24 October 2013

Apa Motif Dia?

Assalamualaikum wbt.. dan salam sejahtera.. korang mesti bengang dgn aku kan..hehe sorryla wei.. sebab macam biasa aku sibuk.. so memang lama dah aku tak update blog ini.. sebut psl update.. selalu bila aku update blog aku ni kebiasaannya mengenai nurkilan dan hasil tulisan aku..jarang yang amat mengenai hal peribadi aku.. so sekarang ni aku tergerak hati nak update pasal diri aku lak.. suka ke tak suka..aku tak peduli..korang kene baca gak..hehehehe

apa motif dia?? ye tentang itu.. sebenarnya aku nak cite psl akaun fb aku ni la.. ye aku mmg byk fb..fb utk normal..utk abnormal..utk business..utk blog..utk politik(perghh tak leh bla hahaha) dan general.. aku nak fokuskan pada fb abnormal aku ni..sbb kat sini je byk berlaku perkara abnormal hahahaha.. ok cite dia mcm ni.. dh nama pun fb abnormalkan..so sume kwn2 aku dlm fb tu sumenye abnormal la.. yang tak normalnya bila orang normal add aku yg tak abnormal ini.. senang cite budak lelaki straight add aku tiba2.. dia adalah lelaki straight yg pertama sejak tertubuhnya fb abnormal ni yang add aku..sebab apa aku kata dia straight..

ciri-ciri lelaki straight dalam fb:
-tiada mutual friends dengan dan plu
-wall fb active dgn aktiviti harian yang tiada unsur lucah yg melampau dan melebih-lebih(bdk straight yg bajek baik ar)
-setiap post dia like dan dikomen atau dapat respond dari jantina lain. kebiasaanya perempuan akan lebih/rajin reply setiap post dia.
-display profile dia tidak melampau lucah(kalo guna pic sendirila) ada yang guna gambar motor/kereta/pemain bola sepak/gambar kartun..
-page yang dia like page normal..kalo ade page lucah pun lucah yg normal..
-group yang dia join biasanya group chat biasa..group sembang pasal gadget / motor/kereta/bola/ jiwang/cari jodoh(awek ar)
-purata gambar sendiri tidak banyak berbanding dgn gambar lain2 dalam profilenya..

ini antara ciri2 lelaki str8 dalam fb yg biasa aku jumpa ar..sebab kawan2 str8 aku pun ramai gak ler.. yg peliknya mamat ni aku namakan dia Mat add aku tiba2..aku tak aprove sampai sekarang request dia..sebab nak jaga privasi aku.. tapi aku PM(personal meseg) dia dulu utk kepastian..dia beri respon yg baik..lalu kami pun bersembang/chating..lama gak ar..sebab bila aku pm je dia..terus dia reply.. dan dia pun pandai/mesra layan pm gak..maksud aku, bila kita pm kat org,kita tanya dia soklan dia akan jawab dan dia akan tanya soklan balik kat kita..so perbualan itu tidak akan terus tengelam dan bermakna org yg kita pm tu turut berminat utk pm kita juga.. sbb ramai yg meroyan kat fb ni..dorg add budak2 hot..tp bila pm dak2 hot tu..dak2 hot tu wat dunno je dgn pm dia..yela, biasanya bdk2 hot ni aprove add korg tak semestinye dia nak 'on' dgn korg tp nak korang jadi tukang like dan komen post dia je utk tambahkan 'hot'nya dia tu lagi..so nasihat aku, bila pm korg dah tak dilayan, abaikan je bdk tu dan removed je dia..jadi tak menyemak kat feeds anda dan fb anda..lain la kalo korg nak stalk fb dia hehe



ye ckp psl stalk ni..baru aku igt..yg mat tadi add aku ni tiba2 betul2 merisaukan aku..sebab sekarang ni byk page2 tertentu diFB dicipta utk mengaibkan org..terutamanya golongan PLU ni..hati2 la korg ye..sebab admin2 pageni byk dia punya resource yg leh dapatkn bahan utk aibkan budak2 plu ni..dan budak plu ni tak terfokus utk gay sahaja malah utk lesbian juga..jadi bila igtkan kes itu aku post start risau ar ..dan dia pun mcm dah pelik dgn aku,knp layan chat tp x aprove request dia lg.. berkali2 gak dia tanya sebab knp aku tak aprove..aku buntu jap..aku ckp kat dia fb aku ade problem






dia kata dia faham dan tak paksa.. kami terus chat..tp chat yg open subject.. mcm aku sembang dgn kwn2 str8 aku la..bukan chat dgn dak plu..mula2 sembang je dh tanya top ke btm/k*te besar ke/ade bf ke x.. sorry to said..aku lemah nak layan sembang yg mcm ni..seyes.. lemah..sbb tu aku enjoy dgn dak2 str8 / dak plu yg str8 act..so mat ni ade ckp yg dia ni keje polis..perghh lagi aku seram nak aprove..buktinye ade dia pakai uniform kat fb dia..perghh abg polis beb hahahaha.. gerun wei..bila aku aprove,buat dia printscreen post2 aku kat fb, pastu copy gambar2 seksa aku kat fb dan kemudian aibkan aku!! seyes gerun..sebab tu aku x berani nak aprove dia..





dengan bukti yg ada..lagi mudah dia nak tangkap aku..mana tau ada post2 aku berunsur negatif dan berbahaya kepada masyarakat ke hehehe..sebab tu aku tak berani nak aprove sebarangan org di fb.. dan aku nasihatkan korang pun jgn main aprove je org kat fb sebelum anda betul2 mengenalinya..

meanwhile utk mat ni..aku hold kan dulu..kalo dia rajin contack aku..rajin pm2 aku..mungkin sampai waktunya aku akan beritahu hal yg sebenarnya..jika dia ok dan tak kisah dan sudi lagi berkawan dgn org yg macm aku ni..barulah aku aprove dia..


p;s/ novel bersiri Tentang Rasa akn diupdate minggu depan..dan dalam minggu ini akan keluar cerpen pendek yg tinggal 17% nak siap..

