02 November 2015

Sisi Gelapku : Form 6 -part2-


Sisi Gelapku : Form 6 -part2-

hari ni tiada sesi pembelajaran yang melibatkan gabungan kelas sebelah. Maknanya, aku tak akan berjumpa dengan ali. Rasa aman pada hari ini. Subjek pagi ni cikgu tidak hadir. Aku lega sangat sebab dapat tidur. Tapi dapat tidur sekejap je sebab digangu kawan-kawan aku. Banganglah dorang ni. Natural la tidur kalau air liur basi keluar, itu namanya pemprosesan penyingkiran toksin melalui air liur. Hehehehe

waktu rehat aku berjalan bersama dengan Hidayah. Aku makan di kantin harini dengan Hidayah. Sesekali aku menoleh ke belakang melihat rakan-rakan kelas aku yang lain sedang makan. Aku terpandang ali. Ali hanya memandangku tajam sambil mengunyah roti hotdog. Aku melihat wan juga sedang makan bersama teman wanitanya.

Selepas menemani hidayah kembali ke kelas, aku segera ke tandas. Aku kencing sambil berborak dengan badrul di telefon. Badrul menyambung tidurnya setelah selesai berbual dengan aku. Sesi persekolahan berjalan lancar pada hari itu.

Waktu di parking motor, aku sempat memandang ali yang sedang menghidupkan enjin motorsikalnya. Ali tidak memandangku. Mungkin dia tidak perasan yang aku berada disitu. Aku membunggang motorsikal bersama-sama dengan wan dan jamil. Sampai dirumah aku terus tidur tanpa mandi dan makan melancap pon tak kerana aku betul-betul mengantuk,

Pagi itu aku betul-betul kelam-kabut meniru kerja rumah Pengajian Am yang aku lupa nak buat malam tadi. Kelas bakal bermula dalam beberapa minit je lagi. Sedang sibuk aku gigih meniru kerja rumah tersebut. Ali tiba-tiba datang ke meja aku metakkan sebungkus kuih.

“kali ni aku beli kuih donut. Kau makanlah”kata ali.
“aku sibuklah!”tegas aku
“sibuk meniru?”tanya ali
“kau jangan sibuklah”kata aku
“ala nak bergaduh plak, meh sini kuih tu”kata husin mencapai plastik berisi kuih donut
“wei khu, makanlah kuih yang aku beli ni”kata ali lalu duduk bersembang dengan wan dan jamil.
“yela. Jap lagi la aku makan”kata aku.

“fuhh siap gak!”aku lega. Aku melihat tulisanku yang serupa cakar ayam tu. Lantaklah janji aku siap.hahaha
 aku makan sebiji kuih donut yang ali belikan. Aku lihat ali tersenyum memandangku makan kuih tersebut.

Sewaktu kelas seterusnya, aku dan rakan-rakan aku berpindah ke kelas sebelah. Aku duduk disebelah husin. Aku terhidu bau asap rokok dari ali yang duduk di meja hadapanku.  Rupanya ali pon merokok juga. Tapi dimana ali merokok, aku tak tau pun tempat selamat nak isap rokok kat dalam sekolah ni. Sepanjang kelas tersebut memang membosankan. Aku tak sabar nak tunggu waktu rehat. Rindu lak dekat hidayah.

Aku menanti Hidayah tiba dikantin. Namun hampa. Hidayah masih tak muncul-muncul. Ais di dalam air sirap aku mula mencair. Aku sebenarnya ingin meminta nombor telefon hidayah.

