14 February 2014

Tentang Rasa -AKHIR-



Tentang Rasa -part 30: Tiada Jalan Kembali 

Hujan turun dengan renyai membasahi bumi. Fakhri menghidupkan enjin keretanya. Lampu dinyalakannya rendah. Suasana suram malam itu diterangi sedikit dengan lampu kereta Proton Saga itu.  Fakhri hanya memandang ke arah Amran yang sedang berdiri di koridor bangunan yang berdekatan dengan lift. Amran menangis teresak-esak.

Fakhri hanya melihat Amran dari dalam kereta dengan pandangan hampa. Hampir seminit berlalu, Fakhri memasukkan gear undur lalu keretanya mengundur ke belakang. Fakhri menolak tombol gear ke angka satu. Fakhri mengalihkan pandangannya dari Amran lalu memandu keluar keretanya dari perkarangan bangunan mewah itu. Kereta Fakhri meluncur laju membelah kesunyian malam.

Hujan masih turun dengan renyainya. Amran masih berdiri diperkarangan lift. Mukanya sedikit pucat. Airmatanya masih mengalir. Suasana dikawasan kondominium itu sedikit sunyi setelah kereta Fakhri meninggalkan kawasan kondominium tersebut. Pintu lift terbuka. Zulfadhli berjalan keluar dari perut lift dan menuju ke arah Amran.

“Am”panggil Zulfadhli lalu memaut bahu Amran dari belakang.
Amran diam.
“sudahlah tu. Jom balik”ajak Zulfadhli
Amran masih tidak memberi sebarang respon. Amran mengesat airmatanya. Amran berpaling memandang Zulfadhli.
“kenapa?”tanya Amran
“apa?”Zulfadhli binggung
“kenapa perlu awak hancurkan hubungan saya dengan dia?”tanya Amran.
Zulfadhli tidak menjawab. Zulfadhli serba-salah.
“Am, saya hanya buat yang terbaik untuk awak. Saya adalah terbaik untuk awak. Bukan dia.”kata Zulfadhli
“soal terbaik itu saya yang nilaikan. Bukan awak. Awak tak ada hak untuk nilaikan apa-apa untuk saya. Saya yang buat penilaiannya sendiri dan Fakhri adalah yang terbaik untuk saya!”tegas Amran
“awak sendiri nampak dengan mata awak sendiri, dia pergi begitu sahaja meninggalkan awak! Untuk apa lagi awak kembali dan merayu pada dia?. Jika benar cinta dia utuh pada awak, dia tidak akan bersikap begitu malah menghadapinya dengan matang!”tegas Zulfadhli sambil memeluk tubuh Amran erat-erat. Amran meronta-ronta lalu menolak tubuh Zulfadhli.
“tiada siapa yang mampu menghadapinya dengan matang jika perkara begini berlaku depan matanya sendiri!”tengking Amran
“habis tu apa yang awak buat lagi disini? Berdiri disini. Sedangkan dia menanti awak tadi. Tapi awak tak pergi kepada dia. Kenapa? Kenapa?”tanya Zulfadhli
Amran tergamam sebentar, airmatanya kembali menitis membasahi pipi.
“awak sebenarnya masih menyimpan perasaan pada saya kan, sebab tu berat hati dan kaki awak untuk melangkah pergi meninggalkan saya!”kata Zulfadhli.
Amran mati akal untuk menbalas dan membidas kata-kata Zulfadhli.

Memang benar kata Zulfadhli. Jauh disudut hati Amran masih ada menyimpan rasa kepada Zulfadhli. Manakan tidak jika Amran sendiri merelakan tubuhnya diratah dengan berahi oleh Zulfadhli sebentar tadi hinggakan terleka dan tidak menyedari bahawa Fakhri melihat setiap detik-detik perlakuan songsang itu di ruang tamu depan mata Fakhri sendiri.

Zulfadhli memeluk Amran dan menenangkannya. Amran memeluk Zulfadhli kembali dalam sendu-sedan. Amran tidak mampu untuk melawan Zulfadhli kerana setiap kata-kata Zulfadhli adalah benar. Amran masih mempunyai rasa kepada Zulfadhli meskipun sudah hampir 6 bulan mencintai Fakhri.


*                 *                  * 


Sufian berjalan laju membawa bungkusan plastik yang berisi nasi lemak dan the tarik ke bilik Zharif. Zharif tersenyum menyambut kehadiran Sufian. Sufian mengambil cawan dimeja disisi katil Zharif lalu menuangkan the tarik yang dibungkus itu kedalam cawan tersebut. Zharif membuka bungkusan nasi lemak itu.

“awak dah makan ke?”tanya Zharif
“dah makan dah tadi. Surat khabar hari ini ke?”Sufian mengambil surat khabar dikerusi.
“ye, abang saya beli tadi.”jawab Zharif lalu menyuapkan nasi lemak kemulutnya.

Sudah hampir seminggu Sufian berulang-alik dari rumah abang Zharif ke hospital umpama hospital ini rumah ke tiganya selepas rumah abang Zharif. Zharif kini selesa dengan kehadiran Sufian yang menemaninya saban hari. Malah Zharif juga memberikan Sufian mengunakan keretanya untuk memudahkan Sufian datang ke hospital.

Hubungan mereka tetap baik dan akrab walaupun sudah tidak bersama sebagai kekasih. Sufian kini matang menerima takdir yang dia mungkin tidak akan bersama dengan Zharif untuk selamanya. Malah Sufian juga membantu dan menyokong perubahan Zharif. Zharif kini kelihatan lebih sihat selepas pembedahan membuang ketumbuhan di otaknya. Zharif hanya kini menjalankan rawatan Chemotherapy bagi memastikan sel-sel barah dibadannya hilang.

“abang saya kata jika scan nanti clear saya dah boleh pulang kerumah dan datang 2 minggu sekali untuk rawatan chemo sahaja, dah tak perlu tinggal dihospital lagi”kata Zharif.
“baguslah kalau macam tu. Maknanya awak sekarang dah semakin pulih dari cancer”kata Sufian.
“itulah, tak sabar nak duduk rumah. I hate hospital!”Zharif tersenyum sambil mengusap mukanya.
“hehehe”Sufian tersenyum memandang Zharif
“saya nak mandilah”kata Zharif lalu berdiri.
“hey, mana boleh. Chemo awak tu masih belum habis lagi. Awak janganlah banyak bergerak. Awak kena banyak rehat”Sufian gusar.
“tak apalah. Saya dah ok. Tengok ni saya boleh je berdiri dengan seimbang”kata Zharif ketika berdiri.
“nampaknya rawatan chemo ini tak bagi kesan pada tenaga awak”kata Sufian.
“hehehe”Zharif gembira lalu berjalan ke tandas di dalam biliknya sambil sebatang besi yang tergantung sebotol cecair chemo IL-2.

Zharif mencuci wajahnya lalu memberus gigi. Sufian hanya memerhati tidak jauh dibelakang Zharif. Risau jika Zharif tergelincir jatuh didalam tandas itu. Zharif megelap mukanya dengan tuala. Zharif sedikit aneh melihat kelainan pada rambutnya di refleksi di cermin. Zharif mengusap rambutnya. Zharif sedikit terkejut melihat gengeman tangan terlekat rambutnya.

“dulu ramai yang puji rambut saya cantik..”Suara Zharif dalam nada hampa.
“ermm awak belum pernah botak, saya rasa baik awak cuba botak, rasanya awak akan lebih maskulin jika awak botak”cadang Sufian bagi menceriakan hati Zharif.
Zharif tidak membalas kata-kata Sufian, Zharif hanya melihat helaian demi helaian rambutnya.

Malam itu angin berhembus dingin. Amirah masih menantikan ketibaan kekasihnya. Hampir 30 minit Amirah membuang putung rokok ke dalam longkang. Amirah merenung kembali pintu masuk sebuah bangunan membeli-belah itu. Sejak kekasihnya bekerja sebagai jurujual di salah sebuah kedai di dalam bangunan beli-belah itu, Amirah sentiasa akan mengambil dan menghantar kekasihnya pulang kerumah.

30 minit sudah berlalu. Amirah mulai gusar. Telefon bimbitnya di keluarkan dari kocek. Tiada sebarang Sms atau panggilan tidak terjawab yang terpapar di skrin telefon bimbitnya. Amirah mulai membuat panggilan kepada kekasihnya. Peti suara.

Amirah menghidupkan enjin keretanya tika melihat kekasihnya keluar dari bangunan tersebut. Kekasih Amirah berhenti di perkarangan pintu masuk utama pusat membeli-belah tersebut. Kekasih Amirah memandang keadaan sekeliling.

Amirah menghubungi kekasihnya. Amirah ingin memberitahu diamana lokasi dia berada. Namun sekali lagi panggilannya tidak berjawab. Amirah berjalan menghampiri kekasihnya yang sedang berdiri di celah-celah kerumunan orang ramai yang sedang keluar masuk ke pusat membeli-belah itu.

Tiba-tiba seorang wanita yang tingginya tidak jauh beza dari Amirah menghampiri kekasihnya dan terus memeluk kekasihnya. Langkah Amirah terhenti. Dua biji bola mata Amirah tidak bergerak memandang kekasihnya dan wanita itu. Kekasih Amirah berjalan meninggalkan perkarangan pintu masuk bangunan itu bersama wanita itu dan menghilang dicelah-celah deretan kereta di kawasan parkir itu.

Selesai mandi, Sufian terus berlalu ke dalam bilik Zharif. Abang Zharif sedang memasak di dapur. Isteri dan anak-anak doktor Zhaid masih belum pulang dari bercuti di kampung. Ini membuatkan Sufian lebih selesa untuk tinggal lebih lama di rumah abang Zharif sementara menanti Zharif keluar dari hospital.

Waktu menunjukkan tepat pukul 9 malam. Malam ini Sufian tidak menemani Zharif dihospital. Awal pagi esok Sufian akan ke Universiti untuk berjumpa dengan pensyarahnya bagi menguruskan proses membuat praktikal di salah sebuah firma swasta. Setiba di dalam bilik, sufian terus melucutkan tuala yang melilit pingangnya. Tuala tersebut terus digunakannya untuk mengelap sisa air yang masih ada di badannya.

Sufian melihat refleksi dirinya di cermin. Warna perang dirambutnya semakin luntur. Sufian menatap gambar wajah Zharif yang terlekat disisi cermin itu. Masih terbayang lagi difikirannya saat Sufian dan Zharif bercuti di Langkawi bersama Adriana dan Amirah. Zharif pernah memeluk Sufian dari belakang dalam keadaan masing-masing tanpa seurat benang ditubuh mereka. 'we belong together' bisik Zharif ke telinga Sufian lalu menguncup pipi kekasihnya.