07 October 2013

Tentang Rasa -part 26: Beritahu-



Tentang Rasa - part 26: Beritahu -


“kenapa aku boleh tak perasan yang dia ada kanser? Kenapa aku tak nampak?”Sufian bercakap seorang diri di tempat duduk belakang kereta.
Amran dan Fakhri saling pandang antara satu sama lain.
“kenapa Zhaf tak beritahu aku sebelum ni? Kenapa?”Sufian tidak keruan
“Paan. Sabarlah.”kata Fakhri
“sabar? Tak, aku tak perlu sabar. Aku cuma perlu pastikan Zhaf baik, dan aku nak minta kemaafan pada dia dan tebus kesilapan aku dan..dan aku dengan dia akan terus bersama. Itu yang patut aku buat sekarang. Kau bawa laju sikit tak?”pinta Sufian
“ok, tapi jalan jammed ni”kata Fakhri
“aku tahu, tapi kau boleh je pandu lagi laju. Kau kan mat rempit dulu sudah tentu kau boleh pandu kereta lagi laju”desak Sufian
“kalau kau sangup bayar saman”sampuk Amran
“Am..”tegur Fakhri
“aku tahu kau nak cepat sampai, nak minta maaf pada bf kau sebelum dia mati”
“Am!”Fakhri mencelah
“kau nak hubungan kau orang kembali baik semula selepas kau curang pada dia. Tapi kau patut tahu juga, dalam kereta ni ada lagi dua nyawa. Kalau aku ditempat kau aku akan lebih berfikiran rasional, iaitu hilang satu nyawa adalah lebih baik dari hilang dua nyawa dan satu lagi nyawa termasuk diri sendiri disebabkan tindakan bodoh dengan berlaku curang pada kekasih sendiri!”tegas Amran
“Amran!”tengking Fakhri
“tak! Dia betul.. aku yang salah, aku tak patut curang dengan bf aku. Kalau tak,perkara begini tak akan berlaku.”
Fakhri memandang Sufian dari cermin pandang belakang. Sufian mengesat airmatanya.
“kalau aku tak curang,aku dah bersama dengan dia untuk hadapi kesakitan dia hadapi sekarang”bisik Sufian perlahan dalam sebak.

Setibanya di hospital, Sufian berjalan laju menuju ke lift. Setiba di pintu lift Sufian terhenti dari melangkah. Tubuhnya kaku. Kakinya seolah digam ke lantai. Sufian teringat kembali mimpinya pada malam itu.

“Paan, kenapa ni?”tanya Fakhri
“tak de apa”jawab Sufian
“kau ok ke? Jomlah pergi”ajak Fakhri.

Sufian melangkah masuk ke dalam lift. Badannya sedikit mengeletar menahan sebak. Jantungnya berdegup pantas sejak di rumah Hadi lagi. Matanya masih belum kering dari linangan air mata. Fakhri merapati tubuh Sufian. Fakhri memeluk bahu Sufian. Amran hanya berpeluk tubuh. Wajah Amran mencuka.

“TINNGG!” pintu lift terbuka. Sufian melangkah laju ke meja jururawat.

nurse, boleh saya tahu dimana bilik pesakit Zharif Adlan? Erm Muhammad Zharif Adlan bin Ahmad Idrus?”tanya Sufian kepada seorang jururawat wanita yang sedang duduk di meja kaunter jururawat.

“Paan??!”sapa seorang perempuan yang berdiri tidak jauh dari meja jururawat
“Ana?”Sufian hairan melihat Adriana berada disini.

“jadi selama ni you tahu dia sakit, you tahu dia menderita tapi you tak beritahu I?!”Sufian bengang
“Paan.. I..”Adriana hilang penjelasan
“kenapa Ana? Kenapa you tak beritahu I?! You nak biarkan dia hadapi ni seorang diri? Tanpa ada sokongan dari I,kenapa?”Sufian berang
“Paan tolong bertenang..”
“tak! I tak boleh bertenang. Tambah lagi waktu-waktu begini! Bila kawan I tikam belakang I. Sembunyikan perkara sebenar tentang keadaan orang yang I sayang!”Sufian menahan kemarahan.
“hey, saya ada belikan kopi untuk awak”Amirah tiba-tiba muncul dibelakang Sufian bersama seorang perempuan yang merupakan kekasihnya.
Adriana menutup mukanya dengan tangan kiri. Sufian menoleh ke arah Amirah. Amirah tergamam.
oh..this is great..both of you!.huh!.. I wanna go see Zhaf!”Sufian melangkah pergi.
Seorang lelaki menghampiri Sufian dan menahan badannya.
“awak Sufian?”tanya lelaki itu
“ye..kenapa?”tanya Sufian
“saya doktor Zahid, abang Zharif.”kata Doktor Zahid lalu menghulurkan tangan untuk berjabat.

*                          *                                  * 

Sufian mengikut Doktor Zahid berjalan menuju ke kamar adiknya. Zharif. Setiba diluar kamar. Doktor tersebut berhenti. Sejenak Sufian melihat Zharif terlantar diatas katil,airmatanya gugur. Sufian tidak dapat membendung air matanya lagi. Adriana dan Amirah memandang sayu kawannya itu. Fakhri juga begitu.

Doktor Zahid menepuk-nepuk bahu Sufian supaya bertenang. Sufian mengesat airmatanya.

“Apa sebenarnya sakit Zharif doktor?”tanya Sufian
“Zhaf sebenarnya menghidapi metastatic melanoma iaitu barah kulit tahap ke-4 yang sudah merebak ke otak,hati dan kulit. Zhaf telah menjalani pembedahan membuang kanser di bahagian hatinya. Selepas ini mungkin Zhaf akan dibedah untuk membuang tumor dibahagian otaknya. Zhaf sedang dirawat dengan IL-2 sejenis chemo berdos tinggi untuk membuang kanser yang masih ada. Jangan risau, dengan rawatan ini Insha-Allah Zhaf akan sembuh sepenuhnya berdasarkan faktor usianya yang masih muda.”terang Doktor Zahid.
“bila Zhaf akan sembuh?”tanya Sufian.
“jika segalanya berjalan lancar, kanser itu akan hilang dalam masa 5 tahun”jawab Doktor Zahid
“boleh saya jumpa dia?”tanya Sufian
“Zhaf sedang berehat sekarang. Dia masih lagi lemah. Bila dia sedar nanti saya akan benarkan awak untuk jumpa dia”kata Doktor Zahid
“baik.. terima kasih doktor”kata Sufian.
“sama-sama” jawab Doktor Zahid lalu berjalan pergi.
Adriana merapati Sufian.
“ermm Paan.. I min..”
not now”pintas Sufian dan berlalu pergi.

