”kata Sufian
“kau tunggu dia ke?”
“yelah. Nanti makan sama-sama dengan Zhaf ar”kata Sufian.
“hahaha lantak kau lah. Tapi kalau kau nak makan, aku boleh temankan”kata Fakhri
Sufian merenung wajah Fakhri dalam-dalam.

Fakhri hanya melihat Sufian makan dengan penuh selera. Fakhri tersenyum melihat gelagat Sufian yang sedang menikmati nasi minyak berlaukkan ayam masak merah, dalca dan acar nenas serta ikan kering. Fakhri meneguk minumannya. Fakhri membantu Sufian menuangkan air minuman ke kegelasnya yang kosong itu.

bro, dah habis makan ke? Sedap ni. Tambah lah lagi”suruh Sufian lalu menyuap nasi ke mulutnya.
Fakhri mengelengkan kepalanya sambil membasuh tanganya dengan air dari bekas pencuci tangan.
“sudah. Cukup bagi aku. Kau makanlah puas-puas”kata Fakhri.
“rugi bro, bukan selalu dapat makan macam ni. Nasi minyak ni wei”kata Sufian.
Fakhri tertawa kecil.
“kau tak rasa bersalah ke tak tunggu pakwe kau makan sama?”tanya Fakhri
“lantak dia lah. Sibuk sangat nak jadi photographer. Lagipun, aku boleh repeat lagi ni”kata Sufian
“hahaha sweetlah kau ni. Untung Zhaf dapat pakwe macam kau ni kan”kata Fakhri lalu mengunyah buah oren sebagai pencuci mulut.
Sufian mendiamkan diri. Sufian dapat menjangka perasaan Fakhri disebalik kata-katanya itu.
“mestilah. Dah nama pun boyfriend kan,sangup buat apa je janji tak akan terpisah”kata Sufian lalu menyambung makan.
“betul tu. Tapi seingat aku dulu kau orang pernah juga terputuskan?”
pertanyaan Fakhri itu merentap jantung Sufian. Darahnya berderau laju.
“tu dulu. Benda dah berubah dan tak akan berlaku lagi.”kata Sufian
“mana kau tahu? Benda macam ni tak boleh diramal bro. Kau kena ingat tu”kata Fakhri.
Sufian mencuci tangannya.
“eh dah habis makan ke? Ade lagi nasi tu”kata Fakhri.
Sufian tidak menghiraukan kata Fakhri. Sufian berdiri.
“Paan? Wei kau nak kemana ni?”tanya Fakhri melihat Sufian bergerak keluar dari khemah.

Zharif bersandar di dinding bersebelahan dengan meja telefon. Zharif melihat gambar-gambar diskrin kamera digitalnya yang diambil sementara Adriana menukar pakaian yang lain pula. Amirah menghampiri Zharif.

“hey pakwe, seorang je ke? Mana Paan?”tanya Amirah
“kat bawah dengan Fakhri”jawab Zharif.
“kau dah makan?”tanya Amirah
“belum. Kejap lagilah kot”kata Zharif.
“habis Paan dah makan?”soal Amirah lagi.
“dia tunggu aku kot”kata Zharif.
Amirah kemudiannya bersandar disebelah Zharif.
so, macam mana? Ok tak?”tanya Zharif.
“apa yang ok?”
“ini,semua ini. Kau dengan Ana dah betul-betul ok?”tanya Zharif
much better. Aku dah boleh lepaskan dia secara total. Hati aku dah makin tenang. Aku melihat kebahagian sebenar dia bukanlah bersama aku, jadi aku lepaskan dia. Jika dulu aku memang tak dapat terima hakikat ini, tapi bila aku lihat senyuman dia, dia sebenarnya sedang berbahagia kini dan aku akan jadi bersalah sangat bila aku rampas kebahagiannya itu. Aku tak de hak ke atas dia, untuk selamanya. Apa-apa pun aku nak ucapkan terima kasih sangat-sangat kepada kau”
“sebab apa?”
“sebab berjaya bukakan mata ini dan paling penting hati ini. Kau berjaya membuatkan pintu hati aku terbuka untuk melepaskan dia dari simpanan hati aku ini. Ana sebenarnya sengsara bila berada didalam hati aku. Jadi aku lepaskan dia untuk kebebasan dia. Dan aku rasa sungguh bahagia melihat orang yang aku cintai kini sedang berbahagia walaupun bukan bersama dengan aku.”kata Amirah.
Zharif tersenyum gembira melihat Amirah sekarang yang berubah. Perbualan mereka terhenti bila pengantin perempuan keluar dari bilik dan ke pelamin untuk sesi bergambar semula.

Fakhri menarik bahu Sufian.
“kau kenapa?”tanya Fakhri
“kau tu yang kenapa? Kenapa kau buat aku macam ni?!”bentak Sufian
“tak perlu kau nak tanya lagi. Kau sendiri tahu sebabnya”kata Fakhri
“aku cuma pelik kenapa kau masih tak boleh terima hakikat tentang ini? Kenapa kau nak terus jadi macam ni?”tanya Sufian.
Bunyi lagu yang dipasang di majlis perkahwinan Adriana sayup-sayup kedengaran. Suasana dibelakang rumah nenek Adriana sedikit sunyi. Tidak ramai yang berada di kawasan ini. Orang ramai lebih tertumpu pada kawasan halaman rumah.
“susah. Susah untuk aku terima hakikatnya”jawab Fakhri perlahan.
“itu bukan masalah aku. Itu masalah kau. Segalanya berpunca dari kau. Bukan dari aku. Aku hadir dalam hidup kau sebagai sahabat dan tidak lebih dari itu. Tolonglah faham Fakhri! Itu hakikatnya. Kau kena belajar untuk menerima hakikat ini”kata Sufian
“kau fikir mudah untuk aku buang hati aku? Dalam hati ini bukan untuk aku seorang sahaja. Tapi nama kau sebenarnya dah lama terpahat kat dalam hati ni Paan. Samada kau suka atau tidak, tapi itu adalah hakikatnya.”
“dan hakikat yang sama adalah aku bukan milik kau. Kau sendiri yang memahat nama aku dalam hati kau. Bukannya aku. Bukan aku seorang sahaja yang hadir dalam hidup kau. Tapi aku hadir bersama dengan kekasihku, iaitu Zhaf dan samada kau suka atau tidak, kau kena terima hakikat yang sebenarnya tentang itu.”
“kenapa kau tak nampak baiknya aku ni Paan? Kenapa kau selalu menidakkan rasa aku kepada kau?” Fakhri bertanya.
“kau dah jauh bro..terlalu jauh. Aku tak tahu macam mana lagi nak explain benda ni kat kau. Sama ada kau terima atau tidak keputusannya tetap sama. Kau dan aku mungkin tidak akan bersama. Bukan hanya sekarang, tapi mungkin sampai bila-bila!”Sufian merenung tepat ke mata Fakhri.
Fakhri terkedu. Bibir Fakhri terkaku. Nada suaranya tidak bernyawa seketika. Hati dan mindanya hilang segala kata-kata.
“kau kena belajar redha. Redha dengan takdir ini. Kau dan aku tak akan bersama bro. Maaf kata-kata ini benar-benar melukakan hati kau. Tapi ini hakikatnya bro. Kau kena belajar redha dan melepaskan rasa yang tak mungkin kau perolehi. Jangan hanya pandai berkata-kata pada orang tapi kau kene ikut kata-kata kau tu, sepertimana Amy menuruti kata-kata kau!”
“Amy?..”Fakhri berasa hairan.
“ye Amy. Amy yang beritahu aku malam tadi. Amy redha melihat kekasihnya duduk atas pelamin itu setelah tenang mendengar kata-kata dari kau. Tapi kenapa kau sendiri tak boleh buat apa yang kau cakapkan pada dia. Redha dan melepaskan!”
cukup padat dan tepat kata-kata Sufian umpama tamparan hebat buat Fakhri.
“kau pun kena ingat Paan. Sampai masa nanti kau juga akan jadi seperti Amy!”
“aku tahu masa itu akan tiba. Tapi jika itu yang terbaik untuk Zhaf. Aku tak akan halang dia. Zhaf juga perlu untuk membina keluarga sendiri, sama seperti Ana.”
“kau redha atas sebab itu? Bagaimana pula kalau sebab hal lain?”
“sebab apa?!”Sufian tegas bertanya. Lain benar bunyi pertanyaan Fakhri tadi.
Fakhri tersenyum sinis.
“woi kau orang! Buat apa tu?!”panggil Zharif lalu berlari anak ke arah Sufian dan Fakhri.
“wei pengantin lelaki dah sampai tu, jomlah.! Nanti tak sempat nak renjis-renjis pengantin nanti”kata Zharif.
Sufian dan Fakhri tidak bersuara.
“hey, what's wrong?”tanya Zharif
nothing, kita orang baru lepas merokok”kata Fakhri lalu berlalu pergi meninggalkan Zharif dan Sufian.
“Paan?”
“Zhaf. You cintakan I bukan?”pertanyaan Sufian kedengaran pelik buat Zharif.
“kenapa tiba-tiba tanya?”tanya Zharif pula.
“sebab I cintakan you. I harap benda yang sama dari you dan I harap you tak sembunyikan apa-apa dari I ”kata Sufian.
Zharif tersentap. Kepalanya digelengkan. Sufian sempat tersenyum lalu melangkah pergi. Zharif masih terkedu.