Sufian masih berdiri terpacak di hadapan cermin sambil mengingati saat-saat indah dirinya di dalam pelukan hangat Zharif pada malam itu. Sufian berbaring di atas katil sambil tangannya mengusap dan membelai serta mengengam daging yang semakin mengeras dibawah pusatnya. Walaupun mata Sufian terpejam, namun pandangannya jelas mengingati saat-saat Zharif menindih badannya.

Sufian makin jauh melayari bahtera syawatnya yang sudah lama tidak berbangkit itu. Bibirnya diketap geram bila mengingati bibir Zharif pernah hingap dibibirnya dahulu. Nafasnya semakin kencang sekencang nafasnya dahulu ketika Zharif menelan daging yang sedang keras dipegangnya sekarang. Sufian terus mengurut laju dagingnya yang sedang mengeras dan sedikit mengembang itu.

“Paan jom ma..”pintu biliknya ditolak doktor Zahid.
“kan”doktor Zahid menghabiskan ayatnya dalam keadaan terkejut melihat tubuh anak muda yang terdedah itu.
Sufian terkejut lalu menyembunyikan daging yang keras itu dengan tuala mandinya tadi.
Abang Zharif kemudiannya mengundur dan menutup pintu bilik Zharif.
Sufian menekup mukanya menahan malu.

Rancangan ditelevisyen langsung tidak diendahkan Zharif. Selepas selesai makan malam, Zharif masih leka membaca komik yang dibeli Sufian semalam di kedai buku. Pintu biliknya terbuka. Zharif mengalihkan pandangan ke muka pintu. Zharif hanya memandang seorang lelaki yang berdiri memandangnya kembali. Airmuka Zharif agak terkejut melihat lelaki itu.

“Hi Zhaf”ucap Faizul.
Zharif tidak bersuara. Tiada sebarang reaksi darinya.
“boleh aku masuk?”tanya Faizul
Zharif menganguk perlahan kepalanya
Faizul tersenyum lalu menghampiri katil Zharif. Zharif bersalaman dengan lelaki itu.
“kau sihat?”tanya Faizul
“tak. Sebab tu aku ada kat sini”jawab Zharif
Faizul menatap wajah Zharif yang agak cengkung sedikit.
“aku minta maaf sebab baru sekarang berpeluang untuk menjenguk kau”kata Faizul
“tak perlu nak minta maaf”balas Zharif.
“tentulah perlu. Kau tahu kan aku masih setia menyanyangi kau”kata Faizul lalu memegang tangan Zharif
Zharif menarik tanganya dari gengaman Faizul.
“kau buat apa ni?”Zharif pelik
“walaupun kau sakit tapi aku setia menyanyangi kau Zhaf. Selepas ini kau jangan risau, aku akan sentiasa bersama dengan kau hingga kau pulih”kata Faizul bersunguh-sunguh.
Zharif mengelengkan kepalanya.
“aku rasa kau masih silap dan tak nampak lagi hakikat sebenarnya atau mungkin kau tak faham dengan apa yang aku katakan dulu”kata Zharif.
“tak bukan aku yang tak nampak, bukan aku yang tak faham, tapi kau. Kau masih tak nampak betapa aku mencintai kau walaupun kau dalam keadaan begini”kata Faizul
“cinta? hahaha”Zharif tertawa
“Faizul..”
its Ijoi!”
“ok, Ijoi. Dengar apa yang aku nak cakap. Kau dengan aku memang tak akan bersama. Memang tak akan bercinta. Kau masih tak sedar lagi ke? Atau kau mungkin tak faham kata-kata aku yang kita tak akan bersama? Kau faham tak? Tak akan bersama!”tegas Zharif.
“kenapa pula?”tanya Faizul
“sebab kita ni lelaki. Dua-dua lelaki. Mana boleh bersama!”tegas Zharif
“hahahaha lawak la kau ni. Hahaha tak mengapa, aku suka seorang boyfriend yang pelawak”kata Faizul
“lawak apa pula ni. Aku cakap perkara yang benar”kata Zharif
“benar? Tantang apa? Tentang lelaki tak boleh bersama dengan lelaki?. Memang lah tak boleh. Lelaki tak boleh kahwin dengan lelaki jika lelaki itu straight. Hahaha kau jangan nak budget straight la. Kau tu gay. Sebab itu kau bercouple dengan Paan”kata Faizul.
“aku dengan Paan sudah tiada apa-apa lagi”kata Zharif.
Dahi Faizul berkerut sedikit.
“jadi maknanya kau sekarang ni single? Kau dah tinggalkan Paan?”tanya Faizul seolah tidak percaya.
Zharif mengangukkan kepala.
“baguslah tu. Jadi mulai sekarang kau tidak akan single lagi. Sebab sekarang kau sudah bercouple dengan aku. Mulai malam ni, kita rasmi menjadi kekasih”kata Faizul.
“hahaha”giliran Zharif pula ketawa
“Ijoi. Walaupun aku dah putus dengan Sufian. Itu tak bermakna aku nak bercinta atau bercouple dengan sesiapa lagi. Aku nak berubah”kata Zharif.
“berubah? Maksud kau?”Faizul hairan
“aku nak berubahlah. Aku nak jadi straight semula. Nak jadi lelaki sejati.”jelas Zharif
“hahahaha hahaha”Faizul ketawa terbahak-bahak
“kau memang lawak la Zhaf. Aku suka betul dapat boyfriend macam kau ni. Hehehe”
“Ya Allah!. Ijoi.! Aku dah nak mati dah ni. Aku tak nak mati sebagai seorang hamba yang dilaknati-Nya. Aku bukan suka-suka untuk berkata begini. Aku memang nak berubah. Tolong jangan heret aku lagi ke dunia gelap itu. Aku nekad tinggalkan Paan sebab aku nak berubah. Aku tak nak mati nanti dalam keadaan aku dilaknati-Nya dan Nabi tidak mahu mengaku aku sebagai umatnya!”tegas Zharif.
Faizul terdiam dan terlopong mendengar penjelasan Zharif.
“hahahahaha hahahahaha kau betul-betul buat lawak lah Zhaf hahahaha”Faizul ketawa berdekah-dekah
Zharif menepuk dahinya. Bengang bila kata-katanya dipermainkan oleh Faizul.

“err.. maaf encik. Tapi boleh perlahan sedikit tak. Ini hospital”tegur seorang jururawat dimuka pintu bilik Zharif.
“oh maaf”kata Faizul yang cuba menahan ketawa
“lagi satu, waktu melawat dah tamat dah. Pelawat tak boleh berada disini lagi”tambah jururawat itu.
“ok baik. Saya balik sekarang. Ok Zhaf jaga diri baik-baik ye. Esok aku datang lagi”kata Faizul dalam senyuman dan berlalu keluar dari bilik. Pintu bilik ditutup jururawat itu. Zharif semakin benci pada Faizul. Kemunculan Faizul semula cuba mengoyahkan imannya.


*                       *                        * 


Sufian sesekali mengerling ke arah doktor Zahid yang sedang mencedok nasi ke dalam pinganya. Sufian menyuap nasi sedikit demi sedikit ke dalam mulutnya. Lauk-lauk yang dimasak doktor Zahid dipandangnya. Tiada siapa yang memulakan perbualan lagi. Sufian melihat doktor zahid lagi.

“Paan nak tambah nasi lagi ke?”tanya doktor Zahid
“ermm tak.. cukup lah ni”jawab Sufian
“ini je yang abang reti masak. Isteri abang yang ajar dulu”kata doktor Zahid.
“ini pun dah lebih bang”
Sufian berasa agak kekok bila memikirkan kembali saat-saat dimana doktor Zahid secara tidak sengaja melihat dia sedang beronani.
“ermm abang.. saya nak minta maaf fasal tadi”kata Sufian
“tak perlu minta maaf. Biasalah, budak-budak memang buat begitu”kata doktor Zahid
“ermm saya malu sangat-sangat pada abang”kata Sufian
“tak perlu malu lah. Abang pun lelaki juga. Abang pun pernah buat begitu juga dahulu”kata doktor Zahid.
“cuma.. abang nak tanya.. kamu ada bayangkan apa-apa ke ketika buat begitu?”tanya doktor Zahid.
“bayang? Bayangkan apa pula?”soal Sufian
“maksud abang, biasanya waktu kita buat itu. Kita selalunya bayangkan atau imaginasikan perkara-perkara tertentu. Paan ada bayangkan apa-apa ke?”tanya doktor zahid
“oh .. ye ermm saya ..”
“cakaplah, tak perlu nak malu.”
“Zharif. Saya bayangkan saat-saat bersama dengan Zhaf ketika dahulu”kata Sufian lalu meneguk minuman.
Abang Zharif itu hanya melihat anak muda yang sedang makan bersamanya.
“berhentilah.. maksud abang, berhentilah dari membayangkan Zhaf. Jika kamu nak buat lagi selepas ini, berhentilah dari membayangkan Zhaf. Dia kan sudah berubah. Tak elok jika kamu masih bayangkan dirinya yang dahulu, dirinya yang belum berubah itu.”kata doktor Zahid.
Sufian mengangukkan kepala.


Setelah selesai mandi Zharif mengelap badannya. Zharif mengusap kepalanya yang sudah botak. Abang Zharif membotakkan rambut Zharif pada awal pagi tadi selepas doktor melakukan pemeriksaan terhadapnya. Zharif hanya memandang dirinya yang sudah berubah di cermin itu. Nyata rawatan chemo itu merubah keadaan fizikal dirinya.

Zharif berjalan semula ke katilnya. Sebelum berbaring, Zharif sempat menoleh ke arah jam di dinding. Waktu sudah menghampiri tengahari. Badan Zharif sedikit kebas. Nafasnya turun naik dengan amat perlahan. Telinga Zharif mula berdesing. Nyata kesan chemo itu melemahkan tubuh badannya.

Pintu bilik Zharif terbuka. Adriana melangkah masuk sambil tersenyum. Adriana meletakkan bungkusan plastik berisi bekalan makanan ke atas meja di hujung katil Zharif. Adriana kemudiannya duduk disebelah Zharif.