Suasana di kafeteria hospital tidak begitu sesak. Terdapat sebilangan doktor dan pelatih perubatan sedang menikmati hidangan mereka. Adriana membawa dulang makanan ke meja makan,diekori Fakhri dan Amran. Di meja makan,sedang menikmati hidangan adalah Amirah dan kekasihnya.

“so selama ni Paan duduk kat rumah awak?”tanya Adriana
“ye, dia duduk kat rumah saya..dia juga jadi pekerja saya dan bantu saya jual burger”jawab Fakhri.
“oh ok”Adriana kemudiannya menghirup jus oren.
“kenapa ma? Tak sedap ke?”tanya Amirah kepada kekasihnya bila kekasihnya itu meletakkan semula sandwich yang dimakannya.
“makanan hospital bukan kegemaran ma”jawab kekasih Amirah.
“err kau orang couple ke?”tanya Amran.
Adriana hanya menjeling
“ye. Kenapa?”tanya Amirah
“tak ade apa.. ermm saya Amran, couple Fakhri”Amran memperkenalkan diri
“Am..”Fakhri tidak senang.
“tak apa la bro, benda ni dah normal dah sekarang.. tapi hanya orang macam kita jela yang nampak normal”kata Amirah.
“kan, betul tu. Saya tak ada masalah”balas Amran.
“baguslah, sebab ada orang yang anggap benda ni macam masalah sebab tu nak berubah jadi normal semula”perli Amirah.
“ehem..”Adriana berdehem.
I nak pergi cari Paan”kata Adriana lalu berdiri dan berjalan keluar dari kafeteria.
Amran hanya memandang Adriana. Amirah menyuapkan buah kemulut kekasihnya.
“kalau orang nak berubah normal tu, itu hak dia lah. Tapi kita seharusnya menyokong perubahan dia bukan mengutuk tindakan dia”kata Fakhri
Amirah tersentap mendengar kata-kata Fakhri.
“tapi ada juga orang yang mengambil kesempatan ke atas perubahan orang lain. Dia sokong orang itu berubah kepada kebaikan sebab dia nak miliki apa yang orang itu tinggalkan bila orang itu berubah nanti”sinis Amirah
giliran Fakhri pula yang tersentap.
“abang nak pergi tandas kejap”kata Fakhri lalu berdiri.

Suasana di taman mini di hospital itu agak tenang. Hanya ada beberapa pengunjung yang sedang duduk dan berbual sambil memerhatikan beberapa orang kanak-kanak sedang bermain kejar-mengejar. Sufian menghembuskan asap rokok dari mulutnya.

“sini bukan kawasan merokok”tegur Adriana.
Sufian menoleh ke arah Adriana yang berdiri di belakangnya. Sufian kembali menyedut asap rokok.
“Paan, kat sini tak boleh merokoklah. Kat situ ada papan tanda larangan merokok”kata Adriana lagi
you peduli apa”balas Sufian
“tentu I peduli, nanti you kena tangkap. Kena denda. Tentulah I peduli sebab you kawan I ”kata Adriana.
“kalau you kawan I, sepatutnya you beritahu I dari awal lagi”cakap Sufian lalu melemparkan putung rokok dari jarinya.
Adriana duduk disebelah Sufian.
“ok.. I minta maaf sebab tak beritahu you tentang keadaan sebenar Zhaf.. ini adalah permintaan dari Zhaf sendiri.. Zhaf melarang I dari beritahu you tentang penyakit yang dihidapinya”kata Adriana
“sejak bila you tahu? Sejak bila Zhaf beritahu you tentang penyakit dia?”soal Sufian serius.
“dah lama dah. Sejak you dan dia bergaduh dulu. Dia tak tahu bagaimana nak beritahu you..”
so dia beritahu you instead of me
“Paan. I dah beritahu dia supaya beritahu you tentang ini. Tapi dia tak nak. Dia belum bersedia untuk beritahu you
“tapi dia bersedia untuk beritahu you?”
Adriana terkedu.
“dia kata dia kekasih I, dia selalu kata begitu. Tiada rahsia antara kita. Tapi ..”
“Paan..”
“dia tipu I Ana!!”
“dia tak tipu you. Dia cuma tak beritahu you sahaja!”
“sejak bila you ada disini?”tanya Sufian
“sejak Zhaf dimasukkan ke hospital”jawab Adriana
I tak bersedia untuk kehilangan dia lagi Ana. Dia tak patut pergi dalam keadaan begini. Bukan begini perpisahan yang kami rancangkan”kata Sufian mulai sebak.
“sudah lah tu Paan. Segalanya pasti baik semula. Zhaf akan selamat. Percayalah. Sama-samalah kita berdoa untuk kebaikan dia”kata Adriana
“terima kasih Ana. Terima kasih sebab ada dengan dia untuk tempuhi semua ini”kata Sufian
“ye.. paan you belum makan lagi kan?”tanya Adriana
I tak lapar”
I belikan you makanan ye.”
“tapi ana..”
you tunggu sini, I get you something to eat”kata Adriana lalu meinggalkan Sufian.

Seorang jururawat membawa sebuah sampul lebar berisi imbasan MRI kepada doktor Zahid yang sedang berbual dengan pakar bedah neuro.

“doktor ini scannya”hulur jururawat tersebut.
his later scan?”tanya pakar bedah neuro.
yeah. I hope its good”jawab doktor Zahid
lets take a look”kata pakar bedah tersebut.

Doktor Zahid mengantungkan filem imbasan tersebut. Doktor Zahid memandang muka pakar bedah neuro tersebut. Pakar bedah neuro itu meniliti imbasan Zharif.

yup, its there.. at the temporal lobe”kata pakar bedah neuro
are you sure u can remove it all?”tanya doktor Zahid
hopefully.. We are lucky to catch it soon”jawab pakar bedah neuro

Waktu menunjukkan pukul 4 petang. Sufian berdiri dari bangku. Sufian tidak ingin menunggu Adriana membeli makanan untuknya. Sufian ingin melihat Zharif. Jantungnya berdebar-debar untuk berjumpa dengan kekasihnya.