*                                  *                                      *



“Kompang di palu pengantin baru,

duduk bersanding tersipu malu,

kompang dipalu pengantin malu,

moga bahagia ke anak cucu,

kami doakan moga berkekalan,

selamat sejahtera hingga ke akhir zaman”

Bunyi paluan kompang mula bergema kuat. Pengantin lelaki yang memakai baju melayu kelabu kelihatan segak dan mukanya sedikit serius. Bunga manggar dijulang tinggi. Selangkah demi selangkah rombongan yang dikepalai pengantin lelaki itu merapati pengantin perempuan yang hanya diapit oleh pengapitnya yang berpayung putih itu.

“merahnya inai dijari,

tanda kasih dah termatri,

ikatan raja sehari ooo aaa,

hari yang dinanti-nanti,

sudahlah menjelma kini,

kekal dan abadi,

selamat pengantin baru moga kekal ke anak cucu,

selamat pengantin baru”


Zharif begitu leka mengambil gambar. Pengantin perempuan dan lelaki mula berjalan beriringan ke dalam rumah sambil paluan kompang masih rancak bergema. Sufian hanya diam berdiri melihat telatah beberapa tetamu yang sempat bergurau mesra dengan pasangan pengantin baru itu. Amirah juga tersenyum riang melihat pasangan mempelai duduk bersanding di atas pelamin. Fakhri hanya duduk di luar rumah sambil merokok.

Tetamu mula bergilir-gilir menepung tawar pasangan mempelai. Pelabagai aksi lucu mencuit hati pasangan mempelai. Amirah mengambil giliran untuk merenjis-renjis air mawar. Amirah dan Adriana berpelukan seketika “Tahniah sayang” bisik Amirah. Adriana sedikit terkejut namun membalas kembali senyuman dari Amirah.

“Paan jom”ajak Zharif sambil menarik lengan kekasihnya itu.
“tak naklah. seganlah”kata Sufian.
“pergilah Paan”suruh Amirah
“Amy kau ambil gambar kami ye”kata Zharif menghulurkan kamera yang tergantuing dilehernya.
Sufian kelihatan amat kekok untuk merenjis air mawar. Adriana ketawa kecil melihat aksi Sufian. Begitu juga dengan Zharif yang tidak kurang kekoknya.
“Fakhri mana?”tanya Amirah ketika menghulurkan kamera kepada Zharif.
“kat luar kot”kata Zharif.
“pergilah panggil dia”kata Amirah

“tak payahlah. Aku tak reti lah nak buat tu semua”kata Fakhri
bro, pergilah. Kau datang jauh-jauh tak kanlah tak buat. Ana tengah tunggu kau kat dalam tu”pujuk Zharif.
“aduh..”keluh Fakhri
akhirnya selesai sahaja Fakhri menepung tawar,pasangan mempelai bergerak ke meja makan untuk majlis makan beradab. Zharif dan Sufian duduk di meja makan diikuti Fakhri dan Amirah. Mereka makan tidak jauh dari meja pasangan mempelai. Mereka makan sambil berbual-bual kosong. Sufian tidak makan begitu banyak begitu juga dengan Fakhri.

“Zhaf nak pergi mana?”tanya Sufian melihat kekasihnya tiba-tiba berdiri apabila mereka selesai makan.
“nak pergi makan ubat kejap”jawab Zharif dengan slumber.
“ubat?”tanya Amirah
“vitamin muka dia la tu.”kata Sufian
“jaga mukalah. Muka dah mula berminyak ni” balas Zharif berlalu pergi.
“ingatkan Zhaf tu sakit”kata Amirah
“hahaha kalau dia sakit, akulah orang pertama yang tahu”kata Sufian
Amirah hanya tersenyum begitu juga dengan Fakhri, namun senyuman Fakhri sedikit kelat dan sinis.



*                                     *                                        *



“Akhirnya selamat sudah pasangan pengantin kita bersanding tadi dan kini sedang menikmati hidangan khas sebagai raja sehari. Baiklah bagi memeriahkan majlis,pihak kami membuka dan mengalu-alukan kepada mereka yang ingin menyumbangkan suara dengan berkaraoke pada petang ini. Bukan sumbangkan lagu ye hehe bagi sesiapa yang berminat bolehlah datang ke meja kami untuk memilih lagu-lagu yang ada”hebah Dj yang bertugas memainkan lagu sepanjang majlis tersebut.

“apa lagi bro, pergilah nyanyi”kata Amirah
“eh tak naklah”Fakhri menolak
“pergi jelah bro”kata Amirah.
“kalau awak nak, awak lah yang pergi”kata Fakhri
Amirah hanya tersenyum sambil melihat seorang lelaki yang sudah pun mula bernyanyi. Berkumandanglah lagu “Patri” nyanyian asal dari kumpulan Jinbara. Suara lelaki itu tidak begitu cela. Nadanya lancar tidak begitu mendatar walaupun ada bahagian-bahagian tertentu dalam lagu yang agak lari tempo nyanyiannya.

Selesai lelaki itu bernyanyian seorang wanita pula mengambil giliran untuk bernyanyi. Lagu asal dari Ziana Zain dengan tajuk “Madah Berhelah” dipilih wanita itu. Zharif kembali ke tempat mereka sambil tersenyum. Amirah merapati Zharif.

“aku tengok muka kau ni ok je, tak de apa-apa yang tak kena.. cuma mata kau je yang nampak kekuningan sikit ni”kata Amirah.
Sufian memandang Zharif
“apa lah kau ni, ubat ni ada side effect sikit. Sebab tu mata aku jadi macam ni, lama-lama nanti oklah. Ni tanda ubat tu berkesan”kata Zharif.
“oh ok” Amirah faham.


“uuu oo huu

cinta sebati dalam jiwa,

cinta menghancur jiwa raga,

cinta mengindahkan semua,

apakah sebenar erti cinta..



cinta titiskan air mata,

cinta memutuskan saudara,

cinta senyum gelak ketawa,

tiada di ertikan cinta..”



Suara Adriana kedengaran jelas mendendangkan lagu “Cinta” nyanyian asal dari Waheeda. Bersesuaian dengan imej dirinya kini yang sudah bertudung. Amirah hanya melihat Adriana mendendangkan lagu tersebut dalam busana pengantin. Entah mengapa jiwa Amirah berasa sedikit sayu.