“you look more mature now”kata Adriana.
“you think? I feel like an old man”kata Zharif sambil mengusap kepalanya yang botak itu.
“tak ada lah. Ini ada Kueh Teow Goreng. Makanlah.”kata Adriana.
“terima kasih”Zharif tersenyum.
“Paan mana?”tanya Adriana
“dia ke U pagi ni. Sebab hal prakikal dia”kata Zharif
“oh ok. Ermm nanti Zhaf bagi email kat Ana ye. By the way, facebook Zhaf dan tak de ke?”tanya Adriana.
“ye dah tak ade. Zhaf dah deleted akaun facebook Zhaf... tapi kenapa nak alamat email Zhaf?”tanya Zharif
“nanti senanglah kita nak berhubung”jawab Adriana.
“memang senang kan sekarang.. nanti Zhaf dah keluar hospital senanglah kita nak berjumpa dan melepak macam dahulu”kata Zharif.
Adriana terdiam dan mengalihkan pandangannya ke lantai
“Ana? Kenapa?”tanya Zharif
“Ana akan balik ke Dubai lusa ni”kata Adriana perlahan.
“oh.. sebab tu Ana minta email Zhaf. Tapi kenapa?”soal Zharif
“senanglah nanti kita nak berhubung”jawab Adriana
“bukan tentang itu, tentang ke Dubai. Kenapa Ana nak ke sana semula?”tanya Zharif.
“nak jumpa suami Ana”kata Adriana
“untuk apa?”soal Zharif serius.
Adriana terdiam seketika. Berat untuk dia berkata. Adriana tahu yang Zharif tidak ingin Adriana kembali berhubungan dengan suaminya semula.
“mungkin benar kata Paan, Ana patut kembali ke pangkuan suami Ana”jawab Adriana.
“tapi Ana, jika you kembali itu menandakan yang you seorang wanita yang lemah dan gagal dengan pendirian diri you”tegas Zharif
“tapi Zhaf ini juga untuk kepentingan nama baik keluarga I !”nada Adriana sedikit tinggi.

Zharif terdiam. Lidahnya kelu melihat airmata yang mengalir di pipi perempuan itu. Dapat Zharif bayangkan betapa peritnya hidup Adriana sebagai seorang isteri kepada lelaki durjana dan anak yang taat kepada perintah ibubapa. Adriana menangung beban yang berat, umpama Adriana kini sepertinya cuma kesakitan yang dihadapi Adriana lebih kepada emosi berbanding Zharif yang lebih pada faktor fizikal penyakit barahnya.

“Ana, maafkan Zhaf. Zhaf tahu Ana sedang menangung beban yang lebih berat dari Zhaf. Jika itu keputusan Ana. Zhaf terima. Zhaf akan sokong dan moga-moga segalanya baik-baik sahaja buat diri Ana”kata Zharif.
“terima kasih”kata Adriana terharu.

Zharif mengalihkan pandangan ke pintu bilik wadnya bila seorang lelaki berjalan masuk ke dalam biliknya. Zharif terkejut. Adriana berpaling ke arah lelaki tersebut yang belum pernah dilihatnya sebelum ini.

“hi Zhaf”tegur Faizul
Zharif cuba untuk tersenyum.
“hi, awak ni kawan Zharif ke?”tanya Faizul ke arah Adriana.
“ye.”jawab Adriana tersenyum
“saya Ijoi kawan Zharif.”kata Faizul memperkenalkan dirinya.
“saya Ana. Hurm saya tak pernah nampak pun awak sebelum ni? Awak kawan sekuliah dengan Zhaf ke?”tanya Adriana.
Zharif mula gelisah.
“saya dan Zharif belajar di Universiti yang sama.”kata Faizul lalu duduk disebelah Zharif dan memeluk bahu Zharif. Adriana kelihatan hairan melihat tindakan Faizul. Zharif mula tidak selesa.
“ermm kawan baik ke?”tanya Adriana
“ye kami kawan baik, kenapa?”kata Faizul dengan ceria.
“tak ada apa. Cuma nampak rapat semacam je”kata Adriana sambil melihat kemesraan Faizul kepada Zharif yang kelihatan tidak senang.
“ye kami rapat. Sebab kami .. sebab kami adalah kekasih”kata Faizul lalu menguncup dahi Zharif.
Adriana terlopong dan tidak menyangka akan mendengar ayat faizul yang ditutur tanpa segan silu. Zharif juga terkejut.
“err Zhaf?..”Adriana cuba mendapatkan penjelasan.
“apa ni Ijoi? Aku tak suka lah kau buat aku macam ni. Kau gila ke? Kau sedar tak kau cakap apa?. Jangan cakap sebarangan”
“apa pula? Kan betul kau kekasih aku dan aku kekasih kau. Apa nak disembunyikan lagi?.. oh .. oh sorry, aku ingat Ana ni dah tau tentang status kau sekarang”kata Faizul sambil mengarukan kepalanya yang tidak gatal.
“Ana.. jangan percaya kata-kata si Ijoi ni. Dia bukannya betul sangat. Dia ni gila!”tengking Zharif lalu menolak Faizul.
“apa pula, aku cakap yang betul. Aku tak tahu kau masih sembunyikan identiti kau pada kawan-kawan kau.”ngomel Faizul.
“aku bukan gay. Aku dah berubah!”tegas Zharif.
“dah berubah? Makna kau memang gay la kan, cuma sekarang je kau budget berubah pula”kata Faizul.
Adriana cuba menyampuk
“err Ijoi. Saya rasa awak masih keliru lagi dan saya rasa awak ni tidak peka terhadap kesakitan yang Zharif hadapi sekarang. Saya rasa baik awak beredar sekarang.”
“kenapa pula? Saya tak keliru tapi sebaliknya awak yang keliru sekarang ini. Zhaf adalah kekasih saya, saya ada hak untuk bersama dengan dia sekarang dan waktu melawat masih belum tamat ye!”jerkah Faizul.
“tak saya patut awak beredar sekarang. Tolong keluar”arah Adriana.
“awak tak faham ke atau awak buat-buat tak faham? Saya ni kekasih Zhaf. Saya ada hak untuk bersama dengan dia sekarang. Dan orang yang patut keluar dari bilik ini adalah awak bukannya saya!”
“eh awak ni tak malu ke? Muka dah tua tapi perangai macam kebudak-budakkan lagi. Awak tak malu ke mengaku pada orang yang awak ni gay hingga libatkan kawan saya ni pula!”kata Adriana lalu memandang Zharif. Zharif terbaring tidak bergerak.

'TETTT'nada mendatar.

“Ya Allah Zhaf!! nurse tolong!!”jerit Adriana
Faizul tergamam. Berdiri tidak bergerak melihat keadaan Zharif yang jantungnya berhenti berdegup.


*                     *                         * 

Kereta proton Satria Neo milik Zharif itu berhenti didepan pintu pagar rumah keluarga Sufian. Sufian hanya memandang ke arah rumahnya yang pernah didiami dahulu. Rumah yang mempunyai berjuta kenangan manisnya. Kenangan bersama ibu bapanya dan abangnya.

Enjin kereta masih hidup. Sufian termenung sebentar mengenangkan segala peristiwa itu terutamanya peristiwa dimana dia dibuang oleh ayah kandungnya sendiri bila ayahnya mendapat tahu yang anak bongsunya seorang yang bernaluri songsang dan mengadakan hubungan terlarang di dalam agama.

Sufian mengeluh. Berat punggungnya untuk bangkit dari kerusi kereta milik Zharif itu. Berat juga kakinya untuk melangkah berjalan masuk ke rumah itu. Namun Sufian terpaksa. Alamt surat menyurat masih tidak ditukarnya. Alamat separuh dari tawaran-tawaran praktikalnya dituju terus ke alamat rumah ini. Sufian terpaksa juga ke rumah ini untuk mengambil surat tersebut bagi memilih tawaran-tawaran praktikal yang terbaik untuknya.

“Assalammualikum”Sufian memberi salam.
Sunyi.senyap.
“Assalamualaikum”Sufian memberi salam kedua kali.
“Waalaikumsalam”sayup-sayup kedengaran suara seorang perempuan

Pintu rumah terbuka. Seorang wanita berumur dalam lingkungan 40an berdiri di muka pintu.

“Paan!”wanita itu kelihatan ceria melihat anak bongsunya berdiri dihadapannya sekarang.
“mama sihat?”tanya Sufian
“sihat je sayang”kata ibu Sufian lalu memeluknya.
“ayah ada kat rumah ke?”tanya Sufian
“ada.”
Airmuka Sufian berubah cuak.
“ayah ada kat atas. Jaga Along”
ibu dan anak lelaki tersebut berjalan masuk ke dalam rumah.

“Paan balik ni pun tak lama, Paan hanya nak ambil surat tawaran praktikal. Ada surat itu sampai kerumah ni?”tanya Sufian
“ada. Kejap mama pergi ambilkan. Tapi, kamu tak nak jenguk Along kamu ke?”tanya ibu Sufian
“kenapa dengan Along?”tanya Sufian

pintu bilik dikuak ibu Sufian. Sufian mengikuti ibunya melangkah masuk ke dalam bilik Nik Sofi. Sufian terkedu sebentar melihat abang sulungnya sedang terlantar di atas katil itu. Nik Sofi kelihatan tidak bermaya. Tubuhnya kurus. Sufian tidak menyangka abangnya berubah dari seorang yang tampan berkulit putih mulus dan berbadan tegap kepada kurus cengkung dan gelap. Sufian menoleh ke arah lelaki yang bergelar ayahnya. Ayah Sufian tertidur di sofa.

“Along dah lama sakit”kata ibu Sufian dalam keadaan berbisik.
“Along sakit apa?”tanya Sufian
“entahlah. Sampai sekarang doktor masih tak tahu apa penyakit Along. Macam-macam yang mama dan ayah ikhtiarkan. Berubat kampung dan jumpa doktor pakar tapi keadaan Along masih tidak ok. Ramai yang cakap Along kena buatan orang. Dah banyak bomoh ke dukun ke yang mama bawa jumpa Along tapi semua tak dapat pulihkan Along.”kata ibu Sufian sedikit hiba.
Sufian tidak berkata apa-apa. Sufian sayu melihat keadaan abangnya.

“kau buat apa kat sini?”tanya Nik Safri kepada anak bongsunya.
Sufian terkejut melihat ayahnya yang berdiri. Ayahnya terjaga dari tidur.
“abang.. sabarlah. Biarkanlah Paan jumpa Along.”kata ibu Sufian
“buat apa dia nak jumpa dengan Along lagi? Dia bukannya siapa-siapa pada kita!”tengking Nik Safri.
“ayah, Paan tak lama kat sini. Paan boleh pergi sekarang”kata Sufian
“Paan jangan nak! Jangan pergi! Kamu masih anak mama!”tegas ibu Sufian yang mula sedih.
“dia bukan anak saya! Dia tak ada hak untuk jejakkan kaki ke rumah ini lagi! Dia golongan yang terkutuk!”marah ayah Sufian
“abang sudahlah tu bang. Janganlah nak menghukum darah daging sendiri!”
“dia bukan dari darah daging saya! Saya tak pernah ada anak terkutuk macam dia!”tengking Nik Safri.
“sebenarnya.. yang terkutuk adalah Along”sampuk Nik Sofi.
6 biji bebola mata itu terus memandang Nik Sofi yang sedang terbaring lemah itu.
“Along yang salah bukan Paan”kata Nik Sofi perlahan dan lemah.
“Along tak pernah buat salah dalam keluarga kita. Hanya dia sahaja yang salah.”Nik Safri menuding jari ke arah Sufian. Nik Sofi terbatuk-batuk. Isteri Nik Safri berjalan ke anak sulungnya.
“Along ok tak?”tanya ibu Sufian.
“ayah.. Paan tak pernah.. buat salah.. ini semua salah Along.. along yang patut dihukum”nik Sofi menarik nafas panjang-panjang.
“Along cakap apa ni?”tanya ibu Sufian yang keliaru.
Sufian hanya menatap wajah abangnya.
“Along anak yang jahat.. Along yang patut dipersalahkan.. Along yang buat Paan jadi begini”kata Nik Sofi. Nik Safri binggung. Ibu Sufian tergamam. Sufian hanya menatap tajam mata abangnya.


