25 August 2013

Tentang Rasa -part 22 : Pergi -



Tentang Rasa -part 22 : Pergi -

Keadaan di sekitar kawasan dewan peperiksaan begitu sunyi. Umpama melewati kawasan perkuburan. Semua pelajar kelihatan begitu khusyuk menjawab soalan peperiksaan bagi subjek masing-masing. Ada juga pelajar yang tidur ketika menjawab soalan. Mungkin tidak tahu untuk menjawab soalan atau mungkin sudah selesai menjawab soalan.

Masa hanya tinggal 30 minit lagi untuk tamat menjawab dan menulis. Sufian kelihatan begitu tertekan menjawab soalan. Beberapa pelajar yang sudah selesai menjawab peperiksaan menghantar kertas jawapan dan berjalan keluar dari dewan peperiksaan. Sufian menulis dengan agak laju. Masih ada 3 lagi soalan yang belum dijawabnya.

Sufian berjalan agak laju ke tingkat bawah yang merupakan dewan peperiksaan Zharif. Mata Sufian melilau mencari Zharif. Setiap pelajar yang berjalan keluar dari dewan peperiksaan itu di pandangnya. Sufian tidak mahu terlepas lagi. Sudah 2 kali peperiksaan Sufian terlepas Zharif. Zharif lebih pantas beredar meninggalkan dewan peperiksaan. Seolah-olah Zharif tidak mahu ketemu Sufian.

“hey..Hadi kan?”tegur sufian
lelaki itu memalingkan mukanya kepada Sufian
“ye, ada apa?”tanya lelaki tu
“aku budak sebilik dengan Zharif. Aku cari Zharif. Kau ada jumpa dia tak?”tanya Sufian.
“Zharif dah keluar awal tadi. Dalam setengah jam sebelum habis exam lagi. Kenapa?”tanya Hadi
“dia dah keluar awal?”
“ye.kenapa?”
“tak..tak aku cuma nak ajak dia makan sama je.”kata Sufian.
Hadi kemudian berjalan ke arah lift meninggalkan Sufian yang sedikit hampa.

Sufian berjalan pulang ke asrama dengan perasaan kecewa dan sedih. Tombol pintu dipulasnya. Sufian tidak terus melangkah masuk kedalam bilik. Suasana bilik dirasakannya cukup aneh. Tiada yang berubah melainkan ketidaksempurnaan.

'This is to much!' bentak hati Sufian.

Segala barangan peribadi milik Zharif sudah tiada lagi didalam bilik tersebut. Katil zharif yang seblum ini sentiasa kemas kini bertukar menjadi tidak lengkap apabila cadar dan bantal pada katil itu tiada. Sufian terduduk dikatil Zharif. Setelah puas meneliti setiap genap pelusuk bilik tersebut, sufian menekup mukanya.

Zharif berbaring di atas tilam. Komputer ribanya ditutup. Setelah mengemas kini akaun facebooknya, Zharif berasa lapang dan tenang. Tiada satu pun gambarnya dipaparkan didalam profile facebooknya lagi. Kesemua gambar telah dibuangnya. Zharif nekad untuk hilang di laman sosial itu. Zharif seboleh-boleh ingin menghilangkan diri.pintu bilik terbuka.

“Zhaf, dah makan?”tanya Hadi
“aku tak lapar”jawab Zharif.
“ok. Hey tadi roommate kau cari kau lagi.”
“oh ok”
“ada yang tak kena ke antara kau dan dia?”
“semuanya ok. Cuma sekarang ni aku nak berseorangan, nak study untuk exam.”
“ok.”jawab hadi lalu menutup pintu tersebut.
“Hadi, ermm ada benda yang aku nak cakap sikit pada kau”kata Zharif memandang Hadi serius.

