27 January 2014

Tentang Rasa -Akhir- (teaser)




Tentang Rasa -Akhir- (teaser)


Hujan turun dengan renyai membasahi bumi. Fakhri menghidupkan enjin keretanya. Lampu dinyalakannya rendah. Suasana suram malam itu diterangi sedikit dengan lampu kereta Proton Saga itu. Fakhri hanya memandang ke arah Amran yang sedang berdiri di koridor bangunan yang berdekatan dengan lift. Amran menangis teresak-esak.

Fakhri hanya melihat Amran dari dalam kereta dengan pandangan hampa. Hampir seminit berlalu, Fakhri memasukkan gear undur lalu keretanya mengundur ke belakang. Fakhri menolak tombol gear ke angka satu. Fakhri mengalihkan pandangannya dari Amran lalu memandu keluar keretanya dari perkarangan bangunan mewah itu. Kereta Fakhri meluncur laju membelah kesunyian malam.





Zharif mencuci wajahnya lalu memberus gigi. Sufian hanya memerhati tidak jauh dibelakang Zharif. Risau jika Zharif tergelincir jatuh didalam tandas itu. Zharif megelap mukanya dengan tuala. Zharif sedikit aneh melihat kelainan pada rambutnya di refleksi di cermin. Zharif mengusap rambutnya. Zharif sedikit terkejut melihat gengeman tangan terlekat rambutnya.

“dulu ramai yang puji rambut saya cantik..”Suara Zharif dalam nada hampa.
“ermm awak belum pernah botak, saya rasa baik awak cuba botak, rasanya awak akan lebih maskulin jika awak botak”cadang Sufian bagi menceriakan hati Zharif.
Zharif tidak membalas kata-kata Sufian, Zharif hanya melihat helaian demi helaian rambutnya.




“mungkin benar kata Paan, I patut kembali ke pangkuan suami I”jawab Adriana.
“tapi Ana, jika you kembali itu menandakan yang you seorang wanita yang lemah dan gagal dengan pendirian diri you”tegas Zharif
“tapi Zhaf ini juga untuk kepentingan nama baik keluarga I !”nada Adriana sedikit tinggi





“you bercakap dengan siapa?”tanya Sufian kehairanan melihat perlakuan Zharif yang bercakap seorang diri sejak dari tadi lagi.
“mana ada”nafi Zharif sambil mengerling ke sudut bucu bilik wadnya itu.





“awak sendiri nampak dengan mata awak sendiri, dia pergi begitu sahaja meninggalkan awak! Untuk apa lagi awak kembali dan merayu pada dia?. Jika benar cinta dia utuh pada awak, dia tidak akan bersikap begitu malah menhadapinya dengan matang!”tegas Zulfadhli sambil memeluk tubuh Amran erat-erat. Amran meronta-ronta lalu menolak tubuh Zulfadhli.
“tiada siapa yang mampu menghadapinya dengan matang jika perkara begini berlaku depan matanya sendiri!”tengking Amran
“habis tu apa yang awak buat lagi disini? Berdiri disini. Sedangkan dia menanti awak tadi. Tapi awak tak pergi kepada dia. Kenapa? Kenapa?”tanya Zulfadhli
Amran tergamam sebentar, airmatanya masih menitis membasahi pipi.
“awak sebenarnya masih menyimpan perasaan pada saya kan, sebab tu berat hati dan kaki awak untuk melangkah pergi meninggalkan saya!”kata Zulfadhli.
Amran mati akal untuk menbalas dan membidas kata-kata Zulfadhli.





“jadi, inilah waktunya perpisahan untuk kita?”tanya Sufian
Zharif menundukkan wajahnya dari menatap wajah sunggul Sufian.
“tapi awak akan kembali kan?”tanya Sufian lagi cuba mengawal airmatanya dari gugur
Zharif tidak bersuara hanya terus menundukkan wajahnya memandang selimut yang menutup ribanya.





“aku tak sangka akhirnya hanya kita berdua sahaja yang tinggal dalam hubungan ini.”kata Amirah ketika melihat Sufian menghirup minumannya.
Sufian tidak bersuara. Wajahnya kelat. Sufian cuba untuk senyum bagi memberi respon kepada kata-kata Amirah.
“mungkin tak”kata Amirah lalu menoleh ke arah lelaki yang sedang membungkus burger di warung yang tidak jauh dari meja mereka.
“mungkin bertiga”tambah Amirah.
Sufian hanya melihat ke arah Fakhri yang sibuk melayan pesanan dari pelangan yang datang. Sufian hanya mendiamkan diri. Matanya tetap memandang ke arah Fakhri. Sufian mengalihkan pandangannya kembali ke arah Amirah. Sufian tersenyum.



-NOVERL BERSIRI TENTANG RASA BAKAL TAMAT. UNTUK MENGETAHUI PENAMAT BAGI SIRI 'TENTANG RASA' INI, NANTIKAN BAHAGIAN PENUH, PENGAKHRIRAN BAGI NOVEL BERSIRI INI HUJUNG JANUARI INI.-

6 comments:

  1. Terima kasih Kuzhairi...looking forward nak baca the 'finale' tentang cerita ini....

    ReplyDelete
  2. jeng jeng jeng...kalo ikutkan hati nak suruh ko jangan tamatkan citer ni..tp setiap drama mesti ada The End..
    so next movie coming soon...:)

    ReplyDelete
  3. I cant wait for the season finale!
    Thanks Khuzai.

    CK

    ReplyDelete
  4. Love it. Hoping that the finale will be as equally good or better.

    ReplyDelete
  5. Bro, dah awal February.. X sabar2 menanti citer ni.. cepat la Khuzai.. :)
    Tq.

    CK

    ReplyDelete
  6. salamekom..o bang khuzai ..wakakakaka..
    ko buatapa tu?
    raveling erk?
    bila nak sin alif bong sambong

    ReplyDelete