*                  *                  * 


Petang itu mentari memancar hanggat. Suasana dikawasan menunggu lengang. Terdapat beberapa jururawat sedang bersembang di kaunter jururawat.Adriana berjalan ke arah Faizul yang sedang duduk di kawasan menunggu. Faizul duduk bersendirian sambil menonton tv.

what the hell was that?”jerkah Adriana
“apa? Aduh..Cakaplah bahasa melayu. Kita ni orang melayu. Tak payahlah nak berlagak macam minah saleh. Minah saleh mana ada bertudung litup ni”sindir Faizul.
Adriana makin berang dan mencekak pingang.
“sebelum ni saya langsung tak tahu kewujudan awak dan tiba-tiba awak muncul dan cakap yang bukan-bukan sampai Zhaf jadi macam tu”kata Adriana
“hey tolong lah. Zhaf tu yang nak berahsia sangat ok. Bukan salah aku pun Zhaf jadi macam tu!”marah Faizul
“encik. Tolong senyap. Ini hospital!”tegur seorang jururawat yang kebetulan lalu disitu.
“maaf”kata Adriana melihat jururawat itu berlalu pergi.
“dengar tu. Nurse dah marah. Tolong senyap ye. Ini hospital”ejek Faizul
what the..”Adriana makin marah.
“tolonglah. Kita ni melayu ye”perli Faizul.
Adriana menarik tangan Faizul berjalan keluar menuju ke lift.
“tolong serius. Ini penting. Ini tentang Zhaf!”kata Adriana
“memang saya serius mengenai kekasih saya.”kata Faizul.
“tolonglah sedar diri sikit. Awak tak nampak ke keadaan Zhaf sekarang ni! Dia sedang tenat! Dan awak masih nak biarkan dia bergelumang dengan dosa?”
“wah dah jadi ustazah pula. Tadi berlagak minah saleh sekarang dah jadi ustazah pula”sindir Faizul.
“tolong jangan memain. Saya serius ni. Tolong tinggalkan Zhaf! Dia juga nak berubah ke arah kebaikan semula”
“juga? Maksud awak... oh .. oh patutlah, rupanya awak pun serupa!”
“serupa?”
“janganlah nak pura-pura lagi. Awak, Zhaf dan saya tiada bezanya. Awak pun songsang juga!”
Adriana terkelu

pintu lift tiba-tiba terbuka. Sufian keluar dari lift dan hairan melihat Adriana berada disitu. Sufian bertambah hairan bila melihat Faizul turut berada disitu dan berdiri di hadapan Adriana.

“hai..”tegur Sufian dalam keadaan hairan melihat Adriana dan Faizul.
“Paan.. ermm Zhaf. Zhaf pengsan tadi”kata Adriana
“apa??!! Zhaf ok tak sekarang? Zhaf kena bedah ke?”Sufian panik
“pakwe aku ok-ok sahaja. Aku rasa kau tak ada kat sini sebab kau akan bagi tekanan pada dia”kata Faizul
“pakwe? Apa benda yang kau merepek ni?”Sufian bertambah pelik.
“Zharif itu adalah pakwe aku yang sebenar! Jangan ingat aku pernah cium kau dulu aku syok kat kau, itu semua hanya untuk menguji dan membuktikan pada Zharif yang kau sebenarnya tak berhak untuk miliki Zhaf”kata Faizul.
“cium?? apa maksud dia ni Paan?”Adriana mencelah.
“wei ustazah. Tolong jangan masuk campur!”tengking Faizul.
Adriana terkedu.
“kau gunakan aku untuk aku berpisah dengan dia?”
“ye, dan kau terlalu bodoh untuk menyedarinya!”
“jaga mulut kau tu sikit!”
“Zhaf tak berhak ada seorang kekasih yang bersikap curang kepadanya. Dia berhak untuk aku seorang sahaja. Bukan untuk lelaki macam kau.”
“kau memang perasan lebih! Kau tak sedar ke yang Zhaf sedang bertarung nyawa di dalam sana! Kau pula masih terhegeh-hegeh untuk mendapatkan dia! Dan kau tak sedar hakikatnya, Zhaf sudah berubah! Dia berubah kembali ke arah kebaikan ke arah sifat sebenar seorang lelaki! Jika benar kau sayangkan dia, kau patut beri sokongan pada dia. Bukannya menarik lagi dia ke dalam lembah terlarang itu!”nada Sufian agak tinggi.
“sekali kaki kau berada didunia ini tak mungkin kau akan kembali menariknya semula. Kau akan berada didunia itu buat selamanya. Macam ustazah seorang ni!.”perli Faizul
“hey!!”Adriana menengking Faizul
“Ana, tolong pergi tengokkan keadaan Zhaf”pinta Sufian.
“tapi..”
“please Ana.. biarkan saya uruskan mamat ni”kata Sufian.
Adriana berjalan meninggalkan dua lelaki itu dengan keadaan berang.
“kau nak uruskan aku?.. kau nak belasah aku ke?”Faizul merenung tajam mata Sufian.
“tak, tapi aku nak bercakap dengan kau”kata Sufian.

Faizul mengikuti Sufian ke arah bucu koridor bangunan itu yang jauh dari pintu masuk wad tersebut. Faizul berdiri tidak jauh dari Sufian. Faizul menantikan Sufian menuturkan kata-kata.

“aku harap kau faham tentang keadaan Zhaf sekarang ni. Zhaf sedang tenat. Zhaf bukan menghidapi penyakit biasa-biasa tapi cancer. Cancer yang tiada penawarnya.”kata Sufian
“ye aku tau tentang itu. Sebab itu aku ada disini menemaninya sekarang”balas Faizul.
“aku tak salahkan kau sebab pergunakan aku untuk memutuskan hubungan aku dan Zhaf. Aku pun tak kenal kau sangat sebelum ini dan aku langsung tidak tahu kau sebenarnya ada perasaan pada Zhaf.”kata Sufian. Faizul tidak mencelah. Sufian memandang wajah Faizul.
“untuk seketika aku lupa pada Zhaf bila bersama dengan kau dulu. Ketika bersama duduk di atas bumbung. Aku lupa pada Zhaf.. Aku lupa yang aku ada kekasih. Dan hubungan kami sebenarnya berakhir ketika Zhaf melihat kita bercium waktu di dalam bilik malam itu. Aku tak salah kan kau walaupun pada waktu itu aku tidak tahu yang kau sebenarnya menyukai Zhaf selama ini. Aku dan Zhaf sudah lama terpisah.. terpisah sebagai kekasih. Dan kini kami hanya sekadar kawan biasa. Aku cuba untuk memujuknya kembali untuk bersama dengannya semula tapi setelah aku tau niat sebenar Zhaf. Aku matikan rasa itu”jelas Sufian
“kalau begitu baguslah. Aku rasa kau tak perlu nak cemburu atau marah kalau aku dan Zhaf bersama.”kata Faizul.
“kau masih tak faham kan?”
“tak faham apa? Segalanya jelas je bagi aku. Kau dah putus dengan Zhaf. Jadi sekarang aku dan Zhaf pula bercinta.”
“Zhaf putus dengan aku pun bukan sebab kau. Tapi sebab Dia. Zhaf nak kembali menjadi normal. Dia nak berhenti dari terus menjadi seperti kita. Dia tidak mahu mati dalam keadaan terseksa dan tiada Iman”
“oh kau dah jadi ustaz sekarang ye. Baguslah kau boleh kahwin dengan ustazah kat dalam sana. Sebab sama-sama dah budget berubah!”sindir Faizul
“aku tak cakap pun aku dah berubah.. tengok kau masih tak faham. Zharif yang hendak berubah. Zharif yang hendak berhenti dari menjadi 'orang macam kita' . Zharif tidak mahu terus hidup sebagai seorang yang bukan umat Nabi. Ditambahkan lagi dengan keadaan cancer dia sekarang. Lagilah Zharif serius hendak berubah. Zharif bukan tak nak terima kau. Tapi Zharif tak boleh nak terima kau sebabkan dirinya yang inginkan perubahan”terang Sufian.
Faizul terdiam. Faizul memandang ke bawah bangunan. Terdapat beberapa jururawat sedang menolak katil pesakit.
“habis.. kau macam mana?”tanya Faizul
“macam mana apa?”
“kau dah tak bersama dengan Zhaf lagi. Habis tu, buat apa kau masih disini?”tanya Faizul
“walaupun aku dah tak bersama dengan Zhaf sebagai seorang kekasih, tapi aku bersama dengan Zhaf sebagai seorang kawan. Aku cuba bantu Zhaf dengan bagi sokongan pada dia supaya melawan penyakit ini”kata Sufian.
Faizul memandang muka Sufian.
“kau nak tahu tak?, aku tak pernah ditolak oleh sesiapa sebelum ini. Baik lelaki mahupun perempuan. Semua orang yang aku nak, pasti aku dapat. Tiada siapa yang pernah reject aku. Tapi Zhaf. Zhaf lain. Aku ingat Zhaf mudah untuk ku tawan. Tapi rupanya tidak. Semakin sukar aku mendapatkan Zhaf, semakin mendalam rasa suka aku pada dia. Sebab itu sampai sekarang aku buru Zhaf. Sebab Zhaf mampu memberikan aku pengertian sebenar tentang cinta. Cinta yang bukan hadir dari godaan nafsu semata.”luah Faizul

Sufian hanya memandang wajah tampan lelaki itu. Memang benar katanya. Tiada siapa yang mampu untuk menolak Faizul. Keindahan fizikal Faizul sudah cukup untuk menawan hati sesiapa yang melihatnya. Malah Sufian juga pernah terpikat kepadanya.