Bulan mengambang penuh. Angin pada malam itu bertiup agak kuat. Sufian tidak keluar dari biliknya sejak kembali dari dewan peperiksaan pada petang tadi. Sufian terbaring di atas lantai bilik. Sufian hanya melihat telefon bimbitnya yang ada di sisi kepalanya. Berkali-kali peristiwa pada malam itu bermain-main dikepalanya. Berkali-kali juga penyesalannya. Berkali-kali juga usaha yang dilakukannya gagal untuk mendampingi kekasihnya kembali.segalanya gagal.

“zhaf cuba dengar dulu apa yang I nak jelaskan pada you, perkara ini tak sepatutnya dibiarkan begini. I buat silap dan I minta maaf. Dan you juga dah beri kemaafan pada I, tapi kenapa you masih lagi menjauhkan diri dari I? Kenapa?”bentak Sufian. Suaranya sedikit tinggi ketika menelefon Zharif.
“ I ok, I tak marah. Lupakan sahaja apa yang terjadi. I sekarang hanya fokus pada study I sahaja. I cuma perlukan masa untuk diri I sahaja. Itu sahaja. I harap you faham”jawab Zharif tenang.
“tapi kenapa you menjauhkan diri dari I?”
“like I said. I perlukan masa untuk diri I”
“tapi sampai bila?”
“sampai segalanya ok”

itu merupakan perbualan terakhir antara Sufian dan Zharif. Perbualan telefon pada 4 hari lepas. Zharif kini tidak tinggal lagi bersama Sufian. Walaupun Zharif tegaskan tiada yang berubah,namun Zharif berlalu pergi dari Sufian begitu sahaja.

'TUK TUK TUK!' bunyi ketukan pintu bilik mematikan lamunan jauh Sufian. Pintu bilik terbuka.

“aku bawa kan kau makanan”kata Faizul
“terima kasih tapi aku tak lapar”kata Sufian lemah
“kenapa kau bilik kau gelap? Lampu problem ke?”tanya Faizul
“tak. Aku tertidur tadi”jawab Sufian
“jadi kau belum makan lagi la ni.”
“aku tak lapar”
yeah right” Faizul menolak perlahan badan Sufian kebelakang lalu berjalan masuk ke dalam bilik yang gelap itu. Suis lampu dipetik. Bilik tersebut diterangi cahaya kini. Faizul melihat keadaan bilik Sufian yang sudah berbeza.

roommate kau dah tak duduk disini lagi ke?”tanya Faizul
Sufian tidak menjawab pertanyaan Faizul.wajahnya bertambah sungul.

*                                       *                                        *

Sufian melangkah perlahan ke asrama. Akhirnya minggu peperiksaan sudah tamat dan seperti hari-hari sebelumnya, Sufian tidak ketemu Zharif. Zharif tidak dapat dihubunginya lagi. Nombor telefon Zharif sudah tidak aktif lagi. Langkah Sufian terhenti sebentar, Sufian mengubah haluannya ke kawasan parkir motosikal.

“Assalammualaikum Hadi”tegur Sufian lalu menghulurkan tangan
“Waalaikumsalam.”jawab Hadi
“Hadi, kau tahu tak ma..”
“aku rasa kau janganlah cari Zhaf lagi. Lagipun lepas ni kita semua dah buat praktikal, dan tentu semua tempat praktikal berbeza-beza. Aku tak rasa kau akan jumpa Zhaf lagi. Jadi tak perlulah kau cari dia lagi lepas ni.”cakap Hadi lalu memakai topi keledar.
“kenapa kau cakap macam ni?”Zufian pelik
“cuba fikir, jika Zhaf ingin berjumpa dengan kau, dia tak perlu tunggu kau untuk datang kepada dia tapi dia sendiri akan mencari kau.”
“kau nak cakap yang Zhaf memang dah tak nak jumpa aku?”
“aku cakap sebab itu yang aku nampak.”
“tapi tak bermakna aku tak boleh jumpa dia nanti. Lambat laun Zhaf akan ok dengan aku.”Sufian mula tegas
“aku rasa kau tak payahlah nak mengharap benda yang tak pasti. Zhaf pergi pun disebabkan kau. Jangan ingat aku tak tahu apa yang berlaku antara kau dan Zhaf. Aku tahu segalanya dan jalan yang terbaik untuk Zhaf adalah untuk menjauhkan diri dari orang macam kau!”
Sufian tersentak. Sufian tergamam mendengar kata-kata Hadi.
“dan kalau benar kau kawan Zhaf dan kau sayang dia sebagai kawan ke lebih ke..Doakan yang terbaik untuk Zhaf dan jangan biarkan Zhaf terus dibelengu oleh golongan macam kau!”tegas hadi lalu menunggang motorsikalnya.

