31 May 2015

Pati : untuk jasad bukan untuk jiwa



Pati : Berkumpul


Angin berhembus sepoi-sepoi bahasa,kedengaran jelas bunyi ombak yang terletak hanya beberapa meter dari banglo itu. Banglo dua tingkat tersergam indah itu kelihatan utuh walaupun terdapat beberapa bahagian yang catnya sudah luntur. Kereta Honda City milik Syazwan berhenti betul-betul di sebelah sebuah kereta Satria Neo berwarna Oren.

Syahir keluar dari kereta dan memandang ke arah beberapa orang lelaki yang sedang bersantai di depan banglo itu. Syahir menoleh ke arah Syazwan yang sedang mengeluarkan bagasi dari bonet kereta. Syahir menghampiri Syazwan.

“Sya ingat kita bercuti berdua sahaja, siapa mereka ni?”bisik Syahir kepada Syazwan
“jangan risau sayang, mereka semua macam kita juga lah”kata Syazwan
“macam kita?”Syahir tertanya
Syazwan mengangukkan kepala lalu menutup bonet kereta.
“PLU ke?”tanya Syahir lagi
Syazwan tersenyum lalu membawa bagasi ke arah kumpulan lelaki itu.

“Assalammualaikum”tegur Syazwan
“Waalaikumsalam”jawab mereka.
“yang mana satu Faizal ye?”tanya Syazwan
“dia belum datang lagi. Dah dekat sejam juga kami tunggu disini”kata seorang lelaki yang bersandar di tiang sambil merokok.
“kenapa tak masuk dalam?”tanya Syazwan
“banglo ni berkunci. Sebab tu kita orang tunggu diluar”jawab seorang budak lelaki.
“ok”jawab Syazwan dengan dahi sedikit berkerut.

Syahir berjalan menghampiri belakang Syazwan.

“tak akanlah budak-budak pun join sekali?”bisik Syahir
“entah”jawab Syazwan tanpa menoleh kebelakang.

Sebuah kereta Honda Civic masuk ke dalam perkarangan banglo itu. Semua orang menoleh ke arah kereta tersebut.

“mungkin itu Faizal kot?”kata seorang lelaki yng berdiri tidak jauh dari Syazwan

pintu kereta dibuka, keluar serentak dua orang lelaki dari kereta tersebut. Lelaki yang memandu kereta tersebut berjalan mengeluarkan bagasi dari bonet kereta.

“kau cakap nak ke pulau redang,kenapa datang kesini pula?”tanya Khuzairi
“kat sini pun tak ada bezanya dengan pulau redanglah. Ada pantai,ada laut, macam kat pulau redang”jawab Razif.
“tapi kat sini ramai orang. Aku ingat kita berdua je”Khuzairi mencebek bibir
“lebih ramai lebih keriangan”balas Razif sambil tersengeh
“banyak lah kau punya keriangan”ngomel Khuzairi
razif tertawa

mereka kemudiannya berjalan menghampiri kumpulan lelaki tersebut.

“awak Faizal ke?”tanya Syazwan
“bukan, mana Faizal?”tanya Razif
“siapa Faizal?”tanya Khuzairi
“dia lah orang yang incharge fasal percutian ini. Faizal yang handle segalanya sejurus kita sampai kat sini”jelas Razif
“tapi dia takde kat sini?”tanya Khuzairi
“tu la, dah dekat sejam dah tunggu dia ni”sampuk Sufian
“jangan-jangan dah kena tipu, dia songlap duit kita”runggut Zard

perbualan mereka terhenti sejurus sebuah van berwarna putih berhenti dibelakang kereta milik Razif. Keluar seorang lelaki dari van tersebut sambil membawa sebuah fail bersamanya.

“Maafkan saya kerana terlewat. Saya minta maaf sangat-sangat sebab uruskan persiapan minum petang kita. Baiklah tanpa membuang masa lagi, saya perkenalkan diri saya, nama saya Faizal selaku penganjur bagi percutian anda semua disini. Di banglo yang besar ini mempunyai 7 bilik, dan bilik-bilik tersebut akan diagihkan mengikut bayaran anda. Baiklah kita semua boleh masuk ke dalam dahulu.”kata Faizal lalu berjalan agak tergesa membuka pintu masuk banglo itu. Kumpulan lelaki itu akhirnya masuk kedalam banglo tersebut.

“makanan dan minuman tu boleh disediakan di tepi kolam renang ye”arah Faizal kepada beberapa orang lelaki yang membawa beberapa bekas yang berisi makanan.

Faizal berdiri dihadapan kumpulan lelaki itu sambil memegang fail dan segengam anak kunci.