“Paan. Aku minta maaf sebab pergunakan kau dan merosakkan hubungan kau dengan Zhaf. Aku dah lama tahu yang kau dan Zhaf tu berpacaran. Aku cemburu sangat melihat kemesraan kau orang ketika di U. aku pun ada kekasih ketika itu namun hubungan kami tak macam hubungan kamu. Sebab itu aku cuba untuk merosakkan hubungan kau orang berdua. Sekarang aku dah sedar. Aku tak patut biarkan Zhaf terus menjadi songsang saat Zhaf sedang tenat ini. Niat Zharif untuk berubah itu adalah sangat murni sekali. Aku tak mahu dipersalahkan jika Zhaf 'pergi' dalam keadaan terus hanyut dalam dunia macam ni”kata Faizul
“baguslah kau dah faham sekarang. Aku pun sedar sebenarnya jika aku terus disisi Zhaf, mungkin berat usaha Zhaf untuk berubah. Namun Zhaf perlukan sokongan aku untuk melawan penyakit ini. Lama-kelamaan aku dapat lihat sendiri perubahan itu pada Zhaf. Zhaf betul-betul dah berubah sekarang.”kata Sufian.
“baguslah kalau begitu. Aku pun tak nak gangu Zhaf. Aku tak nak nanti Zhaf kembali ke dunia terlarang ini disebabkan aku”kata Faizul lalu melangkah kembali lift.
“kau nak kemana?”tanya Sufian
“aku nak pergi dari Zhaf. Aku rasa itu dapat membantu Zhaf. Aku tak nak kehadiran aku mengangu niat Zhaf yang ingin berubah itu”kata Faizul.
Sufian berjalan menghampiri Faizul.
“Terima kasih Faizul”kata Sufian lalu berjabat tangan dengan Faizul
“sama-sama.. dan panggil aku Ijoi ye”kata Faizul lalu memeluk Sufian. Sufian tersenyum dan memeluk Faizul kembali. Tiba-tiba Faizul mencium leher Sufian.
Pintu lift terbuka.
“kau jangan lupa untuk sampaikan salam aku pada Zhaf. Aku pasti Zhaf akan selamat”kata Faizul lalu berjalan ke masuk kedalam lift.
“ok”jawab Sufian sambil tersenyum.
Faizul membalas senyuman Sufian dan sempat mengenyitkan mata sebelum pintu lift tertutup.

Adriana menyelimutkan badan Zharif. Zharif hanya terdiam memerhatikan Adriana berbuat begitu. Selepas menyelimutkan Zharif, Adriana duduk dikerusi bersebelahan dengan katil Zharif. Zharif hanya memandang Adriana.

“betul ke Zhaf ok ni?”tanya Adriana kerisauan
“betul. Zhaf ok je”jawab Zharif sambil tersenyum.
maybe I should cancel my flight”kata Adriana
cancel what?”tanya Zharif.
actually Ana dah booked tiket untuk balik ke Dubai lusa ni. Tapi rasanya kena cancel sebab Zhaf masih belum ok lagi ni”kata Adriana.
“tak, jangan. Adriana pergi je. Zhaf ok dah sekarang. Zhaf tak ada apa-apa”jawab Zharif
“ok. Betul ke ok ni?”
Zharif menanggukkan kepala.
“Paan ada kat luar sedang bercakap dengan Faizul. Opss sorry dengan Ijoi. Ana benci Ijoi tu. Dia boleh kutuk Ana macam-macam. Minah saleh celuplah, ustazah lah . Eii serius Ana geram sangat pada Ijoi tu!”
Zharif tersenyum melihat ekspresi muka Adriana yang sedang geram itu. Zharif menoleh keluar, melihat Sufian sedang berjalan memasuki biliknya.

“Zhaf ok?”tanya Sufian.
“ok. Mana Faizul?”tanya Zharif.
“dia dah balik. Kenapa?”tanya Sufian
“tak ada apa. Sebenarnya dah lama dah Zhaf kenal dia. Dia sebenarnya”
“suka pada Zhaf?”sampuk Sufian
Adriana memandang Zharif. Zharif mengangukkan kepala.
“dia dah beritahu segalanya dan Paan dah beritahu juga tentang keadaan sebenar Zhaf. Mula-mula dia macam sukar untuk mempercayainya. Namun selepas bercakap elok-elok dengan dia. Akhirnya dia faham dan dia undur diri.”cerita Sufian
Zharif terdiam. Sufian duduk disebelah Zharif.
“baguskan kalau kita mudah untuk melupakan cinta”kata Sufian.
Adriana hanya melihat kedua-dua lelaki itu saling berpadangan. Adriana percaya bahawa mereka berdua masih saling mencintai walau jauh dibenak hati mereka.






Tentang Rasa -part 31: Rasa itu Datang dan Pergi-

Sudah dua hari Adriana berangkat meninggalkan Malaysia. Adriana nekad untuk bersama dengan suaminya. Suaminya sudah mengaku bersalah kerana curang kepadanya. Walaupun berat untuk Adriana memaafkan Khairul tapi kerana kebaikan keluarganya, Adriana akur. Adriana cuma mengharapakan agar segalanya akan kembali pulih.

Zharif akan dibenarkan pulang setelah kesihatannya menunjukkan perkembangan yang positif. Sepanjang Zharif dihospital, Sufian sentiasa berada disampingnya. Sesi praktikal Sufian bakal bermula pada minggu hadapan. Dalam banyak-banyak tawaran yang diterimanya, Sufian memilih untuk membuat praktikal disebuah firma swasta yang terletak tidak jauh dari rumah keluarganya.

Setelah abang sulung Sufian menjelaskan perkara sebenar tentang perbuatannya pada Sufian kepada kedua ibubapanya, akhirnya ayah Sufian kembali menerima Sufian. Walaupun pada permulaannya Nik Safri agak kekok menghadapi situasi tersebut, namun atas dorongan dan bimbingan dari isterinya akhirnya keluarga itu hubungan keluarga itu kembali pulih.

Sufian melangkah keluar dari lift sambil membawa bungkusan makanan untuk Zharif. Harini Sufian membawa lebih makanan kerana Sufian ingin bersarapan bersama dengan Zharif. Selalunya doktor Zahid yang menyediakan sarapan pada setiap pagi sebelum pergi ke hospital, namun harini tidak kerana doktor Zahid tidak pulang ke rumah sejak semalam kerana on-call.

Ketika Sufian semakin hampir dengan bilik Zharif, langkahnya terhenti. Sufian berhenti melangkah kerana aneh melihat tindak-tanduk Zharif. Agak lama Sufian memerhatikan Zharif dari luar bilik itu. Zharif tidak sedar bahawa dirinya diperhatikan. Sufian akhirnya melangkah masuk.

you bercakap dengan siapa?”tanya Sufian kehairanan melihat perlakuan Zharif tadi.
“mana ada”nafi Zharif sambil mengerling ke sudut bucu bilik wadnya itu.
“serius Zhaf, saya nampak awak sedang bercakap dengan sesorang. Siapa dia? Mana orang itu?”tanya Sufian dengan tegas.
Zharif terkedu. Zharif tidak menjawab pertanyaan Sufian. Zharif menundukkan muka.
“oh.. awak masih nampak dia. Awak masih nampak budak itu?”tanya Sufian
Zharif menganggukkan kepala. Sufian memandang wajah Zharif dengan pandangan yang berkaca.

Sufian hanya duduk diam memandang Zharif yang juga diam sedang bersila di atas katil. Zharif sesekali mengerling ke arah seorang budak lelaki yang selalu bersamanya selama ini sedang berdiri di sebelah tingkap. Doktor Zahid berjalan masuk.

“Zhaf.. abang dah tengok scan M.R.I kamu. Segalanya seperti biasa. Normal. Tiada apa-apa yang mencurigakan”kata doktor Zahid.
“abang dah rujuk dengan doktor Carldiff? Dia kan pakar neuro, mesti dia akan nampak atau tahu apa-apa mengenai ini?”tanya Sufian
“Doktor Carldiff tak ada disini. Dia dah balik U.S. Lagipon memang scan tersebut bersih. Bersih maksudnya tiada apa-apa”kata doktor Zahid
“betulkan, tengok Zhaf dah kata Zhaf tak ada apa-apa. Zhaf ok je!”yakin Zharif
“tak Zhaf tak ok. Awak tak ok Zhaf. Saya nampak dengan mata saya sendiri yang awak berbual dengan seseorang. Dengan budak itu. Awak sendiri yang mengaku pada saya tadi!”tegas Sufian lalu berdiri.
Zharif tergamam melihat ketegasan Sufian.
“Zhaf, betul ke apa yang Paan cakapkan ini?”tanya doktor Zahid.
Zharif tidak menjawab. Zharif hanya memandang wajah abangnya
“...ye.. Zhaf masih nampak budak itu.”
“Zhaf!”doktor Zahid agak terkejut.
“tapi tak teruk bukan? Kalau teruk sangat pasti abang boleh nampak apa-apa kesan dalam scan”kata Zhaf.
“dah berapa lama kamu nampak budak itu?”
Zharif mengeluh.
“Zhaf, jawab abang tanya ni”pinta doktor Zahid.
“tak lama.. sejak rambut saya gugur. Saya nampak dia sejak rambut saya mulai gugur bang”jawab Zharif.
“Zhaf nampak dia dah lama?”sampuk Sufian
“tak lama pon lah”kata Zharif.
“tak lama apa? Dah hampir seminggu Zhaf!”kata Sufian
Zharif menundukkan muka.
“abang akan tanya doktor Caldiff cara untuk merawatnya”kata doktor Zahid lalu berjalan keluar dari bilik.

“kenapa Zhaf sembunyikan perkara ini?”tanya Sufian
“mana ada sembunyi, kan Zhaf dah cakap”kata Zharif.
“sekarang. Kenapa tak cakap sejak pertama kali lagi Zhaf nampak dia?”tanya Sufian.
Zharif berwajah murung.
“bukannya merbahaya pun..”
“tak bahaya??!!”tengking Sufian
“tak!! dia hanya budak, dia tak lakukan apa-apa selain .. selain mengajar saya mendalami tentang agama dan mendekatkan diri denganNya!!..”
Sufian kelu lidah.
“budak itu banyak membantu  saya. Kehadiran budak itu bagai saya adalah satu rahmat. Budak itu banyak menyedarkan saya. Dia banyak membantu saya. Tidak mungkin saya nak singkirkan dia dari hidup saya. Tak mungkin..”
“tapi lambat laun kehadiran dia akan memburukkan kesihatan Zhaf.”
“tapi tak terlambat untuk saya benar-benar bebas dari gelumang dosa yang saya buat selama ini.”kata Zharif. Sufian memandang wajah Zharif. Terpancar segala kedukaan di wajah lelaki itu. Jelas dan ketara bebanan yang ditanggungnya. Sufian berlalu keluar dari bilik tersebut meninggalkan Zharif.

Sufian termenung sendirian di taman mini itu. Waktu menghampiri pukul 4 petang. Sufian memijak putung rokok itu bagi memadamkan apinya. Sufian melihat seorang lelaki berpakaian segak menghampirinya.