“khuzai, awek kau tak keluar rehat la wei”kata Jamil selang beberapa baris meja di belakang tempat aku duduk.
“diamlah kau”kata aku
“khuzai ada awek sekarang, patutlah muka ada senyum hehe”kata wan
“dia bukan awek aku lah.”kata aku lalu memindahkan makanan aku ke meja tempat mereka makan. Memang hidayah tak datang ke kantin hari ni.
“aku tak tau lak kau kapel dengan dayah”kata wan
“aku kawan jela dengan dia”nafi aku
air muka ku berubah sejurus melihat ali berjalan menuju ke arah kami.
“khuzairi baru nak makan ke? Waktu rehat dah nak habis dah”kata ali
“dia tunggu awek dia tapi awek dia tak datang makan dengan dia . Kesian hahaha”gelak wan
“dia bukan awek aku la sial”bentak aku
“nak sikit”kata ali lalu menarik pinggan yang berisi kueh teow goreng dihadapanku
aku terdiam.
“wei dia belum makan lagi la”kata jamil
“laa yeke, nah makanlah dulu”ali menolak pinggan tu kepadaku
“tak pela, makan jela”kataku
“kau belum rasmikan lagi makanan tu, lepas kau makan barulah aku rasa sikit”kata ali
“kau ni kueh teow yang seringgit ni pon tak mampu beli ke?”tanya wan
“aku tak nak makan banyak. Aku nak rasa sikit je”kata ali lalu memandangku
aku menyuap kueh teow tu ke dalam mulutku. Sesudah itu ali dengan slumber mencapai garfu dan makan kueh teow gorengku.
“wei,kau ada tak?”tanya jamil
“ada”jawab ali berbisik
“ada apa?”tanyaku
“tak ada apa la. Makan jela. Dah lambat ni.”kata ali

selesai makan kami berempat berjalan pulang ke kelas. Sebentar lagi loceng bakal berbunyi menandakan waktu rehat akan tamat. Aku melihat jamil berjalan bersama ali ke arah lain.

“mana dorang nak pergi tu?”tanya aku kepada wan
“isap rokok”jawab wan
“siot , tak ajak!”
“kau isap rokok ke?”tanya wan
“isap lah”kataku
“yeke??, tak pernah nampak pun”kata wan. Memang la tak pernah nampak sebab aku tak isap depan kau. Badrul yang ajar aku isap rokok.
“aku nak ikut dorang la”kata aku lalu berlari mengikuti mereka

“kau nak apa?”tanya jamil
“aku tau korang nak pergi isap rokok kan.. aku nak join”kata aku
“kau isap rokok ke?”tanya ali
“isap la”jawab aku

kami bertiga kemudiannya menaiki tangga ke block baru yang menempatkan pelajar form3 dan 4. aku mengikuti mereka ke dalam tandas di tingkat paling atas sekali. Tingkat yang masih banyak kelas kosong. Ali mengeluarkan kotak rokok dari poket seluarnya, lighter ditarik keluar dari tali lehernya.

“rokok apa ni?”tanya aku
“rokok bola”jawab jamil lalu memberi sebatang kepadaku.
“berapa sekotak?”tanyaku
“rm2.00 je”jawab ali lalu menghambuskan asap rokok ke udara.

Waktu menghisap rokok tersebut, aku banyak mendiamkan diri. Aku pelik bagaimana jamil boleh rapat dengan ali. Bukan waktu mula-mula dulu dia juga yang menyampah kat mamat ni tapi sekarang dah rapat siap leh merokok bersama lak tu.

“balik ni aku kene hantar awek aku dulu balik rumah. Tak dapat lepak kat kedai makan dengan dorang”kata ali
“aku pun lepas habis sekolah terus balik je. Malas nak jumpa awek aku”kata jamil
“ali ada awek?”aku menyampuk
“awek dia sekelas dengan awek aku la”kata jamil
“kenapa kau nak tau?”tanya ali
“aku tanya je”jawab aku
“sibuk je nak tau”ali macam bengang
“aku tak sibuk.aku tanya je”kataku
“wei jangan bisinglah. Nanti kantoi bodoh”kata jamil
“si bangang ni yang bising”kata aku
“kau tu yang penyibuk mana aku tak bising”kata ali
“adoii aku legau kepala masing-masing kang. Asyik nak bergaduh je”kata jamil

aku berjalan masuk ke kelas bersama jamil, ali terus ke kelasnya. Cikgu sedang berdiri dihadapan kelas sambil memegang buku. Aku dan jamil lalu dihadapan cikgu untuk ke tempat duduk kami.