Suasana di padang permainan sedikit sunyi. Setelah selesai bersolat Isyak di Surau yang terletak tidak jauh dari padang permainan, Zharif duduk berseorang di buaian. Zharif mengeluarkan telefon bimbitnya. Zharif menatap satu-persatu foto-foto Zharif bersama Sufian. Rindu benar dirasakannya terhadap Sufian.

“aku ingat kau dah buang gambar mamat tu”tegur Hadi yang berdiri secara tiba-tiba dibelakang Zharif.
“ermm”Zharif mengeluh
“kau nak patah balik ke jalan gelap itu semula?”tanya Hadi
Zharif mengeleng-gelengkan kepalanya.
“habis tu, benda tu apa? Kenapa kau simpan lagi kenangan hitam tu?”
“aku...”
“sudahlah Zhaf. Tolonglah cekalkan iman kau tu. Ini semua ujian dari-Nya. Tak akan kau nak mengalah dan menunduk pada nafsu itu semula?”
“Zhaf, kau dah berubah. Kau boleh berubah tapi bolehkah kau kekal berubah?. Perubahan yang baik ini harus kau manfaatkannya. DIA bagi kau peluang untuk berubah. Kau masih sempat. Kau masih ada waktu. Cuma tolonglah cekalkan hati kau tu, kuatkan semangat kau tu untuk kekal dalam diri yang baru ini.”kata Hadi penuh semangat.
“memang aku cekal..cuma yang aku tak faham adalah kenapa aku perlu tinggalkan dia? Tak berhak ke untuk aku ada dia dan dapat SyurgaNya?”bentak Zharif
“kau perlu tinggalkan dia..kalau bukan untuk SyurgaNya tapi untuk apa yang dia dah buat pada kau pada malam tu!”kata Hadi berlalu pergi.

Amirah berjalan ke arah lelaki yang amat dikenalinya. Seorang sahabat yang bernaluri sepertinya. Seorang sahabat lelaki yang benar-benar faham akan perasaannya. Amirah duduk disebelah lelaki itu. Lelaki itu langsung tidak menyedari kehadiran Amirah di terminal bas tersebut. Lelaki itu terus termenung tanpa menoleh ke arah wanita disebelahnya.

“jauh termenung bro”teguran Amirah berjaya membawa Sufian kembali dari lamunan jauhnya.
sorry aku menyusahkan kau”kata Sufian
“apalah kau ni. Hal kecil je ni. Dah jom.”Amirah menarik lengan Sufian.
Amirah tidak menoleh kebelakang dan ketempat lain. Amirah tahu, Sufian pulang bersendirian. Zharif tidak mengikutinya.

