15 September 2013

Tentang Rasa -part 24 : Hard Time-

 



Tentang Rasa -part 24 : Hard Time-
 
Fakhri menutup pintu pagar. Amran membuka pintu rumah Fakhri lalu mambawa masuk peralatan dan barangan berniaga. Sufian hanya berdiam diri melihat kerja yang dilakukan Amran. Fakhri membantu Amran dan membawa masuk barang-barang ke dalam rumah dan meninggalkan Sufian berseorangan diluar rumah. Sufian berjalan ke arah kolam yang terdapat di bucu rumah Fakhri.

Air muka amran sedikit mencuka. Amran langsung tidak senyum setelah Fakhri memperkenalkan Sufian kepadanya semasa di gerai burger tadi. Amran hanya melakukan kerja dengan senyap dan pantas.

“Am, kenapa ni? Abang tengok Am lain macam je dari tadi”tegur Fakhri
“tak de ape”jawab Amran
“apa yang tak kena ni? Cakap dengan abang, dari tadi abang tengok Am lebih senyap je”kata Fakhri
“Am penatlah bang.”runggut Amran.
“kalau penat pun janganlah sampai masam je muka tu dengan tetamu kita”Fakhri menegur sikap Amran
“itu tetamu abang. Bukan tetamu Am”jawab Amran
“kenapa Am cakap macam ni?!”Fakhri hairan
“jangan sampai tetamu abang tu lukai abang sekali lagi”kata Amran lalu berlalu meninggalkan Fakhri yang terpinga-pinga di dapur.

Fakhri berjalan ke luar rumah sambil membawa dua cawan air teh panas, kelihatan Sufian sedang termenung melihat ikan-ikan di dalam kolamnya. Fakhri menghampiri Sufian lalu mencangkung di sebelahnya.

“Terima kasih”kata Sufian ketika mengambil cawan yang dihulurkan Fakhri.
“sama-sama.”jawab Fakhri.
“mana perginya ikan betuk(puyu)? Dulu ada ikan betuk dalam kolam ni”tanya Sufian
“dah mati. Ikan betuk tu mati waktu aku cuci kolam ini”kata Fakhri
“oh ok”Sufian menghirup teh panas.
“jadi budak Amran tu adalah kekasih kau?”tanya Sufian.
Fakhri tidak menjawab soalan Sufian.
“baguslah kalau kau dah ada kekasih. Tidaklah kau keseorangan lagi”sambung Sufian.
“dah lewat ni. Kau tentu letih, lepas habis minum kau pergilah masuk tidur.”kata Fakhri lalu berdiri dan berjalan ke pintu rumah.
“Zhaf tinggalkan aku”beritahu Sufian
langkah Fakhri terhenti. Fakhri menoleh kebelakang dan melihat wajah Sufian. Mata Sufian kelihatan bersinar dan berkaca.
“dah lewat ni. Pergilah tidur”kata Fakhri lalu berjalan masuk ke dalam rumah.
Sufian menganguk faham sambil mengetap bibirnya.
Fakhri sempat menoleh ke belakang lagi selepas beberapa langkah melangkah, Sufian mengesat air matanya.


*                     *                       *

pagi itu hujan turun dengan lebatnya. Bunyi dentuman guruh mengejutkan Sufian. Sufian tersedar dari lenanya. Sufian melangkah ke jendela. Pandangannya sedikit kabur. Angin bertiup kuat. Air hujan lebat mencurah. Tubuh Sufian sedikit mengigil kesejukan.
Tiba-tiba tubuh Sufian dibaluti selimut dan pelukan seseorang dari belakang. Sufian menoleh.
“Zhaf??!!” sufian terkejut melihat Zharif memeluknya sambil tersenyum.
you sejuk ke sayang?”tanya Zharif sambil tersenyum.

“Zhaf!”Sufian tersentak lalu terjaga dari lena.
Hujan turun dengan lebatnya pada pagi itu. Sufian bangkit dari tilam dan berjalan ke jendela. Hujan serta tiupan angin kuat di luar jendela rumah. Sufian menekup mukanya sambil menahan sebak.
'Zhaf.. I sangat merindui you!!..' luah hati Sufian.

Amran mencuci kuali yang digunakannya tadi untuk memasak nasi goreng sebagai sarapan pagi. Fakhri berjalan ke dapur lalu menghidu nasi goreng yang dimasak oleh Amran. Fakhri memeluk Amran dari belakang.

“pergilah makan nasi goreng yang Am buat tu. Hujan-hujan macam ni sedap makan nasi goreng panas-panas”kata Amran.
“jomlah makan sekali”ajak Fakhri
“cedukkanlah nasi untuk Am”kata Amran.
Sesudah membasuh kuali, Amran duduk di kerusi meja makan disebelah Fakhri.
“nah untuk Am”kata Fakhri lalu menghulurkan pingan yang berisi nasi goreng.
“terima kasih”kata Amran sambil tersenyum.
“eh Paan, baru bangun ke? Jomlah sarapan sama kita orang”ajak Fakhri ketika melihat Sufian melangkah ke dapur. Air muka Amran sedikit berubah.
“ok gak”kata Sufian lalu duduk dimeja makan.
“urm kau orang makan dulu, Am nak pergi basuh baju dulu”kata Amran lalu berdiri.
“basuh baju? Tapi kan hujan sekarang ni, makanlah dulu”kata Fakhri
“tak pe, basuh dulu. Kejap lagi hujan berhenti Am sidailah baju”kata Amran lalu meninggalkan meja makan.
Fakhri sedikit terkilan dan serba-salah melihat air muka Sufian yang sedikit tidak senang.
sorry, Am sibuk sikit uruskan hal rumah ni. Dah jom makan”ajak Fakhri.
“ok”Sufian cuba untuk senyum.

Hujan masih lagi lebat. Belum ada tanda-tanda untuk berhenti. Waktu tepat pukul 11pagi. Sufian tidak keluar dari bilik selepas bersarapan tadi. Sufian tahu bahawa kehadirannya di rumah ini tidak diundang. Amran nyata tidak senang dengan kehadiran Sufian.

Sementara itu dibilik Fakhri, Amran masih dingin dengan Fakhri. Fakhri faham bahawa Amran tidak menyukai kehadiran lelaki yang pernah menjadi pujaannya dahulu. Fakhri menghampiri Amran yang sedang berdiri di jendela.

