30 December 2014

Goodbye... Hello..


Assalammualaikum.. Terus terang ku katakan yang aku dah lama berhenti menaip/menulis cerpen/novel/kisah PLU untuk blog ini. Aku sebenarnya dah malas dah nak menulis.. Maaf aku kecewakan kau orang.. Aku akan cuba luangkan masa untuk cari idea untuk menulis semula..

Dalam tahun 2014.. Terlalu banyak peristiwa yang berlaku kepadaku.. Terlalu banyak yang hitam dari manis.. Dalam soal karier dalam soal family dalam soal hubungan dalam soal.. Segalanya... Banyak yang menduga hingga ku terjatuh.. Namun dalam ku rebah ku gigih merangkak mengharungi segalanya..

Dugaan yang mendatang bertimpa-timpa..segalanya bila aku dikejutkan dengan panggilan dari bondaku.. Dalam sayu esak tangis suaranya memaklumkan ayahandaku telah menghembuskan nafas terakhir..aku bagaikan lemah untuk berdiri umpama segala tulangku hancur tika mendengar perkhabaran itu.. Sejurus itu berlakunya pula krisis keluarga.. Aku pulang segera ke KL kerna tidak sanggup berhadapan dengan situasi yang gila itu.. Aku lari dari menghadapinya..

Setibanya aku di KL, dugaan dalam kerjaya sekali lagi melemahkan ku untuk aku berdiri.. Dugaan demi dugaan menimpa hingga memaksaku untuk berfikir diluar dugaan.. Untuk aku bunuh diri.. Ye, pada malam itu aku nekad untuk membunuh diri.. Dua hari aku tidak menjamah sebarang makanan.. Tidak selera dan hanya meminum air untuk basahkan tekak..

Malam itu aku tertidur..setelah puas memikirkan jalan penyelesaian untuk segala masalahku namun aku tetap menemui jalan buntu.. Aku terlena dan dia muncul.. Arwah ayahku muncul.. Berdiri diluar rumah ku di kampung.. Arwah ayahandaku tersenyum melambai-lambai ke arahku..aku ingat lagi, dalam mimpi itu aku puas memanggil ayahandaku untuk masuk ke dalam rumah itu.. Namun ayahandaku hanya tersenyum di luar rumah melambai tangan ke arahku..

Aku terjaga dan imej arwah ayahandaku itu tidak dapatku lenyapkan.. Aku mencari apa maksud mimpiku itu.. Akhirnya aku sedar, sudah terlalu lama aku tidak ku sujud padaNya.. Jika dulu arwah ayahandaku selalu memesanku untuk taat pada perintahNya dan jangan tinggal solat.. Akhirnya aku mula lakukan perkara yang lama ku tinggalkan..

Ketenangan mula timbul .. Walaupun aku tetap menemui jalan buntu dalam setiap permasalahanku.. Namun setiap kali aku sujud kepadaNya,saat itu ketenangan yang terlalau lama tidak ku temui,kembali menerjah dan perasaannya terlalu indah.. Dan makin lama berjaya mengubah persepsi ku terhadap segala permasalahanku..

Bagaikan keajaiban yang berlaku akhirnya segala permasalahanku berjaya ku atasi.. Walaupun tidak selancar yang diharapkan namun aku berjaya dan yakin ketika ku hadapinya.. Aku lakukannya dengan seorang diri tanpa mengkhabarkan pada sesiapa..

Dan jika sebelum ini aku ucapkan yang aku ingin berpaling ke fitrah asal semula, ye aku hampir berjaya melakukannya..hingga muncul seseorang yang tidak ku sangka .. Pada awalnya ku cukup khuatir jika ku gagal untuk berpaling.. Ku terlalu khuatir jika ini adalah ujian untuk ku cekal dengan niatku.. Kerna tika ku ingin memalingkan muka ke fitrah sebenar ada tangan yang menyambut mukaku dan menghalangku dari berpaling.. Itu yang ku khuatirkan saat sidia hadir disisiku..

Masih terlalu awal untuk ku katakan cinta padanya.. Kerna hubungan yang ini terlalu awal.. Namun setelah menghabiskan masa bersamanya timbul perasaan itu..adakah itu nafsu atau sememangnya rasa cinta, tidak ku mengerti.. Namun tiap kali ku tatap wajahnya aku tidak dapat menghalang dari hatiku untuk menaruh rasa padanya..

Tidak dapat ku bayangkan akan berhubungan dengan seseorang yang boleh ku labelkan sebagai mat rempit.. Ye mat rempit hahaha .. Dia acap kali mengatakan padaku yang dia sebenarnya bukan lah mat rempit.. Namun bila ku lihat gayanya sahaja hatiku tidak henti mengatakan dia adalah mat rempit.. Aku percaya jika kau sendiri yang melihat dia,pasti kau juga akan mengatakan dia adalah mat rempit. Cara dia menunggang motor sahaja sudah cukup menyakinkan sesiapa yang membonceng dengan dia akan mengatakan dia mat rempit..

Dalam waktu aku berhubungan dengan dia, aku masih dirundum rasa bersalah.. Rasa bersalah jika aku tidak menuruti niatku untuk berhenti dari berada dalam dunia ini.. Aku risau kehadiran dia hanya mengheret aku lebih dalam ke dunia kegelapan ini.. Namun segalanya berubah bila aku menerima pesanan yang aku sendiri tidak sangka pada awal perkenalanku dengan dia..