“Kurniaan Ya Rabh itu indah,
walaupun kadang mampu meluka,
pelengkap jasad yang bernyawa,
tak dapat dinafi hadirnya”


Ketika menyanyikan baris lagu tersebut, mata Adriana memandang tepat ke arah Amirah. Amirah hanya merenung kembali mata Adriana. Zharif seakan perasan akan situasi tersebut turut menoleh ke arah Sufian yang tersenyum melihat Adriana.

Suami Adriana berjalan menghampiri Adriana sambil tersenyum girang. Selesai Adriana menyampaikan lagu tersebut. Giliran Suaminya pula menyanyi. Lagu “Cinta Kristal” yang dinyanyikan oleh Rahim Maarof. Walaupun suara pengantin lelaki itu terlalu mendatar namun mendapat tepukan gemuruh dari kaum kerabatnya.

“hey kau orang, tak nak nyanyi ke?”tanya Adriana ketika berjalan menghampiri mereka.
“hehe seganlah ana. Kita orang ni orang luar”kata Zharif
“nak segan apa pula. Bukannya kena bayar pun menyanyi tu”kata Ana sambil sempat menoleh ke arah suaminya yang kini sedang merokok dan berbual dengan kawan pejabat.
“segan sebab suara sumbanglah”jawab Zharif
“segan sebab tu ke? Paan tu tak kisah pun”kata Ana menoleh ke arah Sufian


“aku tak ingin kau menangis bersedih,

sudahi airmata dari mu,

yang aku ingin erti hadir diriku,

kan menghapus dukamu sayang,

kerna bagiku kau kehormatanku,

dengarkan dengarkan aku..



hanya satu pinta ku untukmu dan hidupmu,

baik-baik sayang ada aku untuk mu,

hanya satu pintaku disiang dan malam mu,

baik-baik sayang kerna aku untukmu..”


Suara Sufian kedengaran cukup jelas sekali menyanyikan lagu itu. Zharif memalingkan mukanya memandang ke arah kekasihnya yang sedang berdiri memegang microphone mendendangkan lagu “Baik-baik Sayang” yang ditujukan khas untuk Zharif. Zharif mengukirkan senyuman manis bila mendengar kekasihnya menyanyi khas untuknya.



“semua keinginan akan aku lakukan,

sekuat semampuku sayang,

kerna bagiku kau kehormatanku,

dengarkan..dengarkan aku..



hanya satu pinta ku untukmu dan hidupmu,

baik-baik sayang ada aku untuk mu,

hanya satu pintaku disiang dan malam mu,

baik-baik sayang kerna aku untukmu..”



Zharif tiba-tiba tersentuh lalu memandang ke arah Adriana.
“pasti ada cara lain untuk I dapatkan kunci pintu syurgaNya tanpa perlu melukakan hati insan yang paling I sayang” bisik Zharif kepada Adriana.
“tapi akhirnya nanti you akan ketemu juga pilihan ini kembali. Kunci ataupun Paan”balas Adriana tegas.
Zharif terdiam.

Sufian kembali ketempat duduknya setelah selesai bernyanyi. Sufian memeluk bahu Zharif. Zharif hanya tersenyum. Fakhri yang duduk dibelakang pasangan kekasih itu hanya berdiam diri.
“lepas ni siapa pula, biar Zhaf yang pergi nyanyi lak”kata Adriana
“eh Amy la yang nyanyi”kata Zharif melihat Amirah sudah bersedia memegang microphone.




“walau hatiku pedih,

ku rasa sendiri kepedihan,

kesakitan hatiku menangis,

rintihan jiwa yang terus merana



walau ku sendirian,

ku renangi lautan yang dalam,

tiada siapa sudi perhatikan,

itu yang ku duga selama ini”



Adriana tahu bahawa Amirah memang meminati Stacy, namun lagu ini belum pernah didengari Adriana sebelum ini. Amirah pula tidak pernah bersiulan lagu ini kepada Adriana dahulu ketika berpacaran dengannya. Lagu rentak perlahan konsep balada ini benar-benar membuatkan suara Amirah kedengaran lunak. Lagu “Cinta yang Ku Duga” oleh stacy ini dinyanyikan dengan penuh penghayatan oleh Amirah.



“kesakitan cinta yang melandaku,

menghentikan degupan rindu,

yang hampir bernyawa,

kecewa yang tiada terhingga,

bila mendengar berita kau tak cintai ku,

kini ku fahami erti cintamu,

kau hanya bernyawa tanpa ku dalam dirimu,

kecewa melanda dihati,

mengapa begini yang aku hadapi

kekasihku..uuu..huu..ooo”




jantung Adriana bagaikan direntap seketika mendengar bait-bait lirik lagu tersebut. Seolah-olah Amirah meluahkan rasa sebenar yang terbuku dalam hatinya. Mata Adriana mula bergenang. Adriana mula membayangkan betapa perit hidup Amirah bila ketiadaannya nanti. Selesai menyanyi, Amirah kembali duduk ditempatnya. Amirah hanya mendiamkan diri.

its your turn sayang. Pergilah nyanyi”suruh Sufian.
“ish tak mahu lah. Suara I tak sedap macam you”Zharif memberi alasan.
“mana adil, semua dah nyanyi, tinggal you dengan Fakhri je yang belum.”kata Sufian.Fakhri menjeling Sufian.
“entah Zhaf. Pergilah. Please Zhaf, for my weeding day”rayu Adriana.
“ok-ok.”kata Zharif lalu berdiri.
“jom bro. Kita sama-sama pergi nyanyi”Zharif menarik lengan Fakhri.
“eh tak naklah!”kata Fakhri
“cepatlah bro, pergi jelah”kata Amirah
“entah pergilah. Sportinglah sikit”sokong Sufian
akhirnya Fakhri mengalah. Zharif dan Fakhri melangkah ke meja Dj memilih lagu untuk dinyanyikan. Sufian duduk dikerusi yang dekat berhadapan mereka.



“telah jauh terpisah diriku dan dirimu,

dalam ruang dan waktu,

sendiriku jalani sepiku tanpa dirimu,

resahku tanpa hadirmu,

sungguh berat hatiku,

untuk merasakannya..”



Suara Zharif mula berkumandang jelas di pembesar suara membawakan lagu “Tak Bisa Memilihmu” vokal asal dari kumpulan Sixth Sense. Sufian tersenyum bangga mendengar kekasihnya mendendangkan lagu tersebut. Sufian merakam video nyanyian mengunakan telefon bimbitnya.




“salahku mencinta dirinya,

saat jauhku terpisah,

darimu dan hadrinya,

menyentuh hatiku untuk mencintainya,

hatiku pun inginkannya,

hingga runtuh setiaku kepada dirimu..

kusakiti hatimu yang tulus mencintaiku”



Amirah mendekatkan mukanya kemuka Adriana.
“nampaknya Zhaf masih belum boleh memilih lagi”kata Amirah
“bukan senang nak meninggalkan orang yang kita cintai”balas Adriana
“ye betul tu, I dapat rasa sebab I tengah alaminya”kata Amirah lalu menoleh semula ke arah Zharif.
Adriana tersentak. Wajah Amirah ditatapnya dalam-dalam.



“Maafku tak bisa memilih dirimu,

kerna ku terhanyut mencintai dia,

inilah salahku yang memberi ruang,

didalam hatiku untuk mencintainya”



Selepas menyerahkan microphone kepada Fakhri, Zharif berjalan dan duduk kembali disebelah Sufian.
nice bro.. very nice”puji Sufian sambil menepuk-nepuk manja bahu Zharif



“itukah dia kekasih yang pernah berjanji,

memberi cinta untukmu sepenuh hati,

ia akan menyesal suatu hari nanti

apabila ia mengetahui,
kekasihmu ini ingin kembali..”