“Assalammualaikum cikgu”ucap jamil
“tumpang lalu cikgu”kata aku
“bau rokok je”kata cikgu perempuan itu
“eh tak ada la cikgu. Kita orang tengok tukang kebun bakar sampah tadi. Asap kena kat kita orang”jawab aku
cikgu itu hanya menjeling je kami. Kemudian ali masuk ke kelas aku sambil membawa kerusi dan duduk disebelah aku. Subjek ini adalah subjek dimana kelas kami bergabung. Tapi beberapa pelajar dari kelas ali pula yang terpaksa datang ke kelas aku.

kelas berjalan seperti biasa. Sesekali aku dan ali bertengkar tapi akan reda semula. Ala gaduh-gaduh mulut je. Aku pun pelik, sejak kebelakangan ini ali selalu je cari pasal dengan aku, dan aku pula asyik menyampah je kat ali. Tapi bila ali tidak hadir ke sekolah, aku jadi rindu pula kat dia.

Semakin lama perasaan aku pada badrul semakin tawar. Namun tiap kali badrul menghubungi aku ditelefon perasaan itu kembali membuak-buak. Aku akui bila kita berjauhan dengan orang yang tersayang rasa itu cepat berubah terutama bila ada orang lain yang hadir.

Badrul banyak membantu aku ketika aku menghadapi ujian. Aku selalu menghubungi badrul untuk meminta tolong ketika menjawab soalan. Malam sebelum ujian aku akan suruh badrul bersedia dengan buku-buku untuk aku tanya ketika ujian nanti. Bila ujian berlangsung, aku akan ke tandas untuk menelefon badrul dan badrul akan membantu aku dengan memberikan jawapan-jawapan bagi soalan yang aku tak boleh jawab hahahaha tapi hanya sekali je aku boleh ke tandas, jika tak nanti orang curiga. Maka dalam waktu itu aku akan manfaatkan sebaiknya untuk aku menjawab soalan.

Semakin lama hubungan aku dan ali semakin rapat. Ali mempunyai sifat peramah dan mudah mendekati sesiapa. Wajah kacak ali sahaja sudah pasti buatkan ramai yang terpikat. Ali tidak sombong dengan sesiapa. Malah ramai juga guru disekolah begitu mesra denganya. Jadi tak hairanlah kalau dalam masa kurang dari 5 bulan sahaja nama ali sudah popular disekolah ini.

Dalam diam aku sudah meminati ali. Hubungan aku dengan badrul seperti biasa, namun adakalanya kami tidak berhubung kerana badrul sibuk dengan kerjanya di johor. Hubungan aku dengan Hidayah seperti biasa. Cuma hidayah banyak menghabiskan waktunya lebih pada tumpuan pelajaran,maklum budak kelas sains kan. Kenelah fokus lebih, tak boleh main-main.

Ali suka mengusik aku dan aku pula suka cari pasal dengan ali. Hubungan kami memang begitu, walaupun berkawan tapi tak sah kalau tidak bertengkar. Dari perkara besar hingga ke perkara kecil, ada sahaja yang menjadi punca kami bertengkar. Cuma kejadian pada hari itu benar-benar meninggalkan kesan mendalam kepadaku. Cikgu kelas aku mengarahkan sesorang membuka pintu yang menjadi pembahagi disetiap kelas di bangunan tersebut. Bangunan itu juga dijadikan sebagai dewan peperiksaan.