“Dia perlukan tempat tinggal. Paan perlukan bantuan, Paan tiada tempat untuk tinggal melainkan dirumah ini.”kata Fakhri
Amran hanya membatukan diri.
“abang tahu Am tak suka dengan dia, tapi tolonglah layan dia baik. Demi abang”kata Fakhri lalu memeluk Amran.
Amran tidak memberikan respon.

Hujan turun renyai-renyai. Hujan tidak lagi lebat seperti pagi tadi. Sufian leka membelek telefon bimbitnya. Gambar-gambar Zharif ditatapnya satu persatu. Fakhri dan Amran juga tidak banyak bercakap. Kereta dipandu perlahan.

Setelah selesai membeli barangan keperluan, tiga lelaki itu menuju ke medan selera di pasaraya tersebut. Walaupun cuaca tidak begitu elok, namun tidak menghalang pengunjung dari datang ke pasar raya tersebut, keadaan di medan selera khususnya agak sesak dengan pengunjung.

“Am ingat nak makan sizzling la bang”kata Amran
“oh ok, Paan nak makan apa?”tanya Fakhri
“tak kisah”jawab Sufian sambil tersenyum.
“nak try Thai food tak? Kat sana masakan Thai dia orang sedap”cadang Fakhri
“yeke? Tapi macam pedas je”kata Sufian
“oh kalau macam tu, Paan try la makan Yong Tau Fu”
“tapi tak kenyang pula kalau makan tu je”jawab Sufian
“tadi cakap tak kisah, ni banyak bunyi pula.. Am nak pergi cari tempat duduk,sibuk memilih makan je nanti sampai dah tak de tempat kosong nanti”kata Amran dengan sinis lalu berjalan mencari tempat kosong. Fakhri agak tergamam.
“aku rasa aku makan nasi berlauk kat sana jela”kata Sufian lalu berjalan ke kaunter yang menjual nasi campur.

Tidak banyak yang dibualkan semasa waktu makan tadi. Wajah Amran sedikit mencuka ketika menikmati hidangan. Sufian lebih berdiam diri dan Fakhri lebih banyak bercakap seolah-olah ingin menceriakan suasana.

Selesai makan Sufian berjalan berseorangan, dihadapannya Fakhri dan Amran sedang berbual mesra. Sufian sedar, kehadirannya tidak dialukan Amran. Namun Sufian tidak mempunyai tempat tinggal lagi. Keluarganya sudah membuangnya sejak mengetahui dirinya menentang fitrah alam. Sesuatu yang tidak boleh diterima manusia normal yang berpegang pada prinsip agama yang kuat.

“Paan!”nama Paan di sebut.
Paan menoleh ke belakang.
“mama?”terpacul perkataan itu dari mulut Sufian.
“Ya Allah, anak mama..mama rindukan Paan”kata ibu Sufian lalu memeluk kuat badan Sufian.
Sufian terkaku.
“bila Paan balik?”tanya ibu Sufian.
“semalam. Syukurlah mama sihat. Paan minta diri dulu”kata Sufian lalu mencium tangan ibunya sebelum berlalu pergi.
“Paan? Kenapa ni nak? Mama rindukan Paan ni.! Paan!!”ibu Sufian hairan dengan sikap anak bongsunya yang dingin itu.
Sufian melangkah pergi dengan laju.

Fakhri hairan melihat sikap Sufian. Sufian berlalu pergi meninggalkan ibunya yang terpinga-pinga sambil mengesat airmatanya.

“tak sangka budak tu layan ibu dia macam tu.”cebik Amran sambil mengelengkan kepala.
Fakhri tidak berkata apa-apa.

Hujan akhirnya berhenti. Kereta yang dipandu Fakhri bergerak dalam kelajuan sederhana laju. Didalam kereta hanya kedengaran lagu dari radio yang terpasang. Tiada langsung perbualan. Sufian hanya termenung di tempat duduk belakang. Memandang ke luar tingkap. Setibanya dirumah, Sufian terus berlalu ke biliknya. Fakhri dan Amran hanya melihat Sufian maniki tangga ke tingkat atas. Fakhri meletakkan barangan yang dibeli didapur. Amran membantu.

“apalah perangai budak tu. Tak patut buat ibu dia macam tu”kata Amran.
Fakhri berdiam diri.
“belajar pandai-pandai tapi perangai tak senonoh langsung..layan ibu yang melahirkan dia macam tu. Dia ingat dia dah pandai sangat dah bagus sangat sampai abaikan perasaan orang tua macam tu”gomel Amran
Fakhri tidak memberi respon hanya sibuk menyusun barangan di almari.
“langsung tak hiraukan perasaan ibu dia tadi. Ibunya betul-betul seronok berjumpa dengan dia, tapi dia pula layan macam nak tak nak je. Tak kenang jasa langsung, ibu yang melahirkan dia,membesarkan dia, mendidik dia sampai ke menara gading. Tak cium bau syurga la dia tu. Dia tak tahu ke syurga tu di bawah telapak kaki ibu. Boleh pula layan ibu dia begitu.”Amran terus mengumpat
“balik-balik rumah je terus masuk bilik!. Bukan reti nak tolong orang kat dapur ni. Dah la kurang ajar dengan emak dia, duduk rumah ni pun menumpang juga”
“Sudah!! jangan nak sibuk fasal orang lain!. Jangan terus nak menghukum orang kalau tak tahu perkara yang sebenarnya!”herdik Fakhri.
“tak perlu nak tahu! Sebab semuanya dah berlaku depan mata! Tapi abang je yang buta, tak nampak siapa budak tu yang sebenarnya. Sebab apa, sebab abang dah suka kat dia, buruk macam mana pun perangai dia, abang tetap suka pada dia!”marah Amran lalu meninggalkan Fakhri. Langkah Amran terhenti bila bertentang dengan Sufian yang tiba-tiba berada di dapur. Amran terus melangkah maju selepas bertentang mata dengan Sufian sebentar.
“ermm dia tak maksudkan apa yang dia cakap”kata Fakhri melihat Sufian meneguk minuman di peti sejuk.
“nak aku bantu apa-apa ke?”tanya Sufian serius
“tak. Semua dah selesai”jawab Fakhri
Sufian melangkah keluar dari dapur.

*                     *                       *

Waktu menunjukkan 8 malam di jam yang terdapat di papan pemuka kereta Inspira. Sofi memandu perlahan keretanya pulang ke rumah selepas tamat waktu bekerja. Lewat malam nanti Sofi mempunyai temu janji dengan teman wanitanya. Kekasih Sofi mengajaknya untuk menonton wayang. Tiba-tiba mata Sofi terbeliak. Keretanya dipandu perlahan melepasi sebuah gerai burger yang agak ramai dengan kunjungan pelangan.