Air Horlick panas dihirup Sufian perlahan-lahan. Amirah meneguk air Teh tariknya. Suasana dikedai makan itu agak bising dengan sorakan pelangan yang hadir yang sedang menonton perlawanan bola sepak.

nice car. Bila angkat?”tanya Sufian sambil menjeling ke arah kereta Produa Myvi milik Amirah.
“dah dua bulan dah.”jawab Amirah
“kau still couple dengan awek tu ke?”tanya Sufian lalu memandang seorang gadis yang sedang mengambil pesanan di meja belakang mereka.
“yup. So far aku happy dengan dia. Dia pun banyak membahagiakan aku dan berjaya buatkan aku melupakan..”Amirah berhenti dari bercakap
“ermm baguslah kalau begitu. Jangan jadi macam aku sudah lah”kata Sufian lalu bersandar dikerusinya.
“Paan..jangan macam ni, mesti ada sebab Zhaf buat macam ni pada kau”kata Amirah
“ye memang ada sebab. Aku curang dengan dia. Dan dia dapat tahu lalu dia tinggalkan aku. Dia memang patut buat aku macam tu. Yela, siapa yang nak kau buat kau jadi kekasihnya lagi bila kau curang depan-depan mata dia..”
“Paan”
“apa yang aku cakap memang betul kan? Aku curang dengan dia. So dia tinggalkan aku tanpa sempat aku jelaskan apa-apa pada dia, dia nekad sampaikan setiap exam dia dia akan keluar awal dari hall, dia tak pernah beri aku peluang pada dia untuk jelaskan apa-apa..”
“Paan..”
“apa yang aku nak adalah masa dia hanya untuk 2 ke 3 minit sahaja untuk aku jelaskan hal ini! Dia tak boleh. Malah dia langsung tak nak jumpa dengan aku!”
“Paan! Cukup! Ye dia memang dah tak nak bagi kau muka lagi. Kenapa kau susah sangat nak terima hakikat itu. Semua orang buat silap dan bukan semua orang boleh faham,terima dan maafkan kesilapan orang lain. Kau kena faham tu!”tegas Amirah
Sufian mengalihkan pandangannya dari Amirah.
“bila Ana kata dia nak tinggalkan aku untuk kebaikan dia, untuk kebaikan dunia dan Akhirat dia, aku akur. Aku lepaskan dia pergi sebab itu yang dirasaka yang terbaik untuk dia,jadi aku biarkan dia pergi. Malah aku iring dia pergi keluar dari hati aku ni, aku lihat dia pergi, aku lihat dia pergi kehati lain. Ye aku sengsara dengan luka ini. Tapi.. jika ini yang terbaik untuk dia, aku relakannya. Dia tak bahagia bila berada dalam hati aku, dia rasa kosong dalam hati aku. Aku tak boleh pentingkan diri aku. Aku tak boleh biarkan hanya aku seorang sahaja yang bahagia. Aku kena fikir tentang hati dia juga. Aku tak boleh pentingkan diri aku sendiri”luah Amirah dengan mata yang berkaca.

Malam itu Zharif kembali ke asramanya. Zharif ingin berjumpa Sufian dan jelaskan perkara yang sebenarnya. Zharif merasakan apa yang telah dilakukannya adalah perkara yang salah. Sufian adalah kekasihnya. Sufian tidak patut dilayan sebegitu. Walaupun Zharif sendiri menyaksikan kecurangan Sufian didepan matanya.

Tombol pintu dipulas Zharif. Gelap. Sunyi. Zharif melangkah masuk dan memetik suis lampu bilik. Sufian tiada. Zharif kemudiannya duduk di katil milik Sufian. Bantal Sufian dipeluknya erat. Dihidunya bantal milik kekasihnya itu.

“apa yang you buat dengan bantal I?”tanya Zharif sejurus masuk kedalam bilik.
“bila I rindukan you, I akan peluk bantal you dan cium bantal you lama-lama”jawab Sufian
“hehe kelakarlah you ni”tawa Zharif
“nanti bila you rindukan I, you try la buat perkara yang sama”kata Sufian

masih jelas lagi dalam ingatan Zharif tentang peristiwa itu. Zharif meletakkan semula bantal Sufian. Zharif membuka almari pakaian Sufian. Kosong. Semua pakaian Sufian tiada. Zharif melangkah keluar dari bilik. Sebelum Zharif keluar suis lampu dimatikan.