“baiklah,setiap bilik sudah ditanda nombor mengikut kunci yang bakal anda terima. Saya akan menyebut satu persatu nama dan nama-nama yang saya sebut boleh datang mengambil kunci bilik mereka dan jadual aktiviti sepanjang tempoh percutian”kata Faizal

setelah selesai mengagihkan kunci bilik kumpulan lelaki itu akhirnya berpecah menuju ke bilik masing-masing. Ada yang menuju ke tingkat atas dan ada juga yang mendapat bilik di tingkat bawah. Tepat pukul 5 petang nanti mereka diminta untuk berkumpul di kawasan kolam renang untuk menikmati jamuan minum petang seperti yang sudah dijadaulkan.

Pintu bilik dikunci Sufian. Zharif berbaring di atas katil sambil mendepakan tangan. Sufian berjalan kearah Zharif sambil membuka baju. Zharif tersenyum melihat Sufian yang separuh bogel menindih badannya.

“Amy dengan Ana pasti bengang sebab tak dapat ikut kita becuti kat sini”kata Zharif llu menguncup bibir kekasihnya
“hehe itu sudah pasti”jawab Sufian lalu mencium leher Zharif
“tapi I rasa serba salah pada mereka”kata Zharif
“ala nanti kita plan holiday dengan mereka pula. You ingat budak-budak gay yang lain ni akan ok kalau ada perempuan join mereka?”Sufian menyisir rambut Zharif
“Amy dengan Ana kan lesbian,sama je macam kita”kata Zharif lalu mencium dagu Sufian
“sudahlah. Takpe nanti kita pergi Langkawi dengan mereka pula ye”kata Sufian lalu mencium bibir Zharif.

Hakim melilit tuala dan berjalan keluar bilik. Hakim memandang ke arah seorang lelaki yang sedang duduk di kerusi yang tidak jauh dari bilik air. Hakim mendekati lelaki itu.

“ada orang guna ke?”tanya Hakim.
“ye ada.”jawab Rezdwan
“kawan kau ke kat dalam?”tanya Hakim
“bukanlah. Tak kenal pun siapa yang ada kat dalam itu”jawab Rezdwan
“leceh betullah, dah la tunggu lama tadi nak masuk banglo ni, ni nak guna toilet pon kena tunggu lagi”runggut Hakim sambil berpeluk tubuh.
“hehe rileks bro”Redzwan tersenyum. Mata Rezdwan meneliti setiap inci otot yang timbul besar dilengan Hakim. Dada bidang Hakim juga menarik perhatian mata Rezdwan
“selalu pergi Gym ke bro?”tanya Rezdwan
“bolehlah”jawab Hakim
“body lawa, teringin nak dapat body macam bro ni”puji Rezdwan
“kena selalu workout la”kata Hakim sambil memandang pintu bilik air terbuka.

Zard keluar dari bilik sambil badannya sedikit lembab. Rambut zard yang tebal dan panjang itu disisir dengan tangan lalu kepala zard digeleng berkali-kali hingga memercikkan air dari rambutnya. Titisan air juga turut mengalir ke badan Zard yang hampir sama saiznya dengan hakim.-Sasa. Hakim seakan terpukau dengan aksi Zard itu.

Rezdwan berdiri dari kerusi
“bro, kalau nak guna , gunalah dulu”perlawa Rezdwan
“tak pe, kau masuklah dulu”kata Hakim yang tidak berhenti memandang Zard.
Rezdwan melangkah masuk ke dalam bilik air. Zard beranjak sedikit bagi memberi laluan kepada Redzwan.
“cantik rambut, style habis”puji Hakim
Zard tersenyum
sebelum Rezdwan menutup pintu bilik air tersebut, Rezdwan sempat melihat Hakim dan Zard berjabat tangan. Airmuka Rezdwan berubah.

Telefon bimbit yang dipegang Khuzairi bergetar lagi. Khuzairi menatap nama yang tertera di skrin telefon bimbit itu. Badrul. Pintu bilik air terbuka. Cepat-cepat Khuzairi menekan butang kuasa untuk mematikan telefon bimbit itu. Razif perasan akan tindak-tanduk kekasihnya. Razif mengelap seluruh badannya sehingga kering lalu memakai tuala. Razif berbaring di atas katil. Khuzairi masih setia memandang ke arah luar tingkap.

“betul ke dengan pilihan yang kau buat ni?”razif bertanya tanpa memandang Khuzairi.
“pilihan apa?”tanya Khuzairi lalu menoleh ke arah Razif.
“kau pilih aku dan bukannya dia”kata Razif
Khuzairi terdiam. Razif memandang ke arah Khuzairi yang masih tidak menjawab pertanyaannya.
“kenapa kau tanya?”soal Khuzairi
“kau selalu macam ni, bila aku tanya mesti kau jawab dengan pertanyaan”luah Razif
“aku ingat kau tak akan tanya fasal tu, sebab tu aku tanya pada kau kenapa kau tanya aku fasal itu”balas Khuzairi
Razif diam lalu menutup matanya.