'rupanya dia ada disini..selama ni babun tu kerja kat gerai burger rupanya'getus hati Sofi ketika melihat adiknya sedang sibuk membungkus burger di gerai tersebut.

Setibanya dirumah, Sofi terus berjalan masuk ke dalam biliknya
“Along dah balik, mari makan sama”perlawa ayah Sofi di meja makan bersama isterinya.
“Along nak mandi dulu!”jerit Sofi lalu menutup pintu biliknya,
“asyik sibuk je along tu. Sampai makan pun dah tak bersama lagi”kata ayah Sofi kepada isterinya.
“ye,baguslah bang. Untuk kesenangan kita juga nanti”kata ibu Sufian.
“saya tahu. Sebab tu lah saya risaukan juga si along tu. Asyik sibuk kerja je sampai makan minum pun tak terjaga”kata Nik Safri.
“tadi waktu saya beli barang di pasar raya, saya ada jumpa seseorang”kata Safiah.
“siapa?”tanya Nik Safri.
“anak bongsu kita lah.”
Nik Safri terkedu sebentar.
“Paan nampak elok je tadi bang. Cuma badan Paan kurus sedikit. Kalau ikutkan masa,rasanya tempoh pengajian dia dah tamat. Saya ingat nak ajak dia datang, nak kemas sedikit bilik dia tu nanti dia masuk..”
“kenapa awak fikir nak bawa dia balik sini?!”tanya Nik Safri serius.
“abang, dia kan anak kita..”
“bukan, anak saya cuma seorang je. Yang tengah mandi kat atas tu. Itu anak saya!”tegas Nik Safri.
“apa abang cakap ni, Sufian tu anak”
“haram.!”
Safiah tergamam.
“Saya tak pernah ada anak macam dia! Anak saya semuanya elok! Sofi itu anak saya!keturunan Budak yang awak cakapkan ini bukan keturunan saya! Dia gay! Awak tahu apa itu gay? Gay tu manusia yang bernafsu pada kaum sejenis. Kaum yang paling jijik di atas muka bumi ni!”tegas Nik Safri.
“Astaghfirullah al-azim..bawa mengucap bang. Itu kan anak kita tu bang. Anak yang keluar dari rahim saya dan anak yang abang azankan sendiri!”
“cukup! Saya dah tak nak cakap fasal ni lagi. Apa yang saya katakan adalah muktamad! Saya haramkan dia jejak kaki dia kat rumah saya!”bengis Nik Safri lalu masuk ke dalam biliknya.
Safiah mengelap air matanya dalam esak tangisnya.

Semua pelangan ssedang menikmati burger yang Fakhri sediakan. Semua pesanan untuk bungkus juga sudah selesai. Fakhri memandang kearah Amran yang sedang berbual bersama beberapa pelangan yang merupakan rakan Amran. Fakhri mendekati Sufian yang sedang memungah ais kedalam kontena minuman.

“kau ok ke?”tanya Fakhri
“ok je, kenapa?”tanya Sufian semula.
“aku tengok kau diam je dari tadi. Kalau kau penat, beritahulah. Kau boleh stop kejap. Rehat.”kata Fakhri.
“tak lah. Aku ok je. Lepas ni nak buat apa pula?”tanya Sufian.
“hurmm err ni, kau topup timun,bawang,tomato dan salad. Salad ada kat dalam bonet kereta.”kata Fakhri.
“ok”balas Sufian dan berjalan ke bonet kereta.
Fakhri sedikit risau akan keadaan Sufian. Mungkin Sufian tidak bersemangat dan ceria disebabkan peristiwa tengahari tadi di pasaraya dan didapur rumahnya.

Sufian memasukkan beberapa helai Salad kedalam bekas dari bonet kereta Proton Saga itu. Sufian membelek-belek daun salad yang tidak kotor dan layu.

“you tengok ni sayang, daun ni dah banyak yang layu lah”kata Sufian.
“ala bila cuci nanti segarlah”jawab Zharif.
“boleh pula macam tu”kata Sufian sambil tersenyum
“Paan!!”
“Paan! Ok tak?”teriakan Fakhri memangil namanya memusnahkan angan Sufian ketika bekerja dengan Zharif dahulu.
“ok”jawab Sufian tanpa menoleh kebelakang.

Amran berdiri disebelah Fakhri sambil berpeluk tubuh.
“tengoklah, waktu kerja pun boleh mengelamun.”jengkel Amran
look, he's having a hard time, tolong fahami dia”kata Fakhri
what ever”Amran berlalu pergi.
Fakhri hanya memerhati Sufian dengan pandangan sayu.

Pintu bilik dikunci Sofi. Sofi menuruni tangga dengan laju lalu berjalan ke dapur rumah. Kelihatan ibunya sedang mencuci pingan mangkuk. Sofi membuka pintu peti sejuk dan mengeluarkan sebotol air mineral lalu meneguknya.

“amboi bukan main wanginya kamu”tegur ibu Sofi.
“nak keluar ni mama”jawab Sofi lalu meneguk semula air.
“tak nak makan ke dulu?”tanya Safiah
“makan kat luar jela. Papa mana?”tanya Sofi.
“dah masuk dalam bilik”kata Safiah.
“awalnya, selalu papa mesti tengok tv dulu”kata Sofi.
“ayah kamu mengamuk tadi bila mama cerita fasal Paan”
“Paan?”Sofi terkejut
“ye, sebenarnya mama ada jumpa dia tadi kat pasaraya waktu mama beli barang. Mama ingat mama nak ajak Paan balik. Paan pun dah habis belajar. Biarlah Paan duduk dirumah ini sementara tunggu konvo dia nanti. Tapi papa kamu tu terus marah bila dengar mama cakap fasal ni”kata Ibu Sufian.
“mama tahu ke dia duduk mana sekarang?”tanya Sofi
“tak tahu pula. Dia tak cakap pun pada mama tadi. Mungkin dia tinggal dengan kawan dia yang pernah datang rumah ni dulu”
“kawan gay dia tu? Budak tu tetap tak berubah! Tetap menyongsang je hidup dia!”
“along! Jangan cakap macam tu! Buruk-buruk dia tu, dia tetap adik kamu!”marah Safiah
“kalau papa sendiri dah tak mengaku budak tu anak dia, kenapa pula saya?!”kata Sofi berlalu pergi meninggalkan ibunya yang sedang sedih.