Ketika berpusing kebelakang Sufian terkejut melihat Amirah berjalan merapatinya. Sufian terus melangkah.

“Paan.. jangan macam ni”kata Amirah
“kau paling rapat dengan aku Amy. Kau kawan Zhaf dan kawan aku yang terakhir berjumpa dengan aku. Kenapa kau tak beritahu aku?”tanya Sufian
“aku dah janji dengan Zhaf.”jawab Amirah. Kekasih Amirah bersandar di dinding bangunan tidak jauh dari mereka.
“bila kau janji dengan dia?”tanya Sufian
“malam tu. Malam kau dan Zhaf balik kampung untuk ke majlis perkahwinan Ana. Malam tu kau ajak aku ke majlis perkahwinan Ana. Tapi aku tak nak pergi. Zhaf pujuk aku untuk pergi. Zhaf beritahu aku tentang penyakit dia malam itu. Zhaf tak mahu melihat aku dan Ana bermusuhan. Zhaf ingin aku dan Ana berbaik-baik sebab.. sebab”
“sebab apa?!”
“sebab Zhaf sakit. Zhaf tak mahu melihat kawan baik dia bermusuhan sebelum dia..sebelum dia 'pergi'..”kata Amirah.
“aku rasa macam sampah. Aku rasa macam tak penting bagi kau orang kan. Kau, Ana dan Zhaf tak pernah anggap aku ni orang yang penting. Sampaikan hal begini pun kau nak rahsiakan dari aku”kata Sufian.
“aku memang nak beritahu kau. Serius aku betul-betul nak beritahu kau. Tapi Zhaf dan aku dah berjanji.”
“sebab itu aku katakan tadi. Aku tak de kepentingan bagi kau orang!”
“kau lah orang yang paling penting dalam hal ini. Kau ingat senang ke nak kekalkan rahsia ini.”sampuk Fakhri.
Amirah memandang ke arah Fakhri dan Amran. Sufian juga begitu.
“kalau rahsia ini terbongkar,Zhaf tak akan tenang. Zhaf tak akan aman hidupnya. Bertambah lagi beban dia untuk memikirkan tentang kau. Zhaf risau jika hal ini terbongkar, kau akan merana dan berduka. Zhaf tak mahu melihat orang yang dia paling sayang merana. Sebab itu dia minta kami rahsiakan hal ini dari kau selama ni”tegas Fakhri.
“dari kami?..jap.. kau pun sama?..kau dah tahu tentang hal ini juga?”soal Sufian
Fakhri sedikit mengelabah.
“selama ni aku duduk sebumbung dengan kau, bekerja dengan kau, dan hidup di rumah kau tapi kau diam. Kau diam dari ceritakan hal yang sebenarnya..”
“aku dah janji dengan Zharif”jawab Fakhri
“oh janji konon. Janji ke atau untuk kepentingan kau?!”
“apa?”Fakhri terpinga sebentar
“kau tahu Zharif sakit. Tapi kau tak beritahu aku. Kau biarkan aku begitu sahaja. Tanpa mengetahui hal sebenar yang terjadi padi dia. Kau biarkan aku tak tahu yang Zharif sedang menderita sekarang. Kononnya sebab Zharif pinta kau jangan beritahu aku apa-apa. Itu semua mengarut! Aku tahu hal yang sebenarnya. Aku tahu niat kau sebenarnya. Kau nak biarkan Zharif menderita berseorangan dan mati berseorangan supaya aku boleh jadi milik kau kan?!!”
Fakhri mengelengkan kepala. Amirah sedikit hairan.
“ye, kau syok kat aku la Keli! Kau suka kat aku dah lama dah kan?.. tapi aku tak syok kat kau. Aku tak ada feeling pada kau. Kau tak boleh terima hakikat. Hakikat dimana aku tak akan berpisah dengan Zharif. Ye memang betul, aku dan Zharif tak akan terpisah. Ini, penyakit ini aku akan pastikan Zharif dapat melawannya hingga dia pulih sediakala dan hubungan kami seperti biasa semula! Sebab aku betul-betul yakin yang hubungan aku dan Zharif akan berkekalan”
“oh kau yakin tentang itu?! Kalau kau betul-betul cintakan dia,kenapa kau boleh curang depan-depan mata dia??!!”tengking Fakhri.
Sufian terkedu. Sufian menatap tajam-tajam wajah Fakhri. Amirah tergamam.
Sufian mula melangkah laju meninggalkan kawasan itu.

Pintu bilik 3420 ditolak Sufian. Sufian melangkah masuk. Abang Zharif sedang meneliti carta. Sufian berdiri tidak jauh dari katil Zharif. Zharif masih lagi lena. Tubuh Zharif sedikit kurus. Sufian menahan sebak melihat keadaan kekasihnya itu.

“esok Zharif akan menjalani pembedahan mengeluarkan tumor dalam otaknya.”kata Doktor Zahid.
“jadi memang betullah kanser itu dah merebak ke bahagian otaknya?”tanya Sufian.
“ye. Kami dapat kesan awal. Dan pakar neuro yakin dapat keluarkan kesemua tumor tersebut.”kata Doktor Zahid.
Sufian berjalan kesisi katil. Lalu duduk disisi Zharif. Tangan Zharif diusap-usapnya.
“bagaimana Zharif boleh kena kanser ini?”soal Sufian
“kanser ini jarang berlaku di negara ini. Kanser jenis ini selalunya berlaku dikawasan Eropah, Amerika Latin, Afrika Selatan. Kemungkinan ini terjadi bila saya sekeluarga dan Zhaf pergi bercuti disana, di salah sebuah negara Eropah dulu. Zhaf mungkin terdedah dengan sinaran ultra unggu yang berbahaya. Setelah penyakit ini dapat dikesan, Zhaf ada mengambil ubat berbanding menjalani pembedahan. Namun pengambilan ubat tersebut tidak mampu untuk menghalang dari sel-sel kanser ini dari merebak ke organ lain seperti hati dan otak.”jelas doktor Zahid.
Sufian terdiam mendengar penjelasan dari doktor Zahid.
“saya tahu siapa sebenarnya Zhaf. Dia adik saya, dan saya percaya awak ni bukan hanya sekadar kawan biasa. Tapi adalah kekasihnya bukan?”doktor Zahid inginkan kepastian
Sufian mengangukkan kepala.
“maafkan saya. Saya tahu hubungan ini salah. Tapi saya tak mampu untuk menolaknya. Saya betul-betul cintakan Zharif.”kata Sufian
“saya tahu, Zhaf pernah menceritakan hal ini kepada saya. Tapi saya harap awak jangan menaruh harapan yang tinggi kepada hubungan itu. Zhaf selalu mengingatkan dirinya tentang itu”kata Doktor Zahid.
“Zhaf sebenarnya tidak mahu 'pergi' dalam keadaan begini. Zhaf tidak mahu menderita disana nanti.”
“apa maksud doktor?”tanya Sufian
“saya rasa baik awak tunggu Zhaf ceritakan keadaan yang sebenar kepada awak”kata doktor Zahid.
“tapi..Zhaf akan selamatkan?”tanya Sufian dalam linangan airmata.
“jangan berhenti berharap”jawab abang Zharif.

