10 June 2013

The Power of Three





"The power of three will set us free"


Tv series Charmed ini merupakan siri yang paling ku minati.. siri ini mengenai tiga adik-beradik perempuan Halliwell yang ditakdirkan untuk menjadi ahli sihir baik yang mempunyai kuasa luar biasa untuk melawan syaiton. sebenarnya siri Charmed ni tidak sengaja aku tonton dimana waktu itu ditayangkan di ntv7 sebelum siri realiti tv yg ku minati Survivor.. aku mula tonton Charmed ketika episod ke dua tak salah aku la,waktu tu aku on tv awal sikit dalam pukul 10.30 malam dari waktu tayangan Survivor pada pukul 11 malam setiap jumaat di ntv7(perghh still ingat tu beb).. aku memang minat cerita yang bergenre supernatural,fantasi,horror,action dan realiti ni dan Charmed adalah salah satu siri yang bergenre tersebut. Charmed mempunyai 8 musim. Charmed mula di tayangkan pada tahun 1998 dan berakhir pada tahun 2006.

The Power of Three 

episod pertama cerita Charmed bertajuk "Something Wicca This Way Comes". dalam episod ini ketiga-tiga adik beradik Halliwell menerima kuasa mereka untuk menjadi ahli sihir yang digelar "Charmed Ones". watak utama dalam siri ini ialah  

Prue lakonan Shannen Doherty sebagai kakak sulung.

 Holly Marie Combs sebagai Piper merupakan adik kedua dan

 Phoebe adalah adik yang ketiga lakonan Allysa Milano .. sepertimana yang aku cakap, adik beradik ni mempunyai kuasa istimewa masing-masing yang akan berkembang mengikut waktu-waktu tertentu. Prue memiliki kuasa boleh mengalihkan/mengawal sesuatu objek dengan mindanya.."telekenisis"



dan dalam musim ke-2 kuasa Prue berkembang dan membolehkan dia mengandakan badannya ke satu lokasi lain pada masa yang sama "astral projection".



 Piper boleh mengawal masa dengan memberhentikan(freeze) masa/objek,


 kuasa Piper kemudiannya berkembang hingga membolehkan dia mengawal kuasa kaku(freeze) objek/manusia dengan baik hingga dia boleh memilih siapa untuk dikakukan dan bahagian tubuh badan yang dikakukan. Dalam musim ke-3 kuasanya berkembang untuk meletupkan objek dengan membuat momekul objek bergerak dengan laju hingga menyebabkan objek itu musnah dengan letupan kuat..


 manakala Phoebe pula mempunyai kuasa melihat masa depan dan masa silam dengan mendapat "premonition" atau visi.

 kuasa Phoebe juga berkembang pada musim ke-3 yang membolehkan dia mengapungkan/mengangkat(levitation) tubuhnya 

dan kemudian pada musim ke-6 dia memiliki kuasa "empathy" dimana dia boleh merasa perasaan seseorang dan menyelami perasaan seseorang itu,selain itu juga kuasa "empathy" ini juga membolehkan dia mengawal kuasa yang ada pada seseorang.

The Book of Shadows

dalam cerita ni pun ada sebuah buku yang dipanggil The Book of Shadows


.. dalam buku ni banyak ayat2 jampi serapah dan mentera yang digunakan untuk membunuh syaitan dan juga untuk menyihir sesuatu atau orang. buku ini banyak membantu adik beradik ni untuk berjaya hidup dalam dunia sihir ini.

 ...buku ini juga adalah punca mereka bertiga mendapat kuasa sihir mereka.

cerita ni berkembang dengan baik dalam setiap episod memperlihatkan mereka menempuhi hari-hari seperti manusia normal dan cuba menyembunyikan identiti mereka sebagai ahli sihir dari pengetahuan orang ramai dan pihak polis. selain itu juga ahli sihir ini turut dilindungi dan dibimbing oleh golongan malaikat (kononnye la) yang digelar Whitelighter. Leo Wyatt yang dilakonkan oleh Brian Krause.


 dulu waktu aku tengok cite ni, Razif cukup suka kat Leo ni..bila ade scene Leo je mesti dia akan duk depan laptop sama tengok dengan aku. tapi scene lain yg tak de Leo..dia tak tengok..aku tanya dia,"kau ni gay ke suka tengok mamat ni?"..dia cakap "aku suka tengok style Leo."..waktu tu razif ni belum mengaku dengan aku yang dia ni gay..hehehehe

banyak juga pelakon tambahan lelaki yang jambu-jambu dan macho-macho dalam siri ni..