Malam kian larut. Hampir setengah jam berlalu dan tiada pelangan lagi yang berkunjung di gerai Fakhri. Fakhri mengambil keputusan untuk menutup gerainya. Fakhri duduk sebentar sambil merokok melihat dua pekerjanya sedang sibuk berkemas. Sufian dan Amran tidak bertegur sapa. Sufian hanyut dalam dunianya sendiri, manakala Amran pula bersikap dingin sejak kehadiran Sufian.

Sebuah kereta Proton Inspira berhenti tidak jauh dari gerai tersebut. Fakhri berdiri. Amran tidak memperdulikan kehadiran kereta itu. Amran lagi sibuk berkemas. Sufian hanya memandang tajam ke arah lelaki yang keluar dari kereta itu.

“kat sini kau sembunyi rupanya ye”sinis Sofi sambil tersenyum
“kau nak apa?”tanya Sufian ketika menghampiri abangnya.
“nak burger la, tak akan jub* kau pula hahaha”
“kau lambat, kedai dah tutup!”tegas Sufian.
Fakhri hanya memerhati perbualan adik beradik itu.
“siapa tu bang?”tanya Amran
“entah”jawab Fakhri

“jadi, dah berapa lama kau ada kat sini?”tanya Sofi
“tak perlu kau tau. Tak penting bagi kau!”kata Sufian
“mana kekasih kau? Kekasih gay kau tu?hehe”Sofi memandang ke arah Fakhri dan Amran
“macam aku cakap tadi, tak penting bagi kau!”kata Sufian
“oh ok, ke pakwe kau tu dah tinggalkan kau. Dah ada belacan lain”
Sufian terdiam dan memandang ke arah lain.
“hahaha jadi betullah aku cakap? Memang pakwe kau dah ada pakwe lain hahaha, mesti dia cari jub* yang ketat sebab kau punya dah longgar hahahaha”Sofi ketawa terbahak-bahak
“aku rasa baik kau berambus sekarang!”marah Sufian.
“kalau aku tak nak?haha kau nak belasah aku? Eh jap ke kau nak liwat aku hahahaha”
'DUSHH' tumbukan padu Sufian membuatkan Sofi terjatuh kebelakang.
“Paan! Dah! Biarkan dia”kata Fakhri ketika menarik badan Sufian kebelakang.
bro aku rasa baik kau blah dari sini!”tengking Fakhri ke arah Sofi yang cuba berdiri.
“yang kau nak back up budak ni kenapa?! Kau tau tak budak ni macam mana? Budak ni gay! Kau nak ambil budak ni bekerja dengan kau lagi? Budak ni gay!”tengking Sofi
“aku cakap blah!”herdik Fakhri
“kau dengar sini Paan, kau ingat kau merayu pada mama kau boleh balik kerumah tu! Jangan harap aku nak benarkan! Papa pun dah haramkan kau jejak kaki ke rumah! Kau dengar tak!”
“aku tak pernah merayu pada mama pun nak balik ke rumah tu!”bentak Sufian
“oh tak nak.. habis tu mama cakap kau bukan main lagi merayu melutut pada dia supaya mama terima kau balik, supaya mama bagi kau duduk kat rumah tu semula apa?!! kau memang tak malu ye, kau dah calarkan nama keluarga. Kau dah malukan keluarga dengan jadi gay ni! Kau boleh lagi nak kembali pada kami! Wei sedar diri tu!”
“kau pula boleh lupa sebab apa aku jadi macam ni, semuanya sebab kau! Kau dulu yang ajar benda songsang ni kat aku! Kau yang buat aku jadi gay! Kau tak sedar ke?!”
“hahaha kau je yang bodoh! Itu semua untuk seronok! Yang kau anggap benda tu serius kenapa?! Bukan kau dulu juga yang enjoy benda tu kan? Kenapa kau nak salahkan aku pula. Kau tu yang bodoh!”
“kau memang nak mati sial!!”Sufian terus menerpa ke arah abangnya namun dihalang oleh Fakhri.
“Paan! Sabar!”Fakhri menolak badan Sufian.
“aku dah suruh kau blah kan!”tengking Fakhri kepada Sofi.
“hahaha kau layanlah budak gay bodoh ni bro..lama-lama nanti kau pun boleh jadi gay macam dia!!”kata Sofi lalu berundur ke keretanya.
“wei kau ingat ni Paan! Jangan pernah kau nak merayu pada mama lagi! Aku rasa baik kau berambus dari sini! Dan kau bro, baik kau buang budak tu dari jadi pekerja kau. Kalau tak semua pelangan kau yang makan burger kau nanti berubah jadi gay macam lahanat tu!”kata Sofi lalu menutup pintu keretanya dan memecut laju.

Sufian berjalan perlahan dan menyepak kerusi melepaskan amarahnya. Sufian berlalu pergi.
“Paan,.. Paan! Nak kemana tu?!”jerit Fakhri melihat Sufian berjalan ke jalan gelap.
“Am, tolong abang clossing. Pastu gerak balik rumah.”kata Fakhri menghulurkan kunci kereta dan rumah ke arah Amran.
“ta..tapi abang nak pergi mana?”tanya Amran binggung
“abang nak tengok Paan”jawab Fakhri lalu mengejar Sufian.


~bersambung~

02 September 2013

Tentang Rasa - Part 23:Tentang Fakhri -



Tentang Rasa -Part 23:Tentang Fakhri-


Pagi yang indah buat Fakhri. Usai melakukan rutin senamannya, Fakhri berlalu ke kamar mandi untuk membersihkan dan menyegarkan badan. Sudah 5 hari pekerja-pekerjanya meninggalkan rumahnya dan pulang semula ke kampus. Sudah pasti hatinya merindui salah seorang pekerjanya yang selama ni diminatinya. Pancuran air terus membasahi tubuh lelaki itu.

Walaupun perasaannya itu ditolak mentah-mentah oleh Sufian tapi masih jauh dihatinya perasaan itu tidak hilang begitu sahaja. Masih terpahat nama Sufian dan sisa-sisa ingatannya mengenai cumbuannya dengan lelaki itu. Fakhri tidak mudah untuk jatuh hati, dan Fakhri juga tidak mudah untuk melupakan rasa cintanya.

Jam tepat menunjukkan waktu 2 petang. Seperti biasa Fakhri akan ke pasar raya untuk mendapatkan bekalan untuknya berniaga burger pada malam ini. Menu tambahan seperti sate tidak ada lagi. Fakhri tidak cukup tangan untuk memanggang sate dan membuat burger dalam satu-satu masa. Sejak ketiadaan Zharif dan Sufian menu sate sudah dikeluarkan perniagaannya.