Tubuh badan Zharif bergerak sedikit. Jari tangan Zharif terangkat perlahan-lahan. Kepala Zharif juga bergerak sedikit. Zharif mulai sedar.

“Zharif masih lemah kerana rawatan IL-2”bisik Doktor Zahid.
Sufian menganguk faham.
Zharif membuka matanya perlahan-lahan. Sufian tersenyum sambil airmatanya berjujuran keluar.
“Zhaf.. Paan kat sini sayang”kata Sufian bila melihat Zharif memandangnya.
“kau.... nak apa?”Zharif cuba bercakap
“Zhaf..Paan ni”kata Sufian
“aku tak nak jumpa kau..keluar..keluar!”
“Zhaf??”Sufian aneh
“aku cakap keluar!! aku tak nak jumpa kau!! berambus!!”tengking Zharif

Sufian terkejut lalu berdiri. Begitu juga dengan Doktor Zahid. Zharif tiba-tiba menengking kuat.

“KELUARR!!!”


~bersambung~

03 October 2013

Tentang Rasa - part 25: Kembali -




Tentang Rasa - part 25: Kembali -


Suasana diruang tamu rumah Fakhri sunyi. Jam di ruang tamu menghampiri ke 3 pagi. Amran masih terjaga menanti kepulangan kekasihnya. Amran tidak pasti sama ada lelaki yang diminati kekasihnya itu pulang bersama. Amran mengharapkan agar lelaki itu tidak lagi menjejakkan kakinya dirumah kekasihnya.

Amran cukup pantang jika barang kepunyaannya dirampas oleh orang lain. Amran mudah mengamuk. Amran bersikap panas baran sejak kecil lagi. Amran langsung tidak peduli apa dan siapa yang dihadapinya sekiranya barang kepunyaannya dirampas dan disalah guna oleh orang lain. Jika amran bersikap begitu pada barang,maka amran boleh menjadi dua kali ganda lebih teruk dari jika orang yang dicintainya dirampas oleh orang lain.

Jika sebelum bercinta dengan Fakhri, Amran pernah bercinta dan berpasangan dengan lelaki lain sebelum ini. Lelaki yang dikenalinya sewaktu dia belajar di universiti. Namun perhubungan Amran dan lelaki itu tidak berkekalan, kerana lelaki itu akhirnya meninggalkan Amran setelah lelaki itu berubah cinta kepada lelaki lain. Amran bagaikan dirasuk kerana amarah yang keterlaluan pada lelaki itu sehinggakan mencederakan lelaki yang merampas kekasihnya. Amran tidak ingin perkara yang sama berlaku sekali lagi terhadapnya. Namun Amran tidak teragak-agak untuk bersikap begitu kepada Sufian jika Fakhri meninggalkannya.

Tombol pintu rumah dipulas. Amran menoleh ke arah pintu. Fakhri muncul dimuka pintu. Air muka Amran berubah ceria. Namun air mukanya berubah kelat bila Sufian melangkah masuk ke dalam rumah dibelakang Fakhri. Sufian terus beredar ke tingkat atas dan masuk ke dalam bilik. Fakhri mendapatkan Amran.

“kenapa tak tidur lagi?”tanya Fakhri
“am tunggu abang”kata Amran.
“tak perlu lah begitu”kata Fakhri
“Am cuma risaukan abang je. Am tak boleh tidur sebab risaukan abang”kata Amran lalu memeluk tubuh Fakhri.
“abang tak apa-apa lah. Dah pergilah masuk tidur”arah Fakhri
“abang tidur lah sekali”ajak Amran.
“abang nak ke dapur. Nak minum air”kata Fakhri lalu berjalan ke dapur
“oh abang. Ermm esok budak tu ada lagi ke?”tanya Amran
“budak mana?”Fakhri hairan
Amran menatap tajam mata Fakhri.
“Sufian? Ade. Kenapa pula tanya?”
“ingatkan dia nak keluar dari rumah ni. Yelah, sebab kejadian tadi mungkin memalukan dia dan dia rasa baik dia pergi dari tempat ini. Nasib baik waktu kejadian tu tak ada pelangan lagi kat gerai kita. Kalau ade pelangan yang nampak kejadian tadi mungkin mereka akan kecoh dan tak mahu makan burger kat gerai abang lagi, sebab dah tahu ada budak gay yang masak burger kat gerai abang!”
“Am... Am merepek apa ni?”
“Am cuma cakap je. Jangan nanti budak tu rosakkan business abang nanti”kata Amran lalu berjalan meninggalkan Fakhri yang terpinga-pinga.


*                               *                              * 


Pintu bilik dibuka perlahan-lahan. Sufian meninjau keadaan diluar bilik. Sunyi dan suram. Sufian melangkah berhati-hati menuju ke tingkat bawah. Sufian tidak mahu Fakhri dan Amran terjaga. Sufian kemudiannya membuka pintu rumah perlahan-lahan.