“hey, aku ingat Paan tadi”Faizul tiba-tiba muncul dimuka pintu.
“dia tak de”jawab Zharif lalu mengunci pintu bilik.
“ye aku tahu, dia dah balik kampung petang tadi”kata Faizul
Zharif mengangukkan kepala.
“kau dah pindah keluar dari bilik ni kan? Kenapa?”tanya Faizul
“tak ada apa”jawab Zharif perlahan
“sebab aku cium Paan?”
Zharif menatap tajam muka Faizul.
“kau sendiri nampak bukan, aku dah cakap yang Paan itu bukan yang terbaik untuk kau. Paan tu pentingkan nafsu dari cinta kau. Paan mudah digoda. Paan mudah hilang pertimbangan. Untuk apa lagi kau bercinta dengan budak macam dia? Dia tak mampu nak pertahankan cinta yang kau beri. Dia bukan yang terbaik untuk kau”
“tapi dia yang terbaik pernah aku ada”
“dan aku percaya tak perlu kau simpan dia lama-lama dalam hati kau. Buang dia”
“dan ambil kau sebagai pengantinya?”
“jika itu yang terbaik untuk kau. Ye aku yang terbaik untuk kau. Aku yang sepatutnya miliki cinta kau”
“dan kalau boleh lakukan perkara yang sama yang kau lakukan pada Paan kepada budak lain nanti.”
“apa yang aku lakukan pada Paan adalah untuk membuktikan pada kau yang cinta kau dan dia hanya cinta kosong yang bergantung pada nafsu sahaja”
“sudahlah Ijoi. Tak payahlah kau nak burukkan lagi keadaan. Mungkin cinta aku dan Paan dah tamat, tapi itu tak bermakna aku senang-senang ambil kau mengantikan tempat dia”
“kau masih tak nampak baiknya aku lagi kan”
“macam mana aku nak nampak kalau selama ini pun kau hanya tunjukkan keburukan kau sahaja”kata Zharif lalu meninggalkan Faizul.

Kereta Produa Myvi bergerak perlahan. Sufian hanya merenung jauh di luar tingkap kereta. Amirah memperlahankan bunyi radio. Amirah memandang Sufian yang masih termenung.

“kau ok tak?”tanya Amirah memulakan perbualan
Sufian berdiam diri.
“kau sure nak aku hantar kau ke tempat Fakhri?”tanya Amirah lagi.
“ye”jawab Sufian sepatah
“kalau tak, aku boleh hantar kau ke rumah kawan aku. Kau boleh tumpang kat rumah dia nanti”kata Amirah
“tak perlu... tapi kalau tak ok nanti aku roger kau semula”balas Sufian
“baik.. serius aku tak tahu yang selama ni Fakhri tu suka kat kau. Dia nampak macam biasa. Aku rasa Fakhri boleh pujuk Zhaf untuk berbaik dengan kau semula”
“Amy..jangan cakap fasal tu boleh?”
Amirah terdiam.

Kereta diberhentikan tidak jauh dari gerai burger Fakhri. Kelihatan tidak ramai pelangan di gerai tersebut. Yang ada pun sedang berdiri di hadapan Fakhri menunggu burger dimasak. Sufian melangkah perlahan-lahan ke gerai Fakhri. Kelihatan Fakhri sedang membungkus burger-burger yang sudah siap dimasak lalu dihulur kepada pelangannya

“Assalamualaikum bro”tegur Sufian
“Waalaikumsalam.Paan?!”Fakhri terkejut
Sufian menghadiahkan senyuman.

“Abang, sayang dah beli sos ni” sampuk seorang budak lelaki yang sebaya dengan Sufian dibelakang Fakhri.


 ~bersambung~ 

-maaf sebab lewat..ada hal2 tertentu yang perlu ku utamakan.. pape pon aku rasa lom terlambat lagi kot untuk aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN buat semua pembaca blog aku ni-