Selepas pulang dari pasar raya Fakhri mula sibuk menyediakan persiapan untuk berniaga. Fakhri benar-benar merasakan kesunyian. Rumahnya tidak semeriah saat dua orang pekerjanya tinggal bersama dengannya.

“Bro,burger ayam special tiga bungkus. Paan kau nak apa?”tanya Amirah
“tak nak lah”Sufian mengelengkan kepala
“cepatlah,aku payung ni”kata Amirah
“aku tak nakla”kata Sufian sedikit tinggi
Fakhri hanya memerhatikan perbualan mereka yang sedang berdiri tidak jauh dari meja tempat Fakhri memasak daging burger.
“ok bro, ayam special tiga, daging special satu”Amirah membuat pesanan. Sufian mengeluh dan bebola matanya berputar.
“ok 3 minit lagi siap k”kata Fakhri

mengimbau saat pertama kali Fakhri melihat Sufian,hatinya sudah terdetik kembali untuk meminati kaum Adam. Entah mengapa jauh disudut hati Fakhri yang imej wajah Sufian yang tidak bersemangat ketika Amirah membuat pesanan padanya lekat dihatinya. Wajah seorang lelaki yang biasa tapi mempunyai daya tarikan buat Fakhri.

Fakhri tahu itu hanya khayalan nafsu semata-mata. Namun khayalan itulah yang membuatkan Fakhri jatuh hati pada Sufian pada pertama kalinya. Sejak pertemuan itu, dalam diam Fakhri mengharap agar ketemu dengan Sufian lagi. Fakhri sedar bahawa harapannya itu tidak mungkin akan menjadi kenyataan. Peluang untuk berjumpa dengan Sufian adalah rendah, bahkan Fakhri sendiri tidak pernah berjumpa dengan Sufian sebelum ini. Wajah Sufian tidak pernah dilihat sebelum ini. Nyata Sufian bukanlah orang yang berasal dari kawasan sini.

Senja itu Fakhri mula memulakan perniagaannya. Setelah selesai mengatur susun meja dan kerusi, Fakhri memanaskan tempat memasak burger. Fakhri duduk dibangku lalu menyalakan api pemetik lampu. Asap rokok dihembuskan. Fakhri menanti pelangan pertama yang akan berkunjung ke gerainya.

“beli apa bro?”tegur Sufian ke arah lelaki itu.
“beli barang dapur sikit”kata lelaki itu
“malam tadi tak jual burger ke?”tanya Sufian
“tak, malam tadi memang aku tutup kedai. Tiap-tiap malam jumaat memang aku tutup kedai”kata Fakhri
“oh patutlah malam tadi tutup. Tak dapat nak makan burger malam tadi. Rupanya penjualnya tak buka kedai, mesti penatkan malam tadi hehehe”Sufian tertawa kecil.
“banyaklah kau,aku belum kahwin lagi lah. Malam tadi aku sibuk baca Yasin kat rumahlah, malam ni kalau nak burger, datanglah beli. Aku buka gerai pukul 8 malam nanti”kata Fakhri
“oh belum kahwin,patutlah berniaga seorang je”kata Fakhri
“yela, aku berniaga burger seorang je. Kenapa tanya? Kau nak kerja ke dengan aku?”tanya Fakhri sambil tersenyum kearah Sufian.

“hahaha ke situ pula. Berminat tu memang berminat juga cuma aku tak pandai buat kerja-kerja macam tu”jawab Sufian
“kerja tu tak perlukan apa-apa kemahiranlah”
“tapi aku tak pandai nak masak burger”Sufian memberi alasan.
“kau tak payah masak, cuma setakat bungkus burger je. Simple je bro”jelas Fakhri
“ermm nantilah. Aku cuba cari masa nanti. Kalau aku dah confirm, aku beritahu kau”kata Sufian
“hmm ok kalau macam tu. Kau tahu kan mana nak cari aku nanti”
“ok bro, terima kasih. Aku gerak dulu.”kata Sufian lalu ke kaunter pembayaran.

Fakhri tidak menyangka dapat berjumpa dengan Sufian sekali lagi. Entah mengapa sekali lagi jantungnya berdegup kencang bila berhadapan dan berbicara dengan Sufian. Disaat hatinya mengatakan ini adalah jodoh mereka,tapi minda Fakhri mengingati dirinya bahawa Sufian tidak mungkin bernaluri sepertinya. Sufian sudah pasti seperti lelaki normal yang lain yang tidak mungkin meminati orang seperti Fakhri. Lagipun kehadiran Firdaus kembali kedalam hati Fakhri sedikit sebanyak menghalang perasaan Fakhri pada Sufian.

Waktu menjelang pukul 10 malam. Pelangan yang hadir ke gerai Fakhri mulai ramai. Fakhri mula bekerja dengan tekun dan pantas bagi mengelak perasaan tidak senang pelangan pada servis Fakhri. Fakhri bekerja seorang diri sahaja. Jika tadi ada rakan merempit yang membantunya tapi kini hanya Fakhri berseorangan melayan pelangan-pelangan yang berkunjung. Sesekali Fakhri teringat akan Firdaus yang pernah membantunya.

“terima kasih sebab sudi tolong aku malam ni”kata Fakhri sambil memasak daging burger.
“apalah sangat. Aku kan pakwe kau, mesti lah kene tolong kekasihkan”kata Firdaus sambil membungkus daging burger dengan kertas pembungkus.
“wei..agak-agaklah cakap tu. Dengar orang nanti, jatuh lak reputasi aku tau”kata Fakhri lalu tertawa kecil.
Firdaus hanya memandang Fakhri sambil tersenyum.Sesekali mata Fakhri melirik ke arah Sufian yang duduk berseorangan di meja. Fakhri sedang menyiapkan burger yang dipesan oleh Sufian.

Tidak lama kemudian muncul kelibat Adriana dan Amirah berjalan menghampiri meja Sufian. Amirah tersenyum riang melihat sahabat lelakinya itu. Adriana duduk di hadapan Sufian. Amirah pergi ke gerai burger Fakhri untuk membuat pesanan.