“tahukah engkau dia tak sepadan denganmu,

walau beribu bisik janji ia merayu,

kekasihmu ini terlalu ingin kembali,

semenjak ia mengetahui,

kekasih itu membuat kau bersedih...”


Sufian menoleh ke arah Fakhri yang memandangnya tajam ketika menyanyikan lagu “Akulah Kekasihmu” dari kumpulan “AXL” . Suara Fakhri begitu lunak dan saling tidak tumpah dengan suara penyanyi asal. Fakhri benar-benar cemerlang menyampaikan lagu tersebut.


“Oh kekasihmu ini akan merasa gembira,

andai dapat bersama untuk selama-lamanya,

hanya untuk menyanyangimu,

hanya untuk bercinta lagi...”



Entah mengapa Sufian dapat merasakan lagu yang dinyanyikan Fakhri itu dituju khas kepadanya. Sufian benar-benar dapat merasakan maksud Fakhri dalam sesetengah lirik lagu yang dinyanyikan Fakhri.


“aku akan kembali walau jalan berliku,

kernaku kekasihmu hingga ke akhir hanyat..”


*                                                 *                                                        *



Fakhri menutup bonet keretanya setelah memasukkan semua bagasi. Fakhri melihat jam tangannya. Sudah hampir pukul 7 malam. Fakhri mengeluarkan kotak rokok dari poket seluarnya. Sufian dan Zharif berjalan ke arah Fakhri sambil membawa beberapa beg palstik berisi makanan.

“banyaknya makanan”kata Fakhri.
“mak Ana tapaukan untuk kita. Malam nanti kalau lapar boleh lah makan tak perlu nak masak lagi.”kata Zharif.
“Amy mana?”soal Fakhri

Adriana berjalan ke arah Amirah yang sedang berdiri di sebelah pangkin. Amirah menyimpan telefon bimbitnya apabila menyedari Adriana sedang berjalan menghampirinya.

“hey, dah siap packing ke?”tegur Adriana
“dah. Semua dah ada dalam kereta.”kata Amirah.
staylah untuk satu malam lagi, esok I bersanding dirumah pengantin lelaki pula”kata Adriana
“tak perlulah. Esok dah mula kerja semula.”kata Amirah.
“terima kasih sebab sudi datang ke majlis perkahwinan I ”kata Adriana
“terima kasih juga sebab sudi jemput I. I harap you berbahagialah dengan suami you”kata Amirah.
“terima kasih. Doa-doakanlah ye. I pun harap you juga akan bahagia dan berjaya dalam hidup you.”kata Adriana.
I sayangkan you. Sayangkan persahabatan kita.”
I tak akan hapuskan you dari ingatan I. Bercinta dengan you adalah pengalaman yang terindah buat I. I harap dalam hubungan kita dalam persahabatan juga I mampu miliki pengalaman dan kenangan indah sehebat waktu I bercinta dengan you”kata Amirah.
“oh..”muka Adriana tertunduk ke tanah.
“terima kasih Amy..terima kasih!”tiba-tiba Adriana memeluk Amirah.
Gugur jugalah airmata mereka. Hubungan percintaan mereka tidak terkubur tapi berganti dengan hubungan yang diredhaiNya. Hubungan persahabatan yang diharap kekal hingga ke akhir zaman.





~bersambung~

19 June 2013

Tentang Rasa -part 20: Lagu Sebuah Hakikat-





Tentang Rasa -part 20: Lagu Sebuah Hakikat- (PREVIEW)

-AKAN DATANG-


Kau berjaya membuatkan pintu hati aku terbuka untuk melepaskan dia dari simpanan hati aku ini. Ana sebenarnya sengsara bila berada didalam hati aku. Jadi aku lepaskan dia untuk kebebasan dia. Dan aku rasa sungguh bahagia melihat orang yang aku cintai kini sedang berbahagia walaupun bukan bersama dengan aku.”kata Amirah.



 
“aku cuma pelik kenapa kau masih tak boleh terima hakikat tentang ini? Kenapa kau nak terus jadi macam ni?”tanya Sufian.



 
“kau fikir mudah untuk aku buang hati aku? Dalam hati ini bukan untuk aku seorang sahaja. Tapi nama kau sebenarnya dah lama terpahat kat dalam hati ni Paan. Samada kau suka atau tidak, tapi itu adalah hakikatnya.”bentak Fakhri




“Zhaf. You cintakan I bukan?”pertanyaan Sufian kedengaran pelik buat Zharif.
“kenapa tiba-tiba tanya?”tanya Zharif pula.
“sebab I cintakan you. I harap benda yang sama dari you dan I harap you tak sembunyikan apa-apa dari I ”kata Sufian.
Zharif tersentap..




 
“pasti ada cara lain untuk I dapatkan kunci pintu syurgaNya tanpa perlu melukakan hati insan yang paling I sayang” bisik Zharif kepada Adriana.
“tapi akhirnya nanti you akan ketemu juga pilihan ini kembali. Kunci atau Paan”balas Adriana tegas.
Zharif terdiam.



PART PENUH AKAN DISIARKAN TAK LAMA LAGI..AKU NGAH RECHECK SPEELING DAN EDIT BARIS-BARIS TERTENTU..HARAP BERSABARLAH WEI..AKU SIBUK NI..BANYAK KEJE LA WEI...HUHUHU 




10 June 2013

The Power of Three





"The power of three will set us free"


Tv series Charmed ini merupakan siri yang paling ku minati.. siri ini mengenai tiga adik-beradik perempuan Halliwell yang ditakdirkan untuk menjadi ahli sihir baik yang mempunyai kuasa luar biasa untuk melawan syaiton. sebenarnya siri Charmed ni tidak sengaja aku tonton dimana waktu itu ditayangkan di ntv7 sebelum siri realiti tv yg ku minati Survivor.. aku mula tonton Charmed ketika episod ke dua tak salah aku la,waktu tu aku on tv awal sikit dalam pukul 10.30 malam dari waktu tayangan Survivor pada pukul 11 malam setiap jumaat di ntv7(perghh still ingat tu beb).. aku memang minat cerita yang bergenre supernatural,fantasi,horror,action dan realiti ni dan Charmed adalah salah satu siri yang bergenre tersebut. Charmed mempunyai 8 musim. Charmed mula di tayangkan pada tahun 1998 dan berakhir pada tahun 2006.

The Power of Three 

episod pertama cerita Charmed bertajuk "Something Wicca This Way Comes". dalam episod ini ketiga-tiga adik beradik Halliwell menerima kuasa mereka untuk menjadi ahli sihir yang digelar "Charmed Ones". watak utama dalam siri ini ialah  

Prue lakonan Shannen Doherty sebagai kakak sulung.

 Holly Marie Combs sebagai Piper merupakan adik kedua dan

 Phoebe adalah adik yang ketiga lakonan Allysa Milano .. sepertimana yang aku cakap, adik beradik ni mempunyai kuasa istimewa masing-masing yang akan berkembang mengikut waktu-waktu tertentu. Prue memiliki kuasa boleh mengalihkan/mengawal sesuatu objek dengan mindanya.."telekenisis"



dan dalam musim ke-2 kuasa Prue berkembang dan membolehkan dia mengandakan badannya ke satu lokasi lain pada masa yang sama "astral projection".



 Piper boleh mengawal masa dengan memberhentikan(freeze) masa/objek,


 kuasa Piper kemudiannya berkembang hingga membolehkan dia mengawal kuasa kaku(freeze) objek/manusia dengan baik hingga dia boleh memilih siapa untuk dikakukan dan bahagian tubuh badan yang dikakukan. Dalam musim ke-3 kuasanya berkembang untuk meletupkan objek dengan membuat momekul objek bergerak dengan laju hingga menyebabkan objek itu musnah dengan letupan kuat..


 manakala Phoebe pula mempunyai kuasa melihat masa depan dan masa silam dengan mendapat "premonition" atau visi.

 kuasa Phoebe juga berkembang pada musim ke-3 yang membolehkan dia mengapungkan/mengangkat(levitation) tubuhnya 

dan kemudian pada musim ke-6 dia memiliki kuasa "empathy" dimana dia boleh merasa perasaan seseorang dan menyelami perasaan seseorang itu,selain itu juga kuasa "empathy" ini juga membolehkan dia mengawal kuasa yang ada pada seseorang.