Aku melangkah perlahan-lahan membuka pintu itu, sebab aku duduk yang paling dekat dengan pintu itu maka akulah yang kene buka pintu itu. Dalam fikiran aku mula terbayang aksi model tegap sedang bersenam dengan mengangkat besi. Aku menolak pintu besi itu dengan hanya menggunakan satu tangan sahaja. Gila berat wei pintu besi tu, tapi aku cover dengan macho sekali. Ala macam cerita hindustan, bila bergaya tak boleh bla. hahahaha

“kau tak payahlah nak bajek kuat dengan bergaya tolak pintu besi tu. Entah pape la khuzai, bergaya macam macho. Selekeh je aku tengok”tegur ali dari belakang diikuti gelak tawa dari rakanku yang lain.
“tak puas hati?”tanya aku tanpa menoleh. Pintu tu aku tolak sampai ke atas dan aku boleh melihat pelajar-pelajar dari kelas sebelah iaitu kelas sains bersorak. Kelas ali dibelakang pintu lagi satu.
“konon-konon macho la tu bergaya macam tu. Wei nak muntahla”ali berkata dengan biadap sekali
aku menoleh ke arah ali. Aku menatap wajah ali.
“aku sedar aku sape. Aku tak handsome macam kau. Aku paham”aku mula berlakon merajuk
“ala touching pula. Aku memain sikit terus touching”kata ali
“tak pela ali, kau dah memang handsome memang kau akan kutuk budak buruk macam aku ni”kata aku penuh syahdu
“yela, kau ingat kau handsome sangat ke sampai nak kutuk orang”kata wan
“kau fikir kau bagus sampai nak cakap budak tu buruk”sampuk jamil
“betul cakap jamil tu, sesuka hati je nak kutuk orang!”husin menambah
“buto lah. Aku memain jela!”kat ali yang mula bengang.
aku menoleh ke arah lain lalu tersenyum..suka hati aku bila budak-budak lain kutuk si ali ni.
“aku tak handsome la. Khuzai lagi handsome”
“tak payahla kau nak cakap lagi, aku memang tak setaraf dengan kau”kata aku tambahkan lagi rasa bengang pada ali.
“kau jangan cakap macam tu lagi boleh tak?!”kata ali lalu berdiri menghampiriku
“dah memang betul kan”kata aku
“tak bodoh..kau handsome..”serta-merta ali mencium pipiku. Aku tergamam. Budak-budak kelas yang lain ketawa melihat ali mencium pipi aku. Ali kemudian ketawa lalu berlari keluar dari kelas.
“sial!”jerit aku lalu mengejar ali. Budak-budak kelas mula ketawa.

“apa ni bising-bising??!!”pekik cikgu dihadapan kelas.
“ali duduk kat tempat kamu!”arah cikgu
“khuzai kejar saya cikgu”kata ali
“tak cikgu. Dia cium saya cikgu!”kata aku
“habis, kamu kejar dia nak buat apa? Kamu nak cium dia ke?”kelas mula riuh dengan hilai tawa
“tak..saya nak tumbuk muka dia”
“sudah! Ali pergi duduk!”tegas cikgu
“macam budak-budak la kamu ni”
ali mengejek aku sambil ketawa.

Sepanjang kelas berlangsung, aku mendiamkan diri. Tamat sesi persekolahan aku dengan laju ke tempat letak motorsikal. Aku menghidupkan motorsikal lalu terus menuju ke rumah. Aku tidak melapak di gerai makan seperti biasa dengan kawan yang lain dan aku juga tidak tunggu mereka untuk pulang bersama.

Setiba dirumah aku terus mandi dan makan. Lapar wei. Mak aku masak sedap hari ini. Ada ayam goreng dengan sambal telur. Waktu tu, itulah lauk yang cukup mewah bagi aku. Sedang khusyuk mengunyah makanan, aku terdengar bunyi motorsikal berhenti dihadapan rumah aku. Rupanya jamil,wan dan ali datang ke rumah aku.