“bang nak order burger boleh?”tanya Amirah ke arah Fakhri.
“duduk kat meja dengan mamat tu ke?”tanya Fakhri
“ye”jawab Amirah
“mamat tu dah order kan tadi. Dah nak siap dah pun burger ni”kata Fakhri
“oh yeke? Kalau macam tu, saya ambil air ni lepas tu kira sekali lah nanti”kata Amirah sambil menunjukkan tin minuman yang dipilihnya.
“ok”kata Fakhri.

Memang susah untuk Fakhri buang sekelumit rasa yang dipendam hatinya. Walaupun Firdaus iaitu kekasihnya sedang berdiri bekerja disampingnya, Fakhri tetap tidak dapat mengelak dari memandang Sufian walaupun sibuk macam mana pun dia. Firdaus sememangnya tidak dapat merasai kelainan pada Fakhri pada masa itu kerana tiada yang aneh tentang Fakhri. Memang benar, Firdaus bukanlah kekasih untuk Fakhri kerana tidak dapat menyelami perasaan sebenar Fakhri yang sebenarnya tersembunyi rasa istimewa pada Sufian.

“aku pergi hantar burger ni kat meja tu dulu”kata Fakhri
“ok”jawab Firdaus
“guys please! Cukup-cukuplah! Jangan sibuk hal aku boleh tak?!”marah Amirah
“ini untuk kebaikan kau juga”kata Sufian
“kebaikan aku adalah kau jangan masuk campur urusan aku!!”tengking Amirah lalu berjalan meninggalkan Sufian dan Adriana. Beberapa pelangan di situ terpinga-pinga. Fakhri meletakkan semula burger yang siap untuk dihidangkan ke meja Sufian.

Fakhri tergamam melihat reaksi Amirah. Wajah Fakhri mula mencerminkan kerisauan dan kegusaran. Fakhri pelik melihat pelangannya itu seolah-olah sedang bertengkar. Sufian sempat menoleh ke arah Fakhri buat seketika sebelum mengikut Adriana mengejar Amirah. Fakhri benar-benar kaget.

“Keli, kenapa dengan dia orang?”tanya Firdaus
Fakhri tidak menjawab
“Keli?!”
“entah”jawab Fakhri tanpa memandang Firdaus
“hey, dah la.biarkan dia orang. Banyak lagi burger nak masak ni”Firdaus menarik bahu Fakhri.

Walaupun tangan Fakhri sedang memasak daging burger namun matanya tetap memandang ke arah Sufian yang sedang berdiri tidak jauh dari pertengkaran Adriana dan Amirah. Fakhri seolah-olah mengambil berat terhadap Sufian. Fakhri tidak tenang melihat kejadian itu.

“Keli? Kau ok tak?”tanya Firdaus
“hah? Oh ok”jawab Fakhri
“jangan pedulikan dia orang la, pedulikan burger yang kau masak tu, jangan sampai hanggus pula daging tu”tegas Firdaus.

Menjelang pukul 12 tengah malam, pelangan mula berkurangan. Bekalan Fakhri juga sudah hampir habis. Bermula dari pukul 9malam hingga ke 11 malam, banyak burger yang terjual. Fakhri duduk di bangku setelah melihat segala pesanan dari pelangannya siap. Fakhri mencapai kotak rokok.

“bang, burger daging special tak nak bawang”pesan Sufian kepada Firdaus
“makan ke bungkus?”tanya Firdaus yang mengambil pesanan Sufian
Fakhri terhenti dari memotong timun bila melihat Sufian berkunjung ke gerainya.
“makan, kira dengan air ni sekali k”kata Sufian lalu mengambil tin minuman kacang soya.

Sufian duduk disebuah meja yang tidak jauh di belakang gerai burger itu. Sufian hanya memandang Firdaus dan Fakhri yang sedang sibuk melayan dan menyiapkan pesanan pelangan yang datang di situ.

“budak tu order apa tadi?..kejap, burger daging special tanpa bawang kan?”teka Fakhri sambil tersenyum
“ye..kenapa? Eh mana kau tau?”tanya Firdaus sambil membungkus burger.
“oh..err budak tu selalu makan kat sini,dia selalu order yang sama je”jawab Fakhri.
Fakhri sempat menoleh ke arah Sufian yang kelihatan sungul dan monyok ketika menyiapkan pesanan dari Sufian.
“nah burger yang kau pesan tadi”kata Fakhri ketika menghulurkan sepiring burger daging special kepada Sufian.
“terima kasih”kata Sufian sambil melihat Fakhri duduk di kerusi di mejanya.
“seorang je malam ni, mana awek-awek lain yang datang dengan kau semalam?”Fakhri bertanya
“masing-masing sibuk bro”kata Sufian
“semalam aku tengok macam ada krisis je”tanya Fakhri
Sufian menundukkan mukanya.
“sorry lah aku tak patut masuk campur hal kau orang”kata Fakhri
“bukan macam tu bro. Semalam ibu kawan aku tu meninggal. Dia ada krisis sikit dengan arwah ibu dia, puas gak kami pujuk dia ssemalam. Akhirnya dia sempat juga berjumpa arwah ibu dia sebelum arwah ibu dia menutup mata”kata Sufian.
Fakhri terkaku buat seketika bila mendegar kata-kata Sufian. Buat sejenak, Fakhri mengimbau saat dia berdepan dengan kematian ibubapanya.
“baguslah. Akhirnya sempat juga dia meminta ampun dan maaf. Dapat juga dia hidu bau syurga. Jangan jadi macam aku sudahlah”kata Fakhri lalu meninggalkan Sufian dalam kebingungan.

Fakhri merenung dalam-dalam gerai burger yang diwarisi dari arwah ayahnya. Fakhri menjadi sayu bila mengenangkan kenangan lama ketika bersama arwah kedua ibubapanya. Peristiwa pada malam Sufian bercerita tentang apa yang terjadi pada keluarga Amirah membangkitkan kembali rasa rindu Fakhri terhadap ibubapanya.

Fakhri berdiri bila terdapat pelangan menghampiri gerainya. Hanya kurang 15 minit Fakhri dapat berehat,umpama menghela nafas panjang. Fakhri tetap tersenyum menerima kedatangan pelangannya. Rezeki bukan mudah untuk dicari. Jika rezeki datang,jangan dibiarkan sahaja.

“kau dah cakap kat firdaus ke kita singah beli burger ni?”kata gadis mulus itu.
“aku dah cakap dah kat dia. Dia tak kisah”jawab rakan gadis tersebut.

Air muka Fakhri berubah sedikit bila mendengar nama 'Firdaus' dari pelangannya yang sedang berbual itu. Entah mengapa memori kenangan lamanya terhadap lelaki itu menjengah kembali. Hati Fakhri sememangnya benci dengan nama tersebut. Hanya yang pahit sahaja kenangan yang ada untuk Fakhri ingat tentang lelaki itu.