The Book of Shadows

dalam cerita ni pun ada sebuah buku yang dipanggil The Book of Shadows


.. dalam buku ni banyak ayat2 jampi serapah dan mentera yang digunakan untuk membunuh syaitan dan juga untuk menyihir sesuatu atau orang. buku ini banyak membantu adik beradik ni untuk berjaya hidup dalam dunia sihir ini.

 ...buku ini juga adalah punca mereka bertiga mendapat kuasa sihir mereka.

cerita ni berkembang dengan baik dalam setiap episod memperlihatkan mereka menempuhi hari-hari seperti manusia normal dan cuba menyembunyikan identiti mereka sebagai ahli sihir dari pengetahuan orang ramai dan pihak polis. selain itu juga ahli sihir ini turut dilindungi dan dibimbing oleh golongan malaikat (kononnye la) yang digelar Whitelighter. Leo Wyatt yang dilakonkan oleh Brian Krause.


 dulu waktu aku tengok cite ni, Razif cukup suka kat Leo ni..bila ade scene Leo je mesti dia akan duk depan laptop sama tengok dengan aku. tapi scene lain yg tak de Leo..dia tak tengok..aku tanya dia,"kau ni gay ke suka tengok mamat ni?"..dia cakap "aku suka tengok style Leo."..waktu tu razif ni belum mengaku dengan aku yang dia ni gay..hehehehe

banyak juga pelakon tambahan lelaki yang jambu-jambu dan macho-macho dalam siri ni..



 Cole Turner lakonan Julian McMahon..dia ni sebenarnya separuh syaitan yang ditugaskan untuk membunuh adik beradik Halliwell tapi boleh jatuh cinta lak kat Phoebe..



 Chris Perry Halliwell lakonan Drew Fuller  adalah anak kepada Piper



 Andy tredeau lakonan T.W King hanya muncul pada musim pertama yang menjadi kekasih Prue bagi musim pertama sahaja..


 tapi yang paling aku suka adalah :



 Dan Gordon yang dilakonkan oleh Greg Vaughan..mamat ni belakon dalam season 2..banyak gak episod yang ada kemunculannya




 mamat ni memang macho


 body pun not bad..

dan sorang lagi pelakon tambahan memegang watak Bane lakonan Antonio Sabato Jr. mamat ni hanya muncul untuk 2 episod sahaja dalam season 2....


encem kan dia





 mamat ni memang taste aku..



 badan dia btol2 best la kalau dipeluk hehehe

Konflik

Prue..watak yang paling ku minati..dia memiliki kuasa yang kuat dikalangan adik-beradiknya. watak Prue memperlihatkan beliau seorang yang berkomitment dalam hidupnya..sebagai seorang kakak sulung, yang mementingkan hubungan pertalian saudaranya dalam adik beradik dia.. tapi sayang. watak Prue tidak sampai ke penghujungnya. dalam musim ke-3 Prue mati setelah bertempur dengan
syaitan yang bernama Shax yang dihantar oleh ketua segala syaitan bernama The Source..



watak Prue mati dan diganti dengan watak baru oleh Rose McGowan sebagai Paige Mathew



 iaitu anak dari hasil hubungan sulit ibu adik beradik Halliwell, Patricia Halliwell(Patty) dengan Whitelighternya Sam Wilder. Paige menjadi kesinambungan Charmed One dengan mengantikan Prue yang mati..watak Paige muncul dalam musim ke-4 dan hingga musim akhir iaitu musim ke-8..kuasa yang ada pada Paige seperti Prue juga cuma akibat kacukan dari Whitelighter kuasa Paige ada sedikit kelainan iaitu dia terpaksa menyebut nama objek yang ingin di alihkan

 dan dia tidak boleh astral projection tp boleh "orb" iaitu dia mampu memindahkan badannya ke satu tempat yang lain sama seperti Whitelighter.




ada khabar angin yang mengatakan watak Prue dimatikan sebab Shanen Doherty berselisih faham dengan Phoebe iaitu Alyssa Milano.
Phoebe dikatakan tidak berpuas hati bila posisinya selalu diletakkan ditepi berbanding Prue yang selalunya diletakkan ditengah didalam gambar poster atau iklan. watak Phoebe juga dikatakan tidak menonjol berbanding dengan watak Prue.. padahal Prue merupakan watak Utama dalam siri ini dan Piper dan Phoebe adalah watak sokongan sahaja..disebabkan berlaku banyaknya krisis.. Shanen Doherty menarik diri dari terus berlakon dan wataknya dimatikan oleh penerbit dan mengantikannya dengan Paige..




seriusly aku tol2 terkilan bila watak Prue disingkirkan dari Charmed..dan selepas itu siri Charmed tersebut tidak ku tonton lagi..maknannya lepas season 3, aku dah tak tonton Charmed lagi kat tv..bertahun sudah berlalu dan cuma sejak akhir2 ini..aku seakan rindu dengan cerita ini..maka aku pun download full season siri Charmed ini.. aku enjoy tengok watak Prue..dan aku cuba untuk enjoy tengok watak Paige..lakonan Paige serius tak boleh masuk dgn aku..aku tengok paige berlakon macam budak2 je..dan lakonan dia tak nampak real berbanding Piper dan Phoebe..watak Piper mmg terbaik..

Piper selalu wat lawak dalam siri ini.. aku terhibur dengan siri ini sbb lawak piper.. lagipun waktu Prue mati, hanya Piper yang benar2 inginkan Prue kembali dan sentiasa mengingati Prue berbanding dgn Phoebe..aku benci Phoebe...








ramai peminat siri Charmed inginkan tv siri ini dijadikan Filem...dan  aku juga berharap akan adanya filem ini nanti...jika ada aku harap watak Prue akan dihidupkan..

07 June 2013

Tentang Rasa -part 19 : Perkahwinan -



Tentang Rasa -part 19 : Perkahwinan -


Perjalanan pada malam itu lancar. Kehadiran Amirah menambahkan lagi keseronokan perjalanan ke Johor Bahru itu. Sufian duduk di sebelah tempat pemandu dimana Fakhri yang memandu kereta tersebut, manakala Zharif dan Amirah duduk di tempat penumpang.

Tidak sampai tiga jam perjalanan, akhirnya mereka tiba di rumah pengantin perempuan. Waktu sudah hampir ke pukul 12 tengah malam. Adriana menyambut kehadiran rakan-rakannya dengan senyuman di tangga rumah.

“kenapa lambat?”tanya Adriana sejurus menyambut mereka.
“sesat tadi tu yang lambat sikit”jawab Sufian sambil bersalaman dengan Adriana.
“biasalah, ada jalan yang dah berubah”kata Adriana
Zharif berjalan ke arah Adriana sambil di ikuti Amirah.
“akhirnya kami sampai juga bukan. Itu yang penting”kata Zharif
“ye, betul tu”kata Adriana sambil memandang Amirah.

Pintu bilik ditutup Adriana sejurus Amirah masuk.
I ingat you tak datang”Adriana memulakan perbualan.
Amirah hanya tersenyum sambil melihat katil Adriana yang dihiasi indah.
I datang pun sebabkan Zharif”kata Amirah
“oh ok”kata Adriana.
you rehat lah dulu. Kalau nak tidur, tidur jelah. Dah lewat ni. I nak ke dapur sebentar”kata Adriana lalu berjalan ke pintu biliknya.
Amirah hanya tersenyum. Adriana berjalan keluar dari bilik dan menuju terus ke dapur rumah.