 Cole Turner lakonan Julian McMahon..dia ni sebenarnya separuh syaitan yang ditugaskan untuk membunuh adik beradik Halliwell tapi boleh jatuh cinta lak kat Phoebe..



 Chris Perry Halliwell lakonan Drew Fuller  adalah anak kepada Piper



 Andy tredeau lakonan T.W King hanya muncul pada musim pertama yang menjadi kekasih Prue bagi musim pertama sahaja..


 tapi yang paling aku suka adalah :



 Dan Gordon yang dilakonkan oleh Greg Vaughan..mamat ni belakon dalam season 2..banyak gak episod yang ada kemunculannya




 mamat ni memang macho


 body pun not bad..

dan sorang lagi pelakon tambahan memegang watak Bane lakonan Antonio Sabato Jr. mamat ni hanya muncul untuk 2 episod sahaja dalam season 2....


encem kan dia





 mamat ni memang taste aku..



 badan dia btol2 best la kalau dipeluk hehehe

Konflik

Prue..watak yang paling ku minati..dia memiliki kuasa yang kuat dikalangan adik-beradiknya. watak Prue memperlihatkan beliau seorang yang berkomitment dalam hidupnya..sebagai seorang kakak sulung, yang mementingkan hubungan pertalian saudaranya dalam adik beradik dia.. tapi sayang. watak Prue tidak sampai ke penghujungnya. dalam musim ke-3 Prue mati setelah bertempur dengan
syaitan yang bernama Shax yang dihantar oleh ketua segala syaitan bernama The Source..



watak Prue mati dan diganti dengan watak baru oleh Rose McGowan sebagai Paige Mathew



 iaitu anak dari hasil hubungan sulit ibu adik beradik Halliwell, Patricia Halliwell(Patty) dengan Whitelighternya Sam Wilder. Paige menjadi kesinambungan Charmed One dengan mengantikan Prue yang mati..watak Paige muncul dalam musim ke-4 dan hingga musim akhir iaitu musim ke-8..kuasa yang ada pada Paige seperti Prue juga cuma akibat kacukan dari Whitelighter kuasa Paige ada sedikit kelainan iaitu dia terpaksa menyebut nama objek yang ingin di alihkan

 dan dia tidak boleh astral projection tp boleh "orb" iaitu dia mampu memindahkan badannya ke satu tempat yang lain sama seperti Whitelighter.




ada khabar angin yang mengatakan watak Prue dimatikan sebab Shanen Doherty berselisih faham dengan Phoebe iaitu Alyssa Milano.
Phoebe dikatakan tidak berpuas hati bila posisinya selalu diletakkan ditepi berbanding Prue yang selalunya diletakkan ditengah didalam gambar poster atau iklan. watak Phoebe juga dikatakan tidak menonjol berbanding dengan watak Prue.. padahal Prue merupakan watak Utama dalam siri ini dan Piper dan Phoebe adalah watak sokongan sahaja..disebabkan berlaku banyaknya krisis.. Shanen Doherty menarik diri dari terus berlakon dan wataknya dimatikan oleh penerbit dan mengantikannya dengan Paige..




seriusly aku tol2 terkilan bila watak Prue disingkirkan dari Charmed..dan selepas itu siri Charmed tersebut tidak ku tonton lagi..maknannya lepas season 3, aku dah tak tonton Charmed lagi kat tv..bertahun sudah berlalu dan cuma sejak akhir2 ini..aku seakan rindu dengan cerita ini..maka aku pun download full season siri Charmed ini.. aku enjoy tengok watak Prue..dan aku cuba untuk enjoy tengok watak Paige..lakonan Paige serius tak boleh masuk dgn aku..aku tengok paige berlakon macam budak2 je..dan lakonan dia tak nampak real berbanding Piper dan Phoebe..watak Piper mmg terbaik..