“aku nak ke Johor petang ni, ada urusan keluarga. Emak aku minta aku hantarkan dia ke sana pada hari ini juga”kata-kata Firdaus berjaya menghilangkan rasa mengantuk Fakhri. Fakhri mengangkat kepalanya lalu memandang muka Firdaus.
“berapa lama kau disana?”tanya Fakhri
“mungkin 2 atau 3 hari”jawab Firdaus
Fakhri terdiam. Fakhri tidak tahu apa lagi pertanyaan yang ingin di ajukan kepada Firdaus.
“aku tak lama disana”kata Firdaus lalu cuba menguncup bibir Fakhri
Fakhri mengelak
“aku belum berus gigi”kata Fakhri
“kau ok tak?”tanya Firdaus memeluk bahu Fakhri
Fakhri mengangukkan kepalanya sambil menyisir rambutnya kebelakang.
“tak lama lah aku pergi, aku janji aku akan kembali nanti.”
“aku takut perkara lama berulang kembali”
“tak. Hanya 3 hari bukan 3 tahun. Aku janji kali ini bukan seperti kes Pulau Pinang.”Firdaus membuat janji.

Selepas pemergian Firdaus ke Johor, Fakhri sedikit sunyi. Bayangkanlah, Fakhri hanya baru menyemai Cintanya semula kepada Firdaus tapi Firdaus sudah pun meninggalkannya semula. Hati Fakhri menjadi kosong kini. Namun, masih ada sekelumit rasa cinta pada Sufian bukannya pada Firdaus. Setiap kali kehadiran Sufian kegerai Fakhri, wajah Fakhri mula berseri-seri. Memang tidak dapat dikawal rasa suka,minat dan cintanya pada Sufian hingga jelas terpancar diwajahnya ketika itu.

“bro, seorang je ke? Mana kawan bro lagi seorang tu, yang handsome tu?”tanya Amirah
“dia sibuk. Ada hal la. Kenapa tanya? Berminat ke?”tanya Fakhri sambil mengukirkan senyuman.
“tanya je. Kesian pula tengok abang jaga gerai seorang-seorang ni”Amirah mudah ramah kepada Fakhri
“nak buat macam mana, tiada siapa yang sudi bekerja dengan saya”kata Fakhri sambil menerbalikan bun burger itu.
“ada je, ni kawan saya ni”jerit Amirah lalu menepuk bahu Sufian yang dari tadi senyap
“eh minah ni”Sufian mengosok lengan yang dipukul Amirah
“hahaha budak jambu macam dia mana sesuai kerja macam ni”kata Fakhri memandang wajah Sufian.
“alah, abang pun jambu juga kan. Dia ni mengada-gada je lebih”kata Amirah. Muka Sufian masam mencuka. Fakhri hanya membalas pujian Amirah itu dengan senyuman.

Fakhri berjalan ke meja Sufian dan Amirah sambil membawa dua piring yang berisi burger.
“ok ini dia hidangan terlazat buat anda”kata Fakhri ketika menghidangkan burger-burger itu.
“lazat ke ni bro?”tanya Amirah
“eh mestilah. Tengoklah siapa yang masak”kata Fakhri bergurau.
“jemput makan bro”perlawa Sufian.
“tak pe, makanlah”kata Fakhri
“brother ni kan taukey burger. Hari-hari dia makan burger. Kau tak perlu nak jemput-jemput”kata Amirah.
“betul tu.”kata Fakhri
“ Bro boleh bawakan air kacang soya tak?”tanya Sufian
“saya air iced lemon tea ye”sampuk Amirah
“ok itu je ke?”tanya Fakhri
“Paan”tegur seorang lelaki di belakang Fakhri
Sufian terkejut. Sufian berdiri. Fakhri menoleh ke belakang. Amirah tersenyum melihat lelaki itu.
“Zharif..”terpacul nama kekasih hatinya dari bibir Sufian itu.

Kehadiran seorang jejaka yang sebaya dengan Sufian membuatkan hati Fakhri berdebar risau. Fakhri lagi hairan melihat perlakuan lelaki itu dan Sufian yang bersembang dengan penuh intim sekali. Tidak timbul rasa cemburu dihati Fakhri bila melihat lelaki itu berdamping dengan lelaki yang diminatinya, cuma timbul persoalan dibenak fikirannya, adakah apa yang diharapnya benar tentang Sufian.

Mata Fakhri sedikit terbeliak melihat perlakuan kedua orang lelaki itu. Amirah tergamam melihat aksi spontan pasangan kekasih itu. Amirah mengelabah apabila melihat reaksi kaget dari Fakhri yang melihat lelaki itu memeluk Sufian.

“bro, ada orang nak beli burger!”kata Amirah bagi mengalihkan perhatian Fakhri
“apa?”tanya Fakhri
“ada orang nak beli burger”kata Amirah lalu menuding jari ke arah budak lelaki yang berdiri di hadapan gerai Fakhri.
“oh ok”jawab Fakhri lalu berdiri lalu berjalan ke arah gerainya. Fakhri sempat menoleh ke arah pasangan kekasih itu.

Sejak dari peristiwa malam itu, Fakhri yakin benar bahawa lelaki yang diminatinya itu adalah bernaluri sepertinya. Lelaki yang hadir pada malam itu mungkin kekasih Sufian. Pelukan mesra mereka berdua menyakinkan Fakhri bahawa mereka itu adalah pasangan kekasih.

Fakhri tahu dirinya berdepan dengan kepayahan untuknya rapat dengan Sufian. Walaupun jauh dari perasaannya memberontak untuknya rapat dan berdamping dengan Sufian setelah melihat sendiri sifat sebenar Sufian yang bernaluri sepertinya. Mungkin Fakhri tidak akan berjaya, tapi Fakhri tetap memendam rasa terhadap Sufian dan berharap satu hari nanti Sufian akan menjadi miliknya. Fakhri benar-benar sudah jatuh cinta kepada lelaki itu.

Waktu menghampiri pukul 2 pagi. Fakhri kembali terduduk di kerusi setelah menyiapkan pesanan dari pelangannya. Perniagaannya pada malam itu berjalan lancar, keuntungan mungkin berlipat kali ganda dari semalam yang hujan turun pada sebelah malam. Fakhri mengeluarkan telefon bimbitnya. Wajah-wajah Sufian yang tersimpan dalam telefonnya, ditatapnya. Fakhri selalu mengambil gambar Sufian secara senyap-senyap. Kini gambar itulah yang menjadi pengubat rindunya.