Setelah siap berkemas tempat tidur, Zharif mencapai telefon bimbitnya. Terdapat 2 panggilan tidak dijawab dari abangnya, Dr. Zahid.
“Zhaf nak pergi mana?”tanya Sufian bila melihat Zharif menuju ke pintu bilik.
“nak call abang kejap. Ada hal sikit”
during this hour?”
“yeah. Kalau Paan nak tidur, Paan tidurlah dulu”kata Zharif lalu melangkah keluar.
“kenapa selalu sangat dia hubungi abang dia?”bisik Sufian
“apa?”tanya Fakhri
“tak ade ape”jawab Sufian lalu tersenyum
Fakhri hanya melihat Sufian dengan pandangan kosong.

Suasana sedikit dingin di luar rumah. Setelah berbual dengan abang Zahid, Zharif kemudiannya beranjak dan duduk di pangkin di bawah pokok rambutan. Zharif hanya merenung beberapa buah khemah yang berdiri megah dihadapannya. Kerusi dan meja makan tersusun rapi sekali.

“hey, tak tidur lagi?”tanya Adriana mengejutkan Zharif.
“kejap lagi lah.”jawab Zharif
Adriana duduk disebelah Zharif.
“mana Amy?”tanya Zharif
“dia dah tidur kot. Tadi dia kata dia letih.”kata Adriana.
Zharif mengangguk faham.
I tau dia datang sini bukan sebab I, tapi sebab you”kata Adriana
“sebab siapa tak penting. Yang penting dia datang.”kata Zharif
“tapi dia dah banyak berubah”kata Adriana
Zharif menoleh ke arah bakal pengantin itu.
I rasa bersalah pula melihat keadaan dia sekarang”kata Adriana perlahan
“mengapa?”tanya Zharif
I sentiasa berharap dia dapat berubah menjadi yang terbaik. Tapi I silap. Setakat berharap tanpa berusaha tak berguna juga. Namun I tak mampu untuk berusaha, sebab semakin I disamping dia semakin I hanyut.”cakap Adriana
“tapi you dah galakan dia untuk berubah. Itu sudah mencukupi dari tidak berbuat apa-apa Ana. Jika ini jalan yang dia pilih, biarkan dia. Allah sedang menguji dia. Allah mengaburi hidupnya dengan kebahagiaan nafsu dia, Amy terus lena dan hanyut. Dan Dia juga sesekali 'memercikkan air' untuk menyedarkan Amy dengan hal-hal seperti ini. Seperti you, yang dah berubah dan meninggalkan dia untuk kebaikan bersama. Malangnya 'percikan air' atau lebih kepada kesedaran itu, tidak mampu untuk menyedarkan Amy. Mungkin satu hari nanti Amy akan sedar tentang hal ini”terang Zharif
I harap dia tak terlambat untuk itu” Adriana berharap
“ye I pun harap benda yang sama untuk I”kata Zharif

bunyi cengkerik sahut-bersahutan. Sesekali terdengar juga bunyi salakan anjing. Angin malam berhembus perlahan. Dinginnya angin mencengkam tulang. Adriana membelek-belek cincin pertunangannya yang tersarung di jari kelengking kirinya.

I tak kuat macam you Ana. I lemah. I dah berusaha, tapi I tak berdaya. Cinta yang sudah lama terpahat dihati ini amat sukar di kikis dan ditanggalkan.”Zharif mengeleng-gelengkan kepalanya.
“Zhaf..”Adriana sinpati
I sepatutnya berbangga memiliki kekasih sebaik Paan. Cinta dari dia begitu hebat hingga I tak mampu untuk melepaskannya”kata Zharif

Fakhri berjalan keluar dari bilik tidur itu. Sufian sudah lama lena. Beberapa orang anak muda kelihatan lena tidur di bahagian ruang tamu rumah itu. Fakhri menuju ke dapur untuk membuang air kecil. Masih terdapat beberapa orang perempuan sedang sibuk menyusun pingan mangkuk dan beberapa persiapan lain untuk majlis pernikahan esok.

“mak cik, bilik air kat mana?”tanya Fakhri
“kat belakang tu, sebelah mesin basuh. Suis lampu kat tiang tu”tunjuk seorang perempuan sambil tersenyum
“oh terima kasih”kata Fakhri lalu berjalan ke bilik air.

Bilik air tersebut agak sempit. Namun itu tidak menjadi masalah kepada Fakhri untuk menunaikan hajatnya. Zip seluar dibuka.. mata Fakhri tertangkap ke arah lembaga yang berada di pangkin dibawah pokok rambutan. 'ceh, melepak tak ajak'bisik hati Fakhri.

“habis tu, bagaimana sekarang? Sampai bila you nak biarkan hal ini?”tanya Adriana.
I tak tahu. I belum ada semangat dan kekuatan untuk menghancurkan hati orang yang I sayang”jawab Zharif.
“jangan terlambat sudahlah”kata Adriana
Zharif menundukkan mukanya.
“Zhaf.. benda ini harus berakhir”kata Adriana
“sampai ke satu tahap I rasa putus asa sangat untuk bertarung. Kenapa berat sangat dugaan yang Dia beri pada I? Kenapa tidak pada orang lain? I tak mampu untuk ini. Apa salah Paan untuk I tinggalkan dia. Apa salah Paan untuk I buat begini pada dia?”Zharif seakan memberontak
“Zhaf..”
you nak tahu, lama dah I dingin dengan dia. I selalu tolak bila dia ingin bersama dengan I. Tapi dia tak pernah merunggut. Jika dulu ciuman I pada dia I berikan dengan rasa cinta dan sekarang I mengelak dari bibir I bertaut dengan bibir dia dan tiap kali dia mendesak untuk menguncup I, I kuncup bibirnya dengan rasa kosong! Malah I didik dirinya untuk merasa jijik tiap kali berkuncup dengan Paan. I lakukan ini semata-mata untuk kembali ke jalanNya! Tapi mengapa hati I tak tenteram? Mengapa I rasa tak tenteram bila memikirkannya,seolah-olah I mempermainkan cinta Paan pada I!. Jika syurga yang dijanjikanNya pada I atas segala yang I buat sekarang hingga melukakan hati insan yang I sayang..buat I berfikir dua kali untuk ke sana”
“Astaghfirullah al-azim!Zhaf!! apa ni?! Apa yang you merepek ni??!”Adriana tegas dan lantang.
Adriana berdiri dihadapan Zharif. Air mata Zharif mula bergenangan.
“tolong jangan menindakkan takdirNya. Segalanya sudah tertulis Zhaf. Ingat Zhaf. I pun pernah berada dalam keadaan you sekarang ni. Sampaikan pernah I rasa putus asa untuk bertahan dan kembali ke sisi gelap I dan terus hanyut dengan cinta duniawi ini. Cinta yang bertunjangkan nafsu. Tapi bila I ingat kembali, Dia sebenarnya sedang menguji I lagi. Bukan mudah untuk masuk ke syurgaNya. Umpama syurga itu sebuah rumah yang berkunci, dan untuk kita masuk ke dalam rumah itu memerlukan kunci untuk membuka pintu rumah itu. Seperti tuan rumah juga, tidak akan sewenang-wenangnya memberi kunci rumah pada orang biasa. Allah sedang menguji kita untuk memberi kita kunci untuk membuka pintu rumah tersebut. Dan kini Dia ingin memberi kunci itu kepada you.”kata Adriana.
“tapi bagaimana dengan Paan?”tanya Zharif
“akan tiba juga giliran dia”kata Adriana
Zharif mengesat air matanya.
“tapi you kene beritahu perkara ini kepada Paan”kata Adriana
Zharif menganggukkan kepalanya.
“Fakhri..”Zharif menoleh ke arah Fakhri yang sedang berdiri sambil berpeluk tubuh tidak jauh dari pangkin tersebut. Adriana kelihatan terkejut. Fakhri hanya tersenyum sinis.