“fulamak seksi sial khuzai hehe”kata ali sambil menyeringai
cukup aku meluat melihat malaun itu.
“kenapa korang datang rumah aku?”tanya aku yang hanya memakai seluar pendek corak hawai yang dibeli di psar malam beberapa bulan lepas.
“saje je datang. Kenapa kau balik cepa-cepat tadi? Sampai tak tunggu kita orang pon”tanya wan
“tak ada apa, saja je balik cepat”jawab aku.
“ala ni mesti sebab aku kan, kau merajuk dengan aku sampai tak tunggu kita orang balik sama dengan kau”sampuk ali
“bukanlah”jawab aku
“habis tu kenapa kau cepat-cepat balik tadi?”tanya jamil
“aku penat sebab tu aku balik cepat”jawab aku.. eh aku menyampahlah tengok muka si ali ni bila dia asyik tersengih tak tentu pasal.
“kau seorang je ke kat rumah?”tanya wan
“ye. masuklah”aku menjemput mereka untuk masuk ke dalam rumah aku.

Budak-budak ni kalau datang melepak memang aku tak buatkan air. Lantak la kau orang. Bukannya aku jemput datang pon. Aku membawa pingan yang berisi makanan tadi ke dapur. Mereka bertiga duduk di ruang tamu.

“kau makan jela khuzai.”kata jamil
“tak yah nak malu-malu lah dengan aku”kata wan
“aku dah kenyang lah”jawab aku lalu duduk di hadapan mereka.
“kau pun ada komputer ye” kata wan
“ye”jawab aku
“buka kejap boleh tak?”sampuk ali
“aku nak transfer gambar aku dalam pendrive”kata ali
“umah kau tak ada komputer ke?”tanya aku
“aku tak kaya macam kau,mana mampu nak beli komputer”kata ali dalam nada yang buatkan aku meluat

setelah menghidupkan komputer ACER yang mak aku beli pada tahun lepas ali mengeluarkan pendrive jenama kingston 2GB lalu mencucuknya ke soket usb. Aku hanya membiarkan ali melakukan kerjanya sambil aku berbalas sms dengan badrul. Wan dan jamil sudah pulang sebentar tadi. Hanya aku berdua sahaja yang tinggal diruang tamu itu.

Tiada perbualan yang berlaku. Sesekali aku melihat skrim komputer yang terpampang gambar ali. Kacak. Tapi perangai macam lahabau. Setelah selesai melakukan kerjanya. Ali berpaling memandang aku.

“kau mesej awek ek?”tanya ali
“sibuk ar kau”jawab aku
“fulamak. Khuzai betul-betul ada awek sekarang hahaha”katanya lalu tergelak.
“kau dah habis guna ke?”tanya aku
“dah”jawab ali lalu berdiri
aku hanya melihat ali menyandang beg sekolahnya.
“terima kasih khu. Nanti aku datang lagi ek. Aku dah tau rumah kau sekarang”kata ali menghampiriku
“kau dah nak balik ke?”tanya aku
“ye. Terima kasih tau”ucap ali
“ye”jawab aku
ali kemudiannya mencium pipi aku. Aku terkejut lalu memandang ali. Ali ketawa lalu berjalan keluar dari rumah.

Aku mencekak pingang tika melihat ali menyarung helmet. Motorsikalnya dihidupkan. Ali tersenyum memandangku. Ali kemudiannya memecut laju meninggalkan perkarangan rumahku. Aku tersenyum seketika. Ali memang lucu orangnya. Dalam diam aku tertarik padanya. Namun aku masih ingatkan badrul dan hidayah.

Sejak dari hari itu ali rajin datang ke rumahku. Dengan alasan untuk menggunakan komputer. Selain itu juga aku mempunyai koleksi lagu-lagu yang aku download dari internet. Aku masih ingat lagi kejadian petang itu, segalanya bermula ketika aku dan ali masing-masing menghadap skrin komputer.