Suasana di kolam renang sedikit riuh. Masing-masing duduk dengan pasangan masing-masing. Azmeer duduk di satu meja kosong yang agak jauh dari mereka yang lain. Rezwan melihat Hakim dan Zard sedang duduk berduan disebuah meja tidak jauh dari kolam renang. Redwan melihat semua meja yang ada sudah penuh dengan pasangan masing-masing. Rezdwan memandang ke arah Azmeer yang duduk berseorangan. Rezdwan menjadi segan untuk duduk dimeja itu. Rezdwan akhirnya duduk dibangku yang payungnya tidak terbuka itu.

“baiklah sebelum kita mulakan jamuan minum petang. Apa kata kita mulakan dengan sesi perkenalan supaya semua orang dapat bersuai kenal dan berkawan dengan lebih mesra lagi. Jangan risau kepada yang datang dengan pasangan masing-masing tu, ini sesi suai kenal, bukan sesi caras mencaras Boyfirend orang ye hehe” kata Faizal sambil diikuti gelak tawa dari yang lain.
“kita mulakan dengan abang seorang yang duduk kat kerusi itu, ye abang yang duduk berseorangan tu”kata Faizal memanggil Rezdwan
Rezdwan kelihatan agak gugup. Perlahan-lahan rezdwan melangkah ke depan dan berdiri disebelah Faizal.
“perkenalkan diri kamu”perlawa Faizal
Rezdwan benar-benar gugup. Redzwan bertambah gugup bila Hakim memandang ke arahnya.

“Nama saya Redzwan. Saya tinggal di KL. Umur ”kata Redzwan lalu memandang Faizal
“Redzwan ye, datang seorang je ke?”tanya Faizal
“ye”jawab Redzwan
“ok baik. Harap awak selesa dan seronok dengan program-program yang bakal dijalankan nanti”kata Faizal
Redzwan kembali duduk ke bangku
“baiklah, giliran saudara yang duduk disana”tunjuk Faizal ke arah Azmeer
“saya?”Azmeer terkejut
“ye awak, sila ke depan”pinta Faizal
Azmeer berjalan ke depan lalu memandang ke arah semua lelaki yang berada disitu.
“saya Azmeer. Umur 22. tujuan saya join event ini adalah untuk relaxkan kepala otak saya”kata Azmeer.
“awak datang seorang ke?”tanya Faizal
“ye”jawab Azmeer
“tapi dalam senarai ini sepatutnya awak datang berdua. Kawan awak tak datang ke?”tanya Azmeer
“saya datang seorang je. Terima kasih.”jawab Azmeer berlalu ke mejanya
Faizal sedikit tercengang
“ok. Seterusnya...”

setelah semuanya selesai memperkenalkan diri dalam sesi ice breaking tadi, jamuan minum petang pun bermula. Razif memandang Redzwan yang sedang menceduk bihun goreng ke pingannya. Razif menghampiri Redzwan.

Zard tersenyum memandang ke arah Hakim yang mengenakan baju hitam tanpa lengan itu. Otot bisep Hakim kelihatan begitu seksi bagi Zard. Hakim meletakkan pinggan yang berisi bihun dan beberapa biji kuih muih lalu duduk dihadapan Zard.

Khuzairi terkejut melihat kekasihnya berjalan bersama dengan lelaki lain ke mejanya. Razif tersenyum.

“jemputlah duduk wan”perlawa Razif
Redzwan duduk sambil memandang Khuzairi
“khuzai, ini Redzwan”kata Razif
“hi aku khuzai”
“wan”kata Redzwan lalu berjabat  tangan dengan Khuzairi
Khuzairi mengerling ke arah kekasihnya.
“what? Something wrong?”tanya Razif
“nope.”kata Khuzairi lalu tersenyum
Redzwan sedar kehadirannya disitu tidak disenangi Khuzairi
“ermm aku makan kat tempat lain lah, macam menggangu kau orang je”kata Redzwan lalu berdiri
“eh jangan. Duduk jelah kat sini”kata Razif.
“ye, duduklah. Kau tak gangu pon”kata Khuzairi
“aku datang sini bukan nak cari gaduh dengan sesape atau buat sesape bergaduh”
“wan. Tak ada apalah. Kau jangan fikir yang bukan-bukan pula.”kata Khuzairi
Redzwan kembali duduk.
“kau nampak tension semacam. Ada yang tak kena?”tanya Razif
Redzwan mengelengkan kepala lalu memandang ke arah Hakim.

Sufian memandang pelik ke arah kekasihnya. Zharif tidak bersuara. Airmukanya kelihatan bengis.