*                                    *                                       *

Pagi itu cuaca cukup indah sekali. Walaupun cahaya mentari memancar indah,namun tidak begitu hangat. Kawasan belakang rumah mula sibuk dengan beberapa orang lelaki dan perempuan sibuk menyiapkan hidangan tengah hari nanti. Mengikut aturcara, rombongan pengantin lelaki bakal tiba pada pukul 3 petang selepas solat Jumaat.

Zharif mengeluarkan kamera digitalnya. Sufian memandang Zharif dan berjalan mengahmpirinya. Zharif mencuba mengambil beberapa keping gambarnya sendiri di hadapan meja solek. Tiba-tiba badannya dipeluk oleh Sufian dari belakang. Sufian mencium leher dan bahu Zharif. Zharif hanya tersenyum lalu mengambil gambar mereka berdua.

“ehem-ehem..sudah-sudahlah tu, nanti nak ambil gambar pengantin nanti dah tak cukup memorinya”perli Fakhri ketika memakai baju.
“hehehe rileks la bro.”kata Sufian
“dah lah . Jom kita keluar. Tolong mana yang patut.”kata Zharif.

Tiga lelaki tersebut bergerak ke luar rumah. Amirah kelihatan agak sibuk membantu menyusun atur pingan dan cawan di meja. Sufian bergerak ke arah Amirah. Fakhri dan Zharif pula bergerak ke belakang rumah.

“lena tidur malam tadi?”tanya Sufian
“bolehlah”jawab Amirah sepatah.
so..”
what?”
Sufian mengelengkan kepala.
“mana Ana?”tanya Sufian
make up. Kejap lagi ada dia sibuk nak bergambar”kata Amirah
“kau dan dia ok kan?”
Amirah berhenti dari mengelap pingan.
“sangat ok”jawab Amirah dengan nada sinis
“hmm okla aku ke belakang dulu”kata Sufian lalu menepuk bahu Amirah.
Amirah terdiam. Sufian sempat menoleh ke arah tingkap bilik Adriana yang terbuka. Adriana yang sedang disolek mak andam itu hanya memandang ke arah Sufian kosong.

Bancuhan sirap dimasukkan Fakhri kedalam bekas plastik besar yang berbentuk seperti tempayan besar. Zharif sempat mengambil beberapa keping gambar Fakhri sedang bekerja. Kadangkala Fakhri tersipu malu bila gambarnya diambil Zharif.

“senyumlah sikit bro. Kenapa muka tu kelat je”kata Zharif
“haha banyaklah kau. Dah lah janganlah ambil gambar aku”pinta Fakhri
“ala bro. Ok ni last snap.”kata Zharif lalu menekan picu kamera digitalnya itu.
“Paan, ambil ais dua beg”arah Fakhri bila melihat Sufian menghampiri mereka.
“serius bro, kau nak guna air paip ke?”dahi Zharif sedikit berkerut jijik.
“hahahaha kau nak tahu, semua majlis perkahwinan yang kau pergi, air yang dia orang buat adalah berasaskan gula,perwarna dan air paip tau haha”Fakhri tergelak.
“dan kau pun nak mempraktikkan benda yang sama?”tanya Zharif
“tak boleh ke?”tanya Fakhri sambil tersenyum
muka Zharif sedikit aneh
“nah ais”kata Sufian
“kau orang masukkan ais kat dalam ni”arah Fakhri
Sufian dibantu Zharif memasukkan dua beg ketulan ais ke dalam bekas plastik yang berisi bancuhan air sirap.
“nah bang”kata seorang budak lelaki dan rakannya yang sedang memegang alat tapisan air.
“letak kat bangku tu dik. Terima kasih ye”kata Fakhri.
Zharif memandang Fakhri tajam
“ye kita masih mengunakan air paip, tapi air paip itu ditapis terlebih dulu dengan penapis air ini”kata Fakhri lalu menyeringai
“lawaklah kau ni bro.”kata Zharif lalu mengambil gambar Fakhri
“Zhaf, semalam tidur pukul berapa? Paan tak sedar pun Zhaf tidur pukul berapa”Sufian memandang ke arah kekasihnya itu.
“ermm I jumpa Ana kejap. Lepas tu I masuk tidur. Tapi time tu you dah tidur dah ”Zharif mengerling ke arah Fakhri.
“oh ok”kata Sufian
“Paan, pergi ambil buah lemon dalam 4 biji. Bawa pisau sekali.”sampuk Fakhri
“untuk apa?”tanya Sufian
“nak buat air sirap lemon”jawab Fakhri
“ok, tunggu kejap”kata Sufian lalu berlari masuk ke dalam dapur.
Fakhri memandang Zharif tajam.
“aku nak ke depan ambil gambar”kata Zharif lalu berjalan meninggalkan Fakhri.
Fakhri hanya mendiamkan diri.

Amirah kelihatan khusyuk berbalas pesanan bersama kekasihnya melalui aplikasi Whatsapps. Zharif kemudiaannya mengambil beberapa keping gambar Amirah. Amirah kemudian sedar dan tersenyum lalu mengajak Zharif duduk disebelahnya.

Sufian membantu Fakhri membuat air minuman. Jam ditangan Fakhri menunjukkan angka 11.30am. Fakhri kelihatan tenang bila Sufian membantunya. Walaupun Fakhri pernah mengatakan bahawa dia akan melupakan perasaan dia pada Sufian, namun tidak. Fakhri sebenarnya masih menyimpan perasaan itu. Amat sukar untuk Fakhri membuang rasa cinta itu dalam hatinya.

“ramai dah orang yang mula datangkan”kata Zharif memulakan perbualan
“yup. Ana kat mana?”tanya Amirah
“entah. Kat dalam kot, tengah berdebar-debar lah tu hehe”
Amirah tersenyum sinis mendengar kata-kata Zharif
“Amy, kau belum redha kan”
“apa?”
“redha dengan semua ini. Aku tahu Amy, jauh disudut hati kau tu, masih belum menerima lagi hakikat tentang semua ini. Tentang rasa. Tentang Ana.kau belum bersedia untuk kehilangan dia.”
“Zhaf, kau jangan merepek boleh tak?”
“aku tak merepek, aku cakap tentang apa yang aku nampak. Aku percaya, bukan hanya aku seorang je. Tapi semua orang”
“kau nak harapkan apa? Kau ingat senang ke nak buang orang yang selama ni ada dalam hati kau? Kau ingat semudah dengan petik jari ke? Bukalah mata kau Zhaf. Orang gila yang tak de perasaan je suka tengok kekasih dia berkahwin dengan orang lain depan mata dia! Kau cakap senanglah. Lupakan dia. Biarkan dia. Tinggalkan dia. Tapi cuba kau buat! Cuba kau tinggalkan kekasih kau macam mana kau suruh aku tinggalkan kekasih aku!”
Zharif tersentap hebat. Panahan kata-kata Amirah tepat mengenai jantung dan hatinya.
“benda ini akan ambil masa Zhaf. Semakin lama kau cintakan seseorang itu, semakin lama masa yang diambil untuk kau lupakan orang itu. Tambahan lagi cinta aku kepada Ana, bukan cinta biasa. Bukan hangat-hangat tahi ayam, bukan cinta monyet. Ana dah lama sebati dalam diri ini. Mana mungkin mudah untuk aku buang orang yang dah sebati dengan aku. Ibarat aku kehilangan separuh dari diri ini.”kata Amirah lalu mengesat air matanya.
“maafkan aku. Tapi sebenarnya aku juga berada di dalam situasi yang sama macam kau. Dan ye, aku sedang melalui apa yang kau rasa sekarang.”kata Zharif.
“kau nekad nak tinggalkan Sufian?”tanya Amirah
“aku nak jadi seperti Ana.”
“dan Sufian akan jadi seperti aku”
“itu yang aku tidak sangup”
“Zhaf ada cara lain untuk mendapat syurgaNya tanpa perlu mematahkan hati sesiapa”
“tapi aku tak tahu caranya. Paan dua kali lebih keras kepala dari kau. Dia tak akan faham tentang ini”
“kau tak pernah beri peluang kepadanya. Tentulah sukar untuk dia faham.”kata Amirah
“nak beri dia faham tentang peritnya kehilangan aku? Itu kerja gila. Jika dulu aku pernah berpisah sebentar dengan dia..”
“aku tengok dia cool je”
cool? Jika dia cool, tak akan dia akan kembali kepadaku. Dan sebenarnya aku yang tak cool bila dia tak de. Aku bagaikan orang gila bila berpisah dengan dia. Dan untuk ini pula, aku sebenarnya belum bersedia.”
“jadi, tiada bezanya untuk kau menjadi seperti Ana jika kau sebenarnya belum bersedia lagi”kata Amirah. Zharif hilang kata-kata.