Piper selalu wat lawak dalam siri ini.. aku terhibur dengan siri ini sbb lawak piper.. lagipun waktu Prue mati, hanya Piper yang benar2 inginkan Prue kembali dan sentiasa mengingati Prue berbanding dgn Phoebe..aku benci Phoebe...








ramai peminat siri Charmed inginkan tv siri ini dijadikan Filem...dan  aku juga berharap akan adanya filem ini nanti...jika ada aku harap watak Prue akan dihidupkan..

9 comments:

  1. Princess Riya - Remove le pic girl tu.. dosa ltk pic ddh aurat ne..

    ReplyDelete
  2. hahahaha. dulu tengok kot cerita ni. my kakak yang ajak tengok ni. my kakak jugak yang ajar tengok survivor and american next top model. btw, sedih gila bila Prue mati tapi tak tahu la pulak Alysa Milano kind like that bitch. hahaha. mungkin sebab alysa milano lagi popular kot. tapi muka Paige macam muka Amanda Seyfried. sumpah lebih kurang sama. and da tak tengok cerita Charmed bila da habis season. tak tahu pulak penghujung dia macam mana :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe dulu layan gak ANTM kat 8tv..dari season 1-4 mcm tu la..sebenarnya producer cite ni contack prue utk buat cite Charmed, then amek Holly Marrie Comb sbb shanen dgn holly ni kwn yg teramat baik..yg Alyssa milano ni lak sbnrnye hanya pelakon gantian stelah ade sorg lg pelakon watak phoebe tetibe x jadi berlakon..masuk season ke-3 alyssa yg bajet gud2 bila dia mtk producer fokuskan watak dia jadi watak utama berbanding watak shanen..sbb tu dlm season ke-3 watak phoebe lebih menonjol dari prue.. ending dia ok2 je..piper paige dan phoebe masing2 ade suami dan anak cucu masing2..kalo nak tau ending cam ne, search kat youtube 'forever charmed' ni episod akhir..

      Delete
    2. tengok gak citer ni dulu.. tapi bila makin lama makin mengarut jalan citer dia, terus x minat. kalau dah sampai ke tahap lebih kuat dari 'tuhan' bagai.. memang merepek la kan? pastu tengok episod last sebab nak tau ending.. tu je.

      Delete
  3. aku tgk cite masa budak lagi best sgt... tp tak tgk abis.. sampai kemunculan peige jer... kisah anak pheobe aku tak ikut dah.. sbb cite dia dah makin melalut sikit... hahah rindu gak cite ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..aku tengok cite ni pun waktu aku sekolah rendah sampaila ke sekolah menengah..hehe lepas prue mati, paige muncul..aku dah mmg tak follow cite ni kat tv.. cuma dlm awal tahun 2009 aku start donlod semula cite ni.. dan lately aku selalu tengok cite ni..

      Delete
  4. satu lagi siri yang tak rdi siarkan di ditv adalah queer as afolk us acu sampai cari ke penang kat peranggin malll untuk beli vcd series ini ,one of my favourite show .suka tenguk watak -watak di dalamnya nya itu lima orang sahabat menghadapi segala masalah ,mikey ,sunshine ,ememet,brian ,dan seorang lagi ,saya pun bersetuju dengan khuzairi tentang prue acu suka tenguk chamed setelah prue dimatikan acu tenguk juga selepas untuk berapa season lagi untuk menghabiskan masa acu he he ,acu tenguk queer as folk tu sampai lima season pi cari vcd untuk series tu he he cukup suka jalan cerita tu queer as a folk .tak ada cerita mengenai queer life begitu menarik sekali .

    ReplyDelete
  5. salam apek...
    pasal x update citer..
    ni memang tengah mabok cinta ni ...hehhee

    ReplyDelete