Makanan ikan ditaburkan ke dalam kolam. Sufian tidak boleh tidur. Hatinya kosong. Tiada langsung perasaan. Sufian tidak ingin memikirkan peristiwa dia dimalukan depan Fakhri dan Amran oleh abang kandungnya sendiri.

Sufian tidak menyangka ibunya tergamak menipu mengatakan Sufian merayu untuk pulang kerumah itu kembali. Sufian benar-benar kecewa dengan ibunya. Segala yang berlaku adalah tidak benar,malah Sufian lagi menjauhkan diri dari ibu dan keluarganya. Sekarang abangnya sudah mengetahui dimana Sufian berada. Sufian tidak sepatutnya berada disini. Sudahlah dibuang keluarganya, malah Sufian turut dibuang Zharif atas kesilapan bodohnya.

“Perpisahan akan berlaku juga tak kira macam mana pun kita pertahankannya.”kata Zharif lalu duduk disebelah Sufian.
“tapi berlaku dengan cara yang salah. I tak nak berpisah dengan cara begini, curang kepada you”kata Sufian.
“biar I mengundur diri. Biar kita berpisah. Makin lama kita bersama makin berat you nak lepaskan I. Akuinya sahaja Paan”cakap Zharif lalu tersenyum
“ye I mengaku. Memang berat. I tak boleh berjauhan dari you.”Sufian menatap wajah Zharif dalam-dalam.
“tapi you kena tahu yang hubungan begini tidak akan kekal. Janganlah nak tipu pada hakikat. Kebahagian yang kita kecapi ini membuatkan kita leka dan lalai sehingga lupa akan hakikat yang sebenarnya.”jelas Zharif sambil tersenyum
“tapi I dah tak de sesiapa lagi. Keluarga I dah buang I. You sendiri dah tinggalkan I. I sunyi. I sangat-sangat sunyi Zhaf. I tak boleh hidup tanpa you. I rasa kosong. I rasa bagaikan orang gila tanpa you disisi”luah Sufian.
“ye gila sampai you boleh imaginasikan I dan berbual dengan I sekarangkan”kata Zharif sambil tersenyum.
Pintu rumah tiba-tiba terbuka. Sufian menoleh ke arah pintu.
“kau buat apa kat sini?kenapa tak tidur lagi?”tanya Amran
“aku tak mengantuk”kata Sufian lemah.
Sufian menoleh ke arah Zharif. Hilang.
“Fakhri dah tidur tapi aku tak boleh tidur”sambung Amran
Sufian tidak berkata apa-apa.
“4 bulan. Dah 4 bulan aku dengan Fakhri bersama”kata Amran
Sufian senyap.
“aku tahu hubungan tu masih singkat. Tapi aku betul-betul mengharap agar ia kekal. Tapi sejak kau ada disini aku dah tak berani mengharap lagi.”Amran bersandar di dinding rumah tidak jauh dari Sufian.
Sufian memandang Amran.
“aku kenal Fakhri sepertimana kau mengenali Fakhri juga. Aku datang membeli burger digerainya. Dia kelihatan sibuk menguruskan perniagaannya. Dari situ aku dah tertawan. Aku tertawan melihat telatah dan gerak-gerinya. Aku memberanikan diri untuk menegurnya dan respon yang diberinya amat baik. Malah dia sudi mengambil aku untuk bekerja dengannya.”cerita Amran.

“hari ni merupakan hari pertama kau bekerja dengan aku. Kalau ada benda yang tak faham, kau tanya je aku.”kata Fakhri.
“baik bro”jawab Amran penuh semangat.
“ok, kau boleh start potong timun dengan kubis tu”arah Fakhri

“....Segalanya berjalan baik. Walaupun pada permulaannya aku agak slow sikit. Tapi fakhri tak kisah. Fakhri tak marah aku. Kalau dia mengeru pun dia akan tegur dengan cara baik dan sopan. Sikap dia buatkan aku betul-betul selesa. Hari-hari seterusnya aku dengan Fakhri makin rapat....”

“malam ni kalau kau nak tidur sini, boleh je. Lagipun kalau kau nak balik macam dah lewat sangat ni.hujan pun lebat lagi”kata Fakhri kepada Amran.
“takpela bro. Saya tunggu hujan berhenti dulu lah lepas tu saya balik”kata Amran
“kau tidur sini pun apa salahnya. Hujan baru je turun tu.lama lagi nak berhenti. Baik kau tidur je sini. Kau cakap dengan bapa kau yang kau tidur sini. Esok baru balik.”kata Fakhri
“ok”jawab Amran.
“kau tidurlah kat bilik ni. Bilik aku kat sebelah sana. Apa-apa hal kau cari je aku kat sana”kata Fakhri
“ok. Yang tu bilik siapa?”tanya Amran memandang bilik yang pernah didiami Sufian
“oh bilik tu. Tak de sape.”kata Fakhri
“saya tidur kat bilik tu boleh?dekat sikit dengan bilik bro”tanya Amran
“tak payahlah. Aku rasa bilik ni lagi ok je”kata Fakhri

“.. malam tu baru aku tahu siapa sebenarnya Fakhri dan malam itu juga aku tahu apa isi hatinya”

“Paan..Paan!!”
Amran tersentak bila mendengar suara jeritan. Amran menjadi takut.
“jangan Paan..tolong Paan!!”
Amran memberanikan diri berjalan keluar dari bilik dan mencari dari mana datangnya suara teriakan tersebut. Bilik Fakhri.
Amran membuka pintu bilik Fakhri. Amran terkejut melihat Fakhri meronta-ronta di atas katil.
“bro, kenapa ni bro?”Amran memegang badan Fakhri
“Paan jangan tinggalkan aku..tolong Paan..”
“bro bangun bro!! bro bangun!”Amran cuba mengejutkan Fakhri yang sedang mengigau.
“Paan aku cintakan kau Paan. Tolong jangan tinggalkan aku..Paan!”muka Fakhri di tepuk-tepuk Amran perlahan-lahan.
“Paan jangan tinggalkan aku!”Fakhri terus memeluk Amran. Amran menjadi binggung. Siapakah 'Paan' yang diigaukan Fakhri.