“sayang, what's wrong?”tanya Sufian
“huh? Oh nothing”jawab Zharif lalu menjeling ke arah Zackrudin dan Fitri yang kelihatan begitu mesra.
“you tak suka couple tu ke?”tanya Sufian
“tak”jawab Zharif
“mereka nampak sweet la”kata Sufian
“sweet? Lelaki itu cikgu dan budak tu anak murid dia! Lelaki tu nampak sangat dah salah guna kuasa. Tanggungjawab dia adalah untuk membimbing budak tu untuk berjaya, tapi dia bimbing budak itu ke arah songsang pula!”tegas Zharif
Sufian terdiam.
“you ingat kenangan hitam itu?”tanya Sufian
Zharif menoleh ke arah kolam renang
“Zhaf, ermm biarkan jela mereka. Kita buat hal kita ye”kata Sufian
“mudah bagi you. Benda dah jelas dpan mata salah Paan. Kenapa you nak biarkan je. You dengarlah dia cakap tadi. 'saya adalah cikgu kepada budak tu dan saya bahagia dapat anak murid yang sudi menjadi pasangan hidup saya' wuerkk nak muntah la dengar dia cakap tadi”kata Zharif seakan loya
“you ingat kejadian dengan cikgu tuisyen ke?”pertanyaan Sufian menyentap perasaan Zharif. Zharif menundukkan mukanya
“tapi tidaklah seteruk jika lelaki itu abang kandungnya”jawab Sufian
Zharif tersentak
“kalau mereka adalah adik-beradik lagi teruk. Sumbang mahram.”balas Zharif
“ye, yang itu lagi teruk”kata Sufian sambil mengimbau saat-saat bersama abang kandungnya Nik Sofi.

Suasana bilik itu sunyi, gelap dan berdebu. Sebatang lilin dinyalakan. Cahaya malap dari lilin itu mula menyinari suasana dalam bilik tersebut. Bilik yang merupakan ruang bawah tanah bagi banglo tersebut. Kedengaran bunyi suara berbisik di sekeliling bilik itu. Seorang lelaki berteleku di hadapan meja kecil yang disinari cahaya lilin itu.

Lelaki itu membakar satu lagi lilin. Mulutnya terkumat-kamit membacakan sesuatu. Lilin ketiga dibakarnya lagi. Lelaki itu menutup mata lalu kepalanya tergeleng-geleng secara perlahan. Mulutnya masih terkumat-kamit membacakan mantera.

Kepulan asap hijau gelap muncul di hadapan lelaki itu. Susuk lembaga mula kelihatan. Lelaki itu membukakan matanya. Lembaga bertanduk seperti kambing itu memandang ke arah lelaki itu. Matanya merah menyala. Dengus nafas makhluk aneh itu kedengaran jelas.

BERSAMBUNG...

-ye jangan marah hahaha aku dah janji kan aku akan siarkan cerpen ini penuh? hehehe tapi aku nak tunggu lagi sikit.. nak tengok respon kau orang.. ok ke tidak percubaan aku dalam membuat gabungan cerita dalam cerita.. hehehe
 
-bagi sesiapa yang baru berkunjung ke blog aku, aku ucapkan selamat datang. dan silahlah semua karya di blog ini.. sebab cerita Pati ini. bukan Pendatang Tanpa Izin ye.. cerita ini mengabungkan watak utama dan sampingan  dalam semua karya yang ada di blog ini.. dan cerita ini juga bersangkut-paut dengan karya-karya yang lain.. harap semuanya peka bila membaca..


-cerpen lengkap akan disiarkan pada 6/6/2015 pada pukul 9 malam.. ye aku dah set kan time untuk siarannya hehehe..


5 comments:

  1. Interesting. Kipidap. Hehe.

    Nasib baik dah ada date sambungan seterusnya. :)

    ReplyDelete
  2. Nice. teratur n menarik. can't wait to see next chapter

    ReplyDelete
  3. gabungan semua cerita kau khuzai

    ReplyDelete
  4. der, habiskan cepat sikit. eksited nak baca. erkkk nak cakap boleh? maaf la kalau hg marah. aku kalau membaca cerpen panjag mcm ni, mesti mata aku fokus,. tapi sebab background hang hitam tulisan putih. setiap kali aku habis baca, aku pandang sekeliling, mesti aku nampak hitam je, macam nak pengsan. ahahahhaha,.

    ReplyDelete
  5. Assalamulaikum. Khuzairi he heambooi nama khuzari ada dan razif hehe hai nama tu teman baru ke atau rekaan semata mata seperti dalam satu luahan khuzairi yang bertemu seorang mamat he he mat rempit .usik khuzairi saje .wah banyak watak watak sungguh he he.salam.dari paksu man he hec

    ReplyDelete