Petang itu cuaca mendung. Namun tiada tanda-tanda hujan bakal turun. Redup berpanjangan dari selepas solat jumaat hingga sekarang. Kawasan rumah pengantin perempuan mula dibanjiri dengan rombongan pengantin lelaki.

Amirah tidak berada di dalam rumah. Amirah duduk berseorangan di belakang rumah. Lebih tepat lagi di sebatang pokok langsat. Disitu. Amirah merokok sambil mencangkung. Di dalam rumah keadaan agak sesak sedikit. Kelipan cahaya putih dari beberapa buah kamera menerangi kawasan duduk imam dan pengantin lelaki.

handsome juga lelaki tu kan”bisik Sufian ke telinga kekasihnya
“gatal!”Zharif mencubit pingang Sufian.
“hehehe muka dia macam PLU pun ada”Sufian tersengeh
“banyaklah you ni”kata Zharif lalu mengambil beberapa gambar.

“kat sini awak rupanya”kata Fakhri mengejutkan Amirah
“eh bro..”
“haha boleh join tak?”
“boleh je”kata Amirah
“kenapa tak masuk dalam?”tanya Fakhri
“buat apa?”Amirah jengkel
“takde apa”kata Fakhri lalu mengeluarkan kotak rokoknya
bro, esok petang kita balik boleh?”tanya Amirah
“hmm tu kene tanya Zhaf dengan Paan la”kata Fakhri
“ala..lecehlah. Hari ahad nak dating ni bro”kata Amirah
“hahaha tengoklah nanti macam mana k”kata Fakhri sambil tersenyum melihat Amirah.

Selepas selesai upacara pernikahan dan batal air sembahyang, para hadirin mula bergerak ke bawah khemah untuk menikmati hidangan. Secara rasminya Adriana dan tunangannya sah menjadi suami isteri sekarang dengan sekali lafaz sahaja.Adriana membawa suaminya ke meja makan tempat Zharif, Sufian, Fakhri dan bekas kekasihnya makan.

“Selamat pengantin baru”ucap Sufian lalu bersalaman dengan pengantin lelaki
Zharif dan Fakhri juga berbuat begitu.
“terima kasih, kau orang ni kawan Ana ke?”tanya pengantin lelaki itu.
“ye”jawab Zharif
“nama aku Khairul”kata pengantin lelaki itu.
Tiba-tiba Amirah berdiri
“nak kemana?”tanya Fakhri
“nak ke tandas”jawab Amirah lalu berjalan
“Ana pun nak ke toilet”kata Adriana lalu berjalan mengikuti Amirah.

Amirah berjalan masuk ke dalam bilik pengantin perempuan dan mengemaskan beg pakaiannya. Adriana hairan melihat tingkah laku Amirah.

“kenapa pack barang?”tanya Adriana
“nak balik”jawab Amirah lalu mengezip beg pakaiannya
“tapi esok kan majlis perkahwinan I ”kata Adriana
“habis tu, tak kan you nak I join sekali malam pertama you?”tanya Amirah
“oh lupa pula. Ermm you tidur dibilik tetamu yang lain k. tapi kena kongsilah dengan sepupu I .”kata Adriana
I think better I balik KL jela kot”kata Amirah

so khai kerja apa?”tanya Sufian
“khai? Eh geli aku la haha janganlah panggil aku Khai. Panggil aku Erol je. Khai tu dah macam nama budak office aku pula. Budak tu dah la gay. Geli aku dengan benda-benda gay ni”kata Khairul
“oh ok”kata Sufian lalu mengerling ke arah kekasihnya. Sentap juga hati Sufian.
Zharif hanya tersenyum kambing.
“aku kerja sebagai Operation Manager”jawab Khairul lalu mengeluarkan kotak rokok dari poket baju melayunya.
“Ana cakap kau ada kursus hujung bulan ni”sampuk Zharif
“ye, aku dapat offer naik pangkat. Lepas tu aku stay kat Dubai”kata Khairul lalu menghembus asap rokok.
“sebab tu perkahwinan kau dipercepatkan”kata Zharif
“ye”jawab Khairul ringkas.

“janganlah macam ni..”pujuk Adriana
“tapi ini yang terbaik kan. I dah tak berguna lagi untuk berada disisi you. Buat apa I masih disini”
“Amy, walaupun I dah tak cintakan you, tapi I masih sayangkan you, bila melihat you I rasa tenang sedikit. Walaupun I tahu you dah bencikan I atas semua ini.”kata Adriana
“tak Ana. You silap. I tak bencikan ini semua. I sebenarnya tenang kini. You dah selamat dan sah menjadi isteri orang. Walaupun I akui I sedikit cemburu dan kecewa tapi entah mengapa, I semakin tenang kini. Betul kata dia, bukan you yang patut I benci, tapi diri I sendiri. Sebab terlalu hanyut dalam cinta mainan nafsu ini. I tak sedar, sikap kebudak-budakkan ini sebenarnya buatkan I lupa tentang kebaikan yang sepatutnya I rasa. I patut redha. Ini semua adalah pengalaman dalam bercinta. Walaupun I tahu yang I jauh lagi untuk menjadi seperti you, tapi bila I redha dengan melihat you bahagia sedikit sebanyak ketenangan itu datang dalam diri I.”kata Amirah. Mata Amirah kelihatan bersinar-sinar seolah-olah memaksudkan segala kata-katanya itu.
“Amy, I tak tahu nak cakap apa”kata Adriana lalu memeluk Amirah.
“dah jangan nak menangis lagi. Nanti cair make up you, dah tak cantik lagi”kata Amirah
Adriana terharu lalu mengesat air matanya.
“baguslah you sekarang sudah tenang”kata Adriana
“betul, I rasa lapang sangat kini”kata Amirah sambil tersenyum lebar
“kalau betul you dah tenang, jangan pergi ok, stayla sampai esok”kata Adriana
“baiklah, sebenarnya I nak balik KL bukan sebab apa, cuma I segan nak tidur kat luar dengan saudara-mara you tu”kata Amirah memberi alasan
“tak lah, you tak akan tidur disitu. Tapi dibilik dengan sepupu I.”kata Adriana
“baguslah kalau macam tu. Lega sikit hehe”
“ermm Amy, siapa yang cakap dengan you fasal tu?”tanya Adriana
“fasal apa?”
“tentang ketenangan dan keredhaan tu, Zharif ke?”tanya Adriana
“hehe adalah”kata Amirah lalu memandang keluar tingkap. Amirah tersenyum memandang Fakhri yang sedang leka berbual.

“benar kata-kata kau. Bukan mudah nak melepaskan sesuatu yang kita miliki walaupun hakikatnya sesuatu itu bukannya milik kita selamanya dan kita tidak berhak untuk memilikinya. Melepaskan sesuatu yang kita miliki adalah berat sekali, tapi lain pula rasanya pabila memulangkan sesuatu yang kita miliki yang bukannya hak kita kepada orang yang lebih berhak memilikinya”




-bersambung-