“aku minta maaf sebab takutkan engkau malam tadi”kata Fakhri
“tak aku ok je.”jawab Amran.
“betul ke?”
Amran mengangukkan kepala
“Kalau macam tu baguslah”Fakhri lega.
“siapa Paan?”tanya Amran
Fakhri tersentak
“kekasih bro ke?”tanya Amran
Fakhri menudukkan mukanya.
“tapi Paan tu nama macam lelaki. Bro ni..”kata Amran
“dah nak dekat tengahari ni. Aku rasa baik kau balik. Risau pula mak kau nanti”Fakhri mengubah topik.

“....Aku dah tahu siapa sebenarnya Fakhri. Lelaki yang aku minati dalam diam rupanya senaluri dengan aku. Aku betul-betul teruja bila dapat tahu Fakhri begitu. Sejak dari itu aku makin rapat dengan dia. Tapi aku masih tak berani nak dedahkan identiti sebenar aku kepada dia. Aku takut kalau dia tak boleh terima aku. Dalam diam aku pendam rasa ini.rasa suka pada dia. Entah mengapa aku menjadi sayang kepada dia. Hubungan aku dan Fakhri menjadi bertambah rapat bila Fakhri mengajak aku untuk tinggal bersama dengannya....”

“jemputlah masuk,inilah rumah saya. Abang duduk dulu, saya pergi ambil beg pakaian kejap”kata Amran memperlawa Fakhri masuk.
“ok”kata Fakhri tersenyum lalu duduk di sofa.
“kawan Am ke?”tanya seorang lelaki yang tiba-tiba keluar dari bilik tengah rumah itu.
“ye”jawab Fakhri sepatah.
“abang Amran ke?”tanya Fakhri
“abang? Haha kawan la”jawab lelaki itu lalu duduk tidak jauh dari Fakhri.
“ingatkan abang Am tadi”
“Am dah tak baik dengan abang dia, buat apa dia nak duduk dengan abang dia”kata lelaki itu
“habis tu, abang Am duduk mana?”tanya Fakhri
“duduk kat rumah parents dia lah”
“ini bukan rumah keluarga Am ke?”
“ini rumah sewa lah. Am dah lama sewa kat sini”kata lelaki tiu.
Fakhri sedikit keliru.
“Amran sebenarnya budak baik, tapi panas baran. Dia keluar dari rumah itu sebab bergaduh dengan abang dia. Parents Am ok dengan Am. Adik beradik lain semua ok. Tapi abang Am je yang tak ok. Abang Am pun macam Am juga. Keras kepala dan panas baran. Dah puas bertumbuk dengan abang dia, akhirnya Am duduk dengan aku disini. Sebab tak nak bergaduh lagi dengan abang dia yang keras kepala tu.”cerita lelaki itu.
“bergaduh fasal apa?”tanya Fakhri
“err yang itu..aku rasa baik kau tanya pada Am sendiri”kata lelaki itu.
“ok jom dah siap dah!”jerit Am ketika keluar dari bilik.
“ok jom”jawab Fakhri

“...Pada mulanya berat untuk aku ceritakan hal yang sebenar pada Fakhri..tapi aku nak jujur pada dia. Aku nak dia terima aku seadanya aku. Setelah aku ceritakan kisah sebenar pada Fakhri, Fakhri bersikap neutral. Fakhri terima aku...”

“Paan!!”
“bro bangun bro!”kejut Amran
Fakhri mengigau lagi.

“....Berulang kali aku terjaga dari lena sebabkan Fakhri meracau dan mengigau. Aku buntu siapakah Paan yang selalu diigaukan dia. Setelah puas aku memaksa, akhirnya Fakhri menceritakannya kepadaku. Siapa sebenarnya Paan...”
Sufian menatap tajam wajah Amran untuk mendengar cerita yang selanjutnya.

“Paan sebenarnya adalah insan yang istimewa bagiku. Aku jatuh cinta dan mencintai Paan. Aku terpikat dengan personalitinya. Paan pernah tinggal disini. Tapi Paan tinggal dengan kekasihnya. ”cakap Fakhri
“kekasih?”tanya Amran
“ye kekasih. Paan dah mempunyai kekasih. Namun itu tak menghalang perasaan aku pada dia. Sebab aku betul-betul dah jatuh cinta pada dia. Aku tak pernah ada rasa macam ni pada sesiapa. Walaupun waktu itu aku juga sudah ada pasangan.”
“abang dah ada kekasih juga?”tanya Amran
“ye”
“kalau abang dah ada kekasih kenapa abang masih memendam rasa pada Paan?”tanya Amran
“sebab dia betul-betul cinta pandang pertama aku. Aku jatuh cinta pada dia sejak pertama kali lagi aku melihat dia walaupun pada masa tu aku tak tahu pun dia bernafsu pada lelaki”kata Fakhri
“tapi dia sudah berpunya. Dia dah jadi milik orang. Lagipun abang pun dah ada kekasih abang pada waktu itu.”
“tapi aku tetap mencintai dia. Rasa ini bertambah kuat lagi bila aku dah berpisah dengan kekasihku”kata Fakhri
“habis tu abang sekarang single lah?”
“ye. Aku dah luahkan rasa aku pada Paan. Aku macam orang bodoh sebab buat begitu. Aku tahu dia sudah berpunya tapi aku masih juga luahkan hasrat hati aku ni. Namun Paan menolaknya. Walaupun aku tahu akan hakikat tersebut,tapi aku tak mampu nak menerimanya. Bagiku Paan hanya berhak untuk aku”
“habis tu sekarang ni? Abang masih memendam rasa pada dia lagi?”
Fakhri tidak menjawab.