“abang tahu, abang pasti jumpa kamu disini”kata doktor Zahid lalu duduk disebelah Sufian.
Sufian hanya mendiamkan diri.
“abang akhirnya berjaya kesan dimana tumor itu berada selepas lakukan ujian E.E.G terhadap Zharif dan abang juga dah berbincang dengan doktor Carldiff tadi”
“doktor Carldiff? Bukan ke sekarang ini dia tiada disini?”tanya Sufian.
“ye, tapi abang call dia tadi.”
“habis tu? Apa yang dia cakap?”
tumor itu terletak dibahagian sebelah temporal lobe. Amat kecil untuk dikesan oleh scan normal M.RI.  Abang dah hantar scan tersebut kepada doktor Carldiff dan dia kata dia boleh untuk merawatnya”
“ok baguslah kalau macam tu, bila dia nak datang kesini?”tanya Sufian mulai ceria.
“ermm err dia tak akan datang kesini. Sebaliknya dia minta Zharif kesana untuk membuat rawatan selanjutnya. Lagipun hospital ini masih belum mempunyai peralatan yang cukup lengkap untuk merawat Zharif”
“tak lengkap? Habis tu yang pembedahan dulu tu apa?”soal Sufian
“kalau segalanya lengkap dahulu, pasti Zhaf tak akan mengalami halusinasi lagi. Tapi bila difikirkan balik, sepatutnya pesakit yang jumpa doktor bukannya doktor yang jumpa pesakit”kata doktor Zahid.
“maksud abang, abang setuju untuk bawa Zharif kesana?”
“abang hanya inginkan yang terbaik untuk adik abang. Abang pasti Paan pun sama, nak yang terbaik untuk Zhaf. Lagipun hospital disana segalanya lengkap. Dan antara yang terbaik di dunia.”kata doktor Zahid.
Sufian mengalihkan pandangannya dari muka doktor Zahid.

Sufian melangkah perlahan ke dalam bilik Zharif. Zharif sedang membaca komik yang Sufian beli. Sufian berhenti lalu duduk di sebelah kaki Zharif. Zharif menutup komik tersebut. Zharif memandang Sufian. Buat beberapa saat, mereka saling berpandangan.

“Awak pasti nak lakukan pembedahan ini?”tanya Sufian
Zharif mengangukkan kepala.
“tapi.. pembedahan ini terlalu berisiko. Risikonya amat tinggi.”kata Sufian
“ye. Saya tahu. Doktor nak lakukan pembedahan ke otak saya. Doktor nak buang salah satu bahagian hippocampus utk membuang tumor tersebut”maklum Zharif.
“tapi awak tahu kan, kesannya nanti. Awak boleh hilang ingatan. Awak juga boleh hilang upaya untuk bercakap.. awak betul ke nak kan pembedahan ini?”
“ye saya nak. Lagipun bukankah awak yang mula-mula minta saya dirawat?”
“ye saya minta awak dirawat. Bukannya dibedah hingga buatkan awak hilang ingatan. Risikonya tinggi. Tapi kenapa awak ok? Kenapa awak bersetuju nak dibedah?”tanya Sufian
“sebab ini yang terbaik untuk saya. Untuk kehidupan saya.”kata Zharif.
Sufian terdiam memandang mata Zharif. Sufian merenung tepat ke mata Zharif.
“oh. Ok saya faham sekarang. Awak beriya-iya untuk dibedah sebab awak nak hilang ingatan bukan? Awak nak nanti awak hilang ingatan tentang segalanya. Awak tak nak ingat pada saya dan pada apa yang terjadi. Awak nak lupakan saya kan. Awak nak lupa tentang rasa awak pada saya!”
Zharif menitiskan airmatanya.
“kenapa awak buat saya macam ni? Tak sudah-sudah ke awak nak uji kesetiaan saya pada awak? Saya sentiasa ada bersama awak dalam senang dan susah. Bila segalanya ingin pulih, awak ambil jalan mudah untuk melupakan saya?”persoalan dari Sufian yang begitu menusuk hati Zharif.
“ye Paan. Saya memang nak lupakan awak. Saya dah cuba dengan cara biasa tapi saya gagal. Saya tak boleh. Bagaimana saya nak betul-betul berubah jika saya masih cintakan awak. Nyawa saya sekarang umpama telur dihujung tanduk. Keadaan saya bukannya makin pulih tapi makin sengsara. Penting bagi saya untuk dekatkan diri ini denganNya ketika ajal bakal menjelma!. Tolonglah saya Paan. Saya akui yang saya cintakan awak. Namun saya tak boleh untuk terus mencintai awak!”tegas Zharif yang semakin esak menangis.
“Zhaf..”
“tolonglah Paan. Janganlah biarkan saya derita lagi. Cinta ini begitu berat bebanannya. Hanya ini sahaja caranya untuk saya aman dan tenang. Saya tak nak lupakan awak, lupakan segala kenangan pahit manis kita bersama dalam bercinta, tapi saya terpaksa kini. Maafkan saya.”rayu Zharif bersunguh-sungguh sambil mengesat air matanya.
“jadi, inilah waktunya perpisahan untuk kita?”tanya Sufian perlahan.
Zharif menundukkan wajahnya dari menatap wajah sunggul Sufian.
“tapi jika awak pulih, awak akan kembali kepada saya kan?”tanya Sufian lagi cuba mengawal airmatanya dari gugur.
Zharif tidak bersuara hanya terus menundukkan wajahnya memandang selimut yang menutup ribanya.
“hey lihat mata saya”pinta Sufian lalu menarik dagu Zharif ke atas.
“lihat dalam-dalam. Awak akan nampak orang yang saya cintai dalam mata saya sekarang”kata Sufian.
Walaupun agak kelam, namun Zharif berjaya melihat imej dirinya dibebola mata Sufian.
“jika ini perpisahan buat kita. Saya terima. Jika dulu kita pernah berjanji untuk berpisah dengan cara baik, jadi sekarang saya redha jika ini keputusan awak. Kebaikan untuk awak adalah kebaikan bagi saya”ucap Sufian.
“Paan. Saya cintakan awak walau apa pun yang bakal terjadi. Namun saya terpaksa tinggalkan awak demi mencintai Dia”
“tak perlu terpaksa. Jangan pernah merasa terpaksa. Saya tahu perpisahan bakal berlaku. Dan perpisahan kita sekarang ini adalah yang terbaik untuk kita.”kata Sufian.

Zharif menatap wajah Sufian. Wajah kekasihnya. Zharif tidak menyangka hubungan cinta diantara dia dan Sufian akan berakhir begini. Akhirnya hati Zharif benar-benar tulus melepaskan cintanya pada Sufian. Sufian juga begitu akhirnya rela berpisah dengan Zharif kekasih hatinya. Untuk terakhir kalinya, bibir Sufian bertaut mesra dibibir Zharif. Tidak lama bibir dua lelaki itu bertaut. Tidak lama mereka berkuncupan. Tapi cukup lama rasanya untuk melepaskan hasrat hati yang terakhir kalinya.

“Selamat tinggal”ucap Sufian lalu berdiri
“selamat tinggal”balas Zharif sambil melihat Sufian berlalu pergi dari biliknya. Zharif menekup mukanya menahan sebak.


*                        *                          *


Malam itu cuaca agak dingin. Amirah melihat skrin telefon bimbitnya. Sudah menghampiri ke jam 2 pagi. Suasana digerai burger itu semakin lengang. Meja-meja lain kosong selain meja Amirah. Amirah memandang Fakhri yang sedang memasak burger. Sebuah kereta proton Satria Neo berwarna jingga berhenti berhampiran meja Amirah.

“aku ingat kau tak datang tadi, aku dah pesan burger kegemaran kau dah”tegur Amirah ketika melihat Sufian berjalan menghampiri mejanya.
sorry aku kena jaga along aku tadi”kata Sufian.
“along kau makin elok ke sekarang?”tanya Amirah.
“entahlah. Susah nak cakap. Masih macam begitu je keadaan dia”kata Sufian.
“tapi baguslah along kau dah jelaskan perkara yang sebenar pada keluarga kau.”
“ye betul tu. Sekarang ayah aku dah terima aku semula untuk tinggal dirumah itu. Syukur sangat-sangat dan aku harap along aku dapat sembuh dari penyakit dia agar keluarga kami kembali ceria macam dahulu”
“rajin-rajinlah doa agar penyakit misteri abang kau tu pulih”kata Amirah
Sufian menanggukan kepala.
“cakap soal penyakit ni, ermm Zhaf apa cerita? Pembedahan dia berjaya ke?”tanya Amirah
“entahlah. Tumor tu berjaya dibuang. Tapi abang Zhaf cakap, Zharif kehilangan memorinya. Zhaf hilang ingatan sekarang.”cerita Sufian
“oh.”
“Zhaf dah lupa kat aku dah Amy”
“tapi dia selamatkan. Itu je yang penting sekarang ni”kata Amirah
“yup. Yang penting dia selamat.”
“Zhaf beri kereta itu paka kau ke?”tanya Amirah
“ye. Dia cakap, aku boleh guna kereta itu. Lagipun Zhaf masih disana lagi. mungkin nanti dia kembali baru dia ambil kereta dia semula”kata Sufian sambil menoleh ke arah kereta Satria Neo milik Zharif.
“bila dia kembali ke Malaysia?”tanya Amirah
“entah. Aku pun tak tahu. Ana dah lama pergi, sekarang Zhaf pula”kata Sufian.
Amirah terdiam memandang ke arah Sufian. Sufian agak murung.
“aku tak sangka akhirnya hanya kita berdua sahaja yang tinggal dalam hubungan ini.”kata Amirah ketika melihat Sufian bermain dengan kotak rokoknya..
Sufian tidak bersuara. Wajahnya kelat. Sufian cuba untuk senyum bagi memberi respon kepada kata-kata Amirah.
“mungkin tak”kata Amirah lalu menoleh ke arah lelaki yang sedang membungkus burger di warung yang tidak jauh dari meja mereka.
“mungkin bertiga”tambah Amirah.
Sufian hanya melihat ke arah Fakhri yang sibuk melayan pesanan dari pelangan yang baru datang. Sufian hanya mendiamkan diri. Matanya tetap memandang ke arah Fakhri. Sufian mengalihkan pandangannya kembali ke arah Amirah. Sufian tersenyum.
“mana awek kau?”tanya Sufian.
“panjang ceritanya.”
well I got time. Ceritalah, mana dia sekarang? Jangan cakap kau dah putus pula dengan dia”kata Sufian.
“ye, aku dah putus dengan dia. Dah lama dah putus sebenarnya. Kau jangan tanya kenapa, yang penting sekarang kau tahu yang aku sekarang ni single.”kata Amirah
Sufian menganguk faham.
“Fakhri itu handsome. Nampak matang. Aku rasa sesuai kalau kau berpcaran dengan dia”cakap Amirah
“hehehe kau buat lawak la. Dia kan dah berpunya.”
“siapa? Budak yang nama Amran ke? Hmm tadi dia cerita kat aku yang dia dan Amran pun dah putus juga”kata Amirah
“yeke? Bila? Kenapa?”tanya Sufian
“itu semua tak perlu kau fikirkan. Sebab yang penting sekarang Fakhri dah single. So..”
so apa?”
“kau pergilah couple dengan dia Paan”suruh Amirah.
“hahaha susah lah. Aku masih ingatkan Zharif walaupun Zharif sekarang dah lupa fasal aku. Lagipun sebelum ini dah banyak kali aku tolak cinta dia. Tak mungkin dia akan cinta pada aku lagi”
“belum cuba belum tahu. Kau pergi jelah tanya. Patah tumbuh hilang berganti beb.”
“ye aku tau. Tapi tak mungkin Fakhri nak terima aku. Lagipun aku masih cintakan Zharif.”kata Sufian.
“kau cintakan orang yang dah tak kenal dan tahu kewujudan kau lagi? Untuk apa? Kalau Zharif dah lupakan kau untuk dia bina hidup baru, mengapa tidak kau? Kau berhak untuk mengantikan Zhaf.”
Sufian terdiam.
“aku cakap macam ni pun sebab bukan benci Zhaf tapi aku sayang pada kau. Kau kawan terbaik pernah aku ada. Dan aku nak tengok kawan-kawan aku bahagia je”kata Amirah.
“aku tahu Amy. Tapi memang susah aku nak lupakan Zhaf. Zhaf cinta pertama aku”kata Amirah.
“aku tak suruh kau lupakan Zhaf. Aku hanya suruh kau mulakan hidup baru je. Kau cubalah buka pintu hati kau untuk Fakhri. Jika Zhaf dah berlalu pergi dari hati kau, biarkanlah pula Fakhri singgah dihati kau. Siapa tahu, persingahan itu akan kekal lama.”madah Amirah.
“kau jiwang ek! Hahaha”perli Sufian.
“hahahaha aku serius la wei hahaha”Amirah ketawa.
Amirah memegang bahu Sufian.
“Paan, cubalah ye”kata Amirah.
“habis, kau macam mana? Kalau aku dah berteman kau pula tinggal keseorangan”kata Sufian.
“tak ada lah. Ada je jodoh untuk aku nanti. Yang penting kau sekarang. Tentang jodoh kau.”cakap Amirah.
“kau tak rasa macam cepat ke? Macam terburu-buru untuk aku ada hubungan yang baru? Zhaf baru 4 hari ke sana”
“tapi dia dah lupakan kau buat selamanya..”pintas Amirah.
Sufian terdiam.