“aku dan Zhaf dah lama bercinta bro. Aku sayangkan dia. Aku cintakan dia. Aku rasa kau boleh nampak itu semua. Kenapa kau rasa kau boleh dapatkan aku disaat aku mencintai orang lain? Tidakkah kau tahu bahawa aku sebenarnya hanya setia pada Zharif?”soal Sufian
“aku tak nak rampas kau dari dia. Tapi aku hanya ingin katakan bahawa aku benar-benar sayang pada kau. Aku takut nak mengaku aku cinta pada kau sebab aku tahu cinta aku tidak berbalas. Paan, maafkan aku sebab beritahu kau semua ini. Maafkan aku sebab mencium bibir kau tadi dan malam semalam. Jangan kau benci kat aku sudahlah”kata Fakhri.
“aku maafkan kau. Tapi aku rasa elok kau lupakan perasaan kau pada aku. Sebab hati aku dah terkunci untuk Zharif sahaja. Ok la bro, aku masuk tidur dulu”kata sufian lalu berdiri dan berjalan masuk ke dalam rumah. Fakhri hanya diam. Cuba memujuk matanya supaya jangan berair.

Fakhri tidak mudah mengalah. Walaupun Fakhri tahu Sufian tidak akan mudah jatuh cinta kepadanya. Sufian benar-benar setia pada Zharif. Fakhri tahu memang sukar untuk mendapatkan balasan cinta dari Sufian. Walaupun Fakhri lega meluahkan rasanya terhadap Sufian tapi jiwanya kosong jika Sufian bukan menjadi miliknya.

“itu bukan masalah aku. Itu masalah kau. Segalanya berpunca dari kau. Bukan dari aku. Aku hadir dalam hidup kau sebagai sahabat dan tidak lebih dari itu. Tolonglah faham Fakhri! Itu hakikatnya. Kau kena belajar untuk menerima hakikat ini”kata Sufian
“kau fikir mudah untuk aku buang hati aku? Dalam hati ini bukan untuk aku seorang sahaja. Tapi nama kau sebenarnya dah lama terpahat kat dalam hati ni Paan. Samada kau suka atau tidak, tapi itu adalah hakikatnya.”
“dan hakikat yang sama adalah aku bukan milik kau. Kau sendiri yang memahat nama aku dalam hati kau. Bukannya aku. Bukan aku seorang sahaja yang hadir dalam hidup kau. Tapi aku hadir bersama dengan kekasihku, iaitu Zhaf dan samada kau suka atau tidak, kau kena terima hakikat yang sebenarnya tentang itu.”
“kenapa kau tak nampak baiknya aku ni Paan? Kenapa kau selalu menidakkan rasa aku kepada kau?” Fakhri bertanya.
“kau dah jauh bro..terlalu jauh. Aku tak tahu macam mana lagi nak explain benda ni kat kau. Sama ada kau terima atau tidak keputusannya tetap sama. Kau dan aku mungkin tidak akan bersama. Bukan hanya sekarang, tapi mungkin sampai bila-bila!”Sufian merenung tepat ke mata Fakhri.

Memang susah untuk lembutkan hati Suifan. Fakhri sudah tegaskan pada Sufian, perasaannya tidak boleh dinafikan lagi. Fakhri benar-benar menginginkan Sufian. Fakhri seorang yang berterus-terang. Bahkan Fakhri merasakan hanya dirinya yang berhak berada dihati Sufian. Fakhri mencintai Sufian seikhlas hatinya.

“aku dah lama dapat rasa yang kau ni gay dan bukan itu sahaja yang Paan beritahu aku”kata Zharif.
Hujan mulai lebat.angin dingin bertiup tanpa henti.
“jadi kau nak buat apa kat aku?”tanya Fakhri.
Zharif tidak bersuara. Hanya melihat ke kawasan luar rumah yang suram disirami hujan lebat.
“aku tak kisah kalau kau nak marah aku ke nak belasah aku ke atau apa sahaja. Sebagai kekasih Paan, kau ada hak untuk buat perkara itu”kata Fakhri
“tapi itu bukan cara yang terbaik nak selesaikan masalah. Dan bagi aku perkara tersebut tidak menjadi masalah buat aku. Lagipun niat aku tidak ada bezanya dengan niat kau kepada Paan”kata Zharif.
“aku harap apa yang kau sedang buat sekarang ni adalah perkara yang baik”kata Fakhri.
Zharif hanya mendiamkan diri.

Berbanding dengan Zharif. Fakhri merasakan Zharif hanya mempermainkan Sufian. Tindak-tanduk Zharif dalam berpura-pura mencintai Sufian sudah dapat dijangkakannya. Namun Fakhri tidak tergamak untuk mengkhiati janjinya dengan Zharif.

bro burger ayam satu”pesanan dari pelangan yang tiba-tiba mucul di depan gerai Fakhri buatkan Fakhri terjaga dari angannya.
“ok kejap, nak potong timun sikit”kata Fakhri kepada seorang lelaki yang berusia awal 20an.
“abang seorang je ke yang berniaga?”tanya lelaki itu
“ye”jawab Fakhri
“tak penat ke? Sejak kelmarin lagi saya tengok abang seorang je yang handle. Business abang memang kencang tapi boleh bengkok la kalau seorang je yang running business macam ni”kata lelaki itu seolah-olah mengajak Fakhri berbual.
“kau selalu ke datang sini?”
“masuk ni dah tiga malam berturut-turutlah saya datang makan burger kat sini. Sos burger ni sedap, sebab tu tak cari lain dah.”jawab lelaki itu sambil tersenyum.
“nak burger apa tadi?”tanya Fakhri
“ayam bro”kata lelaki itu.
“aku tak pernah nampak kau sebelum ni, baru pindah sini ke?”soal Fakhri lagi
“baru habis study bro. Semetara tunggu konvo balik kampung lah. Duduk rileks kat kampung je”kata lelaki itu.
“oh macam tu.”
bro, kalau nak pakai orang bekerja dengan bro beritahulah. Sebab saya ni sedang cari kerja ni. Kebetulan dah duduk lama kat kampung ni, ingat nak cari kerjalah”usul lelaki itu.
Fakhri tersenyum.
“saya Amran, panggil Am je”lelaki itu menghulurkan tangan tanda perkenalan.


-bersambung-