“adoi kenapa tak boleh download lagu ni?”tanya ali
“tak tau. Kene bayar kot”jawab aku.
“aku nak sangat lagu ni”kata ali
“kejap,aku try search kat tempat lain yang boleh download”kata aku
beberapa website pirateaku kunjungi namun lagu tersebut tidak boleh di download.
“yes!! akhirnya boleh gak”jawab aku ketika melihat lagu tersebut sedang didownload
“boleh ke? Hahaha aku sayang kau la!”jerit ali lalu mencium pipi ku.
Aku tergamam lalu melihat ali. Ali sedang melihat proses download lagu itu. Aku mencium pipi ali. Buat pertama kalinya aku mencium pipi ali. Ali terkejut. Lalu mengesat pipinya.
“kenapa kau cium aku?”tanya ali
“selama ni kau je yang cium aku. Aku ciumla kau pula”jawab aku
“kau gay ek?”tanya ali
“kau la gay. Asyik cium aku je”
“aku memain jela”
“memain benda lain tak boleh? Kenapa kau nak cium?”soal aku serius.
Ali terdiam.selesai download. Lagu tersebut di transfer ke pendrivenya. Ali kemudiannya meminta diri.

Esok waktu di tempat parkir kejadian yang agak memalukan berlaku. Ketika aku sedang membalas sms dari badrul yang mengatakan aku sudah sampai ke sekolah. Aku mematikan enjin motorsikalku. Beberapa buah motorsikal memasuki kawasan parkir. Budak-budak form 5.

“khuzairi!!”aku terkejut bila nama aku dipanggil.
Aku menoleh ke arah sebuah motorsikal kriss. Motor ali.
“khuzairi.. aku rindu kat kau!”kata ali lalu berjalan ke arah aku
aku masih tergamam.
“awalnya kau sampai,mana budak lain?”tanya ali
“kejap lagi dorang sampai lah”kata ku
“janggut kau dah lebatlah. handsome”kata ali lalu mencium pipiku
aku mengesat pipiku dengan tangan. Aku memandang ke arah sekumpulan budak form 5 yang ketawa memandangku. Begitu juga dengan pelajar perempuan yang ada disitu.
“khuzai tunggulah”kata ali yang melihatku berjalan pergi membawa helmet. Ye dah 2 kali helmet aku hilang bila sangkut kat motor. Aku bawak masuk dalam kelas supaya helmet aku selamat.

Aku berjalan laju ke dalam kelas. Perbuatan ali tadi benar-benar memalukan aku. Setiba dikelas aku lepak dengan husin. Ada koleksi 3gp video lucah yang baru. Aku bluetooth dengan husin. Perkara tadi aku sudah lupakan. Aku berjalan keluar kelas. Kurang dari 10 minit lagi sesi pembelajaran bakal bermula. Aku terpandang Hidayah.

“hi. Laju jalan”tegur aku
“saya dah lambat”kata hidayah.
“lambat? Kenapa? Kelas belum start lagi”kata aku
“saya ada presentation kejap lagi. Tapi saya belum ready lagi.”kata hidayah berjalan laju
“ermm ok..jumpa awak waktu rehat nanti ye”kata ku
hidayah tidak menjawab dan tidak mengangguk kepala.

“kau memang gay ek khuzai?”tiba-tiba suara wan muncul
“apa dia?”aku pelik dan sedikit takut.
“kecoh dah kat sekolah ni yang kau gay”jawab jamil
“kecoh apa pula?”aku cuak
“ali kiss kau tadi. Dia cakap kau gay”kata wan
“pukimak!”aku berjalan laju ke kelas ali.

8 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. As salam khuzai...saya bru menjengah ke blog awak...so sye dah abis bace SEMUA karya awak..tggal yang latest FORM 6 ni jer...x sabar menunggu sambungan...

    ReplyDelete
  3. nice cara saudara brcerita.. pnggunaan bhasa n gmbrn situasi..
    teruskan saudara,jgn brhnti..nnti aq kecewa.. :p
    tringn gak nk pndai brcerita mcm saudara tp...
    aq xbnyk pengalamn r.. sob2

    ReplyDelete
  4. khuzai mane part 3 .. ??? aku dh jenoh dok menunggu ni ... please ...

    ReplyDelete
  5. assalamulaikum khuzairi tq sebuah cerita dari pengalaman diri sendiri tak boleh cerita semua nanti ,faham tak ape .nanti indenti khuzairi terbongkar pula he he .ini paksuman he he

    ReplyDelete