selepas selesai menyiapkan pesanan pelangan yang datang tadi. Fakhri membawa sepiring burger ke meja Amirah. Burger khas untuk Sufian. Sufian bersalaman dengan Fakhri. Burger yang dihidangkan itu dimakan Sufian. Fakhri hanya tersenyum melihat telatah Sufian yang sedang menikmati burger tersebut.

bro, bila nak tutup kedai?”tanya Amirah
“dah tutup dah pun. Tadi last customer. Daging burger dah habis. Tomato pun habis. Segalanya habis la. Sekarang dah pukul 2.30 pagi, mana ada lagi pelangan yang datang”kata Fakhri.
“kami kan pelangan. Janganlah tutup dulu. Aku belum habis makan lagi burger ni”sampuk Sufian.
“Amy cakap yang Zhaf dibedah sekali lagi. Betul ke?”tanya Fakhri
“yup. Dia menjalani pembedahan di bahagian otak dia. Tapi pembedahan tu bukan di sini tapi di Amerika”kata Sufian sambil mengesat sos cili yang terlekat di sekitar bibirnya.
“Zhaf ok ke sekarang?”tanya Fakhri.
“dia ok je. Cuma dia sekarang dah hilang ingatan. Abang Zhaf cakap itu kesan dari pembedahan otaknya.”jawab Sufian lalu mengigit burger itu.
“ooo”Fakhri memandang ke arah Amirah.
“ye Zhaf dah lupa tentang aku, tentang rasa aku pada dia. Zhaf lupa segala-galanya”tambah Sufian.

Seorang lelaki berjalan ke arah meja mereka. Lelaki itu memandang Fakhri. Mereka bertiga tidak menyedari kehadiran lelaki itu. Lelaki itu berhenti dibelakang Fakhri.

“Keli”panggil lelaki itu.
“eh Daus. Kau buat apa kat sini? Bila kau sampai sini?”tanya Fakhri yang kelihatan begitu terkejut.
“ermm boleh kita bercakap. Ada hal aku nak bincang dengan kau”kata Firdaus lelaki yang pernah menjadi kekasih Fakhri satu ketika dahulu.
“hal apa?”tanya Fakhri kelihatan sedikit serius
“boleh tak kalau kita bercakap berdua je?”pinta Firdaus.
“kalau ada benda yang kau nak cakap, baik kau cakap je kat sini. Kalau tak, baik kau pergi je”kata Fakhri.
Sufian dan Amirah hanya terdiam melihat perbualan diantar Fakhri dan Firdaus.
“ermm aku nak minta maaf kat kau. Aku harap kau dapat maafkan aku. Dan hubungan kita kembali seperti dahulu?”
“maaf? Hubungan? Apa ni, aku tak faham lah?”tanya Fakhri lalu berdiri.
“Keli, aku.. aku”Firdaus memandang Sufian dan Amirah
“aku apa?!”tanya Fakhri
“aku minta maaf sebab tinggalkan kau dahulu. Aku masih sayang kat kau.. a..a aku nak kita bersama macam dulu”kata Firdaus.
Fakhri hanya memandang wajah Firdaus.
“Keli, aku minta maaf. Tolonglah, aku merayu pada kau untuk terima aku kembali dan kita bersama macam daulu”kata Firdaus.
Amirah sedikit terlopong mendengar kata-kata Firdaus. Sufian juga terkejut.
“maaf tapi aku tak boleh nak terima kau.”kata Fakhri.
“Keli aku minta maaf. Janganlah buat begini pada aku. Aku sayang kau. Aku masih cintakan kau. Aku perlukan kau!”tegas Firdaus tanpa memikirkan Sufian dan Amirah yang turut dengar perbualannya.
“aku dah tak cintakan kau lagi. Wei kau tak malu ke mengaku yang kau cintakan aku la, siap merayu-rayu macam ni depan mereka ni?”jawab Fakhri.
“aku tak peduli semua itu. Sebab aku betul-betul cintakan kau. Aku perlukan kau. Aku janji aku tak akan tinggalkan kau lagi”kata Firdaus
Amirah memandang Sufian. Sufian kelihatan fokus mendengar perbualan itu.
“maaflah daus. Tapi aku memang nekad tak nak ada apa-apa hubungan lagi dengan kau”kata Fakhri.
“kenapa? Kenapa kau tak boleh terima aku? Adakah kau sekarang sudah berpunya?”tanya Firdaus.

Fakhri terkelu sebentar. Berat sungguh pertanyaan Firdaus untuk dijawabnya.

“ye, Fakhri sudah berpunya. Hati fakhri kepunyaan aku”kata Sufian lalu berdiri disebelah Fakhri.

Firdaus tersentak. Fakhri tergamam. Amirah hanya tersenyum melihat Sufian. Sufian mengengam tangan Fakhri lalu menguncup. Sekali lagi Firdaus terkejut. Fakhri hanya memandang wajah Sufian. Jantungnya berdegup kencang dan hatinya berbunga gembira.

“aku tau kau orang ni hanya main-main je!”kata Firdaus.
“kau fikir hubungan kami ni hanya sandiwara je ke?”tanya Sufian.
“ye sebab aku kenal Keli macam mana, dia tak akan terima budak-budak macam kau!”kata Firdaus.
“siapa cakap aku tak terima budak-budak? Aku lagi suka pada budak-budak”kata Fakhri lalu menarik muka Sufian dan menguncup bibirnya.

Kali ini Amirah terlopong besar mulutnya. Mata Sufian terbeliak bulat. Firdaus juga terkejut besar. Firdaus tidak percaya apa yang sedang dilihatnya sekarang. Fakhri benar-benar nekad mencium Sufian di depan-depan Firdaus. Firdaus berundur beberapa tapak kebelakang. Firdaus masih terkejut. Bagaikan trauma melihat Fakhri berciuman dengan lelaki lain selain dirinya. Firdaus berlalu pergi membawa diri dan hati yang lara.

“ehem. Sudah-sudahlah tu nanti orang nampak baru tahu!”tegur Amirah.

Fakhri melepaskan pelukannya. Sufian juga berhenti dari menguncup bibir Fakhri. Buat seketika mereka kelihatan kekok. Fakhri menoleh ke arah Firdaus yang telah lama ghaib dalam kegelapan malam. Sufian kembali menikmati burgernya semula. Fakhri hanya tersenyum memandang Sufian.

“mulut kau bau bawangla”kata Fakhri
“memanglah. Kau yang pergi letak bawang buat apa! Aku kan dah cakap aku tak makan bawang!”ngomel Sufian
Amirah ketawa besar mendengar rungutan Sufian. Fakhri juga begitu. Fakhri memegang tangan Sufian.

“terima kasih sebab tolong aku tadi”kata Fakhri.
Sufian mengangukkan kepala.
“terima kasih juga beri aku peluang untuk menerima aku”ucap Fakhri.
Sufian memandang Fakhri. Amirah hanya tersenyum melihat kedua-dua lelaki itu.
“tapi aku harap kau faham. Yang aku tak mungkin mudah untuk melupakan Zharif. Bukan mudah aku nak singkirkan Zhaf. Jika kau serius nak bersama dengan aku, tolong faham tentang itu.”kata Sufian.
Fakhri tersenyum.
“aku faham sayang. Aku akan bagi kau masa untuk menerima aku kembali”kata Fakhri lalu menguncup tangan Sufian.
Sufian menarik tangannya.
euww bro, jiwangnya kau ni. Geli pula aku la”perli Sufian
“hehehe”Fakhri geli hati.
“kau dengan Amy dah boleh kahwin dah. Dua-dua jiwang hahahaha”Sufian ketawa besar.
“haha melebih pula mamat ni”kata Amirah lalu menepuk kepala Sufian.
“sudah-sudah jom tolong aku closing kedai ni”ajak Fakhri.
“alamak bro, tiba-tiba baru aku teringat yang aku belum kapur kasut sekolah lagi”kata Amirah
“woi penipu! Kau ingat kami ni budak tadika ke kau nak kencing. Kapur kasut sekolah konon.”Sufian mencebek bibirnya.
“hahahaha. Kau tu cepat habis makan. Curi tulang je hehehe”Amirah ketawa besar lalu bergerak ke gerai burger.
Fakhri memeluk Sufian dari belakang.
“sayang tidur rumah aku ye malam ni”pinta Fakhri lalu mencium pipi Sufian.
“hehehe jangan panggil aku sayang la. Geli pula telinga aku ni hehehe”kata Sufian.

Fakhri hanya tersenyum lalu pergi membantu Amirah. Sufian tersenyum melihat telatah Fakhri dan Amirah yang sedang berkemas itu. Sufian merasa bahagia sebentar. Sufian menoleh ke arah kereta Proton Satria Neo.