Ye.. Aku tergamam.. Tidak ku sangka dia begitu.. Aku betul-betul tidak sangka.. Aku buangkan segala persepsi negatif padanya dan aku begitu malu dengan diriku.. Walaupun masing-masing masih mentah dalam hal ini namun ini tidak menghalang kami dari belajar untuk benar-benar terbaik dalam melakukannya..











Dia sebenarnya hadir bukan untuk menghalangku dari berpaling ke fitrah sebenar,namun dia hadir untuk memimpin tanganku ke arah itu.. Aku terharu.. Aku sayang mat rempit ini





p/s: aku berani post psl dia sebab aku dah dapat kebenaran dari dia utk tulis post pada kali ini.. aku bukan nak hebahkan pada semua mengenai ini.. cuma kesimpulan kat sini jgn cepat menilai seseorang dan adakalanya utk melakukan perubahan perlukan sokongan dari seseorang.

SELAMAT TAHUN BARU

#pray4pantaitimur



05 December 2014

Saat Ku Berpaling..


Aku menanggalkan tuala.. Seluar jeans biru lusuh itu aku sarung. Rokok masih terlekat dibibirku. Aku menyembur badanku dengan semburan badan Gatsby. Rokok yang masih berasap itu ku berikan pada dia. Aku mencapai T-Shirt hitam lengan pendek lalu menyarungnya. Dia hanya memerhatikan aku. Wax aku keluarkan dari beg galasku.

"Aku harap kau tak akan tulis kisah pasal aku nanti" kata dia.
Aku tidak memberi respon. Aku sibuk mengayakan rambutku. Aku ingin memacakkan rambut ku seperti sebelumnya.
"Kau dengar tak apa yang aku cakap?"tanya dia
"Ye"jawabku sepatah.

"Bf kau tak marah ke kau tulis cerita macam tu?" Tanya dia
"Aku tak de BF"jawabku sambil mencapai kotak rokok.
"Aku baca kat blog kau,kau cakap kau dah ada bf sekarang"
"Tu dulu,bukan sekarang"
"Jadi sebab tu kau cari aku sekarang"
Aku hanya anggukan kepala.

"Berapa ramai skandal kau sebenarnya? Tak termasuk aku"tanya dia
"Tak perlu kau tahu"jawabku
"Berapa ramai yang kau main?"tanya dia
Aku berpaling dari memandang mukanya. Kotak kondom yang terbuka tanpa isi itu ku tatap.
"6" jawabku sepatah
"7 kalau termasuk aku,bila kau main dengan diaorang?"tanya dia lagi
"Sejak aku singgle"jawabku
"Diaorang tu semua skandal kau?macam aku ke?" Tanya dia
Aku menyarung kasut.
"Dan semua yang main dengan kau, kau akan ceritakan di blog kau?"tanya dia
"Tak."jawabku
"Betul ke? Kalau pasal aku?"tanya dia
"Tak"jawabku
"Kenapa?"tanya dia
"Kau nak aku hancurkan hidup kau ke? Sama macam diaorang?!"tegasku
"Kau kantoi dengan diaorang ye?"
"Aku dah delete dah post pasal diaorang."
"Bf kau yang suruh ke atau diaorang?"
"Dua-dua sekali"
"Tu la kau, kenapa lah kau nak tulis sangat kisah hidup kau. Kisah peribadi kau tu. Dah macam syok sendiri la. Tak pasal-pasal dah kantoi sekarang"katanya
Aku menyandang beg galasku.
"Dah lewat ni, aku nak balik dulu." Kataku
"Wei kejaplah. Kau tak nak deposit ke?"
"Tak pelah, kali ni kau boleh simpan"kataku lalu keluar dari bilik hotel tersebut.
"Tapi kau tak akan tulis pasal aku kan"tanya dia
Aku tidak menjawab lalu pintu bilik hotel ku tutup. Aku melangkah keluar dari hotel. Waktu sudah hampir ke pukul 6petang.

Aku teringat perbualan mak aku dan aku di telefon beberapa hari sebelum itu.. Mak aku bertanyakan soal jodohku.. Malah mak aku sendiri menetapkan tempoh perkahwinan aku.. Mak aku ingin aku berkahwin sebelum umurku mencecah angka 30.. Aku mempunyai ramai kenalan wanita.. Namun kami hanya kenalan biasa.. Tidak terlintas untukku meminati mereka.. Bukan faktor nafsu namun faktor keakraban. Jika sebelum ini aku pernah meminati salah seorang daripada mereka, namun akhirnya aku kecewa apabila dia dalam diam sudah berpunya..

Aku serahkan soal jodoh kepada ibuku.. Biar dia sahaja yang mencari jodoh untuk ku.. Aku terlalu sibuk mencari rezeki hingga tiada masa untuk mencari calon menatu yang sesuai buat ibuku.. Aku juga sudah berkali kecewa dalam percintaan. Dengan lelaki dan wanita.. Apa mungkin aku tidak layak untuk bercinta, atau mungkin aku tidak sememangnya boleh bercinta..

Apa pun keputusan yang ibuku buat untuk ku dalam soal jodoh khususnya.. Aku terima.. Aku percaya segala yang ibuku buat untuk anaknya ini adalah yang terbaik untuk bersama.. Mungkin sudah sampai waktunya... Saatnya aku berpaling semula ke fitrah sebenar.