“..habis tu, macam mana kau dan Fakhri boleh bercouple?”tanya Sufian
Amran berdiam diri. Bunyi unggas dan cengkerik masih berbunyi lagi. Waktu sudah merangkak ke awal subuh.
“hari demi hari berlalu dengan adanya aku disisi Fakhri. Aku dapat lihat sendiri airmuka Fakhri mula berubah ceria. Aku tidak mahu terburu-buru meluahkan rasa hati ku pada dia. Sebab ingatan dia terhadap kau masih lagi kuat. Namun sinar ceria sudah jelas diwajahnya. Fakhri tidak sunyi lagi bila aku hadir dalam hidup dia. Fakhri berasa senang dengan kehadiranku. Hingga ke satu tahap, aku rasa sudah sampai waktunya aku katakan apa yang terbuku dihatiku. Pada mulanya Fakhri sukar menerima kenyataan. Namun lama-kelamaan Fakhri dapat terima aku. Dan nama 'Paan' tidak lagi keluar dibibirnya. Sejak itu aku rasa bahagia. Hubungan aku dan Fakhri benar-benar rapat.”jelas Amran.
Sufian hanya mendengar tanpa mencelah. Memang Sufian tidak pernah menyimpan rasa kepada Fakhri. Kerana segala rasanya hanya tertumpu kepada Zharif.
“tapi sejak kau kembali, aku melihat perubahan pada Fakhri. Kau kembali seolah-olah membangkitkan rasa cintanya kepada kau yang aku pasti sudah ku hapuskan. Tapi kau kembali.”
“aku tak pernah ada rasa papa-apa pada Fakhri. Kau jangan risau tentang itu. Lagipun Fakhri sudah menjadi milik kau. Kau tak perlu risau lagi”yakin Sufian
“tapi kau kembali. Kau datang semula kesini. Ke Fakhri. Fakhri akan mula menyemai rasa kepada kau semula”kata Amran
“tak. Aku tak akan biarkan itu berlaku”
“jangan cakap je”
“memang aku akan halang Fakhri dari menyimpan rasa kepadaku.”tegas Sufian
Amran melangkah ke pintu rumah.
“aku harap hubungan kau dan kekasih kau akan pulih supaya kau segera tinggalkan tempat ini. Tinggalkan Fakhri dan jangan kembali lagi”kata Amran lalu masuk kedalam rumah.
Sufian mengeluh panjang lalu melihat kolam ikan semula.

Selepas bersenam Fakhri kemudiannya mandi membersihkan diri dan menyegarkan badan. Amran masih lena. Fakhri berjalan ke bilik Sufian. Pintu bilik tidak berkunci. Fakhri tersenyum melihat Sufian yang lena.

Hari ini merupakan hari dimana Fakhri tidak berniaga burger. Hari cuti bagi pekerjanya. Fakhri berjalan ke dapur. Waktu sudah menghampiri tengahari. Fakhri ingin menyediakan hidangan tengahari buat kekasihnya dan juga lelaki yang diminatinya.

Sufian melangkah kedalam lift apabila pintu lift tersebut terbuka. Sufian kelihatan sungguh ceria. Sufian menanti penuh debaran untuk pintu lift tersebut terbuka. Sufian berpakaian kemas dan nampak begitu kacak sekali. Tangannya dimasukkan kedalam poket seluar. Pintu lift terbuka, Sufian melangkah keluar dari lift dengan senyuman. Sebuah bilik gelap dimasuki Sufian. Terdapat sebuah katil yang yang ditutupi selimut putih. Sufian mendekati katil tersebut. Kain selimut diselaknya.

“ I tetap mencintai you Paan”kata Zharif yang terbaring dibalik selimut itu.

“huh!”Sufian terjaga dari tidur.
“Zhaf!”terpacul dari mulut Sufian.

Sufian berlari ke dapur mendapatkan Fakhri.

bro..tolong aku”kata Sufian sambil menitiskan air mata.
Fakhri terpinga-pinga melihat Sufian.

*                            *                               * 

Setelah selesai menjamah hidangan tengahari, kereta Fakhri mula bergerak keluar dari perkarangan rumahnya. Sufian nampak tidak tenang ditempat duduk belakang. Sufian berasa tidak sedap hati sejak sedar dari tidur lagi. Malah makanan tegahari yang dimasak Fakhri juga hanya dijamah sedikit.

Sesekali Fakhri melihat Sufian melalui cermin pandang belakang. Amran pula sedang tidur disebelah Fakhri. Fakhri memandu kereta sedikit laju dari tadi. Kerisauan diwajah Sufian seolah-olah memaksa Fakhri untuk menekan lebih pedal minyak.

Tepat pukul 2 petang destinasi yang dituju akhirnya tiba. Kereta diberhentikan Fakhri tidak jauh dari rumah Hadi, kawan serumah Zharif. Sufian meluru keluar dari kereta. Dan memasuki pintu pagar rumah tersebut.

“Assalammualaikum!”Sufian memberi salam sambil mengetuk pintu rumah.
Fakhri dan Amran berdiri dibelakang Sufian.
“betul ke Zhaf duduk kat rumah ni?”tanya Fakhri
“ye, aku tahu. Selepas Zhaf keluar dari hostel, rumah inilah yang dia duduk dengan kawan dia.”jawab Sufian.
Pintu rumah dibuka.
“ye cari siapa?”tanya seorang lelaki yang sebaya Sufian dimuka pintu.
“Zhaf ada?”tanya Sufian
“Zhaf?”lelaki itu pelik
“ye Zhaf.. Zharif dia kawan Hadi. Hadi tinggal kat rumah ini kan?”kata Sufian
“kejap ye.. Hadi!! ada orang cari kawan kau!”jerit lelaki itu.
Beberapa minit kemudian keluar seorang lelaki yang dikenali Sufian. Hadi.
“kau nak apa?”tanya Hadi
“aku cari Zhaf.”jawab Sufian
“buat apa kau cari dia lagi?”tanya Hadi sambil memandang Fakhri dan Amran.
“aku nak jumpa dia”jawab Sufian.
“seingat aku dulu aku pernah cakap kan pada kau yang Zhaf tak nak jumpa kau lagi. Kau tak faham-faham lagi ke?kau tak boleh biarkan dia hidup tenang ke? Kenapa kau nak kembali kepada dia lagi?”tanya Hadi
“aku cakap aku nak jumpa Zhaf! Mana Zhaf?!”tegas Sufian. Wajah Sufian mula berubah. Sedikit kemerahan menahan marah.
“Zhaf dah tak duduk kat sini lagi!”kata Hadi
“habis tu kat mana dia sekarang?”
“Zhaf ada kat hospital sekarang. Zhaf ada kanser kulit yang sudah merebak ke otak dia”kata Hadi.

Sufian tergamam. Sufian terkaku sebentar. Tangannya memicit kepalanya. Air matanya mula mencurah perlahan.

“Ya Allah..Zhaf”


~bersambung~