'kehadiranmu sayang mengajar erti tentang rasa itu. Walaupun hanya sekejap tapi cukup membuatku kenal tentang rasa itu. Kini dengan kehadirannya, dapat memberikan aku kenikmatan tentang rasa itu. Moga nikmat tentang rasa itu berkekalan dan berlanjutan'



-TAMAT-


akhirnya tamat sudah novel yg disiarkan secara bersiri.. maaf dan terima kasih kerana sudi menunggu dan membacanya.. maaf juga jika karya ini anda tidak menyukainya.. saya dah cuba berikan yang terbaik dan harap anda semua menyukainya. dan lupa komen untuk nyatakan pendapat dan pandangan anda tentang keseluruhan cerita ini.. dan juga jangan lupa untuk mengundi karya terbaik/pilihan bagi tahun 2013.. terima kasih.

-khuzairi-

35 comments:

  1. Satu lagi karya yg mengagumkn. Tahniah writer!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana sudi komen dan membaca karya saya

      Delete
  2. Setelah menunggu sekian lama, akhirnya season finale menutup tirai. Few comments from me Khuzai.

    i. Jalan cerita yg baik & menarik. Walaupun ada byk watak sampingan, awak berjaya maintain the mood of the reader to focus on the main character. I like that.

    ii Agak terkilan bila Zhaf & Paan x dpt bersama; tapi demi kebaikkan terpaksa akut keputusan mereka berdua.

    iii.Ending yg x disangka. Now everything clear about 3 orang dalam gambar tu. :)

    iv. Last but not least, awak buat kan saya crazy abt your story untill everyday will look around for the final episode.

    Again, thanks Khuzai for the great effort and writing. Keep it up and expecting more from you.


    Regards,

    CK

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaflah sebab tunggu lama.. terima kasih atas kerana meluangkan masa untuk membaca dan meneliti karya saya ni..

      1-seperti yg sy highlightkan dulu, cerita ini mmg akan byk watak sampingan namun watak utama hanya 3.. dan bagusla kalo CK dpt fokus utk baca cerita ini sebab mmg sy akan pastikn watak yg lain tidak akan mengangu keseluruhan cerita ini

      2-zharif berubah ke arah kebaikan yang ingin dikecapinya hingga nekad utk meneruskn pembedahan tanpa mengendahkan kesan sampingan kerna kesan sampingan itu akan membantunya utk fokus pd kebaikan dan lupakan sufian.

      3- ending yg tak disangka..ye sy pasti ramai yg sangka watak Zhaf akan dimatikan .. hehehe sy cuba mencari ending yg sesuai bg karya ini..agak susah..namun sy rasa ending begini adalh yg terbaik..

      4- terima kasih banyak-banyak.. nantikan karya-karya saya pada masa akan datang k.. keep ur support, u one of the reason why i'm still writing

      tqvm CK

      Delete
  3. Thanks for the story. It is good knowing tht it ends the way i hoped it to. Just 1 more thing if only the love story between fakhri and sufian could be a little bit longer it would be great

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe kalo nak tambah banyak2 nanti makin bosan lak org nak tunggu dan baca hehehe.. btw thanx sbb sudi baca

      Delete
  4. SWEET STATEMENT TERAKHIR T( kehadiran mu itu sayang ) U! nE ARIYANA ne, rumah takde internet. Terpaksa gi cc nak copy story abg untuk masuk dlm fon. Maaf ya! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe dik.. janji adik sudi baca karya abg ni hehehe

      Delete
  5. assalamulaikum khuzai satu ending yang menarik sekali diawal cerita kita lihat berbagai konflik dan sub plot yang menambahkan menarik lagi jalan cerita in.lihat bagai mana konflik ijoi dan zhaf ,zhaf dan sufian ,amirah dan girlfriend dier dan amran dan fakhri ,kita lihat amran bersama dengan doktormuda .zhaf ada tumor yang lain dan hilang ingatan tentng sufian dan zhaf ingin berubah dn sufian terima kenyataaan yang zhaf tak akan ingat nyaa lagi walaupun zhaf amat mencintai sufian .dan amy balik ke suami nya .dan sukakan happy ending di antara sufian dan fakhri ini so sweet ha ha . nice ending ,ha ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanx paksuman.. bgusla kalo paksuman suka membacanya

      Delete
  6. Khuzairi, you made it look the best. Bagi nyawa kat cite ni balik especially ending part....good on'ya ;)

    Keep up writing ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanx prince.. makan masa gak nak fikir ending yg sesuai..hehe rasanya ending mcm tu dah cukup sesuai dh

      Delete
  7. tahniah bro...walopun bebulan mnunggu hupdate..tp bebaloi la..great work :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanx bey min.. bgusla jika rasa ianya berbaloi hehehe.. tq

      Delete
  8. Mr Writer, aka Mr Khuzairi,

    U're one great writer. I'm glad that u share ur talent and entertain us here.
    He bless you with this one big talent and never stop writing!

    By the way, "Tentang Rasa" is one of the greatest novel I've ever read.
    Don't waste ur talent and keep on writing!
    Will always support you!


    A•S

    ReplyDelete
    Replies
    1. i will keep writing if u keep support me.. thanx sebab menyukainya..

      Delete
  9. akhir nya..rasa kenyang aku baca ...tq kujai...
    rasa nak makan buregr la pulak...

    ReplyDelete
  10. Khuzairi.....terima kasih utk finale cerita Tentang Rasa....!

    ReplyDelete
  11. i think this is not your best work. mungkin sebab macam u cakap sebelum ni agak busy dengan kerja and everything. for me, the plot seems a little bit disconnected, and remember, I did ask you the mengapa tetiba fakhri jatuh cinta dengan sufian. you said yourself that the story will be told later, which i didn't find everywhere in this story. (maybe, i overlook the plot kot)

    it just need a sequel right?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.. Maaf jika ia mengecewakan awak.. Sebenarnya bagaimana fakhri jatuh cinta pada sufian telah diceritakan secara terperinci di bahagian 23 Tentang Fakhri .. Disitu ada menceritakan bagaimana rasa fakhri berkembang.. Lebih pada cinta padang pertama .. Jika anda membacanya dengan teliti, anda akan faham bagaimana cinta fakhri itu wujud.. Sila baca part 23 tentang Fakhri jika ingin tahu kewujudan cinta fakhri

      Delete
  12. mati-mati ingat semua watak berubah...rupanya Sufian jadi milik Fakhri jugak at last...btw cerita yang best...suka part yang last...

    cuma macam tak best, tak tau apa jadi pada Zhariff....maybe boleh sambung cerita pasal Zhariff ke lepas nih....

    ReplyDelete
  13. nice bro..good job..kesudahan yang menggembirakan...

    ReplyDelete
  14. entah kenapa since dari awal cerita hati aku suka sgt Fakri tu dgn sufian

    btw thnks...termakbul!...mereka patut bersama walau kenangan/ syg sufian tu pd zhaf masih berbekas, tapi takpe Fakri paham

    well done fren! gd job & good story!

    ReplyDelete
  15. saya baru follow blog khuzai dlm 3 bulan lepas,,so far novel sisi gelapku part 1 and 2 paling terbaik,, harap khuzai bleh trus berkarya, sbb saya dah mula cintakan blog ni..

    ReplyDelete
  16. oi kujai..lamo bebeno kome x updet ni...

    ReplyDelete
  17. Jai jai,
    aku baca cerita kau yang ni,
    macam ada harapan lagi dalam cinta PLU.
    aduhhhhh.
    dah lama lurus tinggal itu ini, tapi...
    perasaan sayang dekat lelaki memang susah nak buang.
    dan lagi teruk, kat kawan sendiri plak.
    oh, damn!

    btw kujai, kau pny karya mmg terbaik. apa lagi, published la buat buku. hahaha. mst naik nama kau nanti. great job!

    ReplyDelete
  18. Waaaaaaa~ nanges......... love this story.

    ReplyDelete
  19. Wau,, biar pon ambik masa 2 hari nk baca selepas dukun.. tp cerita yg ni memang terbaik dri kujai tulis lah.. dri bab 25 smpai ahkir asik air mata je yg blh gambar kn cerita ni.. tahniah, bayank moral2 keagamaan n cubaan utk menginsafkan dri yg songsong ni. Tp mmg sy bg 10 bingtang buat kujai.. sikap setai kawan yg amat kukuh kujai gaeapkan dalm siri ini, mmg amat sy kagumi..
    Beharap dan berdoa agar ape yg blh diambil pengajaran dlm cerita ini, blh sy sndri amalkan, berubah demi kebaikan..
    Semua watak sy syg, tk ada unsur2 18sxx.. kalau buat drama cerita ni.. rasa nya mmg terbaik..
    Ape2 pon, skrg sy dah jadi peminat awk kujai..
    -kimee-

    ReplyDelete
  20. hai bro..aku selama ni silent reader..tapi tergerak nak komen..aku suka cerita2 kau..tolong lah kekal kemaskini cerita2 kat blog kau..anyway nice story..thanks..aku terhibur..

    ReplyDelete
  21. setelah lebih setahun aku stop baca Tentang Rasa akhirnya aku aku habiskan baca jugak...

    very nice ending.... selepas semua yg berlaku...

    aku suka cara kau simpulkan dan kau gantungkan ending dia... happy ending even though zharif dan sufian tak bersama.


    hopefully kau terus menulis lagi...

    ReplyDelete
  22. Thanks khuzai. Bru 2 hr lepas sejak ak mula baca smua story yg hg tuleh kat sini. Dr crita sisi gelapku smuanya ak bernafsu.. Ak singgah kat cita ni harapkan perasaan yg sama, tp benda lain plak hg ak rsa. Jujur ak ckap, hg pandai sngat karang. Aku suka cita ni.
    Ak tringin nk berubah wei. Doakan ak.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  23. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  24. salam quzhai..sy baru abes baca cerita tentang rasa..sebuah cerita yg baik dan x sangka mampu mengalirkn air mata sy ini..

    walau pun skdar cerita sy dpt rasakan semua watak itu wujud..dan jauh di sana pasti sebenarnya Zharif masih lg menyanyangi dan mengingati Paan yg pernah memberikan peluang padanya utk menikmati tentang rasa itu..walaupun Zhaf selamat jalani pembedahan tapi itulah permintaannya kpd doktor Zahid agar beritahu kepada Paan bhw dia telah hilang ingatan demi membiarkan Paan dapat terus mencari tentang rasa itu..

    ReplyDelete
  25. Khuzai ko doktor ka? Btw sjak brpa hari ni aku bnyak habiskan masa dgn baca blog ko.paling aku suka baca sisi gelap ku dan tentang rasa ni.tapi sisi gelapku ttap aku suka.pasal ko kan?